Você está na página 1de 13

1.

Analisis artikel 1 Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta

Tajuk

Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 20072008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Tema Publisher Pengarang

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mohd Rizal Bin Mohd Said Thay Cheow Yin Mohd Rizal bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Dip.F.S.Mgmt.(ITM) B.Sc.(Purdue) M.Ed. (Technical & Vocational Education) (UTM) E-mel : p-rizal@utm.my Room : C13-312 . Tel : 07-5534424 Website : http://ac.utm.my/web/p-rizal 2008 Pihak universiti, pensyarah, guru sekolah, pelajar universiti dan murid sekolah. Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar

Latar belakang pengarang

Tahun Kumpulan sasaran

Objektif penulisan

kursus SPH, UTM dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH,

Dapatan kajian

UTM dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Soal selidik, buku-buku, laporan kajian, laporan

Sumber

persidangan, penyelidikan bertulis, artikel dalam surat khabar serta artikel dan laporan dari internet.

Kaedah penulisan

Borang soal selidik

1.2

Ulasan Kritikan Artikel 1

Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Rizal Bin Mohd Said dan Thay Cheow Yin terhadap para mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Fakulti Pendidikan berkaitan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Para mahasiswa dipilih dari sesi pengajian 2007-2008, semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Artikel ini dimuat turun dari internet. Tujuan artikel ini ialah untuk mendapatkan gambaran tentang tahap hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa UTM khususnya dari sesi pengajian 2007-2008, semester 2. Penulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik artikel ini menggunakan penulisan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan pemahaman para pembaca. Bahasa yang digunakan ringkas dan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah dengan menggunakan istilah-istilah tertentu dalam membicarakan penyelidikan yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format APA. Penyelidik memecahkan kandungan artikel dengan lebih teliti supaya mudah mencari isi-isi penting. Artikel ini menggunakan isu semasa iaitu berdasarkan kepada konsep Satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita. Menurut Aizuddin (2009) konsep Satu Malaysia merupakan tulang belakang bagi semua negara yang pernah berjaya mengatasi zaman-zaman yang mencabar dalam sejarah mereka. Melalui artikel ini, kita dapat merumuskan tahap hubungan atau keakraban yang terdapat antara pelajarpelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kajian ini penting untuk menentukan masa depan negara. Hal ini demikian, pemuda-pemudi negara kita yang akan menentukan hala tuju negara. Melalui hasil kajian artikel ini, pihak kerajaan dapat menentukan cara-cara untuk memupukkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar- pelajar universiti. Saya bersetuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan kerana penyelidik menyediakan satu siri dapatan kajian pelajar-pelajar universiti berkenaan dan dikukuhkan lagi dengan pengumpulan data sekunder seperti buku-buku, penyelidikan bertulis dan surat khabar.

Penyelidik menggunakan borang soal selidik yang diedar dan dijawab oleh pelajarpelajar terpilih. Dapatan kajian artikel ini menunjukkan bahawa tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar-pelajar universiti masih berada pada tahap sederhana. Tahap hubungan etnik dari segi kegiatan pembelajaran pelajar adalah paling rendah iaitu 2.66. Saya memang setuju dengan dapatan ini kerana pelajar-pelajar lebih gemar untuk belajar dengan kelompok masing-masing yang terdiri daripada bahasa, agama dan minat yang sama. Hal ini dapat memudahkan proses pembelajaran dengan adanya komunikasi yang berkesan antara mereka. Namun, sistem pendidikan negara kita perlu menitikberatkan kandungan sukatan pelajaran untuk mengeratkan lagi hubungan etnik antara pelajar sekolah dan pelajar universiti atau kolej. Menurut Asnarulkhadi (1997) membentuk sebuah negara bagsa yang bersatu padu dianggap sebagai cabaran yang asas dan paling utama. Oleh itu, dasar kerajaan yang diperkenalkan perlu membangunkan masyarakat Malaysia berbilang kaum untuk membentuk suatu negara bangsa yang bermaruah dan memiliki identiti yang unik. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat merumuskan bahawa tahap hubungan etnik antara pelajar-pelajar universiti di seluruh Malaysia akan menunjukkan dapatan yang sama kerana penyelidik hanya memilih seramai 146 orang pelajar atau responden yang mengikuti kursus SPH sesi pengajian 2007/2008 untuk penyelidikan ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Menurut C. Parameswary (2001) ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat sosial, tingkah laku dan moral mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Selain itu, penyelidik hanya memilih pelajar-pelajar daripada kursus yang sama. Oleh itu, dapatan ini tidak dapat menunjukkan keaslian tahap hubungan etnik dalam kalangan pelajar universiti. Di samping itu, perbezaan keputusan kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu 2.95. Malah 10 daripada item kajian pertama iaitu mengetahui hubungan etnik dari segi kehidupan seharian pelajar berada di tahap yang tinggi dan 10 item pada tahap yang sederhana. Keputusan ini mungkin disebabkan oleh faktor dalaman pelajar tersebut seperti emosi, perselisihan faham antara kawan dari bangsa lain, dan komuniti

persekitarannya. Namun, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada penyelidik lain yang ingin mengkaji tentang tahap hubungan etnik. Artikel ini juga dapat menyedarkan keperluan untuk membangunkan hubungan etnik kepada setiap modal insan yang berada di universiti khususnya. Ini kerana para pelajar universiti yang membangunkan negara pada masa akan datang dengan adanya kolaborasi dan komunikasi antara mereka. Pendidikan merupakan satu-satunya cara yang paling berkesan untuk menggalakkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum yang berlainan. Negara-negara besar yang maju dan liberal pun menekankan satu sistem pendidikan yang kukuh untuk menggembeling mudanya agar menjadi warga yang taat setianya tidak tertumpah ke tempat lain (Kumpulan Kertas Kerja Seminar, 2000). Malah, penyelidik juga berjaya menyatakan kepentingan jaga hubungan etnik dalam kalangan pelajar-pelajar universiti secara tersirat melalui artikel ini.

2.1 Tajuk Tema

Analisis artikel 2 Adat resam dan budaya masyarakat Iban di Sarawak Budaya Nasional Malaysia Sdn Bhd Dr. Chemaline Osup Jabatan Pengajian Melayu Beliau bekerja sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa Dan Komunikasi. Bidang pengkhususan ialah bahasa Iban. Beliau mendapat Doktor Falsafah

Publisher Pengarang

Latar belakang pengarang

Kesusasteraan - Kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007 dan Ijazah Sarjana Sastera (Sastera Tradisional) - Sastera (Sastera Tradisional - Puisi Rakyat Iban) di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2002

Tahun Kumpulan sasaran

2007 Masyarakat Malaysia khususnya penduduk Semenanjung Malaysia Memberi satu gambaran tentang budaya dan kehidupan masyarakat Iban kepada orang lain. Menyusul tentang asal-usul suku kaum Iban, perpindahan dan cabaran faktor persekitaran, rumah panjang,

Objektif penulisan

Dapatan kajian

organisasi sosial, kepercayaan, budaya, perayaan tradisional serta adat resam menghormati si mati masyarakat Iban

Sumber Kaedah penulisan

Buku-buku rujukan tentang masyarakat Iban Penulisan dokumen dan ilmiah

2.2

Ulasan Kritikan artikel 2

Artikel ini merupakan hasil kajian Dr. Chemaline Osup dari Jabatan Pengajian Melayu terhadap adat resam dan budaya masyarakat Iban di Sarawak. Penulis memilih tema budaya sebagai fokus utama penulisan beliau. Perbincangan dalam artikel ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarannya tentang kehidupan masyarakat Iban di Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Penulis merujuk banyak buku berkaitan sejarah dan kehidupan seharian masyarakat Iban. Artikel ini cuba menyedarkan semua orang tentang kepentingan mengetahui adat resam kaumkaum lain untuk memupukkan hubungan etnik antara satu sama lain. Gaya penulisan penulis ini lebih kepada fakta, bukti serta sokongan daripada para ilmuan untuk membuktikan penulisannya. Namun begitu, penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah difahami mengenai isi penulisan. Artikel ini sesuai kepada semua lapisan dan golongan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang. Melalui sokongan dan bukti yang dikemukakan oleh penulis difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang keperluan mengetahui adat resam kaum lain dalam pembangunan modal insan masa kini. Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang konsep etnisiti. Melalui artikel ini, para pembaca dapat mengetahui tentang 23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi yang terdapat di Sarawak secara lebih dalam. Menurut Mohd. Isa Othman (2003) bilangan suku kaum yang terbesar di Sarawak adalah orang Iban dan adalah tanggungjawab kita untuk mengenali adat resam mereka. Selain masyarakat Melayu, Cina dan India para pembaca berpeluang untuk mengetahui tentang suku kaum lain yang terdiri daripada dua puluh tiga etnik bumiputera di Sarawak khususnya suku kaum Iban. Selain itu, isu yang dibincangkan sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan berkesan. Penulis memecahkan kandungan artikel dengan lebih teratur dan teliti. Hal ini dapat memudahkan proses pembacaan. Penulis menggunakan gaya penulisan APA dengan

tepat bagi setiap tajuk yang dibincangkan. Hal ini dapat menunjukkan keaslian penulisannya. Selain itu, artikel ini bukan sahaja dapat dijadikan sebagai bahan rujukan yang ilmiah tetapi dapat juga memupukkan integrasi kaum. Hal ini demikian, para pembaca berpeluang untuk mengenali budaya masyarakat Iban dan menjalin hubungan mesra dengan mereka. Dengan ini, kaum lain dapat meningkatkan persefahaman dengan suku kaum di Sarawak terutamanya kaum Iban. Melalui artikel ini, masyarakat dapat membetulkan pandangan dan tafsiran yang salah mengenai masyarakat Iban. Misalnya, kisah ngayau (memotong kepala) yang telah dieksploitasi dan

disalahtafsirkan oleh orang Barat yang menggelar Sarawak sebagai Bumi Pemotong Kepala. Pada mulanya saya pun beranggapan bahawa masyarakat Iban bunuh sembarangan untuk menunjukkan kewiraan mereka dengan menggantung kepala musuh di rumah dan dijadikan harta pusakan keluarga berkenaan. Namun, penulis dapat memperbetulkan tanggapan demikian melalui artikelnya. Melalui artikel ini, saya dapat mengenalpasti persamaan yang terdapat antara kumpulan etnik lain dengan masyarakat Iban. Sebagai contoh, semangat orang hidup dan mati, makhluk hidup dan objek tidak bernyawa serta kuasa ghaib masyarakat Iban yang diamalkan oleh kaum Cina melalui penyembahan nenek moyang. Dengan adanya persamaan ini, kaum Iban dan kaum Cina dapat menjalinkan hubungan dari segi persamaan kepercayaan dan keagamaan. Menurut Nazaruddin (2001) menyatukan unsur-unsur kebudayaan lain melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan, bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang diwarisi pelbagai budaya. Dengan ini, perselisihan faham dan pertengkaran dapat dielakkan. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan tahap hubungan etnik masyarakat Malaysia. Artikel ini dapat memberi satu gambaran tentang kaum Iban yang unik dan kaya dengan adat dan kebudayaan yang tersendiri. Jika dIbandingkan dengan kaum-kaum lain, hanya masyarakat Iban gemar tinggal di rumah panjang. Dengan ini, mereka dapat mengukuhkan institusi keluarga dan kerjasama dalam kalangan mereka. Dengan ini dapat merumuskan bahawa untuk mengukuhkan hubungan etnik di negara, kita perlu

hidup dalam satu bumbung yang bermaksud sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kumpulan etnik. Walaupun, kita mempunyai kepercayaan, budaya dan bahasa tersendiri namun, kita perlu menghormati kepercayaan kaum-kaum lain juga. Masyarakat Iban mempunyai adat dan kebudayaan tersendiri seperti masyarakat lain. Upacara pemujaan paling utama masyarakat ini ialah Hari Gawai yang diwarisi secara turun temurun. Upacara ini diketuai oleh seorang ketua dalam kalangan mereka dan semua orang menurut perintah mereka tanpa mengira usia mereka. Adat sebegini memang terdapat dalam semua kaum tetapi bergantung kepada adat masing-masing. Banyak masalah dapat dibendung melalui sistem ini iaitu mematuhi arahan pemimpin atau wakilnya. Saling mempercayai dan hormat menghormati dapat mengukuhkan hubungan etnik negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tidak dapat dinafikan, suku kaum Iban adalah sebahagian daripada bangsa Malaysia. Justeru, mengetahui dan mempelajari tentang adat resam serta budaya mereka menjadi satu kewajipan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia. Maka, kebudayaan perlu menangani pensejagatan dengan penuh kebijaksanaan. Kebudayaan mestilah menjadi asas kepada semua projek pembangunan baik fizikal mahupun bukan fizikal (Kumpulan Kertas Kerja Seminar, 2000). Melalui artikel ini, penulis dapat

mengurangkan bebanan kita untuk mencari bahan bacaan tentang masyarakat Iban kerana segala info mengenai masyarakat Iban terdapat dalam artikel ini.

3.1 Tajuk Tema

Analisis artikel 3 Cadangan Cara-Cara Memupuk Integrasi Etnik Di Sekolah Integrasi kaum dalam sistem pendidikan Internet danmat.tripod.com/pupuk.html 4 Februari 2012 Pihak kerajaan, pihak sekolah dan guru Memberi cadangan untuk memupuk dan meningkatkan integrasi kaum di sekolah Penyelidik mengemukakan 6 cadangan untuk meningkatkan integrasi kaum di sekolah iaitu

Sumber Laman web Tarik dimuat turun Pengarang Kumpulan sasaran Objektif penulisan

Dapatan kajian

memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, menjadikan sekolah sebagi alat perpaduan, pendemokrasian pendidikan, perlaksanaan sekolah wawasan dan perlaksanaan sekolah satu aliran.

Kaedah penulisan

Penulisan dokumen dan ilmiah

3.2

Ulasan Kritikan artikel 3

Artikel yang bertajuk cadangan cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah telah dimuat turun dari laman web danmat.tripod.com/pupuk.html. Perbincangan dalam artikel ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarannya tentang cadangan yang dapat diambil untuk memupuk integrasi kaum di sekolah khususnya antara murid-murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, budaya, bahasa dan agama. Cadangan ini juga telah disertakan dengan penjelasan dan pelaksanaan yang cukup jelas. Keperluan untuk memupuk integrasi kaum dalam kalangan murid-murid sekolah dijelaskan secara terperinci dalam artikel ini. Gaya penulisan artikel ini sangat teratur dan berstruktur. Penulis menggunakan gaya penulisan ilmiah. Ini sangat sesuai untuk semua golongan pembaca tanpa mengira status pendidikan mereka. Ayat yang digunakan tidak berputar belit dan menjurus terus kepada isi kandungan artikel. Ayat juga disusun secara sistematik iaitu isi diikuti dengan bukti atau penjelasan dan contoh. Bahasa yang digunakan dalam artikel ringkas dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Artikel ini adalah satu kajian yang dijalankan oleh penulis untuk memupuk integrasi kaum di sekolah khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah. Jika, sistem pendidikan gagal untuk memupuk integrasi dan perpaduan kaum dari peringkat sekolah rendah akan menyebabkan juga kegagalan pada peringkat menengah dan universiti. Seterusnya, menyebabkan keruntuhan perpaduan dalam kalangan

masyarakat pelbagai kaum dan menjejaskan keamanaan serta kedamaian negara pada masa depan. Penulis menyatakan bahawa salah satu cara untuk memupuk integrasi kaum ialah memantapkan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Menurut Nazaruddin (2001) Dasar Pelajaran Negara mencantas sistem pendidikan penjajah bagi menyemarakkan semangat masyarakat Malaysia selepas Merdeka kerana pelaksanaanya akan membentuk identiti baru yang cintakan bangsa dan negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan sukatan pelajaran, pakaian seragam dan

buku teks yang sama tidak dapat memupuk perpaduan kaum seratus peratus kerana penglibatan murid adalah kurang. Dari pandangan murid, mereka hanya mengikuti pengajaran di dalam kelas dan tidak sedar akan persamaan dan perbezaan yang terdapat di sekolah lain. Oleh itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dibentuk dan dilaksanakan perlu lebih praktikal dan melibatkan murid secara langsung dan tidak langsung dengan murid-murid dari aliran lain. Integrasi kaum hanya dapat dipupuk menerusi komunikasi dan pergaulan yang berkesan. Bagi saya, Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak hanya memberi perhatian kepada sistem pendidikan yang sama malah tempat dan suasana pengajaran dan pembelajaran juga perlu diselaraskan. Semua murid tanpa mengira kaum belajar di sekolah yang sama seperti murid sekolah menengah yang mengikuti satu aliran sahaja. Jika murid dan pihak sekolah tidak menghadapi masalah dengan murid sekolah menengah sudah pasti mereka dapat menguruskan sekolah rendah satu aliran. Hal ini demikian, murid sekolah rendah mudah diuruskan berbanding dengan murid sekolah menengah. Kerajaan patut melaksanakan sekolah satu aliran dari awal iaitu selepas merdeka lagi tanpa mengabaikan pendidikan bahasa ibunda kaum-kaum lain seperti kaum Cina, India Dan Kadazan. Menurut Aizuddin (2009) sistem pendidikan menjadi satu cabaran kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya. Seperti yang diterangkan dalam artikel ini, pihak kerajaan tetap memberi peluang dan menjadikan bahasa ibunda sebagai subjek wajib supaya mereka dapat mempelajari dan mendalami bahasa mereka sendiri. Sementara itu, murid Melayu diberi pilihan sama ada memilih bahasa Tamil atau Cina semasa waktu pengajaran bahasa tersebut. Dengan ini, mereka berpeluang untuk mengenali budaya kaum lain. Selain itu, masalah perselisihan faham juga dapat diatasi melalui perlaksanaan sekolah satu aliran. Kebanyakan guru sekolah kurang menggunakan kaedah perbincangan dan kerja kumpulan semasa pengajaran bagi memudahkan kawalan kelas dan kebisingan. Bagi merealisasikan hasrat penulis untuk menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan sikap sebegini perlu dielakkan oleh guru kerana integrasi kaum dibentuk melalui komunikasi sahaja. Di samping itu, pengasingan dan pemisahan murid sekolah perlu dielakkan

supaya murid tidak merasai perbezaan mereka dari segi agama. Pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menganjurkan program yang melibatkan semua murid tanpa memisahkan mereka kepada agama masing-masing. Penulis menyarankan pendidik untuk memupuk integrasi melalui pengajaran. Namun, masih terdapat pendidik yang hanya mengajar berpandukan sukatan pelajaran tanpa menghiraukan pemupukan nilainilai murni dan tahap perpaduan dalam kalangan murid. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memupuk integrasi di sekolah tetapi adakah pihak sekolah memberi perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid? Semua Sekolah Jenis Kebangsaan melaksanakan hari bahasa Melayu dan minggu bahasa Melayu tetapi sejauh manakah objektif penggunaan bahasa Melayu telah tercapai? Akhir-akhir ini, terutama dengan pindaan Akta Pendidikan 1996 dan sikap liberal, kedudukan bahasa Melayu sudah tercabar (Kumpulan Kertas Kerja Seminar, 2000). Malah, dalam badanbadan kerajaan dan separuh kerajaan pun penggunaannya masih kurang merata. Jika, bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai alat komunikasi yang berkesan antara muridmurid daripada etnik yang berbeza pihak sekolah dapat memupuk integrasi kaum di sekolah. Saya setuju bahawa perlaksanaan sekolah wawasan dapat meningkatkan integrasi kaum di sekolah tetapi pihak kerajaan perlu memperbanyakkan projek sekolah wawasan ini. Setakat ini, sekolah wawasan hanya dilaksanakan di bandar. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mendirikan sekolah wawasan di luar bandar juga. Hal ini demikian, murid yang berada di bandar tinggal di kawasan perumahan yang dipenghuni oleh masyarakat majmuk. Malah, di luar bandar kawasan perumahan atau tempat tinggal dipisahkan mengukit agama. Misalnya, orang Melayu di kampung dan orang India di estet. Oleh itu, perlaksanaan sekolah wawasan di kawasan luar bandar dapat meningkatkan integrasi dan perpaduan kaum lagi.

BIBLIOGRAFI Aizuddin Muhamad Muaz (2009). Perdana Menteri Malaysia Ke- 6. Kuala Lumpur: Creative Learning Mind Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia C. Parameswary Chelliah (2001). Perbezaan Individu. Dlm Abdul Rahim M. Ali. Ilmu Pendidikan DPM. hlm 80-84. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cadangan Cara-Cara Memupuk Integrasi Etnik Di Sekolah. Dimuat turun pada 4 Februari 2012. Laman Web: danmat. tripod.com/pupuk.html Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menghadapi Cabaran Zaman. (2000). Kumpulan Kertas Kerja Seminar Penghayatan Dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia (Jilid 1). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia Dr. Chemaline Osup. (2007). Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Iban Di Sarawak. dlm Jurnal MAPERA Jilid 19 November 2007. Kuching: Nasional Malaysia Sdn Bhd Mohd Rizal Bin Mohd Said Dan Thay Cheow Yin. (2007). Tahap Hubungan Etnik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Isa Othman (2004). Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur: Direct Art Company Nazaruddin Hj. Mohd Jail at.el (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraaan Edisi 2. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd

Você também pode gostar