Você está na página 1de 14

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ( BILANGAN 71 )

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Taala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Taala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Taala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya? Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan. Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Taala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Syaban. Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih. Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Taala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir. Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari

malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Taala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah : 185)

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Al-Fakih bin Sad Radhiallahu anhum bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harumharuman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Jafar bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadits riwayat Al-Syafie dan Al-Baghawi) Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu anhu, beliau berkata: Maksudnya: "Nabi Shallallahu alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad) Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak." Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabien (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat-

sahabat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak." Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan di dalam Islam. Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang diitimadkan.(Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam. Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha, beliau berkata: Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Buats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masingmasing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita." (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda. (Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117) Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka

langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Taala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama. Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

Hari Raya: Tuntutan dan Larangan 18/09/2009 tags: larangan, raya, tuntutan by Abu Umair

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidul Fitri. Ia adalah satu daripada tiga perayaan yang disambut dalam Islam selain Hari Raya Eidul Adha dan Hari Jumaat yang disambut saban minggu.

Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai dua perayaan yang disambut dengan penuh pesta dan permainan, lalu baginda bersabda, Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik daripada dua perayaan mereka, iaitu Hari Raya Eidul Adha dan Hari Raya Eidul Fitri. (Direkod oleh Abu Daud, Nasaie dan lainlain).

Demikian Allah menggantikan perayaan Jahiliyyah yang dipenuhi permainan, dengan perayaan Islam yang dihiasi rasa perhambaan kepada Allah. Hari Raya adalah hari menyebut kebesaran Allah dengan bertakbir, dan hari melahirkan rasa syukur atas kurniaanNya.

Allah berfirman, maksudnya: . Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah: 85)

Hari Raya sebagai hari ibadah, hari berzikir dan hari bersyukur, mesti disambut dengan cara yang bertepatan dengan kehendak syariat Islam. Ada tuntutan yang perlu dilakukan, dan ada larangan yang mesti dielakkan. Dengan memelihara hak-hak perayaan, mudah-mudahan Allah Taala menjadikan kita sebagai orang yang bersyukur.

TUNTUTAN DI HARI RAYA

1. Mandi Sunat Hari Raya.

Ulama mengatakan digalakkan mandi sunat pada pagi hari raya. Walaupun tidak didapati hadis yang marfuk dan sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi terdapat atsar daripada para sahabat baginda berkenaan amalan ini.

Di dalam Sunan al-Baihaqi, direkodkan satu riwayat daripada Ali r.a, beliau ditanya tentang (galakan) mandi, lalu beliau berkata, Hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Korban, dan Hari Raya Fitri.

Imam Malik meriwayatkan dalam Muwatta bahawa Ibn Umar r.a. mandi sebelum keluar ke musolla. Begitu juga direkodkan oleh Imam Syafie dalam Musnadnya melalui sanad gurunya Imam Malik.

Manakala waktu mandi sunat Hari Raya, ada kalangan ulama mengatakan selepas terbit fajar. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah waktunya bermula sebelum terbit fajar lagi. Jadi, boleh mandi sebelum Subuh. Bagi keluar daripada perselisihan, elok dilakukan selepas terbit fajar.

2. Sarapan Sebelum Keluar ke Musolla.

Bagi Hari Raya Fitri, digalakkan makan sedikit sebelum keluar untuk solat hari raya. Kerana berdasarkan hadis yang direkodkan dalam Sahih Bukhari, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak keluar pada Hari Raya Fitri sehingga baginda makan beberapa biji tamar, dan baginda makan dengan bilangan ganjil.

3. Keluar Awal Ke Musolla atau Masjid.

Digalakkan keluar awal ke musolla atau masjid untuk menunaikan solat Hari Raya, kecuali bagi imam. Maka sunnah baginya keluar ke musolla atau masjid seketika sebelum menunaikan solat. Kata Imam Malik, Telah berlalu sunnah bahawa imam keluar dari rumahnya sekadar apabila dia sampai ke musolla maka waktu sembahyang Raya sudah tiba. Manakala selain imam, sunat bersegera keluar dan menghampiri tempat imam (saf hadapan).

