Você está na página 1de 8

PANDUAN MENTERNAK ITIK PEDAGING

Biasanya itik diternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam. Risalah ini memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk membela itik daging ini.. Baka Itik Pedaging

(A) Peking

(B) Aylesbury

(C) Rouen

(D) Cherry Valley

(E) Muscovy Potensi Itik Pedaging Mengikut Bakanya Itik Itik Itik Itik Itik Peking- Umur 8 minggu - berat 2.8 - 3.0kg Rouen- Umur 8 minggu - berat 2.8 - 3.0kg Aylesbury- Umur 8 minggu - berat 2.7 - 2.9kg Muscovy- Umur 16 minggu - berat 4.5 - 5.0kg (jantan) 2.5 - 3.0( betina) Cherry Valley- Umur 47 hari - berat3.2(FCR 2.8:1)

C.P. Duck- Umur 47 hari - berat 3.0( FCR 2.8:1) Reban Itik Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina dengan rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik berketinggian (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah / rumbia adalah digalakkan.

Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan 0.37 meter persegi (2,3,4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan, seperti ayam juga, itik boleh dibela dengan menggunakan lantai sarap tebal atau tinggi (dibaluti atau kawat jaring) Perindukan Alat yang diperlukan (a) hover / lampu (b) Tempat makan (c) Tempat minum (d) Pembentung (kadbod atau kawat jaring setinggi 12) (e) Habuk kayu atau sekam padi Persediaan (a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukkan (b) Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2-3 inci

(c) Buat lengkungan bulatan (d) Nyalakan hover / lampu sebelum itik masuk (e) Sediakan makanan ( 2 buah tempat makanan bagi setiap 100 ekor) (f) Sediakan air (2 buah tempat air ( 2/3 gelen) bagi setiap 100 ekor) Pembelaan

Umur 1-2 minggu (a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan kedalam lengkungan bulatan (b) Air bolih dicampurkan dengan anti stress selama 3 hari (c) Lampu / hover di pasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan lanjutkan seminggu lagi (d) Pastikan alas lantai sentiasa kering. Tukarkan / tambah jika basah (e) Air minuman hendaklah sentiasa ada (f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan selepas 10-14 hari Membesar (3-8 minggu) (a) Anak itik boleh dibela di reban yang sama dari kecil hingga mencapai usia jualan, dengan keluasan yang cukup. (b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik mencelupkan keseluruhan kepalanya ke dalam air (c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor (d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang berpagar di waktu siang Makanan

(a) Duck Broiler Starter- (1 hari hingga 14 hari) (b) Duck Broiler Finisher - (15 hari hingga 7/8 minggu) Contoh Campuran Makanan Bahan Starter (%) Finisher (%) Jagung halus 55.5 - 6.8 Hampas Kacang Soya 32.0 - 21.0 Dedak ikan 6.0 - 5.0 Lemak 3.0 - 3.0 Galian 2.5 - 2.0 Vitamin 1.0 - 1.0 Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/8 minggu atau selepas 14 minggu. Bulu-bulu halus banyak terdapat ketika itik berumur di antara 9-14 minggu, susah untuk dibersihkan Anggaran berat purata (pertukaran makanan-F.C.R) Umur Umur Umur Umur 4 5 6 7 minggu - berat 1.7kg - FCR 2.0 minggu - berat 2.2kg - FCR 2.2 minggu - berat 2.7kg - FCR 2.4 minggu- berat 3.2kg- FCR 2.6

Panduan Penternak (a) beli anak itik dari baka yang baik yang digemari pengguna (b) elak itik dari kekurangan air (c) beri makanan yang bermutu mengikut jadual (d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan / panas dan cuaca buruk (e) Elakkan lantai dari basah atau lembab semasa perindukan (f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik (g) Tangkap itik pada bahagian lehernya atau badannya dan bukan dekat kakinya (h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran. Penternakan Itik daging dikawasan Sawah Padi Itik Moskovy

Itik Moskovy adalah sejenis itik pedaging yang dibiakkan dari induk yang diimport dari negara Perancis. Jabatan Pertanian menggalakkan penternakan itik Moskovy dalam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protein pada keluarga tani dan juga pendapatan tambahan pada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimumkan penggunaan tanah selepas menuai padi. Itik ini apabila dilepaskan di sawah akan memakan sisa tumpahan padi selepas penuaian, makhluk perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dalam sawah.

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik: 1. Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Sebaiknya reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor bersamaan 1 kaki persegi. Untuk 100 ekor itik, saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3 m x 5 m. 2. Sediakan / buatkan bidai / tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai / tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk. 3. Tabur habuk kayu / sekam padi setebal 2.5 5 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering. 4. Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak-anak itik dimasukkan. 5. Sediakan tempat makan dan minum.

Ketibaan Anak Itik 1. Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima. 2. Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat. 3. Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin Dari 0 2 Minggu 1. Pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35 darjah C. Bila telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang). 2. Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan. 3. Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit. 4. Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble. 5. Tabur habuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering. 6. Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai. 7. Setelah anak itik berumur 1 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri. Umur 3 4 Minggu 1. Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi sepenuhnya. 2. Itik boleh dididik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya. Umur 5 -13 Minggu

1. Mulai minggu ke 5 ataupun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula. 2. Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan. Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor. Kos Pemeliharaan Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi Anak itik (100 ekor X RM2.50) - RM250.00 Reban (RM400) - RM 80.00 (Untuk 5 musim) Makanan (Duck Starter Crumble 50 kg/bag) 1 bag @ RM48 - RM 48.00 Makanan (Duck Grower 50 kg/bag)

Você também pode gostar