Você está na página 1de 18

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Konsep Asas Falsafah


Falsafah mengkaji kewujudan manusia,

hubungan antara manusia falsafah diumpamakan seperti _ _ _ _ _ di mana pepohon tumbuh dengan suburnya.

Pengertian Falsafah
Boleh dirujuk dari tiga sudut :
o Etimologi

( Bahasa )

o Terminologi
o Praktikal

( Istilah )

Etimologi ( Bahasa )
Falsafah berasal dari perkataan Yunani, philosophia Philo bermaksud cinta dan sophia bermaksud

pengetahuan. Boleh ditakrifkan sebagai cinta kepada pengetahuan atau hikmah. Orang yang cinta kepada pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah.

Mereka menjadikan pengetahuan sebagai tujuan

hidup, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu, menaut sebab-akibat dan mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran mengenai diri dan dunia mereka. Kesimpulannya, mereka sanggup mengabdikan diri kepada pengetahuan.

Terminologi ( Istilah )
Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli

falsafah adalah berbeza-beza. Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.

Praktikal
Falsafah membawa maksud berfikir secara

bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat. Berfikir secara sistematik berfikir secara logik dan berurutan. Berfikir secara radikal berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab. Berfikir secara sejagat tidak terhad kepada aspekaspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

Rusel ( 1946 ) berpendapat falsafah terletak di

antara teologi ( ilmu ketuhanan, agama dan sains > sains fizikal dan kemanusiaan ).
TEOLOGI SAINS

Teologi- falsafah mengandungi spekulasi tentang

perkara yang belum nyata Sains falsafah mengunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung.

Falsafah- Proses Menyoal


Schofield ( 1972 ) berpendapat falsafah adalah satu

proses menyoal seperti dalam Jadual 1. Falsafah boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana kita berada. Satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan dalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan sebagainya.

Menerangkan hubungan antara idea-idea di

samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan. Terdapat dua jenis logik :

Logik induktif bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya. Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

Apa yang dimaksudkan dengan taakulan baik atau kurang baik ? Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik ?

Konsep Falsafah Pendidikan


Berasal daripada dua istilah asas,iaitu falsafah dan

pendidikan. Konsep Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Menurut Kamus Pendidikan (1979);

Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan mengembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.

Takrifan ini selari dengan pandangan Dewey

(1859-1952), seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan bahawa : Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980)

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Hassan Langgulung ( 1987)

Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara berikut :

Pengajaran- pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran: dan Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

Konsep Falsafah Pendidikan


Ada tokoh-tokoh pendidikan yang berpandangan

bahawa pendidikan mempunyai fungsi di bawah:


Proses sosiolisasi- pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak. Pembentukan budaya- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya. Integrasi sosial- manusia bersifat lebih bersatupadu akibat pengajaran nilai-nilai budaya dan norma-norma tertentu. Ini merupakan fungsi yang amat penting khususnya dalam masyarakat pelbagai budaya. Penempatan sosial- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akademik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan.

Antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan

para pendidik :
Apakah jenis pendidikan yang kita hasratkan untuk anakanak kita ? Apakah tujuan pendidikan ? Apakah peranan pendidikan untuk kita dan masyarakat ? Apakah yang wajar diajar di sekolah ? Apakah kaedah mengajar yang sesuai ? Apakah peranan guru ?

RAJAH 1
Metafizik ( ontologi ) : spekulatif, perkaitan sebab-akibat Cth : Apa itu kebenaran ? Siapa itu manusia ?

Logik : membezakan antara idea sah dan yang mengelirukan Cth : Apa itu taakulan baik atau kurang baik ?

CABANG-CABANG FALSAFAH

Axiologi : etika dan estetika Cth : Apa itu kebaikan ? Apa itu kecantikan ?

Epistemologi : ilmu dan kepercayaan Cth : Apa itu ilmu ? Apakah sumber-sumber pengetahuan ?

Você também pode gostar