Você está na página 1de 3

Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan

Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan. Anatomi Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti: sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak Fisiologi Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.

Pertumbuhan manusia Manusia adalah sentiasa berkembang dan bertumbuh. Pertumbuhan ini bukan sahaja merujuk kepada perkembangan dari badan kecil kepada badan besar. Malah, proses penuaan juga merupakan pertumbuhan manusia. Proses pertumbuhan (dikenali sebagai tumbesaran) adalah bermula dari detik persenyawaan antara sperma dan ovum. Selepas insan dijadikan, sel-sel membesar (menjadi matang) dan berganda sehinggalah badan bayi dibentuk dalam rahim ibu. Selepas bayi itu dilahirkan, sel-selnya terus berkembang dan aktif berganda supaya saiz badan kecil menjadi saiz dewasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan adalah bersifat eksponen. Selepas itu, pertumbuhan menjadi tidak ketara dan seolah-olahnya menjadi pegun. Proses ini dikenali sebagai penuaan, di mana sel-sel badan cuma akan menggantikan sel-sel mati dan organorgan akan menjadi tua dan uzur. Jadi, pertumbuhan manusia terbahagi ke dalam 3 kumpulan:

Pertumbuhan Fizikal: Perkembangan yang melibatkan sel-sel badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran dan penuaan sepanjang umur manusia. Ia bermula sejak di uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya ditentukan oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan. Pertumbuhan Mental: Perkembangan yang melibatkan perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula selepas seseorang mula memahami dan mengetahui alam ini. Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari daripada pengalaman dan ilimu pengetahuan. Pertumbuhan Sahsiah: Perkembangan yang melibatkan sahsiah, rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya bermula apabila ibu bapa mula mendidik anaknya. Ada juga yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk semasa anak masih dalam

kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui ajaran agama dan pendidikan secara formal atau tidak formal.

Proses dalam badan manusia Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidaknornmalan manusia. Pengawalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif. Dalam menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang, seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endoktina (hormon dan enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif. Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membekalkan air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air yang berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat hidup dalam keadaan yang tak normal. Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jantung, pengecutan dan pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan. Kimia Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta interaksinya. Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom, molekul dan sebatian (kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kovalen dan ikatan ionik akan memepengaruhi sifat-siafar fizikal sesuatu zarah. Manakala electron dalam atom tersebut akan menetukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCl dsb. Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahan kimia. Contohnya air adalah dibentuk melelui pergabungan satu atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula adalag dari pada natrium dan klorin.

Bahan dan tenaga Bahan kimia biasanya dianggap sebagai material yang toksik. Namun, anggapan ini adalah betul jika ia adalah digunakan dalam bidang industri dan analisis berasaskan kimia. Bahan kimia yang tidak / kurang toksik adalah digunakan dalam kehidupan harian seperti gula, garam masak, tepung gandum dsb. Banyak bahan yang diperlukan dalam kehidupan adalah untuk tumbesaran dan ia sangat berkaitan dengan sistem biologi. Bidang kimia dalam sistem biologi degelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan diperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dsb. Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan peranan dalam membina dan mengganti sel-sel untuk tumberan. Ia juga berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia memerlukan tenaga untuk bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule (J). Tenaga ini adalah unit

untuk mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikal seperti mandaki gunung. Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akhir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap molekul makanan hendaklah dihadamkan supaya menjadi unit ATP, yang seterusnya dihadamkan menjadi tenaga dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan, maka lebih tenaga dapat diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti makanan boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule.

Você também pode gostar