Você está na página 1de 17

Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil

BATU PAHAT 11 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Perak jika siasatan membuktikan guru itu 'ponteng' mengajar dengan sengaja. Timbalan menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya guru terbabit didapati ponteng atau bercuti tanpa alasan munasabah. "Kementerian sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes tersebut daripada pengarah pelajaran negeri dan ia dijangka diterima esok," katanya selepas merasmikan Majlis Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini. Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan rungutan ibu bapa mengenai tindakan seorang guru di sebuah SJKT di Ipoh yang kerap tidak hadir mengajar di sekolah. Ka Siong berkata, maklumat awal mendapati guru itu telah tidak hadir ke sekolah selama 30 hari sejak awal Januari lalu dan dia hanya memaklumkan mengenainya kepada pihak sekolah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata, kementerian mengambil serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku. "Tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan," ujarnya. Sementara itu, ketika ditemui selepas Majlis Dialog Dengan Warga Pengajar di sebuah restoran di sini, Ka Siong berkata, kementerian akan mengkaji semula kenaikan pangkat guru penolong kanan dan guru bukan siswazah kepada siswazah yang kini dianggap tidak munasabah.

Beliau berkata, guru-guru penolong kanan merungut kerana kenaikan pangkat yang diberikan tidak setanding dengan kenaikan gaji dan beban kerja juga yang ditanggung. Katanya, guru bukan siswazah yang bertukar status kepada guru siswazah pula mendakwa jumlah kenaikan gaji mereka terlalu sedikit. Menurutnya, rungutan-rungutan tersebut akan diambil perhatian dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kajian dan tindakan selanjutnya. Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008

1.0 Pengenalan

Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia.Ini kerana golongan guru merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk bertanggungjawab membantu negara dalam mencapai matlamat utama pendidikan di Negara kita iaitu untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan Negara melalui perkembangan bersepadu individu yang menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dalam menyempurnakan hasrat (FPK),para guru bukan sahaja dituntut untuk sekadar menyebarkan ilmu semata-mata bahkan mereka juga bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah dan tingkahlaku anak didik mereka.Untuk itu,dalam mencapai hasrat (FPK) ini,golongan guru seharusnya sedar bahawa tugas mereka

bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang sangat besar.Ini kerana tugas menyampaikan ilmu serta mendidik bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan satu perancangan jangkamasa panjang disamping perlu berhadapan dengan karenah anak-anak murid dan juga mesyarakat di sekeliling.

Disamping itu,mereka juga perlu peka dengan perubahan semasa serta bijak menyesuaikannya dalam tugas terutamanya bagi menangani masalah pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar yang sememangnya semakin menular pada masa kini.Secara umumnya,kita boleh mengatakan bahawa sememangnya para guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan juga profesional dalam semua bidang.Menurut Robiah (1998),untuk menjadi seseorang guru yang

profesional,seseorang guru itu perlu menekankan kepada tiga aspek penting yang perlu ada di dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan,dan juga pembentukan sahsiah.

Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru yang profesional,amat penting bagi seseorang guru dalam mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mantap disamping mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang.Sebenarnya pihak kerajaan sudah lama mahu meningkatkan martabat bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang ataupun kerjaya yang profesional.Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat menyedihkan di mana ada sahaja kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan salah laku guru yang sering kita dengar melalui dada televisyen mahupun akhbar-akhbar malah ianya semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar etika perguruan ini bukanlah satu perkara yang baru dalam bidang pendidikan di negara kita ini malahan ianya sudah wujud sejak dari dahulu lagi.Walaupun sistem pendidikan pendidikan di Negara kita dilihat semakin maju dan berkembang,namun sedar atau sedar kita bahawa kes-

kes

atau

isu-isu

guru

yang

melanggar

etika

adalah

didapati

semakin

meningkat.Situasi ini dapat dilihat apabila semakain hari semakin banyak beritaberita ataupun laporan yang tersiar di dada akhbar mahupun berita mengenai salah laku guru-guru dari seluruh pelosok Negara.Tidak kira siapa pun guru tersebut malahan guru yang memegang gelaran ustaz sekalipun tidak terlepas daripada terlibat daripada terlibat di dalam gejala pelanggaran etika dan tingkahlaku ini.Fenomena ini secara tidak langsung telah mencalar imej perofesion perguruan yang semakin tidak disenangi oleh ramai pihak ini.

