Você está na página 1de 1

Apa Itu Emas Emas adalah satu unsur logam, bernombor atom 79, menggunakan simbol Au.

Nama emas adalah dari Bahasa Inggeris Lama yang bermaksud "warna kuning", manakala simbolnya pula dari huruf Latin, "aurum", yang bermaksud subuh berkilat." Dalam jadual berkala (periodic table), emas berada dalam group 11, bersama dengan perak, tembaga, dan roentgenium, dan di Period 6 antara platinum dan raksa. Ia adalah dirujuk sebagai satu logam peralihan.", logam anjal yang mudah dibentuk. Logam yang berwarna "kuning emas" ini juga dipanggil "logam berharga" yang selalu diganding dan disebut sebagai "emas dan perak". Emas diketahui sejak zaman purba, bersama dengan raksa, sulfur, tembaga, perak, dan timah telah digunakan seawal 6000 sebelum Masihi. Barangan emas yang berseri-seri, berwarna keemasan seperti berbagai jenis gelang, cincin serta lain-lain perhiasan sangat cantik dan menawan hati. tamadun-tamadun lama yang mengunakan emas termasuk orang-orang Mesir, Greek, Mesopotamians dan Rom. Ramai orang mengenali emas untuk penggunaan barangan kemas sahaja, namun sebenarnya hanya 65% yang digunakan untuk barangan kemas. Manakala 35% lagi adalah digunakan dalam aplikasi-aplikasi perindustrian seramik, elektrik dan aplikasi-aplikasi elektronik. Pengiraan Emas Kalimat KARAT digunakan sebagai standard atau ukuran bagi menunjukkan ketulinan emas. Emas tulin adalah 24 karat atau 24K, ia menggambarkan 99.9 atau lebih ketulinan emas. Emas ini juga disebut sebagai 'emas sepuluh' dan 'emas kertas'. Di negara China disebut "Chuk Kam" yang bermaksud 'emas tulin'. Kandungan emas boleh diukur mengikut 'kehalusan' kandungan emas setiap seribu. Manamana nilai karat rendah dari 24K menunjukkan berapakah kandungan emas berada dalam aloi barangan emas tersebut. Contohnya emas 22K, pengiraannya adalah 22/24 X 100% emas = 91.666% (Piawaian antarabangsa menerima sebagai 91.60%). Jika dinisbah ke seribu ia menjadi 916/1000, sebab itu dipanggil emas 916. Begitu juga emas 18K, pengiraannya 18/24 X 100% emas = 75%, jika dinisbah ke seribu bahagian emas, ia menjadi 750/1000, lalu ia dipanggil emas 750. Ia juga membawa maksud 750 kehalusan emas. Nilai karat dalam peratus kandungan emas mengikut piawaian antarabangsa:

Nilai Karat 24.0K 22.8K 22.0K 21.0K 18.0K 9.0K

Jenis Emas 999 950 916 875 750 375

Peratus Emas 99.9 95.0 91.6 87.5 75.0 37.5

Harga emas di Malaysia dinilai mengikut berat satu gram bergantung kepada Jenis Emas dengan nilai karatnya mengikut jadual di atas.

Contoh harga emas di Malaysia mengikut karat atau jenis adalah seperti berikut: Federation Of Goldsmiths & Jewellers Association Of Malaysia :http://www.fgjam.org.my Ar-Rahnu X'Change (Bank Rakyat) : http://www.arrahnuxchange.com.my

Você também pode gostar