4. Bertakbir Ketika Berjalan Menuju Musolla.

Antara amalan sunnah ialah bertakbir dalam perjalanan menuju ke musolla. Bagi kaum lelaki, digalakkan menyaringkan suara mereka, manakala kaum wanita cukup dengan bertakbir secara perlahan.

Amalan takbir ketika ini disebut dalam hadis Ibn Umar r.a. Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam keluar pada dua hari raya bersama-sama Fadhl bin Abbas, Abdullah, Al-Abbas, Ali, Jaafar, Hasan, Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Haritsah dan Aiman bin Ummu Aiman. Baginda meninggikan suaranya dengan tahlil dan takbir. (Direkod oleh Baihaqi).

5. Solat Sunat Hari Raya.

Kebanyakan ulama mengatakan Solat Hari Raya adalah sunat muakkadah (yang sangat dituntut). Ada segelintir berpandangan wajib, dan dipilih oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Bahkan Ibn Taimiyyah mengatakan kewajipan solat Hari Raya lebih utama daripada solat Jumaat.

6. Kaum Wanita dan Kanak-kanak Juga Keluar.

Digalakkan juga bagi wanita dan kanak-kanak menghadirkan diri ke musolla, tanpa mengira samada tua atau muda, suci atau haidh, anak dara atau janda. Kecuali wanita yang diharamkan keluar rumah seperti wanita yang sedang dalam iddah.

Hadis Ummu Athiyyah menyebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya mengeluarkan mereka (wanita-wanita) pada Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha, iaitu anak-anak dara yang sudah baligh, wanita-wanita yang haidh, dan perempuan-perempuan yang selalu berada di balik tabir rumah. Manakala wanita-wanita haidh hendaklah menjauhi tempat sembahyang, serta hendaklah menyaksikan kebaikan dan doa orang Muslimin. (Direkod oleh Bukhari dan Muslim).

Begitu juga kanak-kanak, digalakkan dibawa keluar menyaksikan solat Hari Raya. Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya, Bab: Keluar Kanak-kanak ke Musolla.

7. Pulang Dari Musolla Melalui Jalan Berbeza.

Ramai ulama mangatakan sunat ketika pulang dari musolla selepas solat raya, dengan melalui jalan yang berbeza dengan jalan sewaktu pergi. Kerana di dalam Sahih Bukhari terdapat hadis bahawa Jabir r.a. mengatakan, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada hari raya membezakan jalan (pergi dan balik).

Adapun sebab atau hikmah kenapa baginda menukar laluan antara pergi dan balik, terdapat banyak pandangan. Ibn Hajar mengumpul dan meringkaskannya sehingga melebihi 20 pendapat.

8. Ungkapan Sempena Hari Raya.

Menjadi amalan sebahagian salaf, mengucapkan ungkapan tahniah sempena hari raya. Iaitu dengan menyebut, Taqabballahu Minna Wa Minkum. Maksudnya, Semoga Allah menerima (amalan) daripada kamu dan daripada kamu.

Dalam atsar Jubair bin Nufair, katanya, Bahawa sahabat-sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam apabila mereka bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian lain: Taqabballahu Minna Wa Minkum. (Kata Ibn Hajar: sanadnya hasan).

9. Mengenakan Pakaian Yang Paling Baik.

Sunnah ini berdasarkan hadis bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengenakan pakaian berwarna merah pada hari raya. (Direkod oleh Tabarani dalam Mukjam Ausat).

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim terdapat hadis bahawa Umar r.a. mencadangkan Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam memakai pakaian sutera pada hari raya. Walaupun baginda menolak kerana ia bukan pakaian lelaki Muslim, tetapi ia menunjukkan bahawa mengenakan pakaian yang baik sempena hari raya adalah satu amalan yang masyhur pada ketika itu.

LARANGAN DI HARI RAYA

Untuk larangan hari raya, saya menyebutnya secara ringkas:

1. Berpuasa pada hari raya. Sabit larangannya daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan hukum ini adalah ijmak (sepakat).

