Você está na página 1de 21

PENGENALAN

Kelas 5 Perdagangan adalah merupakan antara kelas yang terdapat di sekolah menengah kebangsaan yang terletak berhampiran dengan sebuah kem tentera di selatan Semenanjung Malaysia. Kelas 5 Perdagangan merupakan sampel dalam penulisan kertas kerja ini. Kelas 5 Perdagangan terdiri daripada 70% pelajar lelaki dan 30% pelajar perempuan dan merupakan kelas tercorot dalam aliran tingkatan lima. Memandangkan sekolah ini berhampiran dengan sebuah kem tentera, maka kebanyakan pelajar dalam kelas ini datang dari keluarga yang berlatar belakangkan ketenteraan dan kebanyakan ibu atau bapa mereka yang bekerja sebagai anggota tentera adalah daripada golongan berpangkat rendah. Namun ada juga pelajar dari kelas ini yang datang dari keluarga tentera yang berpangkat tinggi tetapi hanya segelintir kecil. Kebanyakan pelajar dalam kelas ini bukan sahaja lemah dalam akademik tetapi juga terlibat dalam masalah disiplin. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar yang bermasalah dalam akademik juga selalunya merupakan pelajar yang membawa masalah disiplin di sekolah. Perkaitan ini banyak ditemukan dalam kajian Flannery dan Wester (2004) yang mendapati bahawa pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin mempunyai masalah memproses maklumat terutamanya dalam bacaan asas, penulisan dan pengiraan. Selain daripada itu menurut Flannery dan Wester (2004) lagi terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar dan antaranya ialah tingkah laku pelajar, tahap motivasi pelajar, sokongan ibu bapa dan guru serta perbezaan budaya yang wujud dalam kalangan pelajar. Kertas kerja ini membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains di dalam kelas 5 Perdagangan dan seterusnya menyarankan solusi kepada permasalahan ini berdasarkan kepada dua teori psikologi pendidikan. Sebagai rumusan kertas kerja ini menekankan bahawa pengalaman mengajar di sekolah ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya guru memahami latar belakang sosio budaya dan sosio ekonomi pelajar dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

MASALAH DALAM P&P

Kebanyakan pelajar dalam kelas 5 Perdagangan terlibat dalam masalah disiplin di sekolah seperti merokok, membawa barang-barang terlarang ke sekolah, ponteng kelas, ponteng sekolah, mencuri, merempit dan sebagainya. Oleh yang demikian guru banyak menghabiskan masa menguruskan masalah disiplin pelajar berbanding menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Ini juga menyebabkan pelajar-pelajar terbabit banyak ketinggalan dalam pelajaran berikutan sering tiada di dalam kelas samada disebabkan mengikuti sesi kaunseling ataupun dipanggil oleh guru disiplin. Sesetengah daripada pelajar tersebut juga tidak menghormati guru dan rakan sekelas yang lain. Pelajar-pelajar ini juga kurang memberi tumpuan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan kerana mereka sering tiada di dalam kelas dan ketinggalan dalam pelajaran. Oleh yang demikian mereka kurang memahami pengajaran guru dan mudah merasa bosan. Mereka juga sering mengganggu tumpuan segenlintir pelajar lain yang masih berminat untuk menimba ilmu di dalam kelas tersebut. Ini menjadikan suasana dalam kelas tidak harmoni dan menjadi penghalang untuk guru mengajar dengan efektif. Selain daripada kurang minat untuk belajar, pelajar-pelajar ini juga sering tidur di dalam kelas. Apabila ditanya mengapa mereka tidur sewaktu guru mengajar, ada yang memberi jawapan bahawa mereka letih bekerja di waktu malam dan ada yang menjawab secara berjenaka yang mereka terlibat dalam merempit dan melepak sehingga lewat malam. Ada pula yang menyatakan bahawa mereka terpaksa bekerja di waktu malam untuk membantu menyara keluarga. Semangat untuk belajar atau motivasi diri pelajar 5 Perdagangan juga adalah rendah. Ini dapat dilihat daripada sikap mereka yang tidak membawa buku teks ke sekolah dan tidak mempunyai alat tulis yang lengkap untuk belajar. Pelajar-pelajar juga terlalu bergantung kepada guru dan menganggap mata pelajaran Sains adalah satu mata pelajaran yang susah dan mustahil bagi mereka untuk memahami dan lulus dalam peperiksaan. Ini menambahkan kesukaran guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid sudah mempunyai tanggapan negatif yang sebenarnya hanya melemahkan semangat mereka untuk terus belajar mata pelajaran Sains.
2

