Você está na página 1de 16

Kad

kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan anda memperolehi barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Kad kredit ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin-mesin ATM (Automated Teller Machine) dan di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit.

Penggunaan cip dalam kad kredit


Komponen utama kad kredit adalah cip atau lebih dikenali sebagai cip pintar. Cip ini dihubungkan oleh litar yang dibina di dalam kad. Sebaik sahaja dihubungkan dengan alat untuk membaca kad segala maklumat di dalam kad akan dapat dikenalpasti. Penggunaan teknologi ini turut diaplikasikan di dalam penciptaan kad kredit. Penciptaan cip pintar dan litar dalaman pada kad kredit memerlukan pengaplikasian pengetahuan Matematik.

Penggunaan bentuk geometri dalam pembuatan kad kredit


kesemua kad pintar termasuk kad kredit lazimnya dicipta dalam bentuk geometri. kad kredit lazimnya berbentuk segi empat tepat berdimensi 8.5cmx5.5cm penggunaan bentuk geometri dalam penciptaan kad kredit penting untuk membantu kelancaran penggunaannya dalam mesin pembaca seperti mesin ATM. Ia juga memberi kekemasan bagi rupa kad kredit yang dihasilkan.

Nombor kad kredit yang berbeza-beza


Setiap kad kredit mempunyai siri nombor yang berbeza. Kebiasaannya setiap kad kredit mempunyai 16 digit pada permukaannya yang diperlukan untuk pengenalan kad serta transaksi secara online contohnya. Siri nombor ini berbeza bagi setiap kad kredit. Ini memberikan ciri keselamatan yang tinggi kepada kad kredit dan mengelakkan kecurian melalui kad kredit.

Pada bahagian belakang kad kredit pula terdapat 3 digit nombor yang digunakan untuk pengesahan transaksi yang dilakukan. Tanpa 3 digit nombor ini, kad ini tidak akan dapat digunakan oleh orang lain kecuali pemiliknya. Ini menambahkan lagi ciri keselamatan pada kad kredit. Penggunaan nombor dalam kad kredit ini menunjukkan aplikasi Matematik yang digunakan dalam penciptaannya.

Sistem Binari dalam Kad kredit


Hampir kesemua alat elektronik menggunakan sistem binari dalam pengoperasiannya. Sistem binari merupakan sebuah sistem yang mempersembahkan nombor menggunakan asas 2. Digit-digit(1, 2, 3, 4, 5, ...) dipersembahkan dengan diwakili dengan digit 0 dan 1 dalam sistem binari.

Kad kredit memerlukan alat pembaca elektronik seperti mesin ATM atau alat pengimbas kad kredit di pasaraya. Pengguna akan menekan jumlah wang dalam nombor asas 10. Mesin ATM pula menganalisis menggunakan nombor asas 2. Jumlah wang yang keluar daripada mesin ATM adalah sama seperti yang dinyatakan oleh pengguna.

DEKOD

11111010

NYAHKOD

RM 250

RM 250

Konsep peratus (%) dalam pengiraan untung dan faedah

Bank pengeluar kad kredit mengenakan cukai dan faedah kepada pemilik kad kredit. Cukai dan faedah ini dinyatakan dalam bentuk peratus (%). Jadi, pemilik kad kredit dan juga pihak bank akan mudah mengira bayaran yang harus dibayar oleh pemilik kad.

Rujukan
http://mathed.utm.my/duniamatematik/i ndex.php/2008/ogos-2008/109Aplikasi/358-kad-kredit http://compnetworking.about.com/od/bas icnetworkingconcepts/l/blconvertbases.ht m http://mathed.utm.my/duniamatematik/i ndex.php/2011/november-2011/742aplikasi/1005-kad-kredit http://java.handster.com/smscrypt_pro.ht ml

Você também pode gostar