Você está na página 1de 32

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN 14000 SEBERANG PERAI PULAU PINANG

- ISU-ISU DALAMTAMADUN KONTEMPORARI HAK ASASI MANUSIA DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

WAJ 3101
NAMA : FAZNI BINTI ZANI NUM KAD PENGENALAN : 680507 08 5106 NAMA PENSYARAH : USTAZ SUBKI B. HJ MOHAMAD TARIKH HANTAR : 28 APRIL 2012

N0. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

KANDUNGAN PENGENALAN ISU-ISU KONTEMPORARI HAK-HAK ASASI MANUSIA TANGGUNGJAWAB MANUSIA KESIMPULAN RUJUKAN PENGHARGAAN KOLABORASI

M/S 4 6 9 17 25 27 29 31

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini adalah datangnya dari warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hakhak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan. Ketiga-tiga hak asasi yang dikatakan ini lebih menjurus kepada hak individu. Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah.1

http://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab-7.html

Media Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka.

Ekonomi Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas . Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.

Politik Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi.

Sosial Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable. Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, dan orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyarakat Inggeris.

Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan.

Krisis Alam sekitar Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( humans dominance over nature) dan manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest). Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya.

Persepsi Jihad Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat. Mereka menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Etika dalam sains Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafah teras iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak.

Kamus Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas. Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu: 1. 2. 3. 4. kebebasan daripada ketakutan kebebasan daripada kemahuan kebebasan bersuara kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;

Perkara 9 - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.

Perkara 13 - Kebebasan untuk bergerak; Perkara 20 - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan

Perkara 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:

Perkara 16 - Hak untuk kehidupan berkeluarga; Perkara 23 - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah; Perkara 25 - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;

10

Perkara 26 - Hak untuk pelajaran; dan Perkara 27 - Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.2

Hak hak seperti yang dipentingkan yang tercatat diatas adalah seperti : o Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan o Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain o Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu. 3 Perbezaan Paradigma Dalam Konsep Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia. Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah. Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu
2 3

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia http://notarujukanipgm.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

11

membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah. Bagi tamadun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik. Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu. STRUKTUR HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA

Sejak awal abad ke-20, gelombang aspirasi ke arah kebebasan dan kemerdekaan manusia dari penindasan penjajahan meningkat dan terbuka dengan menggunakan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai alat perjuangan yang efektif . Kemuncak perjuangan kemanusiaan itu telah menghasilkan perubahan yang sangat luas dan menyeluruh pada pertengahan abad ke-20 dengan munculnya gelombang ketuanan sendiri di seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya negara-negara baru yang merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.

Sekarang, perjalanan sejarah manusia telah memasuki abad baru,iaitu abad ke-21. Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah menyaksikan berbagai pergolakan yang terjadi di mana-mana yang secara dasarnya boleh membawa kepada ketidakadilan serta ketidakbebasan seperti yang pernah dialami oleh manusia pada era kolonial.

Kini, hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan sebagainya.

12

Ini adalah bergantung kepada samada kekuatan terletak pada institusi kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik).Masalah yang kita hadapi ini adalah kerana pemahaman terhadap konsep hak asasi manusia itu haruslah dilihat dalam konteks relationalistic perspectives of power yang tepat. Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu sendiripun juga mengalami perubahan berkenaan dengan kenyataan bahawa elemen-elemen kekuasaan itu dewasa ini tidak saja terikat dengan kedudukan politik malah juga berhubung rapat dengan kekuasaan pada sumber ekonomi, dan teknologi industri yang memainkan peranan yang makin penting dewasa ini. Oleh kerana itu, konsep dan prosedur-prosedur hak asasi manusia dewasa ini selain harus dilihat dalam konteks hubungan kekuasaan politik, juga harus dikaitkan dengan konteks hubungan kekuasaan ekonomi dan industri.

Konsep dan prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan persoalanpersoalan: Struktur kekuasaan dalam hubungan antara negara yang dewasa ini dapat dikatakan sangat tidak adil, dan cenderung hanya menguntungkan negaranegara maju ataupun negara-negara yang menguasai dan mendominasi proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai forum dan badanbadan internasional, baik yang menyangkut kepentingan-kepentingan politik mahupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan kebudayaan. Struktur kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan negara-negara yang menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan segelintir kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai sumber-sumber ekonomi. Struktur hubungan kekuasaan yang tidak seimbang antara pemodal dengan pekerja dan antara pemodal dengan pengguna dalam bidang perindustrian. Beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya pola hubungan atas-bawah, baik pada peringkat tempatan, nasional, maupun global antara lain adalah faktor kekayaan dan sumber-sumber ekonomi, politik, tingkat pendidikan, penguasaan

13

ilmu pengetahuan dan teknologi, nama baik, dan kekuatan fizikal, termasuk kekuatan ketenteraan. Makin banyak faktor-faktor tersebut di atas dikuasai oleh seseorang, atau sekelompok orang ataupun oleh suatu bangsa, makin tinggi pula kedudukannya dalam stratifikasi atau peringkat pergaulan bersama. Di pihak lain, makin tinggi peringkat seseorang, kelompok orang ataupun suatu bangsa di atas orang lain atau kelompok lain atau bangsa lain, makin besar pula kekuasaan yang dimilikinya serta makin besar pula potensinya untuk memperlakukan orang lain itu secara sewenangwenang demi keuntungannya sendiri. Dalam hubungan-hubungan yang tidak seimbang antara negara maju dengan negara membangun, antara suatu pemerintahan dengan rakyatnya, dapat dapat mencetuskan ketidakadilan yang mendorong munculnya gerakan perjuangan hak asasi manusia dimana-mana. Oleh sebab itu, salah satu aspek penting yang tak dapat dibuang berkenaan dengan persoalan hak asasi manusia adalah bahwa persoalan ini berkaitan erat dengan dinamika perjuangan kelas (istilah Karl Marx) yang menuntut keadilan. Cabaran Semasa Hak Asasi Manusia. Pengakhiran perang dingin telah melahirkan berbagai pendapat untuk mendefinasikan orde dunia baru. Setakat ini, masyarakat dunia kelihatannya masih tercari-cari apakah maksud sebenarnya dan hasilnya lebih banyak masalah yang timbul daripada penyelesaian.Masih banyak krisis hak asasi manusia perlu diselesaikan antaranya penganiyaan, kemiskinan, pengangguran, tiada tempat perlindungan, pelarian, dan anvaman terhadap kestabilan alam sekitar. Disinilah letaknya peranan PBB sebagai badan induk dunia menyelaraskan perlaksanaan Hak Asasi Manusia sejagat.Sebenarnya tidak ada cacat celanya tentang PBB dari segi perancangan PBB berkenaan perlindungan Hak Asasi Manusia, kerana setelah lebih 50 tahun ditubuhkan begitu banyak badan-badan yang dikhususkan untuk melaksanakan tugas masing-masing di bawah PBB. Apa yang perlu sekarang ialah mencari fomula bagaimana ia boleh menjadikan rancangan itu sesuatu yang boleh direalisasikan dan bukannya tampak hebat dari segi dasarnya sahaja.

14

Hak Asasi Sejagat dan Perbezaan Budaya. Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang. Bagaimana Hak Asasi Manusia sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan dengan kebudayaan yang berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai sekurangkurangnya beberapa perbezaan untuk mendefinasi hak asasi manusia. Contohnya Negara Islam yang melaksanakan hukum rejam sampai mati dikahalayak ramai bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel sebagai pancabul hak asasi manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang dilakasanakan mereka selaras dengan tuntutan agama dan mempunyai hikmah yang tersendiri. PBB yang berharapan besar supaya isu hak asasi manusia ini diseragamkan mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh kerana itu walaupun telah diwujudkan deklarasi khas berkenaan hak asasi manusia sejagat, tetapi banyak daripadanya tidak terialisasi seperti yang diharapkan.. Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa. Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi dan ia bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Malah banyak lagi yang diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh dirujuk kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke mahkamah ini atas banyak sebab.

15

Dominasi Kuasa besar Walau PBB yang ditubuhkan pada asalnya adalah untuk semua. Tetapi timbul masalah apabila wujudnya dominasi kuasa besar dalam badan dunia itu. Semuanya bermula dengan kemenangan dalam peperangan dunia kedua dan sumbangan besar dalam penubuhan PBB. Paling dasyat apabila negara-negara kuasa bessar ini iaitu Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, China, dan Rusia, dikurniakan kuasa veto yang boleh membatalkan apa-apa resolusi PBB yang tidak selaras dengan kehendak mereka. Tambahan pula mereka adalah anggota tetap majlis keselamatan PBB yang diberi kuasa untuk menjaga keselamatan dunia. Mereka diberi tanggungjawab besar ini sedangkan ditangan merekalah adanya senjata yang berbahaya yang mampu memusnahkan dunia. PBB diletakkan harapan yang tinggi untuk memberi pelindungan yang sepatutnya disediakan oleh lima anggota tetap, runtuh di atas kelemahannya, tidak berdaya untuk melindungi negara miskin dan lemah. Isu Berpanjangan Palestin menjadi bukti kegagalan PBB dalam menangani isu hak asasi manusia yang berterusan dalam jangka masa yang lama. Pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, meroboh rumah kediaman, memenjarakan mereka yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah secara haram adalah isu yang telah berlangsung setelah sekian lama. Semuanya jelas mencabul hak asasi penduduk Palestin seperti yang termaktub dalam Hak Kebebasan konvensyen Geneva kali ke-4 yang menyebut dalam syeksen 14.1 Pembinaan dinding dan regim yang terlibat adalah sama sekali bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Keputusan yang diputuskan oleh "Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dinaungi PBB berkenaan pembinaan tembok itu yang disifatkan sebagai haram hanya menyaksikan keputusan itu hanya sekadar menyedapkan halwa telinga masyarakat antarabangsa sedangkan perlaksanaannya tidaklah seperti yang diharapkan.4

http://azlanz.b.tripod.com/alone/oleh.htm

16

17

Manusia adalah makhluk yang bertanggungjawab, merupakan makhluk yang diberi beban tugas (mukallaf). Yang membebani tugas manusia adalah Allah dan juga dirinya sendiri.Tanggung jawab lahir kerana manusia diberi kebebasan untuk memilih dan diberikan seperingkat kebolehan dan potensi untuk

mengembangkan tugasnya. Kebolehan itu adalah berbentuk hidayah. Hidayah inderawi berupa mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, kulit untuk meraba, lidah untuk merasa. Hidayah akal untuk memikirkan dan bertemukan rumusan dan fenomena-fenomea. Hidayah agama berupa rumusan yang tidak dapat diindera oleh panca indera dan terbayang dalam fikiran. Semuanya diberikan oleh Allah kepada manusia agar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Jadi betapa bijaksananya Allah memberikan sejumlah perangkat kepada manusia sebelum memberikan tugas kepada manusia.

Tanggungjawab kepada diri sendiri Manusia juga menerima tanggungjawab kepada dirinya sendiri. Seperti contoh, mahu menjadi suami atau isteri dengan sukarela, maka dia telah menerima tanggungawab tersebut kepada dirinya sendiri. Seorang pekerja, majikan dan sebagainya juga menerima tanggungjawab kepada dirinya ketika menerima jawatan tersebut. Tanggungjawab berlaku seperti yang telah disebutkan diatas bila kita mahu menerima tanggungjawab tersebut. Jika kita punya potensi untuk itu namun tidak mengambil tanggungjawab maka akan ditanya di akhirat nanti, mengapa dia tidak mengambil tugas tersebut. Apabila kita tidak mampu tapi mahu menerima maka tanggungjawab terus mengikutinya. Ketidakmampuan manusia harus dapat diatasi oleh dirinya sendiri sehingga menjadi mampu mengembangkan tugas kerana telah menerima tugas tersebut. Dosa apabila kita menerima tanggung jawab tapi sebenarnya kita tidak mampu. Seperti dosa kita apabila kita mahu menikah tapi ternyata kita tidak mampu untuk memberikan nafkah kepada isteri dan keluarganya.5

http://zikrihusaini.com/tanggungjawab-manusia-di-muka-bumi-allah/

18

Titik-Tolak dan Manhaj Hak (Tanggungjawab) Manusia: Perspektif Islam dan Barat Konsep hak dan tanggungjawab manusia dari perspektif Islam bertolak daripada pandangan positif dan luhur terhadap peranan manusia. Allah telah mencipta manusia sebagai khalifah di dunia ini untuk tujuan memakmurkannya dan menegakkan hukum-hakam syariah sebagai perundangan-Nya. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30:

Ingatlah (peristiwa bersejarah) ketika Tuhanmu bertitah kepada para Malaikat: bahawa Aku ingin menobatkan di dunia ini (para) khalifah (para pelaksana amanah-Nya)

Hak asasi manusia dalam Islam bertitik-tolak daripada keyakinan ini. Ia berbeza dengan konsep hak asasi manusia dari perspektif Barat. Islam beranggapan bahawa manusia mendapat penghormatan daripada Allah kerana tugas kekhalifahan. Manakala kekhalifahan ini berhubung erat dengan ketaatan (ubudiyyah) kepada Tuhan. Perspektif Barat menganggap hak tersebut adalah hak tabii, terbit daripada konsep kedaulatan mutlak manusia yang superior dan tidak ada kedaulatan lain yang mengatasinya.Penghormatan Islam kepada manusia yang bertitik-tolak daripada penghormatan kerana anugerah adalah berkaitan denganubudiyyah atau ketaatan. Ini bermakna ada masa dan tempoh tertentu di mana manusia akan terjejas daripada mendapat penghormatan itu; apabila manusia bertindak bodoh, menderhakai, kufur dan menjauhi tuntutan ubudiyyah tersebut. Atau apabila ia menjauhi kebenaran yang menjadi nilai tambah yang penting untuk pengisian maksud kemanusiaannya. Hal ini tidak diakui oleh pemikiran perspektif Barat yang beranggapan bahawa manusia tetap memiliki hak tabii tersebut walaupun ia menyimpang jauh; melakukan keganasan dan kejahatan.Sistem pemikiran Barat dalam hal ini begitu

19

menghubungkan hak manusia dengan kedaulatan dan kebebasan individu sematamata. Dari sini lahirnya sistem liberal demokrasi yang berteraskan kepada kontrak sosial. Sistem ini menekankan keutamaan kepentingan individu mengatasi kepentingan politik. Bertolak daripada pengertian ini lahir pula apa yang disebut sebagai kebebasan ekonomi yang menjadi teras kepada dasar atau sistem ekonomi liberal tanpa mempedulikan aspek moral atau fizikal dan yang berkaitan dengannya. Perbezaan konsep hak asasi manusia dari perspektif syariah dengan konsep Barat bukan hanya dalam peringkat wacana dan teori sahaja, malah turut berbeza dalam aspek pendekatan dan amalan. Ini dapat kita lihat dalam aspek berikut: Implikasi konsep hak asasi manusia dalam manhaj syari berbanding pemikiran Barat Hak manusia dalam Islam pada dasarnya lahir daripada akidah tauhid. Akidah tauhid tegak daripada kesaksian bahawa tiada tuhan yang disembah kecuali Allah. Inilah sumber dan punca segala hak dan kebebasan. Allah yang Maha Esa telah mencipta manusia sebagai makhluk yang merdeka dan mahu menjadikan manusia itu bebas (daripada penindasan). Hak asasi manusia terbit daripada penghormatan dan penghargaan Ilahi terhadap insan berdasarkan nas yang jelas. Ia adalah sebahagian daripada konsep Islam dan ubudiyyah kepada Allah. Ia juga merupakan fitrah manusia di mana Allah menjadikan manusia bersesuaian dengan fitrah.Hak asasi manusia adalah anugerah Allah yang diberikan-Nya kepada manusia. Ciri khas hak-hak dalam Islam ini ialah ia bersifat menyeluruh; merangkumi segenap hak samada hak politik, hak ekonomi, hak sosial dan hak budaya. Ia juga merupakan hak umum yang dinikmati oleh setiap orang yang tunduk kepada Islam; tanpa mengira warna kulit, bangsa atau bahasa. Seterusnya hak tersebut bersifat Kamal atau sempurna dan tidak boleh dilupuskan sebab ia sebahagian daripada syariat. Konsep dan pendekatan hak asasi manusia dari perspektif Barat pada umumnya telah menelurkan beberapa versi kefahaman yang sangat merbahaya kepada peradaban manusia. Apabila hak manusia itu lahir daripada hak tabii, maka

20

rujukan dalam penyelesaian pertikaian adalah kepada hukum tabii iaitu siapa kuat dia menang dan selamat. Hak asasi manusia dari perspektif Islam merangkumi semua yang berkaitan dengan Islam dan tidak bersifat chauvinistic Implikasi penegasan Islam tentang hak asasi manusia berkait erat dengan kewujudannya sebagai insan yang bergantung pula kepada perlaksanaan iltizam terhadap tuntutannya. Maka, manusia boleh meningkat ke jinjang nilai yang lebih tinggi dengan ketinggian komitmen akidah dan penghayatan nilainya. Penghijrahan seseorang ke Dar al-Islam menyebabkan ia akan dapat menikmati segala hak sebagai warganegara tanpa diskriminasi. Penerimaan seorang bukan Islam menjadi Ahl al Zimmah berdasarkan kepada kontrak sosial khusus memungkinkan dia menikmati segala perlindungan hak, skim kebajikan, keamanan dan hak untuk dipertahankan keselamatannya serta hak-hak lain yang tidak diperoleh melainkan dengan kerelaan menerima perundangan setempat atau perundangan negara Dar al Islam. Ini kerana hak manusia menurut persepsi Islam adalah hak syumuliyyah; merangkumi semua manusia tanpa mengira bangsa. Apabila manusia dengan sengaja memilih untuk berpegang kepada agama atau ideologi tertentu dan rela melaksanakan tuntutannya, dengan itu ia telah menetapkan apakah jenis hak dan kewajipan yang akan dilaksanakannya dalam masyarakat Islam tersebut. Berbanding dengan hak dalam pemikiran Barat, ia dihubungkaitkan dengan kebebasan individu dan dengan keupayaan individu untuk meraihnya secara realiti.Oleh sebab itu para penatar fahaman hak dalam sistem demokrasi liberal Barat dalam rangka melindungi hak ini dalam masyarakat mereka terpaksa menyeru agar dihalang dan disekat kuasa kerajaan sedapat mungkin supaya jentera dan jabatannya tidak menjadi perkakas untuk menindas dan mengongkong. Hak manusia menurut Islam adalah hak yang tetap dan sejajar dengan fitrah manusia dan keperluan peribadinya Perbezaan di antara hak dari perspektif Islam dengan perspektif Barat terletak dalam penganalisaan teori, sumber dan motif memperakukannya. Dari sudut sumber umpamanya, kita dapati bahawa sumber hak dalam Islam ialah perintah dan larangan wahyu Allah yang thabit sebagai dalil syari di dalam Al-Quran dan Sunnah.

21

Perlaksanaan hak itu bergantung kepada perlaksanaan atau iltizam individu Muslim berkenaan secara rela dan ikhlas terhadap tuntutan Islam itu sendiri sebagai menepati ketaatan kepada Allah dan Rasul, walaupun ia bercanggah dengan kepentingan dan kehendak peribadi. Hak-hak tersebut juga dilunaskan melalui pemerintah Islam yang sah dan diberi sewenang oleh Islam untuk menegakkan keadilan di kalangan orang ramai, mencegah kezaliman, menyampaikan hak kepada orang yang berhak di samping melunaskan kepentingan orang ramai dan kebajikan masyarakat. Hak asasi manusia dalam Islam terperinci dan dilindungi oleh instrumen perundangan syarak Perbezaan begitu terserlah di antara hak-hak syariah berbanding hak-hak dalam pemikiran Barat. Hak-hak dalam Islam begitu dicerakinkan dengan jelas dan tidak dibiarkan kabur dalam peristilahan yang longgar. Nas-nas Al-Quran dan hadis datang menerangkan secara definitive hak tersebut dan mencegah berlakunya pencabulan dan pengabaian terhadapnya; iaitu dengan pengharaman hukuman bunuh ke atas jenayah bunuh kerana kononnya menjaga nyawa manusia. Syariat dan perundangan Islam mewajibkan jihad untuk menghapuskan pemerintahan tirani (tyrannic) yang membenarkan perhambaan manusia kepada manusia. Ia mengharamkan zina dan qazaf demi melindungi nama baik dan maruah. Ia mengharamkan riba dan monopoli bagi memastikan kesinambungan peluang mencari sara hidup yang halal kepada orang ramai serta menghalang pemerasan dan penindasan orang yang berkuasa, kaya dan berpengaruh terhadap golongan rakyat yang lemah dan miskin. Perundangan Islam juga mewajibkan negara Islam yang sah agar mengurus dan menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat, menghalang kezaliman dilakukan kepada rakyat biar siapapun pelakunya. Ia memperakukan kepada umat kaedah dan manhaj keadilan yang syari dan absah dalam masyarakat.Dalam konteks tindakan salah laku dan penyelewengan yang boleh mensia-siakan hak manusia, syariat menetapkan hukuman dan sanction tertentu bagi membendung gejala seperti itu.

22

Keseimbangan Antara Hak dan Tanggungjawab Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau berimbang. Hak yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada perlaksanaan tanggungjawab yang disempurnakannya. Seandainya ada segolongan anggota masyarakat Islam yang mengadu kerana kezaliman yang telah menghakis hak mereka, maka itu adalah kesan daripada pengabaian segolongan yang lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diwajibkan oleh Allah. Kewajipan tersebut ialah untuk menegakkan keadilan Ilahi di maya pada ini. Manakala matlamatnya telah diungkapkan sendiri oleh Allah melalui firmannya dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9): Dan langit dijadikannya (berbumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undangundang dan peraturan neraca keadilan. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Perlaksanaan amali terhadap tuntutan ayat ini dihuraikan oleh hadis Rasulullah, nabi yang amanah dan maha guru agung manusia: Setiap orang daripada kamu adalah pengelola. Ia bertanggungjawab terhadap orang di bawah kelolaannya. Pemimpin negara pengelola dan bertanggungjawab terhadap (rakyat) di bawah kelolaannya. Suami pengelola keluarga. Dia bertanggungjawab mengelola keluarganya. Isteri juga pengelola di rumah suaminya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Pembantu rumah juga pengelola terhadap barangan rumah majikannya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya.

23

Setiap kamu (sebenarnya) adalah pengelola dan bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Hadis di atas mengungkapkan kebijaksanaan mengurus di mana setiap orang dibekalkan dengan rasa tanggungjawab yang boleh melicinkan perlaksanaan tugas masing-masing. Hadis ini mengutarakan konsep atau teori sektor berjinjang. Ketetapan bermula daripada unit yang paling kecil dalam negara iaitu keluarga sehinggalah kepada unit yang paling besar iaitu pemerintah negara. Berdasarkan rentetan tanggungjawab seperti dalam penjelasan Ar-Rasul di atas, maka setiap orang dalam negara Islam mempunyai dua peranan; sebagai pengelola atau pelaksana dan dalam masa yang sama dia juga merupakan anak buah, iaitu atas tanggungjawab orang lain pula.Demikianlah perbincangan mengenai hak manusia yang merupakan suatu tema yang sulit dan sukar, justeru hak-hak itu merupakan sendi keseluruhan binaan syariat. 6

http://madani.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=18:hak-asasimanusia-dalam-islam-konsep-dan-falsafah&catid=6:artikel

24

25

SETIAP rakyat Malaysia mempunyai hak asasi sebagai manusia yang dilindungi undang-undang. Hak asasi ialah asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dunia. Pengabaian hak asasi manusia akan mengakibatkan kemusnahan kepada alam dan penghuninya.Contohnya,setiap manusia mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan mengikut agama dianuti, tetapi kebebasan beragama ini tidak terpakai kepada manusia yang beragama Islam kerana kepada setiap Muslim, menukar agama bukan hak tetapi satu kesalahan. Hakikat ini bukan menidakkan kesamarataan antara manusia tetapi kerana sifat hak asasi itu sendiri yang tertakluk kepada kebebasan beragama.Sifat terpenting hak asasi seperti termaktub dalam deklarasi antarabangsa hak asasi manusia bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti Universal Islamic Declaration of Human Rights 1981 dan Cairo Declaration of Human Rights in Islam 1990 dan Barat seperti Universal Declaration of Human Rights 1948 adalah keterbatasan hak itu. Kebebasan tanpa batas seperti yang sering dilaungkan apabila manusia menuntut hak individu sangat bercanggah dengan sifat hak asasi yang berasaskan kebebasan individu dan keadilan masyarakat. Memang benar hak asasi mempertahankan hak setiap individu, tetapi sekiranya hak individu menafikan hak masyarakat, hak individu harus diketepikan untuk menjamin keadilan yang lebih penting dan manfaat yang lebih besar. Hari ini, ramai yang memahami hak asasi dalam konteks hak tanpa batasan. Atas sebab itu sekatan ke atas hak asasi individu yang bertujuan menjaga gangguan lebih besar dikatakan penafian hak asasi dan perlu ditentang.Oleh sebab itu hak asasi dalam Deklarasi Antarabangsa bersifat umum, kerana ia bertujuan memberi peluang kepada negara di dunia merangka hak asasi dalam konteks setempat dengan syarat tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan hak asasi manusia. Sebagai masyarakat yang bertamadun tinggi, kita seharusnya sedar bahawa kehidupan ini adalah berdasarkan keamanan seperti yang disaran oleh setiap agama di dunia ini dan juga menghormati hak asasi manusia yang sedia ada.Kini, sudah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat dunia menyuarakan pendapat mereka terhadap isu-isu hak asasi manusia melalui perhimpunan aman dengan tujuan suatu resolusi dapat dikecapi. 7
7

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-317072.html

26

27

http://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab-7.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia http://notarujukanipgm.blogspot.com/2012_01_01_archive.html http://azlanz.b.tripod.com/alone/oleh.htm http://zikrihusaini.com/tanggungjawab-manusia-di-muka-bumi-allah/ http://madani.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id= 18:hak-asasi-manusia-dalam-islam-konsep-dan-falsafah&catid=6:artikel http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-317072.html

28

29

ASSALAMUALAIKUM USTAZ SUBKI B. HJ. MOHAMAD ( Pensyarah Jabatan Pengajian Tamadun Islam ) WAJ 3101

Saya, Fazni bt Zani , bersyukur ke hadrat Ilahi , dengan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat banyak manfaat dari tugasan ini memandangkan saya berpeluang mencari bahan dengan kendiri menggunakan laman sesawang yang jarang saya gunakan suatu ketika dahulu. Kini ia tidak lagi merupakan sesuatu yang pelik dan menyukarkan bagi saya. Selain itu , saya juga mendapat banyak maklumat tentang TAMADUN ISLAM khasnya tentang hak-hak asasi dan tanggungjawab manusia. Kerja kursus ini juga telah membantu dan mengajar saya untuk pandai membahagi masa demi tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan antara tanggungjawab kepada tugas saya sebagai seorang guru, juga kepada keluarga dan seorang pelajar di IPG ini. Saya juga telah menerima penjelasan tentang kerja kursus dengan lengkap , jelas dan senang difahami. Ia memudahkan saya untuk melengkapkan kerja kursus. Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Ustaz Subki b. Hj Mohamad yang telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini tanpa rasa ada bebanan. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada suami dan keluarga saya yang sentiasa memberikan kerjasama dan pemahaman yang tinggi agar saya dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan sekelas saya di IPG. Akhirnya, saya bertekad akan terus berusaha dalam menghadapi pengajian dalam Program PPG ini dengan tekun dan tabah sehingga berjaya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih

30

31

32

Você também pode gostar