2.0 Ulasan isu

Antara isu salah laku guru yang sering diperkatakan masa kini ialah isu guru ponteng kerja yang sering kita dengar berlaku di mana-mana sekolah tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002),ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain.Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah.

Menurut Cascio (2005),ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat hadir ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.

Berdasarkan kepada keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 20 Mei 2008 yang bertajuk Guru Ponteng : Tindakan Tegas Akan Diambil,isu yang dapat dikenalpasti adalah isu guru yang ponteng kerja di mana pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru yang mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT)di Perak jika siasatan membuktikan bahawa guru itu ponteng mengajar dengan sengaja.Ini bermaksud jika guru tersebut gagal mengemukan sebarang alasan yang munasabah mengenai ketidakhadirannya ke sekolah,maka guru tersebut akan dipecat daripada jawatannya sebagai seorang guru secara rasmi.

Kenyataan Kementerian

tersebut Pelajaran

dikeluarkan Malaysia,iaitu

secara Datuk

rasmi Dr.

oleh Wee

Timbalan Ka

Menteri

Siong.Menurut

beliau,sebelum mengambil apa-apa tindakan,pihak kementerian akan menjalankan siasatan terlebih dahulu untuk membuktikan dakwaan bahawa guru tersebut

ponteng kerja adalah benar.Ketika ditemubual wartawan pada ketika itu,beliau mengakui bahawa sedang menunggu laporan penuh daripada jawatankuasa yang diarahkan bagi membuat siasatan.

Dakwaan yang dikenakan ke atas guru tersebut adalah berdasarkan rungutanrungutan yang dikeluarkan oleh pihak ibu bapa melalui sebuah stesen televisyen yang mendakwa guru tersebut kerap kali tidak hadir ke sekolah.Guru tersebut juga didapati tidak hadir ke sekolah selama 30 hari dan dia hanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah melalui khidmat pesanan

ringkas(SMS).Menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong lagi, kementerian mengambil serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.Beliau juga menjelaskan tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan.

Menurut perkara yang dibincangkan dalam artikel ini,ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa isu guru ponteng ini merupakan satu isu yang serius tidak

wajar dipandang enteng oleh guru-guru walaupun ianya merupakan satu isu yang dilihat tidak meluas dan terpencil.Ini kerana pihak kementerian sememangnya memandang serius mengenai isu ini kerana ianya boleh membawa kesan yang buruk terhadap pendidikan di Negara ini khusunya terhadap anak-anak didik.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong di dalam artikel ini di mana beliau menyatakan bahawa pihak kementerian memandang serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes yang terpencil.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong juga dilihat sangat bertepatan dengan satu lagi kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Muhiddin Yusin,Pengarah Pelajaran Negeri Sabah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24 Disember 2011 yang bertajuk Guru Ponteng Isu Serius. Datuk Muhiddin Yusin dalam kenyataannya berkata Pihak Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berasa kesal dan memandang serius tentang ketidakhadiran guru di Sekolah.Kenyataan tersebut di buatkan berdasarkan kepada hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)pada 25 Mei 2010 yang menunjukkan seramai 157 guru dari 14 buah sekolah yang didapati tidak hadir bertugas di sekolah.Selain itu,dalam artikel yang sama Datuk Muhiddin juga menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil,namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani dengan sewajarnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang menteri yang terdapat di dalam artikel-artikel ini secara langsungnya mempertengahkan mengenai isu ponteng yang dilihat semakin menular serta berleluasa di dalam kalangan guru guru di negara ini.Semakin hari semakin banyak faktor penyebab yang dilihat menjadi punca kepada gejala ini.Gejala ponteng dikalangan guru ini juga dilihat secara tidak langsungnya telah mencemarkan nama profesion guru itu sendiri di samping telah melanggar etika kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru itu,sebagai bakal guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta dibincangkan

dengan serius dan mendalam kerana ianya mencerminkan profesion perguruan yang selama ini dipandang mulia oleh masyarakat.

