Você está na página 1de 15

PENGGUNAAN KAEDAH MULTISENSORI UNTUK MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN BAGI MURID AUTISME

Oleh: Nassihah Binti Ahmad Rosdi Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan daya tumpuan murid autisme. Subjek kajian terdiri daripada seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi yang menghidap autisme dan mempunyai masalah tumpuan yang singkat (attention-deficit). Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian tingkah laku murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran serta soal selidik kepada tujuh orang guru yang mengajar subjek kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah multisensori bagi peningkatan tumpuan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (skor dan peratusan). Dalam intervensi kajian, pengkaji memilih untuk menggunakan aktiviti naik dan turun tangga, mengira menggunakan bahan maujud dan mengira menggunakan dekak-dekak sebagai kaedah rawatan dalam menangani masalah. Pengkaji telah mengira purata bagi merumuskan data penilaian yang telah diperolehi. Hasilnya, purata penilaian tahap tumpuan murid meningkat sebanyak 15.75. Ini berdasarkan purata sebelum penggunaan kaedah multisensori ialah 14.25 manakala dengan penggunaan kaedah purata penilaian tahap tumpuan murid meningkat kepada 30. Dapatan menunjukkan bahawa tumpuan murid yang dikaji adalah meningkat. Pengkaji berasa amat berpuas hati kerana dapat membantu murid autisme dalam meningkatkan tumpuan mereka melalui kaedah yang dicadangkan. Cadangan kajian lanjutan ialah penggunaan kaedah multimedia bercorak interaktif, pemberian ganjaran dan token ekonomi serta terapi seni dalam meningkatkan tumpuan murid Pendidikan Bermasalah Pembelajaran.

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula memberi perhatian kepada bidang Pendidikan Khas sejak tahun 1960. Ini adalah berdasarkan wujudnya kelas pendidikan khas cacat pendengaran, cacat penglihatan dan pendidikan pemulihan khas bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran di Malaysia (Yahya, 2007). Pendidikan khas bermaksud kaedah-kaedah yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Kurikulum Pendidikan Khas juga telah dibentuk iaitu hasil daripada pengubahsuaian kurikulum biasa bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan (Yahya, 2007). Matlamat kurikulum pendidikan khas adalah sama dengan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat kurikulum pendidikan khas adalah menyediakan perkembangan optimum kepada kanakkanak dengan keperluan pendidikan khas supaya dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, mampu merancang, mengurus kehidupan sendiri, menyedari potensi sendiri dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat. Jamila (1980) menyatakan istilah masalah pembelajaran mula digunakan bagi menggantikan istilah cacat akal. Penggunaan istilah masalah pembelajaran mula diperkenalkan melalui Laporan Warnock (1978) bagi merujuk kanak-kanak berkeperluan khas. Penggunaan istilah ini lebih menjurus kepada yang lebih positif dan mengurangkan keaiban kepada murid-murid ini.

Kategori masalah pembelajaran adalah kategori yang rencam dengan pelbagai jenis kecacatan, termasuk kerencatan akal, cerebral palsy, lewat perkembangan bahasa, masalah emosi dan tingkah laku, keupayaan mental yang rendah, pintar cerdas dan autisme. Pengkaji telah memfokuskan kajian kepada skop yang lebih kecil iaitu masalah pembelajaran autisme. Leo Kanner (1943), ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika Syarikat telah mula mengesan autisme di Pusat Perubatan John Hopkin. Selama beberapa tahun beliau telah menjalankan kajian ke atas sebelas orang kanak-kanak selama beberapa tahun dan didapati kanak-kanak itu mempunyai masalah sosial, sering bersendirian dan berada dalam dunianya sendiri (Razhiyah, 2008). Autisme atau autistik diklasifikasikan sebagai keabnormalan perkembangan neuron yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal, kemampuan komunikasi, pola kesukaan dan pola sikap. Perkataan autis berasal daripada bahasa Yunani auto yang bererti sendiri. Perkataan ini ditujukan kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Kebanyakannya penyakit ini dapat dikenalpasti ketika kanak-kanak berusia tiga tahun namun begitu paling awal penyakit ini boleh dikesan ialah pada umur satu tahun (Dewan Kosmik, 2011). Di Malaysia, autisme sering disalah anggap sebagai penyakit mental. Ini mengakibatkan kanak-kanak ini sering disisihkan oleh masyarakat luar. Berkemungkinan kanak-kanak ini akan ketinggalan dalam pelajaran. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal, namun melalui pendidikan yang sewajarnya mereka boleh memiliki kehidupan yang lebih baik. Namun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah dalam pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui orang ternama yang mengalami masalah yang sama seperti Bill Gates dan Albert Einstein (Dewan Kosmik, 2011). Sindrom autisme telah dikenal pasti di seluruh dunia dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Jumlah kes dilaporkan meningkