Você está na página 1de 15

MAC 2012 DISEDIAKAN OLEH AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PENCETUS

Mohammad Khairul Anwar Bin Mohd Zamri Wakil Bekas Pelajar SPM 2010, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pengetua, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, PULAU PINANG. Tuan,

15 SEPTEMBER 2011

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH Merujuk perkara di atas, saya seperti nama di atas, selaku wakil bekas pelajar ingin memohon kepada pihak sekolah untuk menubuhkan Persatuan Alumni Sekolah. 2. Seperti mana yang sedia maklum, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang masih baru beroperasi. Justeru, kami sebagai bekas pelajar ingin mencadangkan penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas untuk mengendalikan aktiviti- aktiviti bekas pelajar. 3. Objektif persatuan ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara bekasbekas pelajar tidak mengira agama disamping menjadi saluran penghubung yang diakui antara bekas-bekas pelajar dan pihak sekolah. Selain itu, penubuhan persatuan ini juga akan menjadi organisasi yang akan menyelaras segala program yang membawa faedah kepada ahli. 4. Dalam pada itu, matlamat penubuhan persatuan ini juga adalah untuk menyumbang tenaga dan idea ke arah kemajuan serta peningkatan prestasi sekolah. Oleh itu, penubuhan persatuan ini dapat memudahkan lagi proses untuk menjalin hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan matlamat dan tugas persatuan. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dapat memberi kerjasama dalam melancarkan proses penubuhan persatuan ini untuk manfaat kita bersama. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

......... (MOHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAMRI) Wakil Bekas Pelajar SPM 2010.

2 |SULIT

ORGANISASI BAYANGAN AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PENCETUS


(Senarai ini adalah bersifat sementara sebelum persatuan ini ditubuhkan secara rasmi) PENASIHAT: PUAN HAJJAH JAMAAH BINTI HAJI TAMAN

PENGARAH: MOHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAMRI

PENOLONG PENGARAH: NUR AMIRAH BINTI ROSLI

SETIUSAHA: MOHD HAZIMHARITH BIN ABDUL HALIM

PENOLONG SETIUSAHA: NABILA HUDA BINTI ABDUL HALIM

PENGURUS KEWANGAN: MUHAMMAD AFIF BIN NORDIN

PENOLONG PENGURUS KEWANGAN: MUHAMMAD DANIAL BIN SAZALI

3 |SULIT

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

FASAL 1:NAMA

Persatuan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas FASAL 2:ALAMAT PERSATUAN Sekolah Menengah Sains Kepala Batas,Jalan Pokok Jenerih,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang. FASAL 3:DASAR Dasar persatuan ini adalah berteraskan agama Islam. FASAL 4:TAKRIF 1-"Persatuan" bermakna Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. 2-"Alumni" bermakna bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. 3-"Mesyuarat Agung" bermakna mesyuarat atau persidangan yang diadakan menurut FASAL 14. 4-"Ahli Majlis Eksekutif Persatuan" bermakna Jawatankuasa Tertinggi Persatuan. 5-"Ahli" bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli menurut FASAL 8. 6-"Sekolah" bermakna Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. FASAL 5:LAMBANG ATAU LOGO PERSATUAN (LAMBANG DAN NAMA PERSATUAN AKAN DI UMUMKAN SEMASA MAJLIS PENGENALAN) FASAL 6:MATLAMAT 1-Mewujudkan satu jaringan ukhwah yang mantap antara ahli. 2-Menerapkan nilai-nilai yang berteraskan agama islam. 3-Mencapai persefahaman,kerjasama dan kesejahteraan ahli -ahli menerusi kegiatan persatuan. 4-Menjadi saluran penghubung yang diakui antara ahli dan ahli serta ahli dan sekolah ke arah mewujudkan rasa cinta kepada sekolah. 5-Menyumbang tenaga dan idea ke arah kemajuan dan peningkatan prestasi sekolah. 6-Menyelaras segala program dan aktiviti sosial serta kegiatan intelektual buat faedah ahli. 7-Menjadi satu wadah pembentuk sahsiah ahli.

