Você está na página 1de 8

Muhamad Mustaqim Bin Khalid Mohamad Hafiz Bin Shabullah Mohd Zikrul Hakiem Bin Suhaimi

Tutorial 4 (SCE 3107)

1. Terangkan impak pembawaan masuk spesis eksotik (asing) terhadap spesis tempatan. Spesis eksotik ataupun asing boleh dikenali sebagai spesis ceroboh. Spesis ini meliputi flora dan fauna yang tumbuh atau hidup di kawasan tempatan dan menjejaskan ekosistem atau habitat asal hidupan tempatan. Spesis ini wujud samaada dibawa masuk secara sengaja ataupun tidak sengaja. Spesis eksotik ini memberikan beberapa kesan yang buruk kepada spesis tempatan. Kesan yang pertama ialah spesis asing memberikan persaingan yang hebat kebada spesis tempatan. Persaingan dari segi sumber makanan dan habitat kelihatan berpihak kebada spesis asing. Hal ini kerana spesis asing selalunya mempunyai ciri-ciri khusus ataupun gabungan ciri-ciri khusus yang melebihi spesis tempatan. Tambahan lagi spesis asing ini juga mempunyai keupayaan membiak dan membesar dengan lebih cepat berbanding spesis tempatan. Oleh itu,spesis tempatan akan terancam kerana kehadiran spesis asing ini. Selain itu,spesis asing juga boleh bertindak sebagai spesis perosak ataupun pengancam. Spesis asing yang wujud dalam satu ekosistem menjadi pemangsa utama di dalam rantaian makanan. Pemangsa asing ini menjadi pemangsa yang mutlak keranan tidak diancam oleh spesis lain. Contohnya dalam ekosistem tasik, terdapat spesis asing arapaima gigas yang bertindak sebagai pemangsa mutlak memakan hidupan di tasik tersebut. Oleh itu spesis tempata di dalam tasik itu akan terancam dan tidak akan dapat membiak dengan sempurna.

Disamping itu, spesis asing

juga akan memberi kesan dari segi

pencemaran genetik. Baka tulen yang berubah secara semulajadi khusus di kawasan tertentu boleh diancam kepupusan secara mendadak melalui proses pencemaran genetik. Contohnya, kacukan tidak terkawal,dan perubahan genetik yang mendorong kepada sekata atau penggantian genotaip tempatan. Hal ini kerana spesis asing mempunyai kelebihan jumlah atau lebih sesuai secara biologi. Gangguan-gangguan seperti inimembantutkan perkembangan spesis tempatan dalam usaha untuk memenuhi kemandirian spesis.

2. Apakah faktor-faktor yang mengancam spesies di dunia pada masa kini? Bincangkan faktor-faktor utama yang wujud di Malaysia.

Banyak faktor yang mengancam spesies di dunia pada masa kini. Faktor yang pertama ialah pembalakan haram dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti pembalakan akan memusnahkan spesies tumbuhan yang kecil dan haiwan juga akan mengalami pengecilan saiz habitat kerana hutan telah diterokai. Jika hutan terus diterokai, haiwan akan mengalami kehilangan habitat dan mula mengancam kehidupan manusia. Kawasan hutan yang kecil juga akan membataskan kemampuan haiwan-haiwan ini untuk mencari makanan dan juga pasangan untuk pembiakan. Dengan itu, haiwan akan mengalami kematian dan pengurangan dari segi bilangan. Selain itu, penggunaan jentera mekanikal dalam tujuan pembalakan akan menambahkan lagi kerosakan hutan dimana kesannya dapat di lihat pada tekstur tanah dan jalan yang dilalui.

Faktor

yang

seterusnya

ialah

pembakaran

hutan.

Aktiviti

tidak

bertanggungjawab ini akan meninggalkan kesan yang besar dimana spesies haiwan dan tumbuhan yang berada di sekelilingnya akan mengalami

kemusnahan dan kematian. Jika spesies ataupun baka yang lama telahpun mati atau musnah, maka spesies atau baka yang baru tidak dapat dihasilkan. Jadi, ini akan mengancam spesies di dunia ini. Pembakaran hutan yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Sumatera baru-baru ini juga meninggalkan kesan terhadap semua hidupan dimana kesan jerebu dapat dilihat di mana-mana sahaja.

Seterusnya, pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan. Pemburu haram bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Ini juga disebabkan oleh pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan

tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Contohnya badak sumbu, tenggiling, gajah, harimau Malaya dan sebagainya. Binatang ini diburu adalah disebabkan keperluan barangan berasaskan haiwan tersebut. Contohnya masalah untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagianbahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia Malah, aktiviti pencemaran juga merupakan faktor yang mengancam spesies di dunia kini. Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan dan seterusnya mengancam spesies tersebut . Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik kian pupus seperti ikan lumbalumba, penyu dan paus pembunuh. Punca pencemaran air adalah disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegiatan manusia yang suka membuang sampah merata ke dalam laut. Selain itu, haiwan akuatik di air tawar juga mengalami ancaman disebabkan oleh sisa toksik yang dibuang oleh kilangkilang selain aliran baja yang digunakan untuk pertanian. Pencemaran juga berlaku di kawasan darat seperti pembuangan sampah yang lama kelamaan akan menyebabkan bau busuk dan seterusnya memusnahkan habitat flora dan fauna. Disamping itu, haiwan juga akan mengalami kesukaran untuk mencari makanan jika kawasan yang mengalami pemcemaran alam.

3. Mengapakah kita harus memulihara biodiversiti? Bincangkan bagaimana speises dan habitat boleh dilindungi di Malaysia.

Biodiversiti penting kepada semua kehidupan yang ada di biosfera ini. Justeru, biodiversiti perlu dipulihara untuk memastikan keseimbangannya. Antara sebab biodiversiti perlu dipulihara kerana biodiversiti menjadi tempat kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan penyelidikan. Sebagai contoh penyelidikan berkaitan hutan simpan yang telah dijalankan di Pahang. Penyelidikan yang telah dijialankan ini menjamin kelestarian alam pada masa hadapan. Selain itu, biodiversiti juga mengekalkan sumber utama makanan. Apabila biodiversiti terpelihara, maka rantai makanan dalam sesuatu habitat turut terpelihara. Sayuran-sayuran, bijirin dan buaha-buahan diperolehi daripada tumbuhan, manakala daging, telur dan susu diperolehi daripada haiwan. Justeru, kita perlu memulihara biodiversiti untuk terus membekalkan makanan kepada manusia. Selain menjadi tempat sumber makanan, biodiversiti juga

menyumbangkan kepada sumber ubat-ubatan herba. Ubat-ubatan ini boleh menyembuhkan penyakit-penyakit yang tertentu. Sebagai contoh daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah dan akar pokok bakawali dapat menyembuhkan penyakit diabetis. Kita juga dapat melihat nilai-nilai estetika yang terdapat pada biodiversiti. Nilai estetika biodiversiti adalah tinggi kerana landskap semulajadi yang belum diganggu ini dapat dijadikan sebagai pusat rekreasi. Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan yang boleh dijadikan sebagai pusat pelancongan yang mana akan menggalakkan ekopelancongan dan dapat menambahbaikkan ekonomi negara. Justeru, dengan pemulihan biodiversiti, ekonomi negara kita dapat

dijana dan dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Pelbagai langkah boleh digunakan dan dijalankan bagi malindungi spesies dan habitat di Malaysia. Pertamanyan ialah melalui sistem pendidikan. Pendidikan adalah cara yang paling baik untuk melindungi spesies dan habitat di Malaysia. Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu matapelajaran yang bertujuan untuk membentuk satu generasi penduduk yang sedar dan memandang berat terhadap kualiti alam sekitar, masalah-masalah alam sekitar serta kesanggupan untuk menyelesaikan masalah alam sekitar. Dana Sedunia Alam Semula Jadi (WWF) telah mengadakan kempen pendidikan untuk memupuk kesedaran individu bagi melindungi spesies dan habitat di dunia. Selain itu, habitat dan spesies dapat dilindungi dengan penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang dan akta telah digubal oleh kerajaan untuk melindungi spesies dan habitat di Malaysia seperti Akta Perhutanan Negara (1984) yang mana digubal untuk memelihara dan melindungi hutan serta hidupan liar. Seterusnya ialah pemeliharaan dan pemuliharaan. Pemeliharaan dan pemuliharaan harus dijalankan bagi melindungi habitat dan spesies di Malaysia serta mengekalkan keseimbangan alam. Jabatan Perhutanan berserta dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan. Pemuliharaan diaggap sebagai satu strategi yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Pendekatan secara holistik perlu digunakan. Hal ini bermaksud kepelbagian spesies dan habitat bukan tanggungjawab individu tetapa tanggungjawab semua manusia.

Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang dan terbaik. Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh

mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesies eksotika (spesies invasif). Oleh itu strategi pemuliharaan ex situ merupakan satu alternatif apabila populasi serpihan (remnant population) tidak berupaya membiak di habitat semula jadi. Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Spesies yang dikategorikan sebagai terancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan/habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Akhir sekali merupakan pengekalan sumber. Sekiranya satu habitat telah dimusnahkan, terdapat kemungkinan habitat itu tidak dapat digantikan lagi. Oleh itu, pengekalan sumber haiwan dan tumbuhan perlu dijalankan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengekalkan sumber haiwan dan tumbuhan adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia seperti pestisid, mengurangkan penyahhutanan dan mengharamkan pemburuan haram supaya habitat dan spesies dapat dilindungi.

Rujukan http://gegeplace.blogspot.com/2010/06/kepentingan-biodiversiti-danlangkah.html

Você também pode gostar