Você está na página 1de 2

ADAT RESAM KELAHIRAN ANAK KAUM CINA Bagi orang-orang Cina , kelahiran anak juga merupakan satu peristiwa

penting . Ibu-ibu kaum Cina sangat mengambil berat terhadap diri mereka sendiri sebelum melahirkan anak . Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung . Misalnya , di dalam bilik ibu , perabot tidak boleh diubah-ubah , terutamanya katil . Memaku di dinding dalam rumah tidak dibenarkan sama sekali . Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat terutamanya (terkejut dan terpengaruh) dengan benda-benda yang tidak baik . Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin . Seperti orang Melayu , orang Cina tidak suka bayi yang kecil dipuji 'berat bandannya'. Sebaliknya , kata-kata pujian seperti 'gemuk' dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya dirayakan apabila ia berumur

sebulan . Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dalam kertas merah . Setengah keluarga merayakan bagi kali keduanya apabila anak itu berumur satu tahun . SUMBER: RESAM MUHIBBAH MASYARAKAT MALAYSIA LEMBAGA PERPADUAN MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI