Você está na página 1de 1

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pengenalan Abu Saleh (1988)

mengatakan bahawa kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Oleh itu sebarang tindakan dan aktiviti yang

dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa,

tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran, objektif, umur pelajar, mampu diaplikasikan oleh guru, masa yang cukup dan sesuai dengan kemudahan yang ada.

Você também pode gostar