Você está na página 1de 33

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Karya ini adalah karya pelajar 1.0 PENGENALAN.


Comment [N1]: Bincang secara umum apa yang ingi dibincangkan dalam teks. Bincang berkaitan Perubahan Alam sekitar, kesan dan kaitannya dengan manusia

Hidrosfera adalah salah satu daripada subsistem dalam ekosistem yang melibatkan air sebagai kompenan utama sistem tersebut. Air memainkan peranan penting dalam setiap hidupan di muka bumi yang juga merupakan unsur semulajadi bagi hidupan untuk meneruskan kehidupan seharian. Selain itu, air juga berperanan sebagai salah satu daripada agen yang menggalakkan berlakunya proses luluhawa terhadap batuan yang mana ianya penting dalam pembentukan tanah (oleh proses hakisan dan pemendapan). Sebahagian besar permukaan bumi kita dilitupi oleh air iaitu sebanyak 70% manakala 30% lagi dilitupi oleh kawasan daratan. Air di bumi sentiasa berkitar dan jumlahnya sentiasa tetap walaupun melalui pelbagai proses yang berbeza dan mengalami penukaran sama ada kepada bentuk wap, air mahupun pepejal (ais).

Bagi manusia, air sangat berperanan sebagai nadi utama dalam sesuatu perkerjaan. Misalannya, dalam bidang pertanian air sangat diperlukan bagi tujuan pengairan tanaman sama ada secara komersial ataupun untuk kegunaan sendiri. Air bukan sahaja digunakan bagi kerja-kerja seharian seperti memasak, mandi, mencuci tetapi juga penting dalam melicinkan segala tugasan dan aktiviti dalam perindustrian termasuk sebagai agen penyejuk kepada mesin-mesin penjana di dalam kilang

Namun begitu, menyedari hakikat kepentingan air kepada hidupan, manusia semakin alpha dalam mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup. Pelbagai pembangunan alam di lakukan sehingga menjejaskan sumber dan kualiti air dunia sehinggakan kini kita berdepan dengan pelbagai konflik dan krisis air yang semakin meruncing. Kesan ini dapat dilihat terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Malaysia sendiri yang Jepun tidak terkecuali juga negara membangun seperti kini berdepan dengan krisis air yang semakin

membimbangkan. Menyedari hakikat tersebut, pelbagai langkah diambil bagi 1

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

membendung masalah ini daripada terus berlarutan sehingga mendatangkan impak yang sangat besar kepada manusia dan alam sekitar. Perancangan yang mampan harus diambil segera sebelum masalah menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

2.0 MANUSIA DAN KETERUBAHAN ALAM SEKITAR.

2.1 Manusia Dan Alam Sekitar : Kesepaduan Atau Konflik.

Bumi kini sudah menjadi semakin kecil. Hal ini disebabkan beberapa tekanan yang dihadapi termasuk faktor utamanya adalah oleh pertambahan penduduk manusia yang begitu cepat. Masalah yang sukar diatasi sekarang ialah perubahan iklim, krisis air, pencemaran yang meningkat, penebangan hutan dan kepupusan spesies. Faktor ini semuanya berkaitan dengan penambahan penduduk. Dengan pertambahan penduduk dunia dan kemajuan teknologi yang tinggi serta canggih, manusia telah mengubah bentuk dunia dengan kadar yang berlebihan.

Comment [N2]: Bahagian ini sepatutnya membincangkan 1.Konsep Manusia 2.Konsep Alam Sekitar 3.Kedudukan Manusia pada pandangan Alam Sekitar Contoh aktiviti 4.Kedudukan Alam Sekitar pada pandangan Manusia Contoh Aktiviti 5.Daripada aktiviti 4 dan 5 : Berpadu atau Konflik 6.Jika berpadu, apa yang jadi dan Jika KONFLI, apa yang jadi. Berikan Contoh yang berkaitan dengan isu-isu ekosistam

Jika dahulunya, aktiviti manusia hanya menukarkan kawasan hutan menjadi kawasan pertanian dan kawasan bandar, tetapi sekarang lebih dahsyat apabila tidak ada ekosistem yang terlepas daripada ancaman pencerobohan manusia. Manusia telah menukarkan fungsi dan struktur suatu ekosistem apabila mengubah suatu kawasan hutan menjadi kawasan pertanian atau untuk tujuan pembangunan.Walaupun setiap ekosistem mempunyai daya tekanan yang tersendiri, tetapi ia agak terhad pada tahap yang tertentu sahaja. Kalau melebihi tahap kritikal, ekosistem tersebut akan hancur. Sebagai contoh jikalau hutan kita ditebang ataupun menjadi rosak oleh eksploitasi berlebihan, maka tekanan yang dialami oleh ekosistem tersebut akan menjadi kronik dan seterusnya akan mengalami kehancuran.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Manusia dan alam sekitar sebenarnya sangat berkait rapat dan saling bergantung diantara satu dengan yang lain. Alam sekitar pada zaman lalu dianggap sebagai `makro' kepada manusia dan manusia ialah alam `mikro' kepada alam sekitar. Kedua-duanya saling menyayangi satu sama lain. Jika yang satu binasa maka yang satu lagi kehilangan makna. Namun disebabkan oleh ketamakan manusia mengeksploitasi alam terutamanya hutan secara tidak terkawal, hubungan diantara manusia dan alam sekitar kini dilihat menjadi seakan-akan musuh yang sering bertelagah. Kesepaduan yang dulunya dicapai antara sumber (alam sekitar) dan manusia kini sudah bertukar menjadi konflik.

Konflik diantara manusia dengan alam dapat dilihat dengan jelas pada hari ini. Alam ditarah, diterokai, dikerat, diperalatkan tanpa belas kasihan. Kini sudah tiba masanya alam sekitar pula membalas dendam terhadap segala tingkah laku terkutuk manusia. Bumi kini seakan mengamuk kepada golongan manusia yang sebenarnya ditugaskan oleh tuhan untuk menjaga segala bentuk ciptaan-Nya di dunia ini. Satu demi satu bencana meletus sehingga mengorbankan jutaan ribu nyawa.

Sebagai contoh, kesemua bukti ini dapat dilihat melalui bencanabencana alam yang berlaku pada awal tahun 2008 ini. Bermula dengan kes letusan gunung berapi di Chile pada 2 Mei 2008 yang lalu. di

Penduduk-penduduk

bahagian selatan negara itu lari meninggalkan bertempiaran rumah dan

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

haiwan peliharaan sebaik saja Gunung Chaiten memuntahkan laharnya. Di bandar Futaleufu, asap tebal dan abu hitam menutupi kebanyakan kawasan. Hanya 400 daripada 1,500 penduduk di kawasan itu dibenarkan tinggal di rumah masing-masing meskipun bekalan air sudah terputus. Sesetengah pakar ekologi berpendapat, bencana ini meninggalkan kesan perubahan yang ketara ke atas alam semula jadi seperti hutan pokok sipres dan pain di samping spesies rusa yang jarang ditemui. Chile merupakan 'rumah' kepada 2,000 gunung berapi, di mana 500 daripadanya masih aktif dan hampir 60 gunung berapi ini telah meletus sejak 450 tahun yang lalu. Chaiten buat pertama kali meletus dalam tempoh beribu tahun.

Di Myanmar, hampir 30,000 nyawa hilang sebaik Siklon Nargis melanda pada hari yang sama dengan kekuatan tiupan angin selaju 120 batu sejam dan ribut taufan. Secara rasminya 33,000 penduduk dipercayai maut dengan lebih 50,000 masing hilang. Dalam situasi genting sebegini, lebih daripada dua juta

Penangan Taufan Nargis di Myammar penduduk memerlukan bantuan segera dari segi makanan, minuman dan pakaian tetapi usaha untuk mencapai ke kawasan-kawasan luar bandar memang sukar. Di kawasan yang paling teruk ditimpa malapetaka, Delta Irrawaddy, penduduknya 4

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan beratus-ratus orang mendapatkan teduhan di dalam biara. Selebihnya mereka cuba mendirikan khemah di luar tanpa bekalan air bersih kerana telah dicemari najis dan mayat yang bergelimpangan.

Sementara itu, satu gempa bumi yang kuat menggegarkan bumi China, berdekatan dengan bandar Sichuan. Bermagnitud 7.8 pada skala Richter, ia menyebabkan kematian kirakira 10,000 orang penduduk dan ramai lagi yang masih terperangkap di bawah ranapan bangunan konkrit. Gempa bumi ini dilaporkan yang terburuk dalam tempoh tiga dekad. Di bandar Juyuan, sebuah bangunan sekolah bertingkat tiga runtuh lalu memerangkap 900 pelajar hidup-hidup dan 50 lagi terbunuh. Seramai 1,000 lagi pelajar dan guru dipercayai tertanam atau terbunuh di sekolah menengah yang runtuh di Beichuan. Selain di wilayah Sichuan, angka korban juga tinggi di Gansu, Yunnan dan juga Chongqing yang berjiran dengan Sichuan, lapor akhbar harian Xinhua. Pusat gegaran tertumpu di daerah Wenchuan di Sichuan dan kekuatannya menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di seluruh China bergoyang.Gempa bumi itu yang berlaku pada pukul 2.28 petang (waktu tempatan), dirasai selama beberapa minit di Bangkok, Thailand, yang jaraknya kira-kira 3,300 kilometer ke barat daya China. Bangunan di ibu negara Vietnam, Hanoi, juga dilaporkan bergegar. (

http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/ )

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

SICHUAN, China: Seorang lelaki menangis selepas ahli keluarganya menjadi korban gempa.

2.2 Perubahan Systemic Dan Cumulative.

Menurut Turner et al., (1990), terdapat 2 komponen utama dalam perubahan persekitaran global. Komponen yang pertama adalah perubahan Systemic iaitu beroperasi dalam skala yang besar dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang besar dan luas, contoh yang terbaik adalah pemanasan global. Komponen yang kedua pula adalah perubahan Cumulative yang menerangkan jaringan kesan kepada perubahan skala tempatan (local-scale) dalam kawasan-kawasan berbeza yang mungkin lebih kepada perbezaan alasan tempatan, contoh yang terbaik adalah peyahutanan.

2.3 Ciri-ciri Perubahan Lembangan Dan Kesan.

Comment [N3]: Terangkan juga apa, perubahan lembangan ini merujuk kepada perubahan Systemic atau Cumulative

Lembangan saliran merujuk kepada suatu kawasan yang meliputi rangkaian sungai di dalam lingkungan sempadannya yang mengalir dari suatu kawasan tinggi ke satu poin terendah. Sistem lembangan boleh dibahagikan kepada beberapa

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

subsistem yang utama iaitu subsistem tumbuhan, subsistem permukaan tanah, subsistem tanih, subsistem zon pengudaraan , subsistem alur sungai, dan subsistem air bawah tanah dan jauh dalam tanah. Keenam-enam sistem ini saling berkaitan diantara satu dengan yang lain dan sekiranya salah satu daripadanya terganggu, subsistemnya yang lain juga akan turut terjejas. Aktiviti-aktiviti manusia pada hari ini sama ada untuk tujuan pembangunan atau memenuhi permintaan yang semakin meningkat oleh pertambahan penduduk dunia menyebabkan kawasan lembangan saliran semakin terancam. Terdapat banyak ciri perubahan lembangan pada hari ini yang pada akhirnya mendatangkan implikasi negatif pula kepada manusia itu kembali.

Konflik manusia dan alam sekitar memberi kesan kepada perubahan ke atas lembangan saliran. Ciri- ciri perubahan lembangan saliran yang diperhatikan

adalah perubahan vegetasi. Perubahan vegetasi merujuk kepada perubahan terhadap spesis tumbuhan semulajadi yang dilakukan oleh manusia. Perubahan tersebut disebabkan oleh aktiviti-aktiviti penerokaan hutan untuk pertanian dan penebangan pokok untuk pembalakan Perubahan vegetasi menyebabkan

perubahan ke atas spesies tumbuhan dan kehilangan sesetengah spesies tumbuhan hutan yang mempengaruhi proses dan simpanan dalam kitaran hidrologi lembangan. Hal ini akan menyebabkan gangguan ke atas proses-proses larian permukaan, penyusupan, inflitrasi, sejatpeluhan, dan menganggu setiap simpanan dalam kitaran hidrologi lembangan iaitu simpanan intersepsi, simpanan permukaan, simpanan lembapan tanih, simpanan air bawah tanah dan simpanan air dalam tanah. Seterusnya akan menyebabkan perubahan fizikal ke atas lembangan saliran dan akibatnya berlaku banjir, kemarau, tanah runtuh, hakisan, pemendapan,

pencemaran dan sebagainya.

Ciri-ciri perubahan lembangan juga dapat dilihat melalui perubahan gunatanah yang melibatkan perubahan fizikal lembangan sungai. Hakisan merupakan salah satu daripada agen yang menyebabkan perubahan gunatanah yang mana ianya berlaku apabila litupan tumbuhan mengalami gangguan. Gangguan 7

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

ke atas litupan tumbuhan akan merubah ketelapan permukaan tanah yang akan meningkatkan aliran permukaan disamping menjejaskan secara negatif imbuhan air tanah (groundwater recharge). Akibatnya struktur dan komposisi tanah berubah apabila pokok-pokok yang pada awalnya berperanan sebagai pengcengkam tanah dimusnahkan dan menyebabkan hakisan serta mendakan sungai. Sebagai

contohnya aktiviti pembangunan sekitar kawasan sungai menyebabkan litupan tumbuhan yang berada disekitar sungai dimusnahkan bagi tujuan tersebut.

Akibatnya, berlaku perubahan ke atas kualiti air sungai apabila sidment-sidment tanah dan bahan kimia hasil daripada proses pembangunan menyerap masuk ke dalam tanah dan seterusnya mengalir ke dalam sungai. Proses yang berterusan akan menyebabkan sungai tercemar.

Selain daripada itu, ciri-ciri perubahan lembangan yang dapat diperhatikan adalah perubahan alur sungai. Perubahan alur sungai termasuklah proses

penjajaran alur, pelapisan alur dengan bahan lain dan pengalian alur. Perubahan ini dilakukan bagi mengelakkan limpahan ke atas dataran banjir. Proses perubahan alur akan menyebabkan hakisan dan gangguan fizikal seterusnya akan

mengakibatkan kenaikan dan kemasukan sediment ke dalam sungai. Proses ini berlaku apabila pemusnahan litupan tumbuhan mendedahkan permukaan tanah kepada agen hakisan dan menyebabkan struktur tanah turut berubah. Akhirnya sediment dan bahan-bahan toksik tidak dapat diperangkap oleh tumbuhan lalu mengalir ke dalam sungai apabila hujan turun. Proses yang berlarutan akan menyebabkan pemendapan sungai dan boleh mengakibatkan banjir berlaku. Contohnya, Brookes (1987), menjumpai kenaikan kemasukan sediment ke dalam alur hilir sungai sebanyak 40%. Sementara Sear et al. (1998) menganggarkan kenaikan adalah 150% melalui projek pemulihan hilir sungai yang dijalankan. Walau bagaimana pun, nisbah bagi jumlah sidement yang berlebihan adalah hasil daripada pemendapan hilir sungai.

3.0 KESAN PERUBAHAN. 8

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

3.1 Kesan Perubahan Litupan Tumbuhan.

Kerosakan hutan (kawasan tadahan air) akitbat aktiviti manusia seperti kegiatan pembalakan boleh mengakibatkan hakisan tanah dan degradasi alam sekitar yang serius seperti tanah runtuh, peningkatan pengaliran air terus di permukaan bumi (increase water runoff) dan peningkatan kadar kelajuan pemendapan sungai.

Malangnya kerosakan hutan bukan sahaja berlaku di tebing-tebing bukit, malah hutan yang menjadi kawasan tadahan air di mana terdapat tumbuhtumbuhan dan pelbagai spesis haiwan. Habitat hutan amat mudah terancam kerana kadar pemulihan semula hutan memakan masa yang lama. Oleh itu, pemusnahan kawasan ini akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada kita dan fungsi hutan itu sendiri.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Sumber : www.sabah.gov

Penyahutanan.

Penyahutanan adalah proses pemindahan litupan tumbuhan hutan yang asal (hutan dara). Penyahutanan atau pemusnahan hutan ini boleh berlaku sama ada secara disengajakan ataupun semulajadi. Pembukaan jumlah terbesar kawasan hutan ini kebanyakannya adalah bagi tujuan pembukaan kawasan perladangan (kelapa sawit, getah, koko), kawasan perumahan (perbandaran) atau aktiviti pembalakan. Namun kadang kala berlaku juga pemusnahan hutan oleh kejadian alam seperti petir dan kemarau yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran hutan dalam skala yang besar.

Kesan utama penyahutanan adalah meningkatkan jumlah keseluruhan larian air permukaan (Bosch & Hewlett, 1982). Pemusnahan pokokpokok hutan mengurangkan jumlah intersepsi air dan jumlah

pemeluwapan kembali kepada atmosfera serta ketersampaian air pada permukaan tanah lebih cepat. Kesan penyahutanan bergantung kepada 3 faktor utama iaitu kawasan pemusnahan hutan tersebut (keluasan), jenis hutan (kon atau tebal) dan iklim (sejuk,luruh,panas,bunga). Hal ini dapat dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Stednick, 1996 mengumpul keputusan daripada kajan lembangan di Amerika Syarikat , dan mendapati kesan penyahutanan boleh diketahui pada kawasan Pergunungan Rocky yang mana lebih daripada 15% daripada kawasan tadahan itu sudah diterokai (dibersihkan), namun lebih daripada 50% daripada kawasan tadahan perlu dibersihkan bagi membolehkan pengenalpastian perubahan ke atas Great Plains (padang datar yang luas). hal ini dibangunkan sebahagiannya disebabkan oleh perbezaan percampuran pokok-pokok di dua kawasan berbeza, namun 10

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

sebahagiannya lagi disebabkan oleh perbezaan iklim. Kebanyakan kandungan air di kawasan Pergunungan Rocky ini jatuh pada musim sejuk sebagai salji dan timbunan salji. Keadaan ini lebih cenderung meningkat jika hutan dibersihkan (Troendle & Reuss, 1997),

membuktikan bahawa penyahutanan telah memberi kesan yang besar keatas larian air permukaan. Perbezaan dari segi iklim ini menyukarkan perbandingan kesan pemusnahan hutan dalam jenis hutan yang berbeza.

Both Bosch & Hewlett and Sahin & Hall (1996) menyampaikan pengetahuan mengenai hubungan diantara jumlah pembersihan kawasan hutan dan peningkatan dalam larian air permukaan. Didapati bahawa, berlaku peningkatan ke atas larian air permukaan dalam pengurangan 10% litupan tumbuhan. Namun peningkatan larian air permukaan pada pemusnahan kawasan hutan konifer (pokok kon) tidak lah begitu tiggi jika dibandingkan dengan hutan yang mempunyai jenis pokok berdaun lebat dan pelbagai saiz. Hal ini kerana hutan jenis konifer sememangnya mempunyai kadar pintasan hujan yang sedikit oleh saiz pokok dan daunnya yang kecil serta mempunyai kadar larian air permukaan yang lebih banyak berbanding hutan jenis tropika (pokok besar, pelbagai siaiz,padat).

Kesan penyahutanan kepada keseluruhan larian air permukaan adalah tidak tetap, yang mana ianya juga turut bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk membersihkan hutan. Semakin banyak bilangan campur tangan peralatan mesin dan kaedah pemusnahan hutan yang sangat kejam, semakin meningkat larian air permukaan di kawasan tersebut.

Penyahutanan meningkatkan aliran puncak

bukit iaitu

juga

keseluruhan bilangan larian air permukaan, yang mana banjir kecil lebih mempengaruhinya berbanding banjir besar. Hal ini kerana lebih kecil 11

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

bilangan keseluruhan simpanan pintasan dalam lembangan relatif kepada jumlah keseluruhan curahan hujan, lebih kurang kesan simpanan pintasan tersebut ke atas jumlah air yang sampai ke permukaan tanah. Banjir kecil boleh menjadi besar dengan adanya penyahutanan dan banjir baru mungkin boleh terhasil oleh jatuhan hujan yang sebelum ini tidak pernah menghasilkan maklum balas hidrologikal.

Penyahutanan turut memberi kesan terhadap kelajuan aliran air permukaan. Hal ini kerana penyahutanan telah memusnahkan fungsi utama popok-pokok sebagai pemintas kepada jatuhan hujan daripada jatuh terus kepada permukaan lantai hutan. Halajua air hujan ini diperlahankan oleh aliran daun ke daun, daun ke ranting, ranting ke batang dan akhirnya jatuh ke lantai hutan. Kehilangan pokok oleh penyahutanan menyebabkan air hujan jatuh terus ke permukaan dengan kadar yang laju dan hanya menyusup sedikit ke dalam tanah dan selebihnya mengalir sebagai larian air permukaan yang mempunyai kadar halaju yang tinggi serta terus mengalir masuk ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan aliran air sungai menjadi semakin deras.

Proses penyahutanan bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap kuantiti dan halaju air yang mengalir namun turut mempengaruhi tahap kualiti air tersebut. Proses penyahutanan melepaskan nutrien kepada sungai. Peningkatan jumlah nutrien seperti natrium nitrat, kalium dan bromin adalah disesabkan oleh beberapa faktor termasuk proses pereputan tumbuhan yang dipotong, pemecahan kitaran nutrien dan peningkatan dalam kandungan mineral bahan organik (Neal et al.,1997). Pembersihan litupan hutan turut menyebabkan peningkatan suhu tanah dan air yang mana ianya menggalakkan lagi proses pereputan bahan organik.

12

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Kuantiti sediment turut meningkat selepas proses penyahutanan yang mana permukaan tanah berisiko tinggi terdedah kepada jatuhan hujan dan terganggu. Aliran air hujan membawa sisa sedimen ini masuk ke dalam sungai dan mengakibatkan peningkatan jumlah kelodak di dalam sungai yang menyebabkan air sungai menjadi keruh. Peningkatan berterusan kandungan sediment ke dalam sungai boleh menyebabkan paras dasar sungai menjadi semakin tinggi dan secara tidak langsung sungai menjadi cetek. Namun, jumlah sediment yang diangkut tidak semestinya jatuh terus ke dalam outlet lembangan. Ianya bergantung juga kepada jumlah yang mampu diangkut oleh aliran air permukaan dan sudut kecondongannya yang mana kadar angkutan sediment pada kawasan tanah pama lebih sedikit.

Akhir sekali, penyahutanan di kawasan tanah kering dengan kandungan garam yang tinggi seperti di Australia telah meningkatkan konsentrasi garam dalam tanah (Smith, 1998). Hal ini berlaku kerana pemusnahan hutan meningkatkan pengecasan semula air yang mana membenarkan peningkatan paras air bawah tanah. Sekiranya air bawah tanah ini masin, maka tanah akan turut mengandungi garam dan begitu juga dengan air yang akan mengalir terus ke sungai.

13

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Sumber : www.sabah.gov.my

Pertanian.

Tanah telah sekian lama digunakan bagi tujuan kegiatan aktiviti pertanian. Namun, pada zaman dahulu, aktiviti pertanian ini tidak begitu mendatangkan impak yang besar terhadap kualiti alam sekitar kerana ianya dijalankan dengan menggunakan kaedah tradisional.

Terdapat 3 dimensi utama pertanian yang mana mempengaruhi kuantiti kitaran air simpanan lembangan iaitu jenis litupan tumbuhan, aktiviti fizikal dan kerja-kerja berkenaan penanaman, dan pemindahan air bagi tujuan pengairan. Jenis litupan tumbuhan mempunyai dua kesan yang utama. Pertama, tumbuhan yang berlainan menggunakan

kandungan air yang berbeza melalui jangkawaktu pembesaran yang berbeza. Kadar transpirasinya juga turut berbeza dan begitu juga dengan

14

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

jangkawaktu keseluruhan proses transpirasi dan evaporasi (penyejatan). Keduanya, tanah mungkin ditinggalkan kosong dalam beberapa tahun yang mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada jatuhan hujan. Pada waktu ini, transpirasi mungkin tidak berlaku langsung dan kapasiti infiltrasi berkurangan akibat ketiadaan tumbuhan menyebabkan

berlakunya aliran air permukaan.

Aktiviti penanaman turut melibatkan banyak aktiviti fizikal dan gangguan. Pembajakan struktur tanah, dan pemadatan oleh mesin akan mengurangkan kapasiti penyerapan dan meningkatkan frenkusi ke atas aliran air permukaan. Pada kebiasaannya, penyerapan tersebut hanya berlaku disebabkan oleh gangguan ke atas tanah pertanian terutamanya pada musim sejuk. Sebagai contohnya, perladangan almond di Sepanyol Tenggara menunjukkan bagaimana frenkusi perubahan ruang yang merangkumi struktur dan kepadatan tanah menyebabkan berlaku corak perubahan dalam penyerapan dan penyejatan. ( van Wesemeal et.al, 2000). Kadar penyerapan air hujan lebih cepat beraku pada kawasan tanah pertanian yang poros iaitu partikel tanah yang membenarkan kemasukan air secara menegak menuju kepada air simpanan bawah tanah. Namun, keadaan tanah pertanian yang dipadatkan oleh peralatan dan jentera pertanian telah menggalakkan lagi berlaku aliran air permukaan kerana kadar kebolehpegangan air yang dapat ditangkap lebih kecil bilangannya.

Aktiviti pertanian juga memberi kesan ke atas kualiti air sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pembajakan dan pemadatan tanah oleh peralatan mesin dan hakisan tanah mampu meningkatkan frenkunsi aliran tanah. Walaubagaimanapun, bukan semua hakisan dapat menghakis alur sungai terutama dikawasan cerun bukit dan dataran banjir. Sebahagian sidement yang terkandung dalam alur sungai terhasil daripada sidement jalan raya dan tapak pertanian ( hasil kajian di 15

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Thailand oleh Ziegler& Giambelluca (1997) atau dari aliran longkang. Empat aspek kimia yang dinilai bagi melihat tahap kualiti air termasuklah kandungan nutrien, bahan organik, patologi dan bahan pencemar organik . Penggunaan racun serangga meningkat sejak kewujudan sektor peladangan pada tahun 1970. Pada tahun 1980 dan 1990 dalam satu kajian kes telah mengesan tahap penggunaan racun serangga yang tinggi dalam tadahan air bagi tujuan pertanian. Air hujan yang membawa sisasisa racun serangga boleh menyebabkan perubahan yang mendadak ke atas sungai. Ianya berlaku apabila saluran parit dibina di kawasan sungai. Akhirnya sungai akan dicemari oleh bahan kimai yang terdapat dalam racun serangga.

Perbandaran dan pembangunan industri.

Proses perbandaran mengubah ciri-ciri fizikal lembangan dan sekiranya kawasan perbandaran tersebut cukup besar, ia turut mempengaruhi iklim setempat (Barry & Chorley, 1998). Aktiviti pembangunan bagi tujuan perbandaran bukan sahaja memberi kesan terhadap kuantiti malah kualiti air di hilir. Begitu juga yang berlaku oleh proses perindustrian, namun impaknya lebih kepada perubahan terhadap kualiti air.

16

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Pada dasarnya, perbandaran melibatkan proses menggantikan kawasan litupan asal tumbuhan hutan dengan kawasan hutan konkrit. Jaringan aliran air turut meningkat dan amat berkesan termasuk bukan sahaja melalui kemasukan pantas air daripada tali-tali air, tetapi juga jalanraya dan saluran parit bangunan-bangunan serta rumah-rumah.

Kesan hidrologikal terpenting perbandaran adalah larian air hujan lebih cepat dan banyak berbanding hanya sedikit proses infiltrasi, pengeluwapan dan pergerakan beransur-ansur menuju air bawah tanah atau sungai. Litupan tanah mempunyai kesan yang paling kurang sebagaimana peningkatan dalam magnitud jatuhan hujan kerana jumlah simpanan tadahan yang sedia ada (contohnya dalam tanah). Perbezaan diantara perbandaran dan lembangan semulajadi ke atas kapasiti simpanan lembapan tanah sedia ada adalah pada tahap terbaik pada musim panas semasa kelembapan tanah berkurang pada kadar maksimum. Kesan perbandaran bergantung kepada tahap semulajadi kawasan tadahan yang telah dibangunkan.

Hilir sungai kawasan bandar mempunyai aliran puncak yang tinggi dan aliran bawah yang rendah. Bagaimanapun, persekitaran bandar turut

17

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

mengandungi jaringan paip perhubungan yang mengangkut air minum dan sisa buangan kumbahan. Kerap kali berlaku kebocoran pada paippaip ini (terutamanya paip yang mengangkut aliran air untuk pengguna yang mempunyai tekanan tinggi) yang boleh menyumbang kepada aliran dasar tanah bandar dan pengecasan semula air bawah tanah.

Aktiviti perbandaran dan perindustrian melepaskan pelbagai jenis bahan pencemar kepada persekitaran. Hidrokarbon dan logam berat yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor disebarkan diatas jalanraya, dan kadangkala dalam sesetengah kes, garam ditabur diatas jalan raya pada musim sejuk bagi memperlahankan proses pembekuan salji pada jalanraya. Bahan-bahan asing diatas jalanraya ini akan di basuh oleh air hujan yang jatuh dan terus masuk ke jaringan sungai yang akhirnya menyebabkan tahap kualiti air sungai menjadi tercemar teruk. Bahanbahan terampai sama ada di atmosfera atau permukaan jalanraya dan tanah yang berbahaya (zink, nikel, karbon monoksida, tar, sulfer dioksida, dan lain-lain lagi) akan dilarutkan oleh air hujan membentuk hujan asid dan aliran air tercemar yang mana akhirnya akan menyerap masuk kedalam air bawah tanah dan sungai, mengakibatkan berlakunya pencemaran air serta merosakkan kualiti tanah secara tidak langsung.

Perlombongan dan pengekstrakan mineral.

Aktiviti perlombongan dan pengekstrakan boleh mendatangkan kesan yang signifikan keatas kualiti dan kuantiti air dalam pelbagai cara. Ianya dapat dibezakan diantara perlombongan mineral dalam tanah dan pengekstrakan mineral di atas permukaan tanah.

Perlombongan mineral bawah tanah memberi kesan terhadap kuantiti dan kualiti air keatas sungai setempat yang mana sebahagian besarnya melalui kesan buangan daripada lombong. Semasa aktiviti 18

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

perlombongan dijalankan, adalah perlu untuk memastikan paras air rendah dengan cara mengepam air keluar. Hal ini boleh menyebabkan wujudnya kawasan paras air rendah, memberi kesan kepada

pengurangan air bawah tanah, serta pengepaman keluar (dinyahcas) air secara langsung ke sungai. Kualiti air yang dipamkan adalah baik kerana ianya pada asalnya adalah air bawah tanah yang biasa. Namun, apabila perlombongan tidak lagi dijalankan dan pengepaman air diberhentikan, paras air bawah tanah akan meningkat semula. Hal ini akan mengakibatkan penyumbangan air bawah tanah kepada streamflow , dan kesan yang utama adalah ke atas kualiti air.

Apabila paras air bawah tanah meningkat, air akan mengisi ruangruang yang kosong dan membenarkan bahan mudah larut terlarut

dengan kadar yang lebih cepat, menggalakkan peningkatan konsentrasi larutan bahan pepejal dalam air, dan potensi tahap ketoksidan sesetengan bahan dalam air yang disedut keluar daripada lombong. Namun, ketepatan kesan pemberhentian proses pengepaman ini bergantung secara singnifikan ke atas kriteria geologi (lapisan batuan) kawasan lombong tersebut. Jangkawaktu kesan tersebut juga adalah pelbagai bergantung kepada masa yang diambil oleh paras air bawah tanah untuk memperolehi dan mencapai bahan mudah larut.

Perlombongan

dalam

dasar

tanah

boleh

membawa

kepada

pengurangan tanah iaitu perubahan permukaan topografi dan rangkaian saliran, dan bahan-bahan termendap pada permukaan (sediment) ini juga boleh dibasuh atau dibersihkan semasa kerja-kerja perlombongan dijalankan (termasuk longgokan hakisan) mengakibatkan penurunan kualiti air.

19

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Pengekstrakan mineral pada permukaan tanah (perlombongan yang tidak jauh sehingga ke dalam dasar tanah) mendatangkan kesan yang lebih ketara kepada landskap permukaan dan lebih mendatangkan kesan langsung ke atas aliran sungai, aliran air bawah tanah setempat dan kualiti air. Pokok-pokok ditebang untuk memudahkan aktiviti

perlombongan dijalankan, tanah terdedah kepada jatuhan hujan secara terus, dan akhirnya membawa bahan kelodak masuk ke dalam sungai. Kebanyakan sediment hasil daripada aktiviti perlombongan ini

mencemarkan kualiti air untuk jangka masa yang lama walaupun selepas aktiviti perlombongan ini sudah lama ditamatkan.
Comment [N4]: Apa kaitan dengan PERUBAHAN LITUPAN TUMBUHAN

3.2 Kesan Perubahan Kegunaan Air.

Air digunakan oleh manusia untuk pelbagai tujuan yang mana ianya dipindahkan daripada sungai dan akuifer sama ada untuk tujuan penggunaan domestik dan perbandaran, industri, serta pertanian. Air ini akan dipulangkan kembali melalui pelbagai proses sama ada melalui proses transpirasi, penyaluran semula air terpakai ke sungai, penyejatan dan sebagainya. Perubahan kegunaan air merujuk kepada penggunaan untuk tujuan pembandaran dan domestik, industri, pertanian dan pembinaan takungan air/ reseboir.

Pemindahan domestik dan perbandaran serta pemulangannya kembali.

Pemindahan domestik dan perbandaran menyediakan air kepada rumah-rumah, kedai-kedai, perniagaan minuman, mencuci dan

20

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

pengepam tandas. Kesemua air terpakai ini akan dikembalikan ke sungai semula.

Dalam negara maju, kebanyakan air domestik disediakan melalui sistem bekalan air awam dimiliki dan dioperasikan oleh autoriti tempatan atau sektor swasta, walaupun masih ada sesetengah pengguna domestik di kawasan luar bandar memperolehi air mereka sendiri daripada perigi dan mata air. Penggunaan air bagi skala individu tidak mendatangkan impak yang besar keatas kuantiti aliran sungai atau pengisian semula air bawah tanah kerana jumlahnya sedikit. Namun penggunaan untuk bekalan air awam mendatangkan impak hidrologikal yang besar kerana kuantitinya yang besar. Bekalan air boleh diambil sama ada melalui kolam air, secara terus daripada sungai atau air bawah tanah yang mana kesemuanya mendatangkan kesan yang berbeza kepada lembangan.

Pengekstrakan air bawah tanah didapati mampu meningkatkan pendedahan kepada kemarau semasa musim panas. Ia juga boleh merendahkan aliran sungai dengan cara mengurangkan pengisian semula air, disamping memberi kesan kepada aliran dengan menyediakan paras air bawah tanah yang rendah (sekitar telaga) dan dengan itu merubah tekanan (naik turun) hadraulik air. Sekiranya pengekstrakan air lebih banyak daripada pengisian semula (recharge) air tersebut, maka paras air dalam akuifer secara tidak langsung akan berkurang.

Air yang dibekalkan untuk kegunaan awam biasanya akan dirawat terlebih dahulu dengan bahan kimia bagi menyingkirkan kandungan bahan yang boleh memudaratkan pengguna. Namun penggunaan air bawah tanah contohnya daripada perigi tidak memerlukan proses rawatan air ini. 21

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Penggunaan air untuk tujuan domestik dan perbandaran ini perlu dikembalikan kepada sistem lembangan dengan berpendapat supaya tidak berlaku pengurangan punca sumber air. Sisa buangan biasanya dinyahcas secara terus melalui rangkaian-rangkaian longkang awam atau sistem perumahan seperti jamban (tandas) dan tangki septik terus kepada sungai atau laut. Hal ini menyebabkan sungai tercemar dengan pelbagai sisa buangan manusia (kumbahan), bahan organik, bahan pencuci, dan segala bentuk bahan kimia yang digunakan sekitar rumah-rumah , kedai-kedai dan premis-premis perniagaan. Sisa kumbahan mentah boleh mencapai nilai BOD sekitar 300 mg 1 yang boleh mengakibatkan sungai tercemar teruk.

Proses menyahcas air terpakai semula ke sungai ini boleh menambahkan kelajuan aliran air oleh pertambahan isipadu air. Kesan bahan kumbahan yang dilepaskan kesungai menjadi semakin teruk pada musim panas disebabkan kekurangan penerimaan hujan dan sekaligus menambahkan kepekatan bahan pencemar dalam air.

Pemindahan perindustrian dan pemulangannya kembali.

Pemindahan perindustrian termasuk air yang diambil dalam usaha bagi memenuhi proses-proses industri (contohnya, memproses makanan, membuat keluli) atau sebagai cecair penyejuk dalam alat penjana kuasa. Kadar proses air yang digunakan adalah berbagaibagai begantung kepada proses industri tersebut, dan kadar cecair penyejuk yang digunakan bergantung kepada bagaimana penyejukan dilakukan. Sistem penyejukan terbuka akan kehilangan air melalui sejatpeluhan ke atmosfera manakala sistem penyejukan tertutup akan mengitar semula cecair penyejuk (air) dan kembalikan ia semula ke sungai dalam suhu yang tinggi (dalam bentuk air panas) yang mana 22

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

boleh menyebabkan pencemaran termal serta boleh meningkatkan suhu air sehingga beberapa darjah.

Pertambahan penduduk telah meningkatkan pertumbuhan aktiviti perindustrian di seluruh dunia. Sumber air digunakan bagi pelbagai tujuan dan diambil sama ada daripada sungai mahupun sumber air bawah tanah. Masalah yang kian meningkat dalam kebanyakan bandar industri lama termasuk London dan Birmingham adalah peningkatan paras air bawah tanah yang disebabkan oleh

perpindahan dan penutupan kebanyakan kilang-kilang industri yang suatu ketika dahulu menggunakan air bawah tanah sebagai sumbernya. Hal ini mendatangkan implikasi terhadap pembinaan bangunan dan infrastruktur di kawasan bandar, disamping berpotensi mendatangkan kesan terhadap aliran sungai dan kualiti air .

Pemprosesan kilang industri melepaskan pengaliran keluar kumbahan kepada sumber air. Mengikut sejarahnya, kebanyakan sisa kumbahan industri dilepaskan tanpa rawatan terus ke sungai, namun ianya kini semakin jarang berlaku. Kandungan bahan buangan industri adalah sangat stabil antara industrinya, namun termasuk juga logam berat, bahan pencemar semulajadi dan sintatik organik yang mana akhirnya akan mempengaruhi kualiti air sungai semulajadi.

Pemindahan pertanian dan pemulangannya kembali.

Secara mejoritinya, pemindahan air untuk pengairan adalah terpeluwap ke udara dan tidak kembali secara langsung ke sungai. Rancangan pengairan disusun daripada telaga seorang petani kepada sistem kolam air besar keatas sungai-sungai utama. Pengairan untuk pertanian mendatangkan impak yang signifikan ke atas aliran sungai dan paras air bawah tanah di kebanyakan negara. Penggunaan 23

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

berlebihan air bawah tanah sebagai contoh telah membawa kepada kehilangan kawasan paya (wetland) di Spanyol serta beberapa negara Mediterranean.

Aktiviti penanaman kapas dan padi yang giat dijalankan sekitar tahun 1950 hingga 1990 memerlukan sistem pengairan yang cekap dengan penggunaan kuantiti air yang banyak sehingga menyebabkan sungai menjadi kering seperti yang berlaku pada sungai Amu Darya dan Syr Darya (terletak di pertengahan negara Asia Laut Aral). Kedua-dua sungai ini mengalir hasil daripada jatuhan dan cairan salji sebagai punca airnya. Sungai Syr Darya kering sepenuhnya diantara tahun 1974 dan 1986 dan begitu juga yang berlaku pada Sungai Amu Darya sekitar tahun 1980-an. Laut Aral yang mendapat air daripada kedua-dua sungai ini turut menjadi kering sehingga ke hari ini(Micklin,1988).

Apabila air dipindahkan daripada sungai atau air bawah tanah, pengairan air diagihkan merentasi permukaan tanah dengan pelbagai kaedah daripada membanjiri, semburan sehinggalah kepada kaedah titisan air. Pada kawasan-kawasan kering dan separuh kering kaedah pengairan air untuk tujuan pertanian boleh mengakibatkan

peningkatan dalam kandungan garam tanah. Keadaan ini pada awalnya berlaku disebabkan oleh pengairan air yang mengandungi larutan bahan, yang ditinggalkan semasa air ditransprasikan oleh tumbuh-tumbuhan. Aplikasi pengairan air dengan paras saliniti (garam) 500mg 1 boleh bertambah diantara 3 dan 12 tan per hektar garam setahun (Smith, 1998). Masalahnya ialah percampuran oleh aplikasi pengairan yang tidak cekap, yang mana memberi kesan dalam membenarkan infiltrasi air kepada air bawah tanah dan menyebabkan paras air bawah tanah meningkat (membawa sekali garam yang berada didalamnya). Bergantung kepada pengaplikasian 24

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

kaedah yang digunakan, boleh dikatakan 50% daripada kaedah pengairan air boleh menambahkan isian semula air bawah tanah.

Kandungan garam daripada penyaluran air tanah ini boleh merosakkan kualiti tanah dengan kandungan garam yang tinggi. Hal ini bukan sahaja boleh mendatangkan kesan ke atas produktiviti tanaman tetapi juga kesan keatas sebarang air yang mengalir daripada aliran air tanah ke sungai. Aliran kembali air ini turut mengandungi konsentrasi yang tinggi hasil daripada bahan kimia pertanian dan sediment.

3.3 Kesan Perubahan Fizikal Sungai.

Perubahan fizikal sungai merujuk kepada kerja-kerja pengubahan jaringan alur. Ia meliputi kerja-kerja dalam alur dan kerja-kerja di dataran banjir untuk mengelakkan ditenggelami air.

Perubahan alur sungai itu sendiri juga boleh mempengaruhi regim hidrologikal sesuatu kawasan tersebut. Pengubahsuaian alur termasuk penyusunan semula alur, pelapisan semula alur dengan bahan lain, dan penggalian dalam lingkungan kawasan alur tersebut (Sear et al.,2000). Perubahan-perubahan ke atas alur ini berlaku dalam usaha untuk mencegah air bah (banjir) pada dataran banjir, meningkatkan potensi navigasi (perbuatan, pelayaran kapal), pengekstrakan batu kelikir, dan memulihkan alur-alur sungai dalam keadaannya yang asal. Kesan fizikal yang utama kepada pengubahsuaian alur sungai termasuk bukan sahaja pada perubahan ketara kepada alur itu sendiri tetapi juga kepada pemisahan alur itu daripada dataran banjir.

Pengubahsuaian alur sungai yang menukar bentuk alur adalah dilakukan untuk mengubah bentuk aliran hidrografi, bertujuan untuk 25

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

menggerakkan air lebih cepat dan mengelakkan limpahan air dalam dataran banjir. Kesan pemisahan sungai daripada dataran banjirnya boleh membawa kepada impak yang besar disebabkan oleh kesan kekurangan ruang simpanan air pada sungai tersebut. Semakin banyak perubahan dilakukan ke atas kapasiti pengubahsuaian alur, semakin banyak mendatangkan kesan keatas magnitud (kadar) banjir.

Proses pengubahsuaian alur menwujudkan peningkatan ke atas kandungan sediment, dijangka sesetengahnya kepada gangguan fizikal dan sesetengahnya lagi kepada hakisan oleh pengubahan alur. Perlindungan banjir ini kadang kala disediakan dengan membina tetambak (benteng) banjir luar daripada alur sungai dan ini tidak meninggalkan pengubahsuaian ke atas alur. Oleh itu, ianya tidak mendatangkan kesan bebanan sediment dan kurang aliran laju (iaitu tidak menyebabkan simpanan melebihi tahap tampungan banjir), tetapi memberi kesan kepada aliran yang mana kebiasaannya akan melimpah pada dataran banjir.

Kedua-dua proses pengubahsuaian alur dan pembinaan benteng banjir mengaitkan hubungan diantara sungai dan dataran banjirnya. Mengubah frekuensi air bah (banjir) akan memberi kesan kepada vegetasi dataran banjir, yang mana boleh mengurangkan tahap air sungai dan merendahkan aras air bawah tanah (water table) dataran banjir. Dataran banjir wetlands mempunyai banyak fungsi hidrologikal dan ekologikal termasuk menyediakan simpanan kepada air dan sediment, berperanan utama keatas kitaran nutrient dan karbon kepada kawasan lembangan saliran serta sebagai zon penampan (buffer) diantara cerun bukit dan alur sungai.
Comment [N5]: Buat tambahan seperti mana yang dibincangkan oleh Arnell. Bincang bahagian CATCHMENT-SCALE EFFECT dan CONSEQUENSES IN THE CATCHMENT seperti dalam rajah yang di lampirkan

4.0 KESAN-AKIBAT PERUBAHAN ALAM SEKITAR. 26

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Manusia pada azalinya sangat bergantung kepada alam sekitar

untuk

keperluan asas iaitu udara, air dan makanan. Alam sekitar sangat penting untuk manusia bagi memastikan manusia mendapatkan keperluan asas yang berterusan untuk hidup. Bagi memastikan keperluan asas yang berterusan, manusia mula membangunkan sumber alam. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk tujuan pembangunan sumber tersebut. Namun begitu, pembangunan sumber alam yang dijalankan menyebabkan pelbagai sumber alam dieksplotasi tanpa henti. Manusia membangunkan sumber tersebut tanpa perancangan yang mampan sehingga menyebabkan perubahan alam sekitar secara besar-besaran dan mendatangkan kesan serta akibat yang negatif kepada ekologi bumi. Kesan ini dapat dilihat dengan jelas melaui pendekatan sistem yang mana mengaitkan semua sistem bumi yang saling bergantung diantara satu dengan yang lain termasuk sistem atmosfera, biosfera, hidrosfera, pedosfera dan litosfera.

27

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Pelepasan gas pencemar daripada asap kilang.

Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada atmosfera bumi. Atmosfera ialah satu lapisan gas yang menyelubungi atau merangkumi bumi. Kawasan trofosfera adalah kawasan dimana berlakunya tiupan angin, hujan dan sajli, ribut hurikan dan tornado . Di sinilah terhimpunnya pencemaran, sama ada kerana

perbuatan manusia atau fenomena semulajadi. Perubahan alam sekitar termasuklah pemusnahan hutan untuk tujuan pertanian, pembalakan, perindustrian,

perbandaran dan perternakan menyebabkan pencemaran udara. Pemusnahan hutan menghalang penyerapan gas karbon dioksida dan menyebabkan perubahan iklim. Pembuangan karbon dioksida ke dalam udara (sebanyak enam juta setahun) berkeupayaan mengubah iklim dunia. Ia mengancam keseimbangan oksigen di dalam udara yang perlu bagi berlakunya proses-proses yang penting bagi kehidupan di bumi seperti proses fotosintesis dan sebagainya. Akibatnya berlaku pemanasan global ( global warming) yang mempengaruhi manusia dan alam suhu atmosfera bumi akan

sekitar. Sebagainya contoh, peningkatan purata

mengubah cuaca ( climate change) di bumi. Pemanasan global juga menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Antrik dan Antartika dan menyebabkan peningkatan dalam aras laut.

Pencemaran air merupakan salah satu daripada kesan perubahan alam sekitar dalam cabang hidrosfera. Air ialah sumber alam yang utama dan merupakan

28

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

bahan yang terpenting untuk menampung kehidupan di bumi. Pencemaran air adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia yang menjejaskan kualiti air. Misalnya aktiviti pertanian melibatkan pemusnahan hutan secara besar-besaran untuk tujuan pembukaan tapak pertanian. Proses ini mendedahkan permukaaan bumi kepada hakisan tanah yang seterusnya akan menyebabkan tanah yang terhakis mengalir ke sungai. Proses yang berterusan akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek apabila bahan-bahan termendak dan kelodak sungai

mencemari sungai melalui proses susupan dan larian air permukaan. Potensi untuk berlakunya banjir adalah sangat tinggi. Aktiviti pertanian ini juga melibatkan penggunaan baja kimia yang tinggi. Penggunaan baja kinia yang terlalu banyak menimbulkan beberapa banyak masalah kerana baja-baja itu diserap ke dalam tanah menerusi proses larut serap yang dapat mencemarkan air. Misalnya selepas hujan lebat, bahan-bahan hasil daripada baja kimia di permukaan tanah dihanyutkan oleh air hujan ke permukaan bumi dan meresap ke dalam sungai. Hal ini akan meningkatkan lagi pencemaran air akibat daripada penerimaan baja kimia yang terlalu banyak. Akibat daripada pencemaran air, manusia berdepan dengan pelbagai masalah seperti penyakit, kekurangan air bersih untuk tujuan domestik dan perindustrian, pertanian dan sebagainya.