4 |SULIT

FASAL 7:TUGAS 1-Menjadi badan perundingan semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli. 2-Memupuk serta memperkukuhkan akhlak islamiyah dikalangan ahli. 3-Memelihara konsep,dasar dan matlamat Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. 4-Mengumpul dan menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan perkembangan sekolah dan ahli kepada semua ahli. 5-Memberi sumbangan idea dan tenaga ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah. 6-Menganjurkan aktiviti untuk menggalakkan kesuburan rohani,jasmani,ekonomi dan sosial ahli. 7-Mengatur dan mengadakan majlis-majlis perjumpaan sesama ahli serta ahli dan sekolah. 8-Menjadi satu badan yang diakui mewakili semua bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. 9-Menjadi salah satu badan yang boleh menjadi penyumbang sumber ekonomi sekolah untuk menjayakan sesuatu majlis yang memberi manfaat bersama kepada ahli serta para pelajar. 10-Menggunakan segala kepakaran yang dimiliki oleh ahli- ahli untuk penambahbaikan persatuan, para pelajar dan juga sekolah dari sudut akadmik, sahsiah, agama, infrastuktur dan lain- lain lagi. 11-Menjadi salah satu badan yang menjalankan aktiiviti- aktiviti akademik yang menyumbang ke arah prestasi para pelajar. 12-Mewujudkan perkongsian pintar antara alumni dengan pihak sekolah disamping mengekalkan perhubungan rapat yang berterusan antara bekas- bekas pelajar dan pihak sekolah. 13-Membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan sekolah. 14-Membantu dan memberi peluang dalam usaha mempertinggikan pelajaran dan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli persatuan melalui seminar, kursus dan kolokium. 15-Berkerjasama dengan persatuan-persatuan lain di dalam negeri di dalam perkara-perkara mengenai pendidikan, kebudayaan, kesukanan, kemasyarakatan dan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan undang-undang berdaftar persatuan ini.

5 |SULIT

FASAL 8:AHLI (1)Kaedah Perlantikan Ahli Semua bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas layak memohon menjadi ahli persatuan dengan mengisi borang yang telah disediakan oleh persatuan. (2)Ahli Biasa Ahli biasa Terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. (3)Ahli Kehormat Ahli Kehormat boleh dilantik setelah mendapat keputusan majoriti oleh Majlis Eksekutif Persatuan dikalangan orang-orang tertentu atau yang telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada sekolah dan alumni.Pelantikan ini hendaklah disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. FASAL 9:YURAN 1-Yuran tahunan bagi ahli yang mendaftar ialah RM 10. FASAL 10:SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan persatuan adalah dari: 1-Yuran pendaftaran keahlian. 2-Sumbangan daripada ahli-ahli persatuan. 3-Sumbangan daripada orang perseorangan. 4-Sumbangan daripada badan-badan kerajaan serta swasta. 5-Aktiviti yang dianjurkan persatuan. FASAL 11:HAK DAN KEISTIMEWAAN AHLI 1-Kecuali dinyatakan dalam perlembagaan,semua ahli mempunyai hak yang sama dalam persatuan. 2-Semua ahli berhak mencadang,memberi pandangan,menyokong dan mengundi serta dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja. FASAL 12:KEWAJIPAN AHLI 1-Seseorang ahli (Muslim) hendaklah menjaga kesucian agama Islam. 2-Setiap ahli bertanggungjawab menjaga ikatan ukhuwah masing-masing. 2-Adalah menjadi kewajipan ahli memberitahu Setiusaha Agung apabila berpindah atau bertukar tempat kerja/belajar. 3-Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat persatuan hendaklah berkelakuan baik.

6 |SULIT

4-Seseorang ahli tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai persatuan kepada orang-orang bukan ahli atau ahli pertubuhan lain atau surat-surat khabar dengan tidak mendapat kebenaran Jawatankuasa Majlis Eksekutif Persatuan dan pihak sekolah. 5-Adalah menjadi tanggungjawab ahli mengunakan cara rundingan dalam keadaan yang bertanggungjawab jika terdapat percanggahan pendapat. 6-Menghormati serta patuh kepada Perlembagaan,Dasar Persatuan,Mesyuarat Agung dan ketetapan pihak pentadbiran sekolah selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. 7-Bertanggungjawab menjaga kerahsiaan persatuan.

FASAL 13:PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1-Majlis Eksekutif Persatuan berhak menamatkan keahlian seseorang apabila seseorang itu disabitkan mencemarkankan nama persatuan atau sekolah. FASAL 14:MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 1-Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan setahun sekali.Tarikh,masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditetapkan oleh Majlis Eksekutif Persatuan. 2-Agenda Mesyarat Agung Tahunan adalah seperti yang berikut:i)Melantik ahli-ahli Majlis Eksekutif Persatuan(M.E.P) bagi tahun berikutnya. ii)Mengurus perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung tersebut. 3-Sesuatu notis mengenai Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dikeluarkan secara bertulis melalui kaedah notis biasa atau teknologi maklumat atau mana-mana kaedah lain yang munasabah. 4-Pencalonan bagi ahli M.E.P. hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut dijalankan. 5-Setiap ahli yang hadir dan layak mengundi berhak membuang satu undi bagi setiap usul dalam sebarang mesyuarat dan jika berlaku kesamaan undi Pengerusi Majlis tersebut membuang undi penentu

7 |SULIT

FASAL 15:MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN(M.E.P) 1-Majlis Eksekutif Persatuan adalah kuasa tertinggi selepas Mesyuarat Agung.Keputusan yang diambil oleh M.E.P. adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Mesyuarat Agung. 2-Badan utama dalam persatuan yang mempunyai ukhuwah yang mantap sebagai teladan kepada ahli lain. 3-Majlis Eksekutif Persatuan terdiri daripada:a)Penaung b)Majlis Penasihat c)Presiden d)Amir Badar e)Timbalan Presiden f)Naib Presiden g)Ex-Officio h)Setiusaha Agung i)Penolong Setiusaha Agung j)Bendahari Kehormat k)Ahli Majlis Eksekutif Persatuan lain 4-Semua ahli M.E.P. hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan melalui kiraan undi kecuali ahli-ahli yang dilantik oleh M.E.P. 5-Mesyuarat M.E.P. hendaklah dipanggil oleh Setiusaha Agung dengan persetujuan Presiden. FASAL 16:MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN -Membincangkan hal-ehwal pentadbiran persatuan dan hal-hal yang berkaitan dengan dengan Majlis Exsekutif Persatuan. -Hendaklah dihadiri oleh semua ahli M.E.P. kecuali atas sebab-sebab yang rasional. -Setiap ahli M.E.P. bertanggungjawab merahsiakan setiap keputusan yang di ambil melainkan dinyataan sebaliknya.

8 |SULIT

FASAL 17:TUGAS-TUGAS MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN Majlis Eksekutif Persatuan menjalankan tugas-tugas berikut:1-Mengendalikan dasar-dasar dan rancangan persatuan. 2-Melantik sebarang jawatankuasa jika difikirkan perlu. 3-Memastikan setiap gerak kerja selaras dengan agama Islam. 4-Menggantung keahlian dan/atau menyingkirkan ahli persatuan yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan persatuan. 5-Menjaga tabung dan sumber-sumber lain persatuan. 6-Selepas Mesyuarat Agung,tafsiran perlembagaan oleh M.E.P. adalah muktamad kecuali dibatalkan dalam Mesyuarat Agung kemudiannya. 7-Majlis Eksekutif berkuasa menggunakan peruntukan kewangan persatuan sewaktu melaksanakan tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti persatuan dengan nasihat Majlis Penasihat dan Penaung. 8-Majlis Eksekutif Persatuan berkuasa melantik sebarang ahli biasa untuk mengisi sebarang kekosongan di dalam Majlis Eksekutif Persatuan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

