Você está na página 1de 10

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PROGRAM PEMBIAYAAN MyMaster / MyPhD

1.

DAKWAT Sila gunakan pen/ball pen BERDAKWAT HITAM SAHAJA.

2.

TULISAN Perjanjian ini hendaklah DITULIS TANGAN dalam HURUF BESAR. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan ditandatangani ringkas (initial) oleh pelajar dan penjamin disebelahnya. Penggunaan cecair pemadam (liquid paper) adalah tidak dibenarkan. Salinan karbon TIDAK dibenarkan.

3.

CUKAI SETEM Setiap salinan Borang Perjanjian hendaklah dimatikan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di Pejabat Hasil.

4.

BORANG PERJANJIAN Sila lengkapkan Borang Perjanjian dalam TIGA (3) SALINAN. Kelewatan mengembalikan Borang Perjanjian ini mengakibatkan penarikan semula biasiswa kepada pelajar tersebut.

5.

TARIKH PERJANJIAN (Ruangan teratas muka Surat 1 Borang Perjanjian) Pastikan tarikh perjanjian sama dengan tarikh setem hasil dimatikan. Tarikh mematikan setem di setiap salinan Perjanjian hendaklah sama.

6.

TANDATANGAN RINGKAS (INITIAL) Pelajar dan penjamin hendaklah menurunkan tandatangan ringkas (initial) di sebelah bawah (kanan) bagi SETIAP MUKA SURAT Borang Perjanjian ini DAN di perenggan yang dikehendaki seperti contoh di muka surat tiga (3).

7.

COP RASMI (Muka surat 7 Borang Perjanjian [bagi Borang Perjanjian MyMaster] ATAU Muka surat 8 Borang Perjanjian [bagi Borang Perjanjian MyPhD]) Semua saksi hendaklah menurunkan cop penuh rasmi nama, jawatan dan jabatan.

8.

PERTUKARAN ALAMAT Pertukaran alamat pelajar dan penjamin perlu dimaklumkan dengan segera ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

9.

SYARAT-SYARAT PENJAMIN (i) (ii) (iii) (iv) Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia; Pendapatan mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan; Hendaklah seseorang yang TIDAK muflis / bankrup / mempunyai rekod jenayah;dan Penjamin hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun kecuali ibubapa atau penjaga yang sah.

10.

SYARAT-SYARAT SAKSI Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Senarai saksi adalah seperti berikut: (i) Terdiri daripada Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan tetap daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/ Kumpulan A ke atas); (ii) Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) yang mempunyai cop jawatan rasmi;dan (iii) Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti majistret dan Peguam yang berkhidmat dengan Kerajaan sahaja.

11.

ALAMAT Sila sertakan dokumen-dokumen berikut: (i) Borang Maklumat Bank yang telah dilengkapkan bersama dengan salinan muka depan buku akaun simpanan / semasa BIMB yang telah disahkan untuk penerima MyPhD di bawah kategori P1 sahaja; (ii) Salinan no K/P penjamin yang telah disahkan; (iii) Borang Kesihatan yang telah dilengkapkan oleh Pegawai Perubatan; (iv) Surat Tawaran Program; (v) Gambar pemohon berukuran passport (1 keping); (vi) Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) ; (vii) Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia -jika berkaitan; (viii) Salinan transkrip akademik tertinggi ; (ix) Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi/Universiti ; dan (x) Borang Pengesahan Status - MyPhD Kategori P1 sahaja. bersama-sama dengan Borang Perjanjian (3 salinan) untuk dikirimkan dengan POS BERDAFTAR ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau dengan datang sendiri ke alamat seperti di bawah ini: Setiausaha Bahagian Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Kompleks Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA. (u.p.: Unit MyBrain15 (MyMaster) [bagi Borang Perjanjian MyMaster] Unit MyBrain15 (MyPhD) [bagi Borang Perjanjian MyPhD])

12.

CARA-CARA MENGISI BORANG PERJANJIAN:

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

TARIKH PERJANJIAN SAMA DENGAN TARIKH SETEM HASIL DIMATIKAN

SETEM HASIL BERNILAI RM 10.00 HENDAKLAH DIMATIKAN DI PEJABAT HASIL

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Panduan Mengisi Borang Perjanjian MyBrain15 Bahagian Biasiswa, KPTM

KOSONGKAN BAHAGIAN INI

INITIAL - PELAJAR - PENJAMIN

Você também pode gostar