TEORI YANG DIPILIH

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Pelaziman Operan B.F Skinner Pelaziman operan yang dipelopori oleh B.F. Skinner (1904 1990) merupakan satu kaedah pembelajaran yang berlaku melalui penggunaan ganjaran atau hukuman bagi setiap tingkah laku yang dihasilkan oleh murid. Skinner (1953 dalam Woolfolk, 1979) menggunakan istilah operan untuk merujuk kepada tingkah laku aktif yang memberi kesan dan akibat kepada pelakunya. Ini bermakna hubungan antara tingkah laku dan akibat daripada tingkah laku itu terbina melalui pelaziman operan. Ia menjelaskan tentang sebab dan akibat sesuatu tingkah laku pada masa akan datang seterusnya yang akan dihadapi oleh seseorang. Prinsip asas yang dikemukakan oleh Skinner ialah sesuatu tingkah laku akan diperkukuhkan sekiranya diberi pengukuhan dan kesannya ialah tingkah laku ini akan diulangi. Ini kerana pengukuhan menjadi rangsangan untuk meningkatkan tindak balas yang diingini dengan syarat diberikan dengan segera selepas sesuatu tindak balas yang diingini itu ditunjukkan oleh murid secara khusus. Penggunaan istilah pengukuhan adalah untuk menjelaskan peningkatan kekerapan tingkah laku. Empat jenis pelaziman operan yang telah dikemukan oleh Skinner ialah: I Peneguhan positif Peneguhan positif merupakan hasil yang menyenangkan atau menyeronokkan yang diperolehi selepas sesuatu perbuatan atau tingkah laku ditunjukkan. Contoh peneguhan positif ialah pujian atau hadiah. Ciri-ciri pujian yang memberi kesan adalah yang datang secara serta-merta selepas murid mempamerkan tingkah laku yang diingini atau secara spontan, pujian secara spesifik, tanpa pilih kasih dan ikhlas.

II

Peneguhan negatif Peneguhan negatif pula merujuk kepada penghapusan sesuatu yang tidak menyenangkan akibat daripada sesuatu tingkah laku itu. Pemberian dendaan selepas seseorang itu melakukan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini disebut dendaan positif.

III

Hukuman Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif yang boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan seseorang kurang selesa (Roediger, 1996). Tujuan mengenakan hukuman adalah untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya sesuatu hukuman itu adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

IV

Penghapusan (Extinction) Penghapusan atau dikenali juga sebagai dendaan negatif berlaku apabila sesuatu hukuman ditarik balik sekiranya murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Peneguhan positif dan negatif akan meningkatkan tingkah laku yang diingini manakalan dendaan dan penghapusan akan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini. Menurut Skinner, pelaziamn operan tidak didasarkan kepada hubungan rangsangan tindak balas (S R) tetapi hubungan antara tindak balas dan peneguhan (R R). peneguhan boleh diberikan secara tetap atau berkala mengikut tindak balas yang ditunjukkan. Menurut Skinner peneguhan adalah untuk menggalakkan sesuatu perlakuan yang diingini itu diulangi agar dapat memuaskan kehendak di samping dapat mengurangkan tekanan dan merangsang otak pelajar. Terdapat empat bentuk rangsangan peneguhan iaitu: I Peneguh kebendaan: Objek sebenar dijadikan rangsangan peneguhan seperti hadiah atau makanan.

II

Peneguh sosial: Mimik muka atau gestures dan penghargaan lisan yang ditunjukkan untuk menyampaikan maksud positif. Contohnya perhatian yang diberikan, sokongan serta pujian.