Biosfera merujuk kepada hidupan di dalam bumi. Gangguan ke atas biosfera menyebabkan manusia dan alam sekitar berdepan dengan gangguan ekologi. Dalam ekologi, manusia dan alam sekitar saling berinteraksi di antara satu sama lain bagi memastikan kitaran rantaian makanan dan siratan makanan sentiasa berkitar mengikut hukum alam. Hal ini bagi memastikan manusia dan alam sekitar

mendapat bekalan nutrien dan makanan yang secukupnya bagi mengelakkan berlakunya kepupusan spesies-spesies tertentu. Perubahan alam sekitar pada dasarnya telah mengubah ekologi manusia. Pembangunan sumber alam yang dijalankan secara berleluasa mengakibatkan sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan pupus dan hal ini menyebabkan gangguan ke atas sumber makanan. Akibatnya, berlaku kekurangan bekalan makanan bagi menampung keperluan setiap benda hidup di bumi. Misalannya,sumber protein iaitu ikan yang terjejas 29

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

teruk akibat aktiviti pemusnahan hutan yang mana sejumlah besar kelodak tanah yang dihanyutkan dari kawasan pembalakan memasuki anak sungai dan menyebabkan paras mendapan sungai yang tinggi dan air sungai menjadi keruh. Akhirnya akan menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam dasar sungai bagi proses fotosintesis tumbuhan hijau yang merupakan makanan utama bagi spesies ikan. Faktor ini juga akan menganggu rantaian makanan dalam ekosistem sungai yang mempengaruhi keseluruhan ekologi bumi.

Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada litosfera dan pedosfera bumi. Tanih dan tumbuhan berkait rapat dan saling berhubungan di antara satu sama lain. Jika perlindungan tumbuhan diubah sifat asas dan ciri tanih juga berubah. Pembukaan hutan untuk pertanian cenderung mendedahkan tanih kepada hakisan titisan hujan, angin dan juga daya-daya meteorologi yang lain. Kesannya akan menyebabkan perubahan kepada struktur tanih dan kandungan nutrien dalam tanah. Sebagai contoh, pada abad ke 18 di China Selatan petani-petani telah menanam jagung dan ubi kentang di cerun-cerun bukit (Chan Ngai Weng et.al 1993). Hal ini telah menyebabkan kadar hakisan yang teruk yang memusnahkan bukan sahaja tanih di cerun tetapi juga tanih di kawasan dataran. Di Amerika Syarikat pula, penyalahgunaan tanih pada tahun 1930-an telah mengakibatkan fenomena mangkuk debu menyebabkan tumbuhan Steppe dimusnahkan dan digantikan oleh gurun. Tanih subur juga menjadi tandus akibat layangan angin (Chan Ngai Weng et.al 1993) . Akibatnya, manusia berdepan dengan pelbagai bencana alam seperti banjir. Banjir berlaku apabila air hujan tidak dapat diserap ke dalam tanah akibat daripada kehilangan litupan tumbuhan yang menghalang air hujan menyusup ke dalam tanah. Hal ini akan menghasilkan air larian permukaan yang berlebihan dan menyebabkan banjir apabila sungai tidak dapat menampung lebihan air hujan yang mengalir ke dalam sungai tersebut. Faktor tanah yang terdedah dengan agen-agen hakisan juga menyebabkan keadaan banjir apabila struktur dan komposisi tanah tidak dapat menahan air hujan yang turun dan menyebabkan tanah runtuh. Akibatnya sungai akan dicemari oleh kelodak dan mendorong kepada keadaan banjir yang berterusan. 30

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

5.0 KESIMPULAN.

Secara kesimpulannya, manusia telah banyak mengubah alam semulajadi ciptaan tuhan. Kesejahteraan alam yang dahulunya boleh dicapai tidak lagi dapat dinikmati oleh dunia pada hari ini. Kealpaan kita menjaga alam sekitar termasuk yang hidup (biotik) dan yang bukan hidup (abiotik) menjadikan bumi kini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Pelbagai konflik timbul diantara manusia dengan alam termasuk kewujudan pelbagai fenomena alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, hujan batu, dan sebagainya menjadi pengajaran kepada manusia untuk kembali sedar akan tanggungjawab mereka menjaga alam.

Perataan hutan bagi memberi laluan kepada aktiviti pembangunan negara termasuk pertanian, perindustrian, pembalakan, pembinaan kawasan perumahan, dan sebagainya telah mengganggu fungsi semulajadi hutan. Hutan yang penting sebagai kawasan tadahan air hujan, penyerap suhu dan bahan pencemar, serta berfungsi memperlahankan aliran hujan melalui proses infiltrasi dimusnahkan tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung oleh manusia kelak. Segala pembagunan ini telah memyebabkan lembangan saliran mengalami beberapa ciri perubahan dan akhinya mendatangkan kesan kepada perubahan litupan tumbuhan, kegunaan air dan fizikal sungai. Perubahan-perubahan yang berlaku ini seterusnya mendatangkan kesan dan akibat pula kepada alam sekitar secara keseluruhannya.

6.0 BIBLIOGRAFI.

6.1 Sumber buku.

Chan Ngai Weng et al, 1993. Pengantar Geografi. Selangor. Pencetakan Dewan Bahasa 31

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

dan Pustaka.

Nigel Arnel. 2002. Hydrology And Global Environmental Change. Kuala Lumpur. Prentice Hall. [Senarai rujukan yang digunakan daripada buku ini ] ; Barry, R.G and Chorley. Atmosphere, Weather and Climate. 7th edition Routledge,London Bosch,J.M. and Hewlett,J.D., 1982. A review of catchment experiments to determine the effects of vegetation changes in the water yield and

evapotranspiration. Journal of hydrology. Micklin,P.P., 1988.Desiccation of the Aral Sea- a water management disaster in the Soviet Union. Science. Neal, C.et al., 1997b. The hydrochemistry of the headwater of the River Severn, Plynlimon. Hydrology and Earth System Sciences. Sahin, V. and Hall, M.J.,1996. The effect of afforestation on water yields. Journal Of hydrology. Sear, D.A,. Wilcock, D.,Robinson , M.and Fisher ,K.,2000.River channel modification in the UK. In : M.Acreman (ed.), The Hydrlogy of he UK: A Study of Change. Routledge,London, Smith, D.I.,1998. Water University Press, Melbourne. in Australia: Resources and Management. Oxford

Newson, M. 1995. Land, Water and Development River Basin System And Their Sustainable Management. London : Routledge. (Bab 3 dan bab 4).

Zuraina Majid, 1989. Ekologi Manusia. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

6.2 Sumber internet.

www.pkukmweb.ukm.my

32

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

www.efka.utm.my

www.sabah.gov.my

http://kekalkankeindahanbumi.blogspot.com/

www.sciencedirect.com

33

Você também pode gostar