9 |SULIT

FASAL 18:TANGGUNGJAWAB AHLI-AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN 1)PENAUNG -Terdiri daripada Pengetua pada tahun semasa. -Membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai aktiviti dan pengurusan persatuan supaya selaras dengan perlembagaan persatuan. 2)MAJLIS PENASIHAT -Terdiri daripada Penolong-penolong Kanan pada tahun semasa. -Menjadi badan penasihat dalam hal-ehwal pentadbiran persatuan. 3)PRESIDEN Dalam tempoh jawatannya sebagai Presiden hendaklah:-Mempengerusikan semua mesyuarat yang dijalankan(kecuali atas sebab-sebab tertentu). -Mengurus pentadbiran am dan hal-ehwal persatuan mengikut perlembagan persatuan. -Bertanggungjawab menjaga ukhuwah antara ahli M.E.P. dan ahli lain. -Menandatanangi minit mesyuarat dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persatuan. -Merancang aktiviti persatuan bersama ahli M.E.P. yang lain 4)AMIR BADAR Dalam tempoh jawatannya sebagai Amir Badar hendaklah:-Bergandingan dengan Presiden terhadap sesuatu permasalahan. -Memantau perjalanan persatuan supaya selaras dengan syariat agama Islam berdasarkan nasihat orang yang ahli. -Bertanggungjawab terhadap aktiviti keagamaan persatuan. -Bekerjasama dengan badan dakwah di dalam dan di luar sekolah bagi tujuan aktiviti persatuan. 4)EX-OFFICIO -Terdiri daripada mantan Presiden. -Bertindak sebagai pemantau persatuan. -Boleh menyalurkan idea-idea yang bernas bagi memantapkan kualiti dan taraf persatuan.

10 |SULIT

5)TIMBALAN PRESIDEN Dalam tempoh jawatannya sebagai Timbalan Presiden hendaklah:-Menggantikan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau Presiden tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab yang tertentu. -Bertanggungjawab ke atas kebajikan ahli-ahli. 6)NAIB PRESIDEN Dalam tempoh jawatannya sebagai Naib Presiden hendaklah:-Bertanggungjawab mengenai hubungan dengan persatuan lain di luar atau di dalam sekolah. -Menggantikan jawatan Timbalan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau Timbalan Presiden tidak dapat manjalankan tugas atas sebab-sebab yang tertentu. -Mempengerusikan mesyuarat M.E.P. sekiranya ketiadaan Presiden atau Timbalan Presiden. 7)SETIAUSAHA AGUNG Dalam jawatannya sebagai Setiusaha Agung hendaklah:-Menyimpan Buku Daftar Ahli yang lengkap mengandungi bilangan ahli,nama,nombor kad pengenalan,alamat,tahun tamat pengajian dan tarikh menjadi ahli. -Menjalankan urusan surat-menyurat persatuan. -Bersama Presiden dan/atau Bendahari Kehormat menandatanangi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persatuan. -Menyediakan minit mesyuarat (mesyuarat persatuan) dan laporan setiap aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan 8)PENOLONG SETIUSAHA AGUNG Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Setiusaha Agung hendaklah:-Menggantikan jawatan Setiusaha Agung sekiranya jawatan itu kosong atau Setiusaha Agung tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab-sebab tertentu. -Menjalankan arahan Setiusaha Agung. -Menyimpan rekod dan dokumen persatuan.

11 |SULIT

9)BENDAHARI KEHORMAT Dalam tempoh jawatannya sebagai Bendahari Kehormat hendaklah:-Bertanggungjawab di atas semua kira-kira kewangan persatuan. -Menyiap dan membentangkan Penyata Kewangan Persatuan dalam Mesyuarat Agung. -Bertanggungjawab menyediakan rancangan-rancangan kreatif bagi memantapan ekonomi persatuan dan melaksanakannya. 10)AHLI-AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN LAIN -Mesyuarat M.E.P. hendaklah menentukan jawatan dan tugas(portfolio) bagi setiap ahli M.E.P. lain. -Jawatan dan tugas yang dibentuk hendaklah bersesuaian dengan matlamat dan tugas persatuan. FASAL 19:PINDAAN PERLEMBAGAAN Perlembagan boleh dipinda dengan undi majoriti daripada ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung bagi memantapkan persatuan. FASAL 20:PEMBUBARAN PERSATUAN 1-Persatuan ini tidak boleh dibubarkan dengan sendiri melainkan dengan permohonan dan persetujuan sekurang-kurangnya empat per lima(4/5) daripada ahli yang mendaftar. 2-Jika sekiranya persatuan ini dibubarkan seperti yang disebut di atas,maka segala hutang dan tanggungjawab yang dibuat dengan halal bagi pihak persatuan hendaklah dijelaskan dengan jelas. 3-Baki wang yang tinggal boleh dibahagikan atau boleh disalurkan kepada badan-badan amal setelah mendapat persetujuan bersama. FASAL 21:LARANGAN 1-Sebarang bentuk aktiviti persatuan yang bercanggah dengan syariat Islam adalah dilarang sama sekali. 2-Persatuan tidak boleh menjalankan aktiviti luar atas nama sekolah melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. 3-Seseorang yang masih menuntut di sekolah tidak boleh diterima sebagai ahli persatuan ini melainkan ia telah dibenarkan terlebih dahulu oleh Pengetua sekolah.

12 |SULIT

OBJEKTIF PENUBUHAN
1)MEMBINA SATU JARINGAN UKHUWAH YANG KUKUH. 2)MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAMI. 3)MEMBENTUK SAHSIAH AHLI. 4)MENJADI MEDIUM PENGANTARA ANTARA AHLI DAN PIHAK SEKOLAH. 5)MERANCANG DAN MELAKSANA PROGRAM YANG MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA AHLI DAN SEKOLAH.

MATLAMAT PENUBUHAN
1)Mewujudkan satu jaringan ukhwah yang mantap antara ahli. 2)Mencapai persefahaman,kerjasama dan kesejahteraan ahli -ahli menerusi kegiatan persatuan. 3)Menjadi saluran penghubung yang diakui antara ahli dan ahli serta ahli dan sekolah ke arah mewujudkan rasa cinta kepada sekolah. 4)Menyumbang tenaga dan idea ke arah kemajuan dan peningkatan pretasi sekolah. 5)Menyelaras segala program dan aktiviti sosial serta kegiatan intelektual buat faedah ahli. 6)Menjadi satu badan pembentuk sahsiah ahli.

13 |SULIT

FAEDAH PENUBUHAN
1)SUMBER INSPIRASI DAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR. 2)WADAH MANTAN PELAJAR MENABUR BAKTI. 3)MEMBINA DAN MEMBENTUK JATI DIRI SERTA MEMUPUK NILAI-NILAI KOMPETENSI GENERIK. 4)PELAJAR YANG BERSAHSIAH TINGGI MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH. 5)MEMBANTU DAN MENGURANGKAN BEBAN PIHAK SEKOLAH MENGATASI MASALAH BERKAITAN PELAJAR.

PROGRAM SULUNG
MAJLIS PENGENALAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS CADANGAN:BULAN APRIL-MEI(SEBARAN MAKLUMAT PERSATUAN) JANGKA MASA:2 BULAN AHLI TERLIBAT:SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS OBJEKTIF:MEMBAWA PERSATUAN KE PENGETAHUAN UMUM MAJLIS PENGENALAN:PENGHUJUNG BULAN MEI

14 |SULIT

Surat Pengakuan Penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dengan ini saya, Hajah Jamaah binti Hj Taman, pengetua SekolahMenengahSains KepalaBatas bersetuju dengan penubuhan Persatuan Alumni Sekolah MenengahSainsKepala Batas dengan harapan agar penubuhan persatuan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan pihak sekolah selain bekerjasama ke arah kemajuan dan peningkatan prestasi sekolah.

Yang benar,

(HJH JAMAAH BINTI HJ TAMAN) Pengetua Cemerlang, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau pinang.

15 |SULIT

Você também pode gostar