Você está na página 1de 13

Asas Pergerakan Ia merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas.

Konsep pergerakanmerupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik. Ini termasuk: q Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan? q Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak? q Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak? q Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak? Objektif Kesedaran Tubuh Badan q Mengenalpasti nama dan lokasi anggota badan q Posisi dan bentuk badan q Kesedaran pergerakan tubuh badan q Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan q Kesedaran keteganagan otot dan relaksasi Obejktif Kesedaran Ruang q Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain q Bergerak dengan selamat dalam ruang am q Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah q Memahami pelbagai aras pergerakan q Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek q Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi Objektif Perhubungan q Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan q Bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain dan/atau dalam kumpulan q Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek Objektif Kualiti Pergerakan

q Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan q Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan pergerakan q Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan. q Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad Pergerakan: Asas Pendidikan Jasmani dan Sukan q Mengapakah pergerakan dianggap tunggak pendidikan jasmani? q Apakah contoh-contoh bagi empat konsep pergerakan? q Apakah cadangan untuk membantu individu mempelajari konsep pergerakan dan kemahiran motor asas? Kemahiran motor asas merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor yang lebih kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan, sukan, tarian dan kecergasan. Sebaiknya, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas dipelajari semasa peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah Kemahiran-kemahiran ini akan diamalkan sepanjang hayat jika penguasaan dicapai pada usia muda lagi. Faktor Umum Yang Mempengaruhi Pergerakan q Faktor Fisiologikal

Dayatahan kardiovaskular, kekuatan dan dayatahan otot, serta fleksibiliti

q Faktor Psikologikal

Ketakutan, kerisauan, keyakinan diri

q Faktor Sosiologikal

Keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan (contohnya, ahli keluarga sebagai role model yang aktif secara fizikal)

Peranan gender Ekonomi

TUJUAN PERGERAKAN ASAS Tujuan Kecergasan Pergerakan asas untuk tujuan kecergasan adalah seperti berikut: Fleksibiliti/kelembutan Kekuatan otot Daya tahan otot Daya tahan kardiovaskular Komposisi tubuh badan Sasaran dan pengukuran denyutan nadi Senaman aerobik dan anaerobik Prinsip latihan (kekerapan, intensiti, masa) / (Frequency, intensity, time)

Tujuan Sosialisasi/Kerjasama Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti: Prosidur dan peraturan dalam kelas. Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti. Kesedaran dan kawalan badan. Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan. Kemahiran mendengar. Permainan koperatif. Menghormati orang lain dan peraturan.

Semangat kesukanan. Penyelesaian masalah. Team Building Strategi kumpulan. Disiplin diri. Membuat keputusan.
http://pjm3102.weebly.com/konsep-pergerakan-asas.html#

Dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah, Pendidikan Jasmani tahun dua dinyataka dalam dua lajur utama, iaitu Standart Kandungan dan Standart Pembelajaran.. Standart Kandungan ialah apa yang murid harus pelajari dan Standart Pembelajaran ialah apa yang murid harus kuasai dan capai
Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik. http://blogpsikomotordanpergerakan.blogspot.com/2010/03/30-konsep-asasdalam-gimnastik.html

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik. Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari

fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.

Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian artikulasi dan penyambung otot.

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi
badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

Gimnastik pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu pendekatan dalam pendidikan gimnastik. Ianya memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan juga perkembangan pelajar. Posted by groupblogsem3 at 7:23 AM
Apabila kita berada dalam lingkungan atau kawasan yang baru, kita kena cuba untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang kita masuk. Bila kita berada dalam air, kita juga kena mengadaptasi dengan persekitaran air supaya mudah untuk kita bergerak dan berasa selesa semasa melakukan aktiviti seperti renang. Ada banyak cara untuk kita mulakan interaksi dan beradaptasi dengan persekitaran akuatik. Tapi yang difokuskan di sini adalah kaedah asas yang

