Você está na página 1de 13

[Windows

Movie Maker] Bab 4


3.0 Digital Audio Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog (DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yang diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan dapatan semula. Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications) untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah: Narasi/Penceritaan ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan. Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi penting. Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan, angin, dan sebagainya. Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam dengan menggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisian tertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity dan Sound Forge. Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan Kod Denyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini. Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliau adalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat. Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, Profesor Roger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan mereka menggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telah berkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komuniti perisian sumber terbuka.

Bab 4

[Windows Movie Maker]

Audacity adalah percuma dan kod sumber boleh didapati di bawah GNU Public Licences. Audacity adalah satu perisaian cross-platform - ia berfungsi pada Windows (dari 98 hingga 7), Mac OS X, dan banyak platform Unix, termasuk Linux. 3.1 Perisian Audacity Sebelum perisian Audacity boleh digunakan, anda perlulah melakukan proses pemasangan (installation) program tersebut ke dalam komputer anda. Untuk mendapatkan perisian ini secara percuma, anda perlu ke laman sesawang (web) http://audacity.sourceforge.net dan seterusnya memuat turun (download) (i) Audacity 1.3.14 installer, (ii) LADSPA plug-ins 0.4.15 installer, (iii) LAME MP3 encoder, dan (iv) FFmpeg import/export library.

3.1.1 Memulakan Perisian Audacity 1. 2. Dwi-klik pada shortcut ikon Audacity di desktop komputer anda

Rajah 3.1.1a atau, 2. Klik Start (pada Windows Taskbar) pilih All Programs pilih Audacity 1.3 Beta (Unicode)

[Windows Movie Maker] Bab 4

Rajah 3.1.1b 3.1.2 Paparan Perisian Audacity Sekiranya pemasangan perisian Audacity dilakukan dengan betul ke dalam komputer anda, pelancaran perisian program Audacity akan dimuatkan seperti Rajah 3.1.2a (klik ok) dan seterusnya paparan seperti Rajah 3.1.2b diperolehi.

Bab 4

[Windows Movie Maker]

Rajah 3.1.2a Paparan perisian Audacity dilancarkan.

Rajah 3.1.2b Paparan utama perisian Audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

3.1.3 Menu dan Toolbar Audacity Jadual 3.1.3a berikut adalah nama bagi Menu atau ToolBar yang terdapat pada perisian Audacity. Perkara Nama Menu Bar Audacity Transport ToolBar Audacity Tools ToolBar Audacity Meter ToolBar Audacity Mixer ToolBar Audacity Edit ToolBar Audacity Transcription ToolBar Audacity Device ToolBar Audacity Selection ToolBar Jadual 3.1.3a

Bab 4

[Windows Movie Maker]

Tugasan 1:

Lengkapkan penerangan bagi setiap fungsi butang ikon pada kesemua ToolBar yang ada pada perisian Audacity

Contoh: Butang Ikon Fungsi Play Button Tekan butang play untuk mendengar audio dalam projek anda. (Press the play button to listen to the audio in your project.) Jadual 3.1.3b 3.2 Menghasilkan Audio Narasi atau Penceritaan Antara fungsi perisian Audacity ialah merakam narasi/penceritaan dengan mudah oleh para guru untuk digunakan sebagai sumber penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Langkahlangkah merakam audio (narasi/penceritaan) dengan menggunakan perisian Audacity adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka audio komputer anda Mulakan perisian Audacity anda Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman

Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi (untuk kes ini narasi/penceritaan oleh anda). Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity anda seperti pada Rajah 3.2a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format mono.

[Windows Movie Maker] Bab 4

Rajah 3.2a 7. Klik 8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman

Tugasan 2:

Rakamkan narasi/penceritaan yang melibatkan satu peristiwa kemalangan jalanraya di lebuhraya PLUS.

3.3 Mengimpot Fail Audio Antara keupayaan perisian Audacity ialah mengimpot pelbagai format fail audio untuk dilakukan proses editing. Langkah-langkah mengimpot fail audio ke dalam perisian Audacity adalah seperti berikut: 1. 2. Mulakan perisian Audacity Klik menu File Import Audio (Rajah 3.3a)

Bab 4

[Windows Movie Maker]

Rajah 3.3a 3. Pilih lokasi fail audio yang hendak diimpot ke dalam Audacity (Rajah 3.3b)

Rajah 3.3b 4. Klik butang Open (proses impot fail audio dilaksanakan - Rajah 3.3c)

[Windows Movie Maker] Bab 4

Rajah 3.3c 5. Setelah fail audio berjaya dimasukkan (diimpot), paparan Audacity adalah seperti dalam Rajah 3.3d.

R Rajah 3.3d Paparan perisian Audacity setelah dimuatkan fail audio dalam format .MP3 atau WAV

Bab 4
Tugasan 3:

[Windows Movie Maker]


Anda dikehendaki megimpot fail audio (nyanyian lagu) yang mempunyai

vokal. Setelah proses impot fail audio itu selesai, proseskan audio tersebut supaya hilang vokal penyanyinya. Hasil akhir anda ialah audio yang hanya mempunyai musiknya sahaja. (Panduan: gunakan menu Effect pada Menu Bar.)

3.4 Menghasilkan Audio Kesan Khas (Api Yang Marak Membakar) Sediakan dua (2) helai kertas saiz A4. Kedua-dua kertas ini kita akan gunakan untuk menghasilkan bunyi api yang sedang marak membakar. Langkah-langkah merakam audio (api yang marak membakar) dengan menggunakan perisian Audacity adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka audio komputer anda Mulakan perisian Audacity anda Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman

Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi anda (untuk kes ini, ditangan kanan anda, goyangkan kertas A4 yang pertama dan setelah beberapa saat ramaskan kertas A4 yang kedua tanpa memberhentikan goyangan kertas pertama tadi).

6.

Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity anda seperti pada Rajah 3.4a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format stereo.

10

[Windows Movie Maker] Bab 4

Rajah 3.4a

7. Klik 8. Klik

pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman audio api

yang sedang marak membakar itu.

3.5 Petua Petua 1: Langkah-langkah untuk menyimpan projek Audacity: 1. 2. 3. 4. 5. Klik pada menu File Save Project As Klik OK pada dialog box yang dipaparkan Pilih lokasi simpanan anda Namakan fail dengan nama yang sesuai (taipkan nama fail anda) Klik Save.

Petua 2: Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .WAV:

11

Bab 4

[Windows Movie Maker]

1. 2. 2. 3. 4.

Klik pada menu File Export pilih Save As Type: Pilih format fail .WAV Pilih lokasi simpanan Namakan fail WAV dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda Klik Save.

Petua 3: Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .MP3: (Perisian LAME MP3 encoder perlu dipasang (install) ke dalam komputer anda sebelum operasi ini dapat dilaksanakan.) 1. 2. 2. 3. 4. Klik pada menu File Export pilih Save As Type: Pilih format fail .MP3 Files Pilih lokasi simpanan Namakan fail MP3 dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda Klik Save.

Petua 4: Antara jenis pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas sesuau audio yang dimasukkan atau dirakamkan ke dalam perisian Audacity ialah: a) b) c) Menyalin (Copy) Mencantas (Cut) Memanipulasi Kesan (Effects)

Langkah-langkah untuk mengubah suai audio dengan menggunakan Audacity: 1. Highlight gelombang audio pada perisian Audacity anda. Caranya dengan meletakkan kursor dan klik tetikus (mouse) anda dan heretkan (click and drag your mouse) pada bahagian yang hendak diubahsuai (seperti Rajah 3.5a)

12

[Windows Movie Maker] Bab 4

Rajah 3.5a 2. 3. Klik pada menu Edit untuk memilih Cut atau Copy. Klik pada menu Effect dan pilih kesan (effect) yang hendak dimasukkan.

Tugasan 4:

Hasilkan audio dalam format .MP3 yang melibatkan anda mendeklamasikan sajak dengan muzik latar yang bersesuaian. (Cadangan: Anda boleh menggunakan muzik latar instrumental OST (Original Sound Track) Selamat Pagi Cinta).

13

Você também pode gostar