2. Menyerupai orang kafir dalam sambutan perayaan.

3. Wanita keluar ke musolla dengan pakaian yang menimbulkan fitnah, atau membuka aurat.

4. Lalai dari mengingati Allah, terutama mengabaikan sembahyang hari raya.

5. Percampuran bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, dan bersalam-salaman dengan mereka.

6. Pembaziran dalam penyediaan hiasan rumah dan pakaian.

Dengan menjaga hak-hak hari raya, iaitu memelihara tuntutan dan meninggalkan larangan syarak, mudah-mudahan hari raya yang disambut akan menjadi hari yang penuh keberkatan dan kebaikan.

Madinah,

Adab Menziarahi Kubur

Kenapa umat Islam di Malaysia gemar menziarahi kubur pada hari raya pertama??aku tertarik dengan situasi ini yang acapkali berlaku pada setiap 1 syawal. Baik sebelum solat sunat hari raya, mahupun selepas sehingga ke dinihari, dapat dilihat kubur di Malaysia ini sibuk seperti jalan raya di kuala lumpur pada hari bekerja..Jika sebelum ini, laman-laman kubur yang hanya berpenghuni oleh umatNya yang berada di liang lahad, tp bile tibe je hari raya..dh jd mcm 1 pesta lak.. Persoalannya disini, adakah semua umat Islam di Malaysia ini telah dibekalkan ilmu secukupnya tentang Hukum menziarahi kubur? dan tahukah mereka mengapa orang ramai menziarahi kubur pada 1 syawal sahaja, dan tidak pada hari2 yang lain? Tahukah anda, situasi sedemikian, sbnrnya boleh mengakibatkan kite menanggung dosa, jika kite beranggapan melawat kubur pada 1 Syawal adalah suruhan agama. disebabkan berminat dengan perkara ini, sy telah cuba mencari artikel untuk mengetahui adakah situasi ini amat baik utk kite sbg umat islam.. Setelah saya search di google dibawah tajuk Hukum Menziarah Kubur, sy dpt 1 artikel yg agak baikjd sy ingin berkongsi dengan rakan2 yang lain, dan mungkin boleh dibuatkan rantaian sbg knowledge, bukanlah sbgi ugutan/paksaan..tp, sekiranya apa yg artikel ini tulis salah, diharapkan dapat diperbetulkan dengan secepat mungkin..insyaAllah. Aug 28 2004, 08:16 AM Post #1

Menziarahi Kubur Menurut Islam


Laporan oleh oleh Ustaz Syed Abdillah Aljufri 1) Hukum Menziarahi Kubur 2) Hukum Memberi Takziah 3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur 4) Tujuan Menziarahi Kubur 5) Adab Menziarahi Kubur 6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya 1) Hukum Menziarahi Kubur PADA zaman permulaan Islam berkembang, Nabi Muhammad saw melarang kaum Muslimin menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kekhuatiran

terhadap timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang lambang keberhalaan. Tetapi kemudiannya, Nabi saw membenarkan pula mereka menziarahinya. Ini kerana iman dan keyakinan mereka terhadap Islam telah mantap. Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan sifat zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat. Kebanyakan ulama mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa hukum menziarahi kubur adalah sunat bagi kaum lelaki dan makruh bagi kaum perempuan. Hukum sunat bagi kaum lelaki sudah jelas, iaitu mengingatkannya tentang akhirat. Tetapi hukum makruh bagi kaum perempuan pula besar kemungkinan kerana biasanya kaum perempuan lemah semangat dan terlalu beremosi. Mereka akan merasa terlalu sedih mengingatkan orang yang mereka kasihi telah meninggal, lebih-lebih lagi kalau pemergiannya secara mengejut atau terlibat dalam kemalangan d an sebagainya, maka dikhuatiri perasaan sedih mereka akan membawa kepada penyesalan terhadap takdir Allah swt. 2) Hukum Memberi Takziah Oleh kerana kematian itu satu kepastian yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan, setiap insan pasti mati, hanya sebabnya sahaja yang berlainan. Manusia harus menerima hakikat ini. Oleh sebab itu, hukum memberi takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah maut ini dihadkan hanya tiga hari sahaja. Lebih dari itu, tidak disunatkan lagi kita memberi takziah kerana ia hanya akan menimbulkan kesedihan sahaja. 3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur Sebelum diperkatakan cara enziarahi kubur yang dibenarkan oleh Islam perlu juga diketahui hukum membuat dapur-dapur kubur itu. Menurut yang afdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan

ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Mazun. Baginda menjawab yang bermaksud: supaya saya kenal kubur saudara saya. Dari sinilah timbulnya kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang dilarang dalam Islam ialah terlalu sangat menghias kubur dengan dapur-dapur daripada batu mozek, marmar dan sebagainya kerana ini merupakan suatu pembaziran. Adalah lebih baik jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk tujuan ini disedekahkan kepada fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya. Kalau mayat itu ditanam di perkuburan wakaf adalah haram mengambil kawasan yang tidak perlu bagi satu-satu kubur kerana ini boleh mengurangkan kawasan untuk ditanam mayat yang lain. Jadi untuk mengenal kubur ibu-bapa, suami/isteri dan kaum kerabat kita cukuplah mengawal tanah kubur jangan sampai terpersok atau hilang atau susah diken ali, iaitu sekadar membuatnya secara mudah dan tidak banyak menghabiskan perbelanjaan. Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapat diziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah swt. Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud Allah merahmati kubr yang tidak dikenali. Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur, bukanlah satu suruhan Islam. Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akan terdedah kepada pencemar an, kerana biasanya tulisan-tulisan ayat di paras kaki orang yang berdiri di pinggir kubur itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara ini adalah dilarang.

4)Tujuan Menziarahi Kubur Seseorang yang ingin menziarahi kubur hendaklah berniat yang benar dan ikhlas kerana Allah swt semata-mata iaitu untuk melembutkan hati, mengingatkan akhirat dan mengenang jasa si mati atau kelebihannya di sisi All ah. Begitu pula apabila menziarahi kubur atau makam para nabi dan para wali, lebih-lebih lagi makam Nabi Muhammad saw yang begitu besar jasanya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada alam semesta kerana Allah swt sendiri telah menerangkan dengan firmanNya yang bermaksud: tidak Kami utusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Maka dengan niat yang baik inilah kita menziarahi perkuburan kaum Muslimin dan permakaman para awlia, anbia dan mursalin. Apa yang dilarang dalam menziarahi perkuburan ini ialah meminta sesuatu hajat kepada yang mati itu atau memujanya seperti pemujaan terhadap berhala. Tetapi dengan bertawassul dengan mereka yang salih itu dan meminta kepada Allah rabbul alamin tidaklah terlarang menurut fahaman ahlissunnah wa jamaah. 5)Adab Menziarahi Kubur Apabila kita masuk ke suatu tanah perkuburan Islam, hendaklah kita mengucapkan salam dengan berkata: Assalamualaikum dara qaumin mukminin, antumussabiqun wa nahnulahiqun yaghfirullahu lanaa wa dan kamlakum. (Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .) Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) serta memberi salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya. Ini diambil dari sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Sesiapa yang memberi salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya.

Kalau ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw maka tidak mustahil diberikan kepada umat oleh sebab itu disunatkan kita menziarahi kubur. Kemudian, bacakanlah ayat-ayat Al Quran yang mudah dibaca dan minta kepada Allah disampaikan pahala bacaan itu kepada roh si mati. Kita juga diingatkan supaya jangan menyesali apa yang telah berlaku, apa lagi untuk meraung dan meratap, kerana ini adalah haram hukumnya. 6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi Hari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita di sini.Mungkin mereka berpendapat bahawa kerana pada hari raya kita menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup maka eloklah kita menziarahi juga yang sudah meninggal dunia. Ziarah pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama padahal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yang tertentu. Lebih-lebih lagi kalau penziarahan itu merupakan sebagai satu temasya dengan sebab yang berkunjung memakai pakaian yang berwarna-warni serta membawa bunga untuk diletakkan di atas kubur, penjualan minuman dan sebagainya, inilah yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw berdasarkan sabdanya yang bermaksud: Jangan kamu jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya. Begitulah juga larangan ini mencakup kubur sesiapa pun. Dengan ini jelas menziarahi kubur pada Hari Raya secara khusus itu tidak ada sandarannya dalam Islam.

Você também pode gostar