Você está na página 1de 4

SK TEBRAU BAKAR BATU, JOHOR BAHRU MINIT CURAI KURSUS/TAKLIMAT/BENGKEL YANG DIHADIRI Nama Kursus : TAKLIMAT PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN

BIMBINGAN & KAUNSELING Tarikh : 19.4.2012 Masa : 8.00 Pagi 3.00 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat PPD JB

Guru yang menghadiri Penceramah kursus BIL


-

: 1. En. Mohd Zany b. Mohd Fauzi : 1. Tn. Hj. Rozman b. Harun : Pen. Pengarah Unit Kaunseling JPNJ PERKARA YANG DIBINCANGKAN

Isu perkhidmatan kaunseling telah lama dibincangkan tapi tidak pernah selesai. Perekayasaan penting dan perlu diambil serius. Sejarah perkhidmatan B&K bermula sejak 1996 bermatlamat untuk mengatasi masalah disiplin dan sahsiah murid pada masa tersebut. Kecemerlangan akademik bukan fokus utama perkhidmatan B&K. Perubahan tingkah laku manusia (murid) sukar diukur. Bagaimana nak mengukur? Perubahan tingkah laku dianggap berlaku sekiranya murid sekurangkurangnya mengakui kesalahan yang dilakukan dan tidak sepatutnya melakukan kesalahan tersebut di akhir sesi kaunseling.

Konsep Merekayasa :
Perkhidmatan mesra murid, rakan guru, ibubapa dan masyarakat. Murid adalah aset penting yang perlu dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul. Memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan kaunseling serta berupayan mendahului jangkauan tindakan murid. Personaliti paling dipercayai oleh murid, rakan sejawat, ibubapa dan masyarakat di sekolah.

Fokus Perkhidmatan B&K :


1) Pembangunan sahsiah diri. - Pupuk perkembangan personaliti kendiri dari aspek sikap penyayang, berbudi bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketetapan masa. 2) Peningkatan disiplin murid. - Pupuk disiplin murid terutama masalah ponteng, jenayah, kelucahan, kurang sopan, vandalisme. - Outcome: Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan selamat. - Guru kaunseling hanya membantu akademik dari aspek sahsiah, keluarga dan sikap. 3) Pendidikan Kerjaya Murid - Mengadakan program bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya. - Menyediakan profil kerjaya setiap murid. - Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan. Cuba dapatkan seberapa ramai murid sebagai rujukan kajian hala tuju murid selepas

persekolahan. Outcome : Menghasilkan murid yang tahu hala tujuan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.

4) Psikososial dan kesejahteraan mental - Bimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. - Bimbing proses sosialisasi dan interaksi dengan baik. - Bimbing dalam pengurusan emosi. - Mengembangkan pemikiran positif. - Outcome : Murid yang sihat mental

Kaedah pelaksanaan :
1) Pengurusan profil murid : Profil setiap murid bermasalah disiplin. Profil setiap murid ponteng sekolah. Profil kerjaya setiap murid. Profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi.

2) Pendidikan Pencegahan - Pencegahan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok dan bahan inhalan. 3) Konsultasi ibubapa - Panggil ibubapa berbincang. 4) PRS - Tingkatkan kemahiran menolong dan soft skill ahli PRS 5) Murid berkeperluan khas - Beri khidmat kaunseling dan bimbingan khas kepada murid berkeperluan khas - Cth : Kebajikan dan kemudahan. 6) Penyampaian perkhidmatan. - Buat sebaran tentang perkhidmatan yang boleh diberi serta faedah yang boleh diperolehi. 7) Kaunseling individu dan kelompok.

Pengurusan :
1) Menjalankan tugas luar: - Pada kadar 10% sahaja. 90% hendaklah berada di sekolah. Tugas luar bermaksud tugas yang diarahkan oleh KPM, JPN dan PPD. - Kekecualian untuk pergi kursus dan sambung belajar. 2) Kelas ganti: - Guru kaunseling boleh ambil kelas ganti (relief) tidak lebih 8 waktu/minggu. 3) Jadual waktu; - Tempoh masa bertugas adalah sama seperti guru P&P. - Jadual waktu bertugas bagi guru kaunseling perlu lebih fleksibel kerana fungsi termasuk engagement bersama ibubapa, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk pemimpin masyarakat dan komuniti luar sekolah

dimana ia untuk kepentingan dan faedah murid. 4) PCB bimbingan & kaunseling: - Hendaklah diguna sepenuhnya kepada semua perkhidmatan B&K yang berfokus kepada 4 bidang utama dalam perekayasaan.

Program Guru Penyayang :


Guru kaunseling sebagai setiausaha. Tujuan : supaya guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah. Memiliki sikap sifat kepedulian terhadap semua perkara yang berkaitan dengan muridnya. Menjiwai bahawa murid merupakan aset penting kepada sekolah. Sifat semulajadi guru ialah penyayang. Objektif : Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada guru. Aktiviti : Hendaklah secara berterusan dan menjadi budaya bagi guru. Dijalankan secara berfasa menerusi pelan jangka pendek dan jangka panjang. Fasa 1 : Mengalu-alukan kehadiran murid. Pelaksanaan program mentor mentee. Memberi penghargaan kepada murid.

Mesyuarat Agung MGKK Daerah Johor Bahru


Dipengerusikan oleh Tn. Hj. Yassin b. Lauto, Pengerusi MGKK Johor Bahru. Yuran MGKK RM 20.00 Kad Sistek MGKK Johor : isi borang biodata PK 13/1 dengan gambar dan email kepada hasnool7@gmail.com sebelum 15 Mei 2012. Laman web MGKK Johor : Mgkkjohor.net.com Pemilihan Jawatankuasa MGKK daerah Johor Bahru Pengerusi : Tn. Hj. Yassin b. Lauto Timb. YDP 1 : En. Zaidi Timb YDP 2 : En. Saiful Lizan b. Suparman NYDP : En. Mohd Nizam S/u 1 : Pn. Norazlin s/u 2 : Cik Sahara Bendahari : Pn. Siti Salwa J. Audit 1 : Tn hj. Husni J. Audit 2 : Pn. Chong Shok Hin AJK :

Pn. Hjh. Salwa Pn. Sarina Cik Emily Pn. Rosmah Lee Pey San Loo Pek Siang Hjh. Sharifah Madinah Tn. Hj. Adam En. Alias

Disediakan oleh,

...........................................
(MOHD ZANY B. MOHD FAUZI)

Você também pode gostar