Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Komputer ialah alat atau mesin otomatik yang boleh menerima arahan, memproses
arahan tersebut, menyimpan semua maklumat untuk kegunaan kemudian dan
seterusnya mengeluarkan satu keputusan untuk tatapan kita. Segala maklumat
yang diterima oleh komputer dipanggil input dan maklumat atau keputusan yang
dihasilkan dikenali sebagai output. Komputer mempunyai ingatan supaya boleh
menyimpan maklumat dan memanggilnya kembali bila-bila masa apabila
diperlukan. Konsep organisasi komputer ini boleh dirumuskan seperti berikut:
Dua jenis ingatan utama pada mikrokomputer iaitu RAM (Random Access Memory)
dan ROM (Read Only Memory). Ingatan utama adalah lebih mahal kosnya
berbanding storan skunder. Contoh storan skunder yang sering digunakan seperti
cakera liut, cakera padat, pita magnetik dan kaset.