2.1 Faktor Penyebab

Peningkatan kes ponteng kerja melibatkan guru di negara ini sememangnya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor atau sebab-sebab yang tertentu sama ada melalui sikap guru itu sendiri ataupun melalui keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.Dalam mengkaji isu ponteng ini,beberapa faktor telah dikenalpasti yang memungkinkan guruguru akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng kerja. Antara faktor-faktor yang telah dikenalpasti membawa kepada gejala ini ialah faktor tekanan di tempat kerja yang berlaku ke atas golongan guru ini.Semua sudah sedia maklum mengenai betapa besarnya cabaran seorang guru pada masa kini.Mereka terpaksa menghadapi pelbagai karenah pelajar semasa berada di sekolah di samping terbeban dengan tugas-tugas tambahan yang semakin bertambah dan tidak masuk akal .Ada juga guru-guru yang tebeban dengan karenah pihak pentadbiran terutamanya guru besar yang tidak mengambil peduli mengenai kebajikan guru-guru. Disebabkan menghadapi pelbagai tekanan yang hebat semasa berada di sekolah,Akhirnya kebanyakan guru mengambil jalan mudah iaitu dengan tidak hadir ke sekolah.Situasi yang berlaku adalah seiring dengan kenyataan Randolfi (1996) yang menyatakan salah satu kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti psikologi,fizikal,tingkahlaku dan organisasi di mana salah satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Menurut Fletcher (1988), tekanan di tempat kerja bukanlah suatu fenomena yang terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Kenyataan ini

membuktikan bahawa guru juga menerima tekanan di sekolah di mana ianya bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang sedang berada dalam keadaan tertekan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka dapat keluar dari keadaan tersebut. Bagi guru yang sedang tertekan, tidak mustahil mereka akan terfikir untuk ponteng kerja.

Selain daripada tekanan tempat kerja,faktor lain yang membawa kepada gejala ponteng kerja ini adalah disebabkan oleh tuntutan dan masalah peribadi.Ini berikutan terdapat kes di mana guru sanggup ponteng sekolah untuk kembali ke kampung halaman terlebih awal.Perkara ini kebanyakannya berlaku di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tiket pulang ke semenanjung.Oleh sebab itu,para guru sanggup mencipta pelbagai alasan termasuklah memalsukan sijil cuti sakit dengan tujuan untuk mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Hal ini telah disahkan melalui kenyataan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah,Datuk Muhiddin bin Yusin dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 2 Jun 2010 yang bertajuk Guru Ponteng Sebelum Cuti Dikenalpasti.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya berkata perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini.Beliau juga menambah dalam dalam kenyataannya, Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu sebelum mengambil tindakan yang perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah mereka sebelum cuti penggal bermula.

Faktor lain yang membawa kepada gejala ini ialah faktor pengaruh rakan sebaya ataupun rakan sejawat semasa bekerja di sekolah.Perkara ini banyak berlaku kepada guru-guru baru yang dilihat terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas,membuat kerja sambil lewa dan juga ponteng kerja.Besar kemungkinan ponteng sudah menjadi kebiasaan bagi guru-guru yang berada di sekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan lebih serius.

Selain itu,faktor disiplin pelajar juga boleh diambil kira sebagai salah satu sebab mengapa seseorang guru hilang semangat untuk hadir ke sekolah.Ini berikutan guruguru terpaksa berhadapan dengan masalah disiplin pelajar yang dilihat sangat kritikal terutamanya di kalangan kelas-kelas yang diajar sendiri oleh mereka hampir setiap hari.Menurut Menurut Nogueira (dipetik dari Jesus & Conboy, 2001), kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar, contohnya Aku bosan dengan kelakuan pelajar ini. Pemikiran sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja sekolah, membuat bising dan sebagainya. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Dengan ini, guru kadangkala akan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar dan tidak menghadirkan diri ke kelas terbabit.

3.0 Implikasi Isu Guru Ponteng Kepada Bidang Keguruan

Sememangnya isu gejala ponteng dalam kalangan guru ini membawa implikasinya yang tersendiri kepada bidang keguruan ini.Implikasi yang utama adalah yang terjadi kepada diri guru itu sendiri.Ini kerana apabila memegang tugas sebagai penjawat awam,etika kerja haruslah dipenuhi.Namun apabila guru sudah hilang minat untuk mengajar dan selalu ponteng kerja,maka perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi kerjanya semakin merosot.Atas sebab inilah munculnya istilah burn out untuk guru-guru yang sudah kehilangan rasa minat terhadap profesion keguruan.

Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru juga boleh menyebabkan murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka.Ini berikutan pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab soalansoalan ujian dan peperiksaan.Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan

masalah pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah.Perkara ini sememangnya boleh dikaitkan dengan kenyataan Finlayson (2003) yang menyatakan sekirannya seorang guru membuat masalah dan masalahnya tidak bertambah baik,maka ianya akan memberikan kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan dan juga pengalaman para remaja.

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid,ia juga secara tidak langsungnya memberi impak kepada pihak sekolah.Ini kerana masalah murid dalam pelajaran akan menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam peperiksaan.Situasi ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di dalam bidang akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak sekolah yang terpaksa menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan prestasi.Sekolah pastinya akan dikategoikan sebagai sekolah berprestasi rendah.Perkara ini sememangnya akan menjatuhkan imej sekolah dan juga pentadbiran seterusnya akan dibebankan dengan pelbagai program untuk memperbaiki serta memulihkan imej sekolah yang tercalar.

Walaupun gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru,tetapi seperti kata pepatah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kesan daripada tidakan segelintir guru tadi akan merosakkan serta mencemarkan imej profesion keguruan.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Muhiddin Yusin dalam mengulas mengenai isu guru ponteng yang berlaku di Sabah.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.

Kenyataan Datuk Muhiddin ini menunjukkan betapa isu salahlaku guru boleh merosakkan serta mencalar imej profesion keguruan.Tambahan pula masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk melihat serta menilai sesuatu perkara yang negatif berbanding perkara yang positif apatah lagi kalau ianya melibatkan profesion keguruan.Isu salah laku ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa

akan memandang sinis profesion perguruan serta menjadi tidak yakin dengan kebolehan guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka.

4.0 Cadangan Langkah-Langkah Penyelesaian Isu Guru Ponteng

Dalam usaha bagi menyelesaikan masalah atau gejala ponteng dalam kalangan guru ini,dilihat usaha ini tidak hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja malah ianya memerlukan peranan besar dari semua pihak.Pihak-pihak yang dilihat dapat membantu bagi mengatasi masalah ini termasuklah pihak kerajaan,pihak pentadbir,dan juga pihak guru itu sendiri.

Dalam konteks pihak kerajaan,ia bukanlah hanya tertumpu kepada kerajaan pusat malah ianya memerlukan Pelajaran kerjasama Negeri yang jitu daripada Jabatan Pelajaran serta

Negeri.Jabatan

hendaklah

sentiasa

mempertingkatkan

menambahbaik sistem pemantauan terhadap sekolah-sekolah melalui Jabatan Pelajaran Daerah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan cermat dan seksama dan bukannya dilakukan secara sambil lewa ataupun secara pandang sebelah mata sahaja.

Perkara ini dilihat bertepatan dengan rancangan yang diutarakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah,Datuk Muhiddin Yusin dalam kenyataan di dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24 Disember 2011 di mana Datuk Muhiddin di dalam kenyataannya memperkenalkan program AKUN yang bertujuan meningkatkan

peratusan kehadiran guru di sekolah disamping dapat memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir

Beliau juga dalam kenyataannya berkata Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif, dan mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kopetensi dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap orang akan dipantau, seterusnya mampu menangani isu ketidakhadiran guru di sekolah.

Seterusnya bagi pihak sekolah pula,pihak pentadbir hendaklah merancang satu langkah atau apa-apa bentuk program bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para-para guru.Tidak hanya tertakluk kepada aktiviti atau program,pihak sekolah juga boleh duduk berbincang untuk mengkaji kembali sistem pentadbiran dengan tujuan untuk lebih mengutamakan kepada kebajikan guru-guru. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula, Menurut Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalam meningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.

Selain itu,dari pihak pentadbir sendiri terutamanya Guru Besar atau Pengetua di mana mereka juga perlu untuk melakukan pemantauan dalaman dengan lebih kerap terhadap guru-guru yang berkhidmat di bawah mereka.Ini adalah untuk mengelakkan prestasi kerja guru semakin menurun.Jika pemantauan lebih kerap dilakukan,pentadbir akan dapat mengetahui jika terdapat guru yang bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah.Jika tiada sebarang pemantauan dilakukan oleh pihak pentadbir,sudah tentunya aka nada segelintir guru yang mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut.Lebih baik pihak sekolah bertindak lebih awal sebelum pihak JPN sendiri yang

membuat tindakan kerana ia sudah tentunya akan membawa masalah yang besar kepada sekolah.

Namun segala perancangan yang dirancang oleh mana-mana pihak tidak akan membawa apa-apa manfaat sekiranya diri seseorang guru itu sendiri tidak mempunyai tekad serta keazaman untuk berubah dan memotivasikan diri sendiri.Untuk itu,dalam usaha bagi membanteras gejala ponteng kerja ini,sememangnya ia memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak guru itu sendiri dimana seseorang guru hendaklah mempunyai kesedaran untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri.Untuk ini,jalan terbaik adalah untuk kembali kepada pegangan agama.In kerana dengan mendalami ilmu agama,seseorang guru itu sedar akan sesuatu peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan sebaik mungkin serta dilaksanakan dengan hati yang tulus ikhlas.

5.0 Rumusan

Secara

kesimpulannya,dalam

menempuh

kehidupan

sebagai

seorang

guru,sesorang itu hendaklah membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek terutamanya dari segi ketahanan mental.Ini kerana dalam dunia globalisasi pada hari ini,kerjaya perguruan dilihat menjadi semakin mencabar dan ia sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi jika seseorang itu mahu menempuhinya.

Isu-isu etika atau salah laku guru yang berlaku pada hari berkemungkinan besar berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan persediaan yang rapi daripada bakal-bakal guru yang bakal berkhidmat.Isu ponteng dalam kalangan guru ini sudah menjadi satu wabak yang serius yang mengjangkiti sistem perguruan bidang pendidikan di Negara kita.Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah rawatan,sudah tentunya ia akan melumpuhkan system pendidkan di negara kita.

Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang

profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan.

Oleh

itu,guru

perlu

sentiasa

berusaha

meningkatkan

kebolehan

diri

dan

melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku.Kita seharusnya sanggup untu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya negara Malaysia.

6.0 Refleksi

Alhamdulillah,syukur ke hadrat kerana dengan limpah kurnianya,saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya setelah bertungkus-lumus selama hampir satu bulan.Seribu penghargaan dilontarkan kepada pensyarah matapelajaran saya Puan Salina binti Mokhtar di atas segala tunjuk ajar yang dicurahkan dengan tidak jemu-jemu demi kebaikan saya.

Sememangnya tugasan ini boleh dianggap sebagai salah satu persediaan saya sebagai bakal guru dalam menempuhi cabaran serta liku-liku dalam kerjaya ini.Ini berikutan proses menyiapkan tugasan ini telah membuka mata dan minda saya mengenai realiti serta cabaran yang melanda profesion perguruan pada masa kini terutamanya mengenai masalah atau isu-isu perguruan yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini.

Sememangnya isu-isu perguruan terutamanya melibatkan salah laku guru telah menjadi satu wabak utama yang melanda profesion perguruan kita.Sedangkan isu guru ponteng yang dianggap terpencil ini sudah menjadi satu wabak yang semakin serius apatah lagi isu-isu lain yang terang-terangan dipaparkan di dada akhbar seperti isu guru cabul,guru gangster dan sebagainya.Untuk itu,sebagai bakal guru,adalah penting untuk saya dalam mengambil serius gejala ini serta mengambil iktibar daripadanya.

Ini berikutan sebagai bakal guru,sudah tentunya saya bakal berhadapan dengan isuisu ini terutamanya ketika menjalankan khidmat di mana-mana sekolah nanti.Untuk itu,saya perlulah membuat persediaan yang rapi terutamanya dari segi kekuatan mental supaya dapat menghadapi gejala apatah lagi sebagai seorang guru yang baru berkhidmat yang masih mentah dan merangkak-rangkak dalam kerjaya ini.Tugasan ini secara tidak langsung membantu saya dalam membuat rujukan serta persiapan tersebut.

Selain itu,melalui tugasan ini,ianya mambantu saya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam bidang teknologi maklumat yang sememangnya sangat cetek ini terutamanya dalam kemahiran membuat blog yang digariskan dalam tugasan ini.Sememangnya kemahiran membuat blog ini sangat penting kepada saya sebagai bakal guru dalam membuat inovasi serta kreativiti terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.InsyaAllah kemahiran yang diperolehi tidak akan saya sia-siakan dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik.

Sememangnya pelbagai cabaran dan masalah dihadapi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini namun semua itu saya anggap sebagai asam garam dalam menjalankan sesuatu amanah yang dipertanggungjawabkan.Sebarang kelemahan dalam tugasan ini tidak dapat dielakkan namun saya berjanji akan senantiasa merperbaiki kelemahan diri.Saya berharap tugasan ini dapat diterima baik oleh pensyarah saya serta dapat memberi manaat kepada orang lain terutamanya bakalbakal guru seperti saya.InsyaAllah.

Sekian,Terima Kasih .. (Abdul Mukmin bin Kamarudin) (8PISMP PA 2)

Você também pode gostar