Você está na página 1de 6

Pertolongan Cemas

Peralatan pertolongan cemas pada asalnya sangat ringkas iaitu hanya terdiri dari bebat dan pembalut selain dari menggunakan air namun perkembangan dunia perubatan di dalam peralatan semakin berkembang maka peralatan pertolongan cemas turut berkembang mengikut zaman. Bahkan sesetengah peti pertolongan cemas juga mengandungi peralatan rawatan yang sama seperti yang dimiliki oleh doktor-doktor perubatan. Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau kecemasan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi dengan peti pertolongan cemas.

PETI PERTOLONGAN CEMAS


1. Semua pengguna mesti mengetahu asas tentang pertolongan cemas. 2. Peti pertolongan cemas hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan diambil. 3. Kandungannya perlu selalu diperiksa untuk memastikan iada kekirangan atau tiada bahan atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan.

1|Page

Jadual di bawah ialah kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas. Alat/Ubat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kain anduh Kain Pembalut Kasa Gunting Larutan Flavin Larutan Antiseptik Krim Antiseptik Kapas Penampal Luka (Plaster) Kegunaan Mengampu lengan yang patah atau terseliuh Membalut luka atau anggota yang terseliuh Memotong Merawat luka Merawat luka Merawat luka Mencuci luka serta menyapu ubat pada luka Membalut luka kecil

Peralatan di dalam peti pertolongan cemas adalah bergantung kepada kegunaan di dalam berbagai keadaan seperti: - di dalam perjalanan percutian, pengembaraan atau perlancongan - di rumah - di sekolah - di dalam kereta - di dalam perkhemahan

2|Page

Berikut dihuraikan terlebih dahulu peralatan pertolongan cemas yang asas iaitu bebat dan pembalut.
(Bebat & Pembalut)

Bebat ada 3 jenis iaitu:


1. Bebat Medan bagi kegunaan pasukan keselamatan 2. Bebat Luka mengikut ukuran-ukuran luka 3. Bebat Hospital jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm

Pembalut ada 2 jenis iaitu:


1. Pembalut Kain Tiga Segi bagi menganduh, membalut, mengampu, kipas, pengikat dan gelung cincin 2. Pembalut bergulung bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral dan Balutan Padi

Alat Pertolongan Cemas yang lain


Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah: - angkub (tweezers) - plaster - krim luka antiseptik (spt. Dettol Antiseptic Cream, dll) - gunting lipat - pin semat - thermometer - pita perekat - sabun antiseptik - sarung tangan getah (sekurang-kurangnya 2 pasang) - paracetamol (spt. Panadol, dll) - buku manual pertolongan cemas

3|Page

- nombor talian kecemasan - minyak sapu (spt. Vicks VapoRub, Minyak Cap Kapak, dll) - tisu basah antiseptik pakai-buang

Kaedah Ikatan
Ada 2 kaedah yang digunakan:
1. Buku Sila (Reff Knot) 2. Kuku Kambing

Luka
Luka ada 2 jenis:
1. Luka tertutup seperti lebam 2. Luka terbuka iaitu luka yang dapat dilihat

4|Page

Rawatan Kecederaan Apabila berlaku kecederaan seperti luka dan melecur, rawatan segera hendaklah di berikan kepada mangsa sebelim bantuan perubatan tiba. Antara beberapa langkah segera perlu di ambil ialah: a) Rawatan luka Sapukan ubat antiseptic pada bahagian luka. Lekatkan penampal luka. Sekiranya luka besar, balutkan dengan kain kasa. Jika darah keluar banyak, tambahkan balutan kain itu. Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk memperlahankan darah keluar.

b) Rawatan mangsa patah Anggota yang patah tidak boleh di gerakan dan jangan sesekali bertindak kasar. Gantungkan anggota yang patah dengan menggunakan kain anduh untuk mengampu anggota Tersenut dengan berhati-hati Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

c) Rawatan melecur Jangan sentuh pada tempat melecur Jangan letakkan sebarang ubat jika keadaan tempat yang melecur kelihatan teruk. Balutkan tempat melecur dengan kain pembalut yang bersih sementara menunggu bantuan perubatan Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. d. Sesak nafas tempat yang lapang untuk mendapatkan pengaliran udara yang lebih baik. Longgarkan ikatan seperti leher dan tali pinggang yang terdapat pada badan mangsa. 5|Page

Alihkan mangsa ke mangsa. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

6|Page

Você também pode gostar