III

Peneguh aktiviti: Peluang untuk menyertai aktiviti yang disukai diberikan kepada murid. Contohnya peluang diberikan untuk menyertai program belajar sambil melawat setelah tugasan dapat diselesaikan.

IV

Peneguh intrinsik: Murid yang terlibat dengan perubahan tingkah laku akan berasa puas hati dan berbangga dengan apa yang berlaku. Contohnya berasa seronok dan lega setelah dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan peneguhan. Faktor-faktor ini

haruslah diberi perhatian oleh guru supaya rangsangan di dalam bilik darjah dapat dikawal dengan baik oleh guru. Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan peneguhan ialah: I Masa: Elemen masa adalah penting sewaktu peneguhan diberikan, sebaiknya sejurus selepas dikesan tingkah laku yang diingini. II Saiz dan daya tarikan: Semakin besar dan menarik sesuatu bentuk peneguhan, semakin cepat tindak balas itu dipelajari dan lebih kerap akan ditunjukkan. III Ketekalan: Peneguhan perlu tekal dengan tingkahlaku yang diingini walaupun tidak semestinya dalam bentuk yang serupa. Peneguhan boleh diberikan mengikut jadual.

IV

Kawalan rangsangan: Murid berkeupayaan untuk menyedari bila waktunya tindak balas yang sesuai akan ditunjukkan selepas sesuatu rangsangan diberikan. Contohnya murid tahu bahawa mereka hanya boleh keluar berehat selepas loceng rehat dibunyikan.

Generalisasi rangsangan: Murid boleh belajar untuk memberikan tindak balas kepada rangsangan yang serupa. Oleh itu rangsangan boleh digeneralisasikan. Bagi pelaziman operan jenis hukuman atau dendaan pula, terdapat dua bentuk hukuman

atau dendaan yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu: I Hukuman persembahan (Presentation punishment) Mengurangkan kekuatan untuk bertindak balas apabila dendaan diberi selepas sesuatu tindak balas tidak diingini ditunjukkan. Hukuman bentuk ini tidak melibatkan fizikal tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya sistem demerit, larian padang, balik lambat atau tambahan kerja sekolah. II Hukuman penyingkiran (Removal punishment) Menghapuskan rangsangan yang menyenangkan seperti keistimewaan yang telah dimaklumkan terlebih awal, ditarik balik sekiranya terdapat tingkah laku yang tidak diingini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dalam pelaziman operan jenis dendaan ini iaitu tingkah laku yang menyebabkan seseorang itu didenda, tidak terhapus sepenuhnya tetapi sekadar terpendam untuk sementara. Selain itu, dendaan kadang kala menyebabkan tingkah laku yang tidak diingini itu meningkat dengan tujuan untuk menarik perhatian guru dan mungkin menghasilkan tingkah laku yang lebih agresif. Murid pula mungkin tidak sedar tentang hubungkait dendaan dengan tingkah laku tertentu. Selain itu dendaan atau hukuman tidak menunjukkan contoh tingkah laku yang ingin dibentuk dan boleh menyebabkan kecederaan fizikal serta gangguan psikologikal.

Meskipun dendaan atau hukuman kurang disenangi, ia sebenarnya boleh membawa kesan positif ke atas murid dalam persekitaran bilik darjah. Untuk memastikan keberkesanan dendaan yang dikenakan haruslah benar-benar yang mampu menginsafkan. Bentuk dendaan perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Tingkah laku yang menyebabkan dendaan dilaksanakan perlu dijelaskan kepada murid dan dendaan perlu tekal.

TEORI KECERDASAN Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

Howard Gardner (1983) merupakan seorang ahli psikologi dari Universiti Harvard dan telah mengemukakan teori kecerdasan pelbagai dalam buku beliau yang bertajuk Frames of Mind. Teori ini mengemukakan pandangan bahawa setiap individu mempunyai beberapa potensi kecerdasan dan bakat yang pelbagai. Dengan mengambil kira kecerdasan - kecerdasan ini, guru boleh merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan kerana guru akan dapat mengenal pasti kekuatan kecerdasan murid-murid yang tidak sama dan menyesuaikannya mengikut orientasi pembelajaran mereka. Howard Gardner pada asalnya telah mengemukakan tujuh kecerdasan pelbagai. Namun beliau telah menambah dua lagi kecerdasan iaitu kecerdasan semula jadi (naturalistic) dan kewujudan (existential) yang menjadikannya sembilan kecerdasan secara keseluruhannya. Gardner juga berandaian bahawa kemungkinan terdapat lagi kecerdasan lain yang belum dapat dikenal pasti. Kecerdasan-kecerdasan tersebut serta kaitannya dengan pembelajaran adalah: I Visual Ruang: Kecerdasan visual dan ruang ini melibatkan keupayaan untuk menggambarkan atau melihat sesuatu serta membuat pertimbangan ruang untuk menyusun idea-idea dan menyelesaikan masalah. Individu yang mempunyai kecerdasan visual atau spatial ini mempunyai kekuatan ingatan dalam bentuk gambaran dan lazimnya cenderung ke arah penghasilan seni tampak dan seni lukis. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan menggunakan gambar-gambar atau lukisan grafik seperti pelan, peta, carta pengurusan grafik, peta minda dan sebagainya. II Verbal Linguistik: Kecerdasan verbal dan linguistik ini melibatkan pembelajaran melalui penggunaan bahasa lisan dan penulisan. Individu yang mempunyai kecerdasan lisan atau linguistik ini mempunyai kekuatan untuk membaca, menulis, bercerita, membuat nota, mencari makna

perkataan serta lebih sesuai belajar melalui kaedah kuliah, perbincangan, kolaborasi dan perbahasan. III Matematik Logik Individu dengan kecerdasan matematik atau logik belajar melalui hujah-hujah serta alasan logik, nombor-nombor, penyelesaian masalah dan eksperimen. Mereka lebih mudah belajar menggunakan arahan mengikut langkah-langkah yang disusun dengan teratur. IV Kinestetik Tubuh Badan Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan persekitaran melibatkan pergerakan badan, ekspresi fizikal dan isyarat, sentuhan serta rasa. Kaedah seperti lakonan, tarian, pergerakan badan seperti membina struktur bangunan dan objek sangat sesuai dengan kumpulan murid yang mempunyai kecerdasan badan atau pergerakan kinestetik ini. Pemahaman akan terbina melalui pengalaman yang konkrit. V Muzikal Rentak Irama Bunyi, intonasi, irama, rentak dan lagu memudahkan pemahaman pembelajaran dalam kalangan individu yang mempunyai kecerdasan muzikal atau rentak irama. Pembelajaran bukan hanya melalui pendengaran atau auditori tetapi juga pengenalpastian corak tinggirendah intonasi melalui deria rasa seperti graf bunyi. Individu dalam kumpulan ini lebih suka belajar dengan berlatarbelakangkan lagu atau muzik. VI Intrapersonal Pembelajaran berkesan berlaku melalui perasaan, nilai dan sikap individu itu sendiri terhadap pelajaran. Individu dari kumpulan kecerdasan intrapersonal mempunyai motivasi dalaman yang tinggi dan dapat maju atas kesedaran terhadap nilai dan kepentingan penguasaan pelajaran, pembelajaran, kajian, topik-topik dan sebagainya. Mereka akan menjadi lebih baik sekiranya dibiarkan belajar sendiri menggunakan kaedah pembelajaran berfikrah. Tugasan individu yang diberikan akan dapat diselesaikan dengan baik.
9

VII

Interpersonal Individu dengan kecerdasan interpersonal mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi dan berpersonaliti ekstrovert. Keupayaannya untuk membaca perasaan dan tingkah laku orang lain, memberi motivasi di samping keupayaan bekerjasama yang tinggi membolehkannya menjadi ahli kumpulan yang baik. Pembelajaran menjadi lebih berkesan sekiranya dia dilantik sebagai ketua kumpulan tugasan, kumpulan perbincangan kolaboratif dan koperatif atau kumpulan perbahasan.

