Você está na página 1de 3

FYP Panduan Terbaik Untuk Memilih Tajuk

Bagaimana hendak memilih tajuk yang baik untuk FYP anda? Semuanya bergantung kepada kebolehan dan kemampuan anda untuk memilih tajuk FYP di semester akhir. Bagi pelajar enviro , tajuk ini merangkumi dari water dan wastewater, solid waste, air monitoring dan lain lain. Di sini ada panduan terbaik untuk pelajar enviro atau alam sekitar memilih tajuk mereka.

1) Noise Monitoring (Pengawasan Bunyi) Tahap Mudah Keperluan Kenderaan, dan Masa Noise monitoring adalah tajuk FYP yang termudah di antara semua tajuk FYP enviro di mana anda hanya memerlukan sound level meter dan duduk di satu tempat untuk jangka masa tertentu. Projek ini sesuai kepada mereka yang mempunyai kenderaan, dan lebih suka kepada projek yang mudah dan cepat untuk disiapkan. 2) Case Study dalam Undang Undang atau Polisi Alam Sekitar Tahap Mudah Keperluan Kemahiran mencari dan mengedit maklumat yang baik, Pengetahuan mengenai undang undang alam sekitar (EQA 1974) yang baik. Tidak seperti tajuk FYP yang lain di mana anda akan banyak melihat kepada buku dan internet. Case study ini bergantung sepenuhnya bagaimana anda mengambil dan membandingkan maklumat itu untuk cadangan baik pulih sesuatu undang undang dan polisi. Anda tidak perlu selalu keluar untuk mengambil sample atau pergi ke makmal tetapi anda akan mempunyai masalah tentang data yang tidak mencukupi dari internet dan ianya bergantung kepada anda, bagaimana anda menyelesaikan masalah itu? 3) Solid Waste Tahap Sederhana Keperluan Pengetahuan mengenai Solid Waste yang baik, Kemahiran makmal yang baik, Sanggup berhadapan dengan sampah atau bahan kimia yang lain, Kemahiran komunikasi yang baik. Di sini, anda akan menguji sample dari sampah atau bahan kimia yang lain. Bergantung kepada tajuk yang anda pilih, anda mungkin tidak perlu keluar untuk mengambil sample. Masa anda akan banyak dihabiskan di dalam makmal di mana anda akan terdedah kepada bau sample sampah atau kimia. Sesuai untuk kepada mereka minat untuk membuat FYP mereka di dalam lab.

(Tips Kalau kamu mempunyai masalah kesihatan, jangan ambil tajuk ini sekiranya melibatkan bahan kimia ! Kamu akan terdedah dengan asap kimia yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit) 4) Water and Wastewater Tahap Sukar Keperluan Pengetahuan mengenai water dan wastewater, kemahiran komunikasi yang baik, kenderaan, kemahiran makmal yang baik, teamwork yang baik dan masa Water and Wastewater melibatkan WQI (Water Quality Index), mendapat data dari sampewastewater sesuatu syarikat, di sini anda harus berkomunikasi dengan orang daripada sektor swasta atau kerajaan. Anda juga perlu berjaga jaga banyak faktor seperti cuaca yang boleh mengganggu projek anda. Kerjasama antara anda dan pasukan anda adalah penting dan anda akan banyak menghabiskan masa semasa mengambil sample nanti. Projek ini sesuai kepada sesiapa yang minat untuk mengaplikasikan apa yang sudah belajar di dalam teori water dan wastewater dan lebih suka kerja di luar daripada di dalam makmal dan di hadapan computer. Jika kamu sekadar mahu mencuba, pilih tajuk lain ! 5) Design..(Bergantung kepada tajuk anda) Tahap Sukar Keperluan Kemahiran menggunakan AutoCAD, atau software untuk mengedit yang lain, kemahiran matematik yang baik, kemahiran makmal yang baik,kemahiran mengurus masa yang baik. Anda diminta untuk design sesuatu equipment yang lebih baik daripada sedia ada melalui kemahiran matematik anda dan software dan mengaplikasikan equipment yang telah anda bina. Jika anda tidak ada salah satu kemahiran di atas dan lebih suka membuat kerja last minute, jangan ambil ! Kerana projek ini bergantung kepada berjaya atau tidak equipment dan ianya memakan masa untuk disiapkan. (Tips: Lecturer anda menganggap anda ada kesemua skill di atas apabila anda memilih tajuk ini, jadi anda harus bersedia sebelum mengambil tajuk ini)

6) Tajuk Tajuk Lain ( Yang anda tidak pernah dengar sebelum ini) contoh masak telur meggunakan 3-3 diemethyltetrachloride

Peraturan di sini agak senang. Jika anda tidak pernah dengar dan tak biasa dengan tajuk itu, jangan ambil ! FYP anda mungkin bermasalah sekiranya anda tidak tahu langsung dan hasil kajian anda mungkin diambil tanpa credit oleh lecturer anda untuk kajian anda (Tips Tanya lecturer anda dahulu mengenai topik ini dan tanya adakah topic ini berkaitan dengan kajian yang sedang dia lakukan untuk pertandingan dan sebagainya. Jika jawapannya Ya, lebih elok anda ambil topic yang lain)

Kesemua di atas adalah pandangan peribadi penulis dan setiap pandangan mungkin berbeza antara satu sama lain. Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

Você também pode gostar