penting, tapi selalu diambil ringan oleh ramai orang. 1. Ketika terapung (muka dalam air) Bila anda dalam posisi ini, pernah tak rasa macam kaki tenggelam? Jika ya, cuba betulkan posisi kepala. Kesalahan utama yang dibuat oleh kebanyakan mereka yang mula belajar renang, ialah dengan cuba untuk memandang ke depan. Bila kita buat macam ni, ia menyebabkan posisi kepala macam terngadah sikit (menghala ke atas) dan bila ini berlaku, tulang belakang kita akan tertekan ke bawah. Badan kita bila dalam air, macam jongkang-jongkit, bila satu belah tinggi, belah yang lagi satu akan ke bawah. Jadi jika kepala kita diangkat tinggi (disebabkan ingin pandang ke depan), maka kaki kita akan ke tenggelam ke bawah. Jadi, bila kita cuba untuk mengapungkan diri dalam keadan telungkup, pastikan mata tu memandang ke arah lantai kolam, bukan ke depan.

2. Ketika terapung dengan posisi terlentang (back float) Bila dalam posisi ini, terasa macam kaki tenggelam? Jika ya, sekali lagi, kena betulkan posisi kepala. Kaki akan tenggelam pasal selalu cuba untuk melihat kaki. Penyelesaiannya adalah dengan memandang ke atas dan usahakan agar telinga masuk dalam air. (Jangan risau, air tak akan masuk ke telinga dalam, Lihat Artikel Ini) Secara naturalnya, badan manusia biasanya akan terapung. Cuma daya apungan (buoyancy) tu memang berbeza-beza. Cuma ia agak sukar diterangkan kerana ia melibatkan teori Archimedes, ketumpatan, tekanan dan lain-lain. Yang pentingnya ialah untuk kita memahami bahawa badan kita tak akan sekalikali berada melebihi permukaan air. Jadi tidak perlu bersusah payah untuk cuba menimbulkan seluruh badan atas air, kerana ia memang tidak akan berlaku

Tuju Pot (Tin) Perkataan "tuju" atau dengan istilah lainnya ialah "baling" sudah dapat kita gambarkan keadaan tempat untuk memainkan permainan ini sudah semestinya mempunyai kawasan yang luas. Pemain dalam permainan ini tidak terhad asalkan dapat dibahagikan sama banyak antara ke dua-dua kumpulan. Alatan yang diperlukan adalah ringkas dan mudah di perolehi iaitu tin susu kosong dan bola tenis atau seumpamanya. Permainan ini adalah mudah dimainkan, tin susu disusun membukit di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu

jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya. Ini memerlukan kebijaksanaan para pemain untuk bekerjasama. Jika pelontar tadi berjaya menyusun semula tin-tin itu sebelum kena baling daripada kumpulan A, maka kumpulan B mendapat satu mata. Jika pemain kumpulan B terkena balingan daripada kumpulan A maka pelontar itu dianggap "mati" dan pemindahan balingan pula berpihak kepada kumpulan A. Andainya bola yang dilontarkan ke susunan tin itu dapat disambut sebelum mencecah tanah, maka ke semua pemain kumpulan B dikira "mati". Perkara berikut akan berulang sehinggalah salah satu kumpulan mendapat kiraan mata yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan atau kedua-dua kumpulan sudah bosan untuk meneruskannya.

Salah seorang pemain menuju tin yang disusun supaya pecah dari susunan asal. http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php? pageNum_Recordset1=8&totalRows_Recordset1=10&p=2&idstopic=29&idskandungan=101& mtopic=3

selipar yang tak keras sangat tak lembut sangat - pastikan kalau baling boleh jatuhkan tin dan kalau baling kena orang x sakit tin susu sebanyak 10 tin orang yang cukup untuk membentuk 2 kumpulan berentap (aik, ini bahan ke??kekeke)

LANGKAH

ktrg main hari tuh ramai, dalam satu kumpulan tuh ada sampai 7 orang

jadi, bahagikan pemain kepada 2 kumpulan selalunya, akan assign ketua kumpulan sebab ketua kumpulan ni lah pakar mengatur strategi, pakar 1 to som masa nak mulakan permainan, kira pakar semuanya lah nak bagi menang,,

LANGKAH

ketua kedua kumpulan osom nak tahu sape mulakan dahulu bila dah tahu, kumpulan yang jalan dahulu ialah kumpulan yang baling selipar dahulu kumpulan lawan kena jaga tin jangan bagi jatuh kena baling selipar matikan ahli kumpulam lawan supaya dapat giliran pula untuk berentap

LANGKAH 3

cara menyusun pun ada strategi oleh pihak lawan, kena belajar tuh sume

tin sudah disusun elok permainan dimulakan pihak yang jalan dulu setiap seorang diberi peluang untuk baling selipar pada jarak yang ditetapkan untuk jatuhkan tin tersebut setiap ahli diberi 2 kali peluang, jika sume balingan sudah dibuat tetapi tin tidak jatuh, automatik kumpulan lawan diberi giliran

jika tin berjaya jatuh semua kena bersedia, pihak yang jalan kena usaha untuk susun tin itu semula dan pihak lawan kena berjaga dan memegang selipar untuk membuat balingan kepada ahli pihak yang jalan untuk matikan dorang, kalau mati, takde peluanglah nak susun tin

nak men ni, kena pantas dan cekap kena reti membuat balingan tepat dan kena cekap menyusun tin dan mencari peluang strategi itu penting dan persefahaman sesama ahli juga penting

dan alhamdulillah, selalu cik zira men selalu dapat kumpulan best dan selalu menang macam hari tuh main kan, walaupon asek dimatikan awal, dorang tanak bagi peluang kat cik zira susun tin langsung, tapi kumpulan cik zira tetap menang

walaupon setiap kali nak jalan jek, dorang akan serang cik zira bagi mati

yang awal-awal sekali apelah dorang ni, bagilah peluang sikit, takutlah tuh cik zira beraksi,,ngee

lihatlah aksi balingan cik zira

membaling lagi

dan lagi, kena sapelah agak-agaknya ye?

lari menuju ke tin

lihat, selipar dibaling ke arah cik zira tau, sedih, sob sob,, =(

LANGKAH

pihak yang jalan akan cuba elak dari terkena selipar dan cuba mendekati kawasan tin untuk menyusun tin tersebut dengan sempurna jika berjaya menyusun tin itu, langkah tin itu menandakan sudah berjaya mendapat 1 mata

LANGKAH

giliran pihak lawan ditentukan sekiranya pihak yang jalan tidak berjaya

menyusun tin dan semua ahli kumpulan mati jika menang dan selagi berjaya menyusun tin, pihak lawan tiada giliran untuk bermain, perlu menjaga selipar dan teruskan dengan membaling bagi mati,, =)

faham tak ea agak-agaknya penerangan cik zira ni sape yang tahu main, tapi ingat-ingat lupa pahamlah kot ea senang jek nak memang best sangat men tuju tin ni lagi pulak dengan kawan-kawan, memang seronok

cik zira suka main macam ni, sambil main sambil happy dengan kawankawan, bersaing secara sihat nak bagi menang permainan ni pon sesuai untuk diajar dekat budak sekolah sebab dia memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan mengatur strategi,,

banyak lagi permainan dulu-dulu yang cik zira dan kawan-kawan suka main cop tiang misalnya, kitorang men jugak, asal nampak tiang jek terus ramai-ramai serbu nak main, sape lambat kena jadi sampaikan lecturer pon sengih nampak ktrg main macam budak-budak malah mengalahkan budak-budak, mesti lecturer tuh sume nak main sekali,, kan kan ,,, ;)

permainan seumpama ini seronok dimainkan, namun dalam zaman dan

era sekarang permainan ini seperti dilupakan, tanyalah anak-anak sekarang berapa ramai yang tahu dan kenal permainan sebegini dan berapa ramai yang mainkannya? anak-anak sekarang lebih selesa dengan teknologi canggih yang ada sayang kan

cik zira tetap sukakan permainan sebegini banyak kebaikan dan faedahnya, juga menyihatkan tubuh badan dan menasah otak untuk berfikir strategi yang betul untuk meraih kemenangan betul kan?

harap-harap permainan tradisional begini tidak lapuk dek zaman kena hidupkan supaya anak-anak sekarang dan masa hadapan masih kenal dan memainkan permainan ini

agak-agak bila lagilah nak main tuju tin ni dengan kawan-kawan macam kat maktab dulu kan? rindunya nak main

oh, lagi satu, kalau nak men permainan tuju tin ni, pastikan kawasan lapang dan selamat untuk berlarian ye, baru main tiada gangguan

Você também pode gostar