VIII

Semulajadi Individu yang mempunyai kecerdasan naturalis berkeupayaan untuk mengesan perbezaan makna yang tidak begitu ketara untuk orang lain. Ia dapat membuat klasifikasi, pengkategorian serta hirarki sesuatu keadaan dengan baik. Keupayaan untuk mengaitkan maklumat yang diperolehi dengan persekitaran memudahkan pemahaman terhadap kejadian alam semulajadi. Pembelajaran menjadi lebih baik sekiranya melibatkan pengumpulan serta analisis sesuatu yang menonjol dalam alam sekitar seperti bentukbentuk unik permukaan bumi.

Kewujudan Pembelajaran berlaku dengan melihat gambaran keseluruhan tentang kehidupan. Contohnya, Mengapa saya berada di sekolah dan perlu belajar?, Apakah peranan saya di sekolah, dalam keluarga atau komuniti?, Apakah kepentingan mempelajari topiktopik serta mata pelajaran tertentu dan apakah kaitannya dengan kehidupan?. Pembelajaran sangat berkait dengan perancangan masa hadapan dan hubungannya dengan pemahaman dunia sebenar.

10

APLIKASI TEORI DALAM MENGATASI MASALAH P&P

Adalah penting bagi seorang pendidik memahami perbezaan sosio ekonomi dan sosio budaya pelajar kerana perbezaan-perbezaan ini memberi implikasi yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran seperti gaya belajar, gaya berfikir dan permintaan terhadap peneguhan. Menurut Atan Long (1978), perbezaan individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan-perbezaan yang wujud dalam kalangan murid mungkin tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara tetapi menurut Capaldi dan rakan-rakan (1996), perbezaan yang wujud akan beransur-ansur menyisihkan perhubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari awal. Teori pembelajaran dapat membantu guru menjelaskan proses pembelajaran yang kompleks. Ini kerana teori pembelajaran menyediakan kosa kata dan gambaran konsep untuk membolehkan guru membuat interpretasi contoh-contoh pembelajaran yang berlaku. Selain itu, teori pembelajaran juga memberi ruang dan peluang untuk guru mencari jalan penyelesaian kepada masalah pembelajaran. Teori kecerdasan pula membolehkan guru merancang proses dan strategi pengajaran dan pembelajarannya secara berkesan dan baik. Hal yang demikian kerana kecerdasan yang terdapat pada seseorang murid boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang murid tersebut. Keadaan ini membolehkan guru mempelbagaikan cara pengajarannya supaya proses proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus kepada satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan murid. Sebaliknya guru boleh menjalankan pengajarannya berdasarkan sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner. Bagi mengatasi masalah pembelajaran dan tingkah laku yang berlaku dalam kalangan pelajar 5 Perdagangan, guru boleh mengambil langkah-langkah berikut:

11

Penumpuan kepada tingkah laku: Murid perlu menjadi aktif semasa belajar dan dalam proses pembelajaran. Mereka perlu diberi peluang untuk benar-benar bertingkah laku yang diingini atau menampakkan proses pembelajaran itu. Murid juga perlu dinilai berdasarkan tingkah laku yang dilihat kerana andaian terhadap pembelajaran yang telah berlaku tidak dapat dibuat selagi perubahan pada tingkah laku itu tidak ditunjukkan secara eksplisit.

II

Latihan dan latih tubi: Pengulangan rangsangan gerak balas boleh mengukuhkan tabiat. Contohnya untuk meningkatkan keupayaan murid mengingati proses-proses yang terlibat dalam sains, guru menggalakkan pelajar menghasilkan peta minda atau lukisan grafik pada setiap akhir pembelajaran.

III

Menghapuskan tabiat: Untuk menghapuskan tabiat yang dinilai tidak baik, guru perlu membimbing murid untuk menghasilkan tindak balas baharu kepada rangsangan yang serupa. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan peneguhan atau hukuman.

