Você está na página 1de 19

Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran yang lengkap adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait yang

mana ianya berlaku secara bersama dalam satu masa yang tertentu. Maksud pengajaran ialah Implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi di antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Pembelajaran pula adalah bagaimana kita dapat mengangap serta menterjemah serta memahami perihal dunia dan mengolahkanya ke dalam dunia murid-murid supaya menjadi manusia yang berguna kelak . lanya boleh dikategorikan mempunyai prinsipprinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi pelbagai situasi pada murid-murid tersebut. Terdapat tiga fasa yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu fasa sebelum pengajaran, fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran. Bagi fasa sebelum pengajaran ianya melibatkan peringkat penentuan kemahiran atau isi pelajaran yang ingin diajar serta penelitian kebolehan sedia ada murid. Selain itu ianya turut melibatkan peringkat penentuan objektif bagi sesuatu pengajaran dan pelajaran serta penentuan pendekatan mahupun kaedah kaedah, strategi dan teknik yang digunakan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. lanya turut merupakan sebuah peringkat untuk memilih bahan sumber yang ingin digunakan. Manakala fasa semasa pengajaran melibatkan peringkat perlaksanaa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang telah dirancang. lanya turut melibatkan pengurusan kelas serta penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dirancang sebelum ini. Seterusnya ialah fasa selepas pengajaran yakni peringkat untuk membuat penilaian pencapaian murid setelah berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. la juga merupakan satu. peringkat penganalisa maklum balas murid terhadap penilaian yang dijalankan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah melibat tiga kaedah utama iaitu pembelajaran secara kelas, pembelajaran secara kumpulan dan juga pembelajaran secara individu. Selain itu kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi KSSR ialah dengan secara belajar sambil bermain, teknik penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran koperatif, inkuiri penemuan, pembelajaran di luar bilik darjah dan pembelajaran secara sistematik.

1. Bincangkan Model Pengajaran yang dipilih dan ciri-ciri model tersebut. (pengenalan

dan perbincangan konsep). 1.1.1 Kontruktivisma Sebelum memahami konsep kontruktivisma, kita perlu mengetahui serba sedikit tentang pelopor utama dalam teori pembelajaran kontruktivisma ini iaitu Jean Piaget. Jean Piaget Dilahirkan di Neuchtel, Switzerland, pada 9 Ogos 1896. Jean merupakan anak pertama kepada ibu bapanya. Bapanya Arthur Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah manakala ibunya bernama Rebecca Jackson. Pada tahun 1923, beliau berkahwin dengan Valentine Chtenay dan mempunyai tiga anak. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun iaitu pada tahun 1981. Beliau merupakan seorang yang berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang amat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Geneva, Switzerland. Tidak lama kemudian, beliau dilantik
2

sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh dalam bidang Psikologi. Walaupun hal demikian, terdapat sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan fahaman yang hampir sama dengan Jean Piaget , pembelajaran muncul daripada pelajar memproses dari pengalaman terus mereka (Withall, 1991) dan, Skills are not acquired by drill and rote memorization but by activities that the learners, with the aid of educator, employ to serve their interests and need. Selain itu, satu teori telah dibina oleh professor P. Ya Galperin dalam tahun 1950an di USSR yang dikenali sebagai Theory of Stage-by-Stage Development of Mental Actions (Gabay, 1991) yang mana analisis teoritikal ini berdasarkan kepada actions iaitu tindakan sebagai unit utama aktiviti manusia. Galperin (1957, 1969, dalam Wittrock, 1991) telah mengemukakan model tindakan mental dalam pengajaran. Pengajaran dalam model ini melibatkan berturut-turut internalization kawalan terhadap tindakan pelajar atau aktivitinya. Dua contoh yang diutarakan di atas, bagi penulis mempunyai kaitan dengan fahaman konstruktif. Menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui dunia nyata bukanlah secara terus melalui deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui tindakan kita (Sinclair, 1987). Ini bermaksud ilmu pengetahuan baru dibina daripada perubahan atau transformasi subjek diperkenalkan kepada hubungan/interaksi di antara yang mengetahui dan yang diketahui (knowerknown relationship). Piaget juga menyatakan that activity means internal manipulations of objects, and that meanings come from the actions the child performs on these objects, rather than from these objects themselves (Wittrock, 1991). Sinclair menjelaskan salah satu maksud tulisan von Glasersfeld, iaitu pada semua peringkat subjek membina theories (dengan tindakan atau pemikiran) untuk memberi makna terhadap pengalamannya. Pandangan asas ahli konstruktif ialah,
3

perubahan dalam hubungan di antara subjek dan objek akan menuju ke arah yang lebih baik walau pun tidak sempurna - subjek memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih baik dari tindakan atau proses pemikirannya sendiri. Ini jelas bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna (KPM, 1995). Kini banyak sarjana merujuk fahaman konstruktif kepada 2 aliran, iaitu konstruktivisme Piaget dan konstruktivisme Glasersfeld. Menurut Ernest (1991) terdapat 3 komponen konstruktivisme Piaget, iaitu epistemologi, pandangan strukturalisme dan metodologi kajian. Dalam epistemologi, teori-teori personal adalah dibina sebagai konsep constellations, dan telah disesuaikan oleh proses asimilasi dan akomodasi dalam cara untuk melengkapkan dengan dunia pengalaman organisma manusia.

1.1.2 Konsep Kontruktivisma Menurut McBrien & Brandt,1997 . Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Menurut Nik Azis Nik Pa, 1999 pula, konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih
4

Selain dari itu, menurut pandangan dari Sushkin, N., 1999 Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana murid lah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan Berdasarkan kepada pandangan-pandangan cendekiawan di atas, boleh saya rumuskan bahawa Kontruktivisma adalah satu fahaman bahawa murid boleh membina sendiri pengetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dalam diri murid tersebut.. dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

1.1.3

Ciri-Ciri Model Kontruktivisma

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan kepada murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan sedia ada.

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran untuk membina pengetahuan baru

Guru dapat mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan seterusnya dapat merancang kaedah pengajaran dengan sifat asas pengetahuan murid tersebut.

2. Perincikan ciri-ciri kratif yang terdapat dalam model pengajaran kontruktivisma. Berikan tujuan setiap fasa atau peringkat dalam model konstruktivisma.

2.1 PENGAJARAN KONSTRUKTIVISMA Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-pelajar memastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalamanpengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991). Konsep pendidikan pemusatan-murid berasal dari terapi client-centred (Rogers 1965, dalam Withall, 1991). Rogers menjelaskan lagi bahawa dalam hal ini pendidik mesti sedar dan mengambil berat tentang keperluan afektif pelajar sebagaimana dengan kognitif nya. Dalam situasi pendidikan, pengajar menggunakan pelbagai ragam tingkah laku untuk mengurus suasana pembelajaran (Withall, 1991); tingkah laku di sini termasuk: menyusun persekitaran fizikal untuk bersemuka, dialog pada eye-level yang sama di antara guru dengan murid, dan murid dengan murid, mengurangkan jarak sosial dan menggunakan elbagai kaedah yang bersesuaian supaya dapat menarik perhatian murid. Terdapat kaedah yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam pengajaran pemusatan murid; misalnya kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, teknik penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbang saran. Semua kaedah-kaedah ini hanya dapat digunakan dengan baik jika guru sedar tentang peranannya dan peranan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini Dewey memberi pandangannya, bahawa
6

educators have to cultivate the ability to put themselves into the learners shoes, and take the phenomenological view (Withall, 1991). Antara ciri ciri pemusatan murid adalah seperti di bawah. Dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan penting, guru merupakan pemimpin dan membimbing aktiviti. Interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi ini mengakibatkan murid berfikir. Guru bersifat demokratik, murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka, kaedah perbincangan digalakkan. P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami dan berupaya membuat kesimpulan. Interaksi antara murid adalah banyak. Aktiviti kumpulan digalakkan. Di bawah strategi ini murid-murid akan menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Di atas adalah antara kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk mengajar murid-murid supaya murid dapat memberi perhatian dan berminat dalam mata pelajaran yang diajar oleh gurunya.

3. Kajian Kes: Jalankan pengajaran berdasarkan model pengajaran yang telah dipilih.

Jelaskan beberapa persoalan seperti berikut; a) Bina suatu rancangan pengajaran berasaskan model tersebut. b) Apakah kekuatan dalam pelaksanaan model pengajaran ini?
7

c) Apakah kelemahan dalam pelaksanaan model pengajaran ini? d) Apakah ciri-ciri kreatif yang telah anda jalankan semasa pengajaran tersebut? e) Bagaimanakah penerimaan murid terhadap pengajaran yang telah anda jalankan?

a) Bina suatu rancangan pengajaran berasaskan model tersebut. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Tarikh Hari Masa Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk

: 25 Julai 2012 : Rabu :730-830 pagi : Bahasa Melayu :2 Cemerlang (murid sederhana) :24 Orang : Sihat dan Cergas : Jagalah Kebersihan

Standard Pembelajaran 3.3.1 Membaca dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas 2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul Objektif Pembelajaran

Di Akhir pembelajaran murid dapat; 1. Membaca dan menulis perkataan dan frasa dengan betul 2. Memadan dan menulis semula perkataan dan frasa Tatabahasa Sistem Bahasa: kata kerja tunggal Pengisian Kurikulum; 1. Ilmu 2. Nilai Murni : Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral : Kebersihan, gotong-royong, rajin

Kemahiran Bernilai Tambah 1. Mengenal pasti 2. Mentafsir 3. Menjana idea 4. Mensintesis 5. menghubung kait

Bahan bantu belajar 1. LCD slide show 2. Muzik- seni kata lagu

10

Langkah Set Induksi

Isi Pelajaran 1.Guru memapar seni kata lagu dan memperdengarkan serta menyanyikan lagu bersama murid.

Aktiviti P&P 1. Guru menayangkan slide show dan juga muzik sambil menyanyikan lagu bersama-sama murid. 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai maksud lagu.

Catatan (Lampiran 1) BBM- Slide Show Nilai: kerjasama Fasa: motivasi

Langkah 1

Guru Memaparkan Gambar rajah menggunakan Slide show

1.Murid memerhati gambar yang dipaparkan 2. guru meminta murid menyebut kata kerja yang sesuai mengenai gambar yang dipaparkan .

(lampiran 2) BBM- Slide Show gambar rajah Nilai: Kerjasama, Yakin

Langkah 2

Guru Memaparkan perkataan menggunakan Slide show

1.Guru meminta murid meneliti perkataan yang ditayangkan dan memantau perkembangan murid.

(lampiran 3)

BBM- Slide Show 2 .Murid mengeja dan membaca perkataan dan frasa yang dipaparkan. Nilai: Kerjasama, Yakin gambar rajah

11

Langkah 3

Guru Memaparkan perkataan menggunakan Slide show

1.Guru membahagi kumpulan 2. guru menayangkan gambar slide show 3. guru membimbing setiap kumpulan supaya berbincang jawapan yang tepat mengenai penayangan gambar slide show. 4 .Murid menulis perkataan dan frasa berdasarkan gambar secara berkumpulan dan bergilir-gilir.

(lampiran 4) BBM: Slide Show Nilai : Kerjasama, Yakin, Toleransi

Penutup

Guru memberi lembaran Kerja

1. Guru mengarahkan pelajar memadan dan menulis semula perkataan yang telah mereka pelajari

Penilaian: 1. Murid dapat memahami lebih lanjut tentang isi pelajaran yang di ajar oleh guru. 2. Murid dapat menjawab lembaran kerja yang telah di edarkan Refleksi;
12

1. 24 orang murid dapat menjawab dengan tepat soalan di dalam lembaran kerja yang telah diedarkan. 2. 24 orang murid telah menunjukkan kefahaman tentang isi pelajaran yang telah diajar dan dapat menyatakan dengan baik

b) Apakah kekuatan dalam pelaksanaan model pengajaran ini? Semasa mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya hasilkan di atas, boleh saya simpulkan bahawa pengajaran menggunakan teori kontruktivisma membolehkan;
1. Murid dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah baru, menjana idea dan membuat keputusan

dengan bijak dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti ini boleh dicapai dengan guru mengenal pasti pengalaman murid terlebih dahulu8 kemudiannya memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
2. Kefahaman murid tentang topik pengajaran lebih jelas kerana mereka terlibat secara langsung

dalam pembinaan pengetahuan baru.

13

3. Daya ingatan murid dapat diperkukuhkan dan dapat mengingatinya dengan lebih lama kerana murid tersebut sendiri terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada. 4. Murid mendapat kemahiran sosial secara tidak langsung kerana murid tersebut telah diasak untuk bekerja sama dengan orang lain demi mendapatkan sesuatu maklumat. Kemahiran ini diperoleh apabila murid tersebut berinteraksi dengan rakan dan juga guru dalam membina pengetahuan mereka. 5. Murid begitu tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi ICT dan mereka berebut-rebut untuk menjawab dan menaip jawapan mereka di dalam komputer dan ini menunjukkan bahawa murid telah memahami pengajaran yang telah di ajar semasa aktiviti pengukuhan dijalankan dengan menggunakan teori kontruktivisma.

c) Apakah kelemahan dalam pelaksanaan model pengajaran ini? Dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di atas yang mana telah menggunakan teori kontruktivisma, hanya terdapat beberapa kelemahan yang telah saya hadapi. Antaranya ialah;

1. Guru harus meneroka terlebih dahulu pengetahuan murid-murid yang di ajarnya.


2. Guru harus mengetahui dan menganalisis kelemahan dan tahap pemikiran murid yang

diajarnya.

14

3. Murid seolah-olah mencari hubungan di antara perkaitan pengajaran semasa aktiviti dijalankan dan guru harus memainkan peranan yang penting bagi memastikan murid faham apa yang mereka sedang pelajari.(membimbing murid) 4. Murid seakan didesak untuk menemui situasi atau masalah baru untuk diselesaikan. 5. Gangguan persekitaran seperti bunyi bising disebabkan peralatan audio. 6. Guru mengambil masa untuk berfikir dan mencari bahan bantu mengajar serta menyediakan slide show.

d) Apakah ciri-ciri kreatif yang telah anda jalankan semasa pengajaran tersebut? Berdasarkan aplikasi model kontruktivisma yang telah saya laksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dilampirkan di atas, antara ciri-ciri kreatif yang telah saya ketengahkan adalah seperti berikut; 1. Pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar iaitu penggunaan slide show 2. Pengajaran menggunakan bahan-bahan ICT. Murid berebut-rebut untuk meberi dan menaip soalan menggunakan peralatan komputer riba.

15

3. Lembaran kerja yang bersesuaian dan tayangan slide show menggunakan gambar dan warna yang bersesuaian dengan penglihatan murid-murid. e) Bagaimanakah penerimaan murid terhadap pengajaran yang telah anda jalankan? 1. Murid dapat menerima serta memahami konsep yang diajar kerana murid itu sendiri yang mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dinyatakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Murid terlibat secara aktif dengan menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Dan daya pemikiran murid lebih tinggi dari pengetahuan asal mereka. 3. Murid mendapat pengetahuan yang lebih kerana pengajaran bersifat pemahaman dalam diri murid-murid tersebut 4. Murid dapat meningkatkan motivasi dan menanam minat untuk lebih belajar dan mengetahui tentang isi pelajaran seterusnya 5. Murid dapat menerima pendapat orang lain semasa aktiviti berkumpulan dan ini menolak sifat pentingkan diri sendiri.
4.

Catatan Refleksi keberkesanan dalam pengajaran bagi tajuk pengajaran yang telah

dipilih (kontruktivisma). Berdasarkan pengajaran yang telah dilaksanakan, dapatan saya melalui model pengajaran konstruktivisma sesuai diaplikasikan dalam langkah pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kefahaman murid terlebih dahulu dalam setiap isi mata pelajaran yang hendak diajar. Kefahaman ini berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada murid tersebut. Antara lain,
16

pengajaran menggunakan model kontruktivisma dapat mengembangkan daya kreativiti dan pemikiran murid baik secara individu dan juga secara berkumpulan. Tetapi ia memerlukan bimbingan dan guru perlu memainkan peranan untuk memantau aktiviti yang seharusnya dilakukan oleh murid tersebut. Selain dari itu, pengetahuan pelajar juga turut bertambah kerana murid tersebut yang mencari jawapan dalam setiap persoalan yang diajukan. Untuk dikaitkan dengan kehidupan murid tersebut, pembelajaran kontruktivisma amat bersesuaian kerana setiap persoalan dan permasalahan yang diberikan sering dikaitkan dengan kehidupan semasa mereka. Bagi guru pula, pengajaran yang berasaskan kontruktivisma akan menambah cabaran kepada guru kerana guru hanya dijadikan sebagai pembimbing seiring dengan teori kontriktivisma iaitu pembelajaran berpusatkan kepada murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kawalan kelas agak merosot sedikit kerana semua murid akan bergerak secara aktif untuk membina pengetahuan baru dan ini akan menyebabkan suasana kelas seakan tidak terkawal.

17

5.0 Bibliografi

1. Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999). The Courage To Be Constructivist.Educational

Leadership, 57(3).
2. Nik Azis Nik Pa (1997). Pembentukan Model Pengajaran Matematik Berlandaskan

Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education, 11, 27-36.


3. Withall, J. (1991). Teacher-Centred And Learner-Centred Instruction. Dalam

Marjoribankd, K. (ed.). The Foundations Of Students Learning. Oxford, England: Pergamon Press.
4. Wittrock, M.C. (1991). Models of Heuristic Teaching. dalam Marjoribankd, K. (ed.). The

Foundations Of Students Learning. Oxford, England: Pergamon Press.


18

5. Mok Soon Sang. (1993). Pengajian persikologi Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

19

Você também pode gostar