Você está na página 1de 11

Angina Pektoris

definisi Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung. klasifikasi Jenis-jenis angina Angina stabil: angina yang paling biasa berlaku. Angina jenis ini seringkali berulang dengan ciri-ciri dan pola yang tertentu. Biasanya, seseorang itu hanya dapat mengenalpasti serangan angina jenis ini setelah beberapa kali serangan itu berulang dan setelah terbentuknya satu pola atau sifat yang jelas. Tahap tekanan yang menyebabkan angina berlaku telah dapat dijangka dan pola ini berubah beransur-ansur. Angina tidak stabil: Angina yang berlaku dalam keadaan yang sangat teruk pada kali pertamanya, atau beberapa serangan yang berlaku dengan kerap, ataupun apabila berlaku perubahan yang mendadak pada corak serangan yang biasa dialami, yang diaruh oleh hanya sedikit senaman, atau angina yang berlaku pada waktu rehat. Istilah ini juga digunakan apabila simptom-simptom yang wujud seolah-olah seperti terkena serangan jantung. Akan tetaapi tiada bukti yang dapat mengesahkan serangan jantung tersebut setelah ujian-ujian dijalankan di hospital. Angina varian (Prinzmetal): Angina jenis ini disebabkan oleh vasospasma. Vasospasma merupakan kekejangan yang menyempitkan arteri koronari dan mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Angina jenis ini jarang berlaku. Angina mikrovaskular: Pesakit angina jenis ini akan mengalami sakit dada tanpa sebarang sekatan yang nyata pada arteri koronari. Sakit yang dirasai adalah disebabkan oleh gangguan pada fungsi saluran-saluran darah yang kecil yang membekalkan darah ke jantung, tangan dan kaki. patofisiologi Jantung adalah organ yang mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah yang dikenali sebagai arteri. Darah ini membawa bersamanya oksigen dan nutrien-nutrien yang penting untuk tisu-tisu badan. Apabila arteri tersebut berpenyakit, dindingnya menjadi tebal dan keras serta diselaputi oleh mendapan lemak yang dikenali sebagai plak, yang lamakelamaan boleh menjadikan saluran darah tersumbat. Walaupun pengaliran darah ke jantung mungkin mencukupi untuk keperluan biasa, namun apabila jantung memerlukan

lebihan oksigen, arteri yang membekalkan darah ke jantung tidak mampu memenuhi permintaan ini kerana ia telah tersumbat atau menyempit. Oleh yang demikian, angina boleh dianggap sebagai satu mekanisma untuk memberi amaran kepada badan bahawa ianya sedang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung. Penyebab Angina berlaku apabila otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktuwaktu tertentu, contohnya semasa senaman, makan atau stres. Punca biasa yang menyebabkan angina ialah arteriosklerosis ataupun jenis-jenis penyakit kardiovaskular yang lain yang boleh menyempitkan arteri yang membekalkan nutrien ke jantung. Faktor- Faktor Risiko Faktor-faktor risiko bolehubah
Merokok Tekanan darah tinggi Kandungan kolesterol darah yang tinggi Faktor-faktor lain Tekanan psikologi yang berterusan Diabetes mellitus Obesiti Gaya hidup sedentari Faktor psikososial

Faktor-faktor risiko tak bolehubah


Peningkatan umur Lelaki Sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung pramatang Lelaki, di bawah 50 tahun Perempuan, di bawah 60 tahun

Faktor penggalak angina

Tekanan emosi Aktiviti fizikal yang memerlukan bekalan darah yang lebih ke jantung Kesejukan atau kepanasan badan yang melampau

Makan terlalu banyak sehingga menyebabkan lebih banyak darah menuju ke perut bagi

membantu penghadaman
Alkohol Merokok - menyebabkan arteri koronari menyempit dan seterusnya mengurangkan

kebolehannya untuk mengangkut darah

Insidens Penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan iaitu sebanyak 24.5% dari kesemua kes kematian dalam tahun 1998. Penyakit jantung koronari adalah penyebab utamanya. Manifestasi klinikal
Sakit dada yang datang secara tiba-tiba. Biasanya, ini berlaku semasa atau selepas

senaman, tekanan atau semasa makan. Biasanya sakit yang dialami itu seperti mencengkam di bawah tulang dada. Ia boleh menjalar ke lengan atau bahu, biasanya bahu kiri.
Kadangkala rasa seperti makanan tidak hadam ataupun pedih ulu hati Kesesakan nafas Pucat Biasanya sakit ini berlarutan selama hampir 5 minit, namun begitu ada juga kesakitan

yang berakhir antara 30 saat hingga 30 minit lebih.

Komplikasi Akibat daripada angina termasuk :


Infarksi miokardium yang akut (serangan jantung) Aritmia kardiak yang teruk. Ini termasuklah takikardia dan fibrilasi ventrikel

Kematian jantung secara tiba-tiba

diagnosis Apabila seseorang pesakit mengalami sakit dada, adalah penting untuk memastikan samada sakit ini sakit dada kardiak atau sakit dada bukan kardiak. Pemeriksaan fizikal, mengambil EKG (elektrokardiogram) sewaktu rehat, dan juga ujian stres akan dilakukan untuk memantau keadaan jantung semasa bersenam. Ujian - ujian ini boleh menolak dan mengecualikan sebab-sebab sakit dada yang lain yang dialami itu seperti sakit otot rangka, kosto-kondritis, refluks esofagitis,
3

penyakit pundi hempedu ataupun pleurisi (inflamasi pada membran yang menyelaputi peparu) EKG (Elektrokardiogram) Kemungkinan besar doktor anda akan melakukan ujian stres senaman yang dapat menunjukkan aktiviti jantung anda melalui elektrokardiogram dan memantau gejala-gejala sewaktu anda bersenam pada sesuatu tahap tertentu. EKG akan merakamkan impuls elektrik jantung. Ini mampu menunjukkan bahawa otot jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi (iskaemia); ia juga mampu menentukan keabnormalan ritma jantung atau keabnormalan jantung yang lain. Untuk merakamkan EKG, seorang juruteknik akan meletakkan beberapa konteks kecil pada lengan, kaki dan dada dan bahagian-bahagian ini kemudian disambungkan kepada sebuah mesin EKG. Bagi kebanyakan pesakit angina, bacaan EKG sewaktu rehat adalah normal. Ini merupakan perkara biasa kerana gejala angina timbul ketika mengalami tekanan. Oleh sebab itu fungsi jantung perlu diuji sewaktu dalam tekanan, selalunya ketika bersenam. Angiogram (X-ray pada arteri koronari) juga boleh dilakukan terutamanya apabila bacaan EKG ketika stres didapati tidak normal Ekokardiografi stres Merupakan satu prosedur diagnostik yang mengkaji struktur dan pergerakan jantung melalui ultrasound apabila jantung berada dalam keadaan stres. Arteriografi koronari Ini merupakan cara yang paling tepat untuk menilai tahap sekatan yang ada dalam arteri koronari. Doktor akan mengunjurkan tiub plastik yang kecil (kateter) melalui arteri di lengan atau di kaki dan seterusnya memasuki arteri koronari. Kemudian sejenis pewarna yang

boleh dilihat disuntik ke dalam kateter tersebut. Gambar X-ray berhalaju tinggi akan menunjukkan cecair itu mengalir melalui arteri. Doktor akan dapat mengenalpasti sumbatan di dalam arteri dengan mengikut jejak aliran cecair tersebut. Rawatan Farmakologi
Penggunaan ubat-ubatan (samada bertindak cepat atau lambat) biasa diberi untuk

melegakan gejala-gejala yang muncul, contohnya nitrogliserin yang diambil secara oral, yang disapukan atau ditampal pada kulit, dadah beta-blockers ataupun antagonis kalsium.
Nitrogliserin Dadah tradisional biasa digunakan (contohnya amil nitrit atau nitrogliserin) yang boleh

mengembangkan saluran darah jantung digunakan sebagai rawatan. Tablet atau lapikan yang ditampal pada kulit menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya mengurangkan beban jantung. Anda boleh terus menggunakan ubatan ini untuk menghentikan sakit. Rawatan dadah yang lebih baru termasuklah dadah penghalang beta adrenergik atau dadah penghalang saluran kalsium yang juga boleh digunakan bersama dadah yang telah lama digunakan.

pengendalian Angioplasti - penggunaan kateter yang mempunyai belon di hujungnya untuk membuka arteri yang tersumbat. Kadangkala satu alat lain diperlukan untuk membiarkan arteri tersebut sentiasa terbuka. Proses ini mengelakkan keperluan untuk melakukan pembedahan, tetapi mempunyai risikonya yang tersendiri iaitu, arteri tersebut boleh tersumbat kembali ( stenosis semula). Pembedahan - untuk memintas sekatan. Ia hanya dilaksanakan apabila pesakit mengalami serangan angina terlalu kerap serta menyakitkan, dan angiogram koronari pula menunjukkan penyakit arteri koronari yang teruk. Pemantauan Dengan menurunkan berat badan, anda boleh mengurangkan tekanan ke atas jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan jumlah kolesterol di dalam darah. Prognosis Dalam kebanyakan kes, satu serangan boleh berlaku berterusan sehingga hampir 5 minit tetapi kadang-kadang boleh berlaku antara 30 saat hinggalah lebih daripada 30 minit. Gejala-gejala yang berpotensi mengancam nyawa termasuklah tahap kesakitan yang semakin meningkat, atau kesakitan yang terlalu kerap berlaku . Ini menandakan penyakit tersebut sudah menjadi semakin teruk dan boleh membawa kepada kehilangan fungsi jantung tanpa sebarang tanda-tanda kesakitan atau sesak nafas.

Pencegahan Pastikan anda mengambilkira perubahan-perubahan cara hidup seperti: 1. Perubahan pada diet Kajian telah menunjukan bahawa makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan lemaknya (terutamanya lemak tepu) boleh meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah dan seterusnya meningkatkan lagi risiko untuk mengidap penyakit jantung koronari 2. Senaman Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak bersenam adalah lebih cenderung untuk mendapat serangan jantung. Jadikan senaman sebagai sebahagian dari cara hidup anda. 3. Kawal tekanan darah anda Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan lain-lain. Keadaan ini boleh dikawal melalui pemeriksaan kesihatan yang kerap, mengawal pengambilan makanan dan rawatan yang berterusan. 4. Kawal berat badan Penyakit-penyakit (terutamanya diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari) boleh menyerang dengan mudah pada individu yang mengalami berat badan yang berlebihan. Berjumpalah dengan doktor atau pegawai pemakanan untuk mengetahui tentang berat badan yang ideal atau unggul. Jika perlu, dapatkan nasihat diet yang betul 5. Jangan merokok Demi jantung yang sihat, jangan merokok. Jika anda adalah seorang perokok, berhenti dengan segera. Membuang tabiat ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Oleh itu, adalah satu tindakan yang bijak apabila anda bertindak berhenti merokok.

Patofisiologi

Akibat faktor-faktor berikut: - vascular vasospasm atau plak arterioslerotik - kardiak artimia, stenosis valvular - hematologi anemia, hipoksi - gangguan sistemik- hypertension arteri koronari tidak dapat membekalkan darah beroksigen yang mencukupi myocardium yang menjadi semakin iskemik akan menyebabkan penurunan pH darah, kekurangan potassium, akumulasi asid keadaan ini dikenali sebagai hypoxic metabolites iaitu adenosine apabila saraf pada salur koronari dirangsang oleh adenosine, pesakit akan merasa angina dipercayai bahawa adenosine menyebabkan pendilatan salur koronari lebih dari apa yang di mampu . Manifestasi klinikal 1. Sakit dada - bermula dari belakang sternum kiri, naik ke leher, tekak dan tangan kiri - ketat dada, burning, arching atau choking - bermual selepas aktiviti / stress - reda dengan rehat, nitroglycerine - kurang daripada 5 minit - tanda Levine iaitu klien meletakkan genggaman tangan di tempat kesakitan 2. Diaphoresis . Penyelidikan yang dijalankan bagi klien dengan angina pectoris A. Enzim jantung 1. Serum creatinine phosphokinase / CPK lebih dari 3.9 micromillimeter creatine per ml per hour at 37 degrees celcius bagi lelaki dewasa 2. Serum Aspartate Aminotransferase / AST ( serum glutamic oxaloacetic transaminase / SGOT ) lebih dari 35 units per liter ( U/L ) 3. Serum Lactic dehydrogenase lebih dari 190 U/L B. Darah

1. ESR lebih dari 10 mm 2. WBC lebih dari 10,000 uL 3. ABG - PaO2 kurang dari 80 mmHg C. Radiologi 1. CXR kardiomegali dan kegagalan ventrikel kiri 2. Coronary arteriography menunjukkan lesi arteri koronari 3. Echocardiography keabnormalan dinding ventrikel kiri D. ECG perubahan pada ST elevation / depression . Rawatan perubatan i. Vasodilator Betul nama pesakit. Betul ubat: Nitroglycerin Betul dos: 1 tablet Betul kekerapan: 3 kali sahaja, julat 5 minit Betul cara: SL Betul tandatangan. . Betul nama pesakit. Betul ubat: Nitroglycerin Betul dos: Tidak melebihi 500 mcg / ml Betul kekerapan: infusi berterusan Betul cara: IV infusi menggunakan pam siring Betul tandatangan. . ii. Calcium channel blockers Betul nama pesakit. Betul ubat: Nifedipine Betul dos: 10 mg Betul kekerapan: TDS Betul cara: oral tablet Betul tandatangan. . iii. Beta blocking agents Betul nama pesakit. Betul ubat: Propranolol / Inderal Betul dos: 80 mg Betul kekerapan: TDS Betul cara: oral tablet Betul tandatangan. . iv. Agen antiplatelet Betul nama pesakit.

Betul ubat: Tablet Acetylsalicylic acid / ASA ( Aspirin ) Betul dos: 80 mg Betul kekerapan: OD Betul cara: oral Betul tandatangan. . Diagnosis kejururawatan Gangguan dalam keselesaan: sakit berkaitan dengan iskemia miokardium A. Perawatan kejururawatan 1. Lakukan penjagaan perawatan secara lemah-lembut, betul dan tepat buat kali pertama seperti memasang infusi IV bagi menjamin keselesaan pesakit. 2. Letakkan pesakit di sudut sunyi supaya beliau dapat rehat untuk mengurangkan kesakitannya 3. Berikan sokongan emosi contoh mengukuhkan informasi tentang pesakit supaya beliau tidak rasa bimbang sebab kebimbangan boleh menyebabkan kesakitan 4. Rancangkan jadual penjagaan pesakit supaya tidak merangsangkan kesakitannya. 5. Arahkan pesakit memberitahu jururawat / doctor jika kesakitan menjadi lebih kuat supaya rawatan lain boleh diberikan. 6. Lakukan pemonitoran ke atas keadaan pesakit apabila Nitroglycerin IV diberikan untuk mengetahui jika tahap kesakitan ada berkurangan B. Ubat-ubatan 7. Berikan oksigen 2 L hingga 8 L seperti yang diarahkan oleh doctor bagi mengurangkan iskemia myocardium dan mengurangkan kesakitan. 8. Beri ubat Nitroglycerin bagi mendilatkan arteri koronari 9. Berikan narkotik seperti Morphine 5 mg setiap 4 jam atas arahan doctor bagi mengurangkan kesakitan. 10. Berikan ubat-ubat lain seperti Aspiran 80 mg OD bagi menghancurkan trombus pada salur koronari dan mengalakkan pengaliran darah ke miokardium . Perubahan isipadu kardiak berkaitan dengan gangguan fungsi jantung A. Perawatan kejururawatan 1. Monitor tanda vital pesakit setiap 4 jam atau lebih kerap untuk mengetahui jika beliau mengalami kekurangan isipadu kardiak yang akan dimanifestasikan dengan keputusan berikut. Kurang dari tekanan darah 120/80. Kadar nadi lebih dari 84 per minit. Kadar pernafasan lebih dari 24 per minit. 2. Nilaikan keadaan pesakit dari segi kulit warna pucat dan sejuk sebab ini menandakan bahawa sirkulasi darah beliau adalah terjejas. 3. Monitor arterial blood gas dan jika PaO2 adalah kurang dari 80mmHg, ini perlu dilaporkan kepada doctor. 4. Catit carta pengambilan dan pengeluaran. Jika pengambilan adalah lebih dari pengeluaran, ini menandakan retensi cecair badan berkaitan dengan fungsi jantung yang lemah. ( Pengeluaran urin kurang dari 30 ml se jam ). 5. Nasihat pesakit berehat untuk mengurangkan keperluan untuk tenaga. B. Ubat-ubatan 6. Beri oksigen 2 hingga 3 liter atau lebih atas arahan doctor bagi memenuhi keperluan jantung untuk oksigen.

7. Beri ubatan mengikut arahan doctor iaitu Nitroglycerin 1 tablet SL untuk mendilatkan arteri koronari. . Takut, anxiety dan bimbang berkaitan dengan penyakitnya dan kematian A. Perawatan kejururawatan 1. Terangkan tentang peralatan yang digunakan, prosedur dan penilaian perawatan yang kerap kali dijalankan untuk mendapat kerjasama pesakit. 2. Bincangkan dengan pesakit dan ahli keluarga pengendalian penjagaan perawatan dan rawatan yang akan dijalankan seperti pemberian infusi Nitroglycerin yang berterusan supaya tidak merasa takut. 3. Perhatikan untuk tahap kebimbangan secara fisikal seperti peningkatan kadar nadi dan tanya pesakit jika beliau mempunyai sebarang kemusykilan. 4. Lakukan urutan belakang pesakit untuk mengalakkan relaksasi 5. Benarkan ahli keluarga menemani beliau supaya beliau tidak rasa terlalu takut 6. Galakkan pesakit mengamalkan kepercayaan beliau untuk mendapat ketenangan jiwa 7. Lakukan segala perawatan kejururawatan dengan betul dan yakin untuk mendapatkan kepercayaan pesakit B. Ubat-ubatan 8. Berikan sedative seperti Diazepam 5 mg stat atas arahan doctor untuk menenangkan fikiran pesakit . Defisit pengetahuan pesakit tentang penyakit, jagaan diri / pendidikan kesihatan A. Perawatan kejururawatan 1. Ambil makanan kurang lemak dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan mendapan lemak dalam salur koronari 2. Lakukan senaman yang selamat seperti berjalan 20 minit 3 kali seminggu untuk melancarkan pengaliran darah 3. Lakukan kerja mengikut kemampuan klien sendiri untuk mengelak meletihkan sendiri yang akan menyebabkan kesakitan lagi 4. Kurangkan stres seperti mengamalkan fikiran yang terbuka supaya tidak selalu marah 5. Berhenti tabiat buruk seperti merokok yang boleh menyebabkan penyempitan salur koronari 6. Datang untuk rawatan susulan untuk mengetahui prognosis keadaan B. Ubat-ubatan 7. Komplian dengan ubat-ubatan seperti Nitroglycerin SL 1 tablet jika ada sakit jantung sahaja untuk mendilatkan salur koronari 8. Ikut nasihat doctor contoh jika perlukan pembedahan untuk memperbaiki keadaan . Komplikasi angina pectoris 1. Penyempitan arteri koronari lama kelamaan akan menjadi tersekat. 2. Kekurangan bekalan darah lama kelamaan akan menyebabkan kematian myocardium yang dikenali sebagai acute myocardial infarction. ( AMI ) 3. AMI menyebabkan renjatan dan kegagalan fungsi jantung 4. Aritmia berlaku akibat dari kekurangan bekalan darah dan ini menyebabkan kelemahan dan gangguan kontraksi jantung. 5. Apabila peredaran darah di antara jantung dan paru-paru menjadi kurang baik, plasma akan berkumpul

di dalam paru-paru dan menyebabkan edema pulmonary 6. Gangguan peredaran darah di dalam paru-paru akan menyebabkan pengumpulan sel sel darah dan ini dikenali sebagai embolisma pulmonary. . Pendidikan kesihatan 1. Berhenti merokok 2. Makan makanan yang sihat contoh kurangkan lemak, tambahkan buah buahan dan sayur sayuran 3. Lakukan senaman pasif 20 minit sehari, 3 kali seminggu 4. Kurangkan berat badan 5. Komplian dengan rawatan 6. Teruskan rawatan bagi diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi jika ada 7. Rehat sebelum angina menyerang 8. Elakkan makanan yang terlalu banyak 9. Lakukan relaksasi untuk mengurangkan stress

Você também pode gostar