Berikut adalah merupakan contoh rancangan pengajaran harian yang mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme dan teori kecerdasan pelbagai yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk murid dari kelas 5 Perdagangan:
MATA PELAJARAN TARIKH: Sains MASA: 8.00 9.20am (80min)

4 Mei 2012 (Jumaat) 5 Perdagangan

KELAS JUMLAH PELAJAR TAJUK NILAI MURNI NILAI SAMPINGAN

35 (25 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan) Magnet Kerjasama, bertanggungjawab Tolong-menolong, rajin

12

Semasa sesi pelajaran murid dapat: 1. Membuat demonstrasi mudah untuk menunjukkan magnet boleh menarik sesetengah bahan dan tidak semua bahan boleh ditarik oleh magnet dengan bimbingan guru. 2. Merekodkan kesemua hasil penemuan mereka ke dalam jadual yang disediakan. 3. Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh bahan diperbuat daripada besi yang boleh ditarik oleh magnet berpandukan eksperimen yang dijalankan. Murid telah diperkenalkan dengan bentuk-bentuk magnet dalam pelajaran lepas Sudu kayu, sudu plastic, sudu aluminium, dawai, tali jerami dan tali rafia, ensaiklopedia dalam bilik darjah, carta tentang daya tarikan magnet AKTIVITI ISI AKTIVITI PELAJARAN CATATAN PELAJARAN Murid diminta untuk menyebutkan bentuk-bentuk magnet yang telah mereka pelajari dalam pelajaran Menyemak pelajaran lepas lalu. Guru mengaitkan jawapan murid dengan hasil pelajaran baru yang akan dipelajari

HASIL PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA BAHAN BANTU

LANGKAH

Set induksi (10 minit)

Bentuk-bentuk magnet

Kenalpasti masalah (10 minit)

Magnet boleh menarik dan menolak

Murid diperkenalkan dengan beberapa objek yang diperbuat daripada bahan berlainan serta dikaitkan dengan daya menarik magnet. Murid diberikan masalah bagaimana magnet boleh mengasingkan bahanbahan yang diperbuat daripada besi daripada bahan-bahan yang diperbuat selain daripada besi.

13

Mencari maklumat atau rumus Magnet boleh penyelesaian menarik masalah sesetengah bahan (15 minit)

Murid dibahagikan ke dalam kumpulan pembelajaran koperatif (4 -5 orang satu kumpulan)

Bahan: Buku teks, Murid diminta menjangka dan ensaiklopedia sains, mencari maklumat tentang carta skema atau rumus yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah daripada buku teks dan bahan cetak yang disediakan. Guru dan murid berbincang Inkuiri penemuan untuk menghasilkan hipotesis mengenai daya tarikan magnet. Contoh: - Magnet mempunyai daya tarikan untuk menarik objek diperbuat daripada besi. - Magnet mempunyai daya kekuatan yang berbeza. - Bahagian kutub magnet mempunyai daya tarikan yang lebih kuat berbanding bahagian tengahnya. Magnet pelbagai bentuk dan bahan-bahan untuk uji kaji diedarkan. Murid menguji hipotesis yang telah dibina melalui eksperimen. Murid diminta mengasingkan KB: Klasifikasi dan membuat klasifikasi bahan yang boleh ditarik oleh magnet daripada bahan yang tidak boleh ditarik oleh magnet.

Ada objek yang boleh ditarik oleh Membuat dan magnet dan ada menguji hipotesis yang tidak dapat (25 minit) ditarik oleh magnet

14

Bahan-bahan yang boleh ditarik oleh magnet diperbuat daripada besi. Magnet mempunyai daya Menilai dan tarikan yang membuat keputusan berbeza dan (15 minit) bahagian paling kuat menarik adalah pada bahagian kutub utara dan kutub selatan magnet.

Murid membuat penilaian dan kesimpulan berdasarkan eksperimen yang dilakukan. Murid merekodkan penemuan mereka pada lembaran kerja yang disediakan.

Penutup (5 minit)

Guru merumus pelajaran (penutup kognitif) Guru mengucapkan tahniah atas kejayaan murid dalam pelajaran sosial (penutup sosial)

15

RUMUSAN Pengetahuan tentang teori pembelajaran dan teori kecerdasan membolehkan guru memahami pertumbuhan dan perkembangan murid serta kaitannya dengan proses pembelajaran secara menyeluruh. Dengan berpandukan pengetahuan ini guru akan dapat merancang pengajaran yang terbaik. Ini melibatkan pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk sesuatu kelompok murid. Individu meski pun pada asasnya adalah sama tetapi tidak serupa dalam banyak hal. Pengaruh persekitaran termasuk orang yang terhampir dan budaya telah banyak membentuk tingkah laku serta emosi mereka. Tidak ada satu kaedah, strategi atau teknik yang sesuai digunakan untuk semua murid dalam semua keadaan pada setiap masa. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menambah kefahaman mereka tentang teori-teori pembelajaran dan kecerdasan agar dapat membentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai dan meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar. Sebagai contoh, pemahaman terhadap teori pembelajaran behaviorisme dan kecerdasan pelbagai membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran mengikut minat pelajar dengan berpandukan jenis-jenis kecerdasan pelbagai dan memberi peneguhan positif serta negatif untuk meningkatkan motivasi pelajar. Pelajar juga tidak akan berasa bosan apabila guru faham akan kehendak dan kecenderungan mereka. Ini akan membantu membina persekitaran pembelajaran yang harmonis di dalam kelas apabila semua pelajar berminat untuk belajar dan memberikan kerjasama yang baik kepada guru. Pengetahuan guru tentang kepelbagaian dan perbezaan kecerdasan yang terdapat pada pelajar-pelajarnya membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya terhadap pelajarpelajar tersebut. Bagi pelajar pula, apabila mereka dapat mengetahui kecenderungan kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri mereka, ia dapat membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka. Selain itu, perbezaan-perbezaan sosio ekonomi dan sosio budaya pelajar yang berlainan harus diberi perhatian dan penelitian oleh guru agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif yang menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk belajar. Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah dan mengeratkan hubungan antara guru dengan pelajar, mahupun pelajar dengan pelajar.
16

BIBLIOGRAFI

Atan Long (1978), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Capaldi et. al. (1996), Ability grouping and student achievement in elementary schools: A bestevidence synthesis, Review of Educational Research, 57, 293 336. Flannery, D.J. dan Wester, K.L. (2004), Risk Factors to Academic Achievement in Adolescence, dalam Urdan, T. dan Pajares, F. (ed.), Educating Adolescents Challenges and Strategies, hal. 1-31, Greenwich: Information Age Publisihing. Gardner, H. (1983), Frames of Mind, New York: Basic Books. Roediger III, H.L., Capaldi, E. D., Paris, S. G., Polivy dan J., Herman, C. P. (1996), Psychology, 4th Edition, New York: West Publishing Co. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor, (2008), Psikologi Pendidikan, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Woolfolk, A.E. (1998), Educational Psychology, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc.

17

LAMPIRAN

Tingkah laku Teori pelaziman operan Skinner Tingkah laku Kesan / akibat pada masa hadapan Murid menghasilkan peta minda yang menarik tentang konsep sains dalam topik fotosintesis Murid akan berusaha menghasilkan peta minda yang lebih menarik pada masa akan datang

Peneguhan positif

Guru mempamerkan hasil kerja murid dan murid diberi hadiah

Peneguhan

Peneguhan negatif

Murid bersedia Guru berhenti Murid akan dengan buku teks berleter dan bersedia dengan sebelum dimarahi marah buku teks setiap guru seperti kali waktu mata minggu lepas pelajaran Sains Guru memasukkan nama murid ke dalam sistem dimerit Murid berhenti berkelahi di dalam kelas

Hukuman persembahan

Murid berkelahi di dalam kelas

Hukuman Pelajaran murid dalam mata pelajaran Sains merosot Guru berhenti memberi ganjaran kepada murid

Hukuman penyingkiran

Murid belajar bersungguhsungguh untuk kembali mendapatkan ganjaran

Jadual 1: Penggunaan Teori Pelaziman Operan Skinner dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bilik Darjah

18

Rajah 1: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner

19

Rajah 2: Teori Pembelajaran Behaviorisme B.F Skinner

20

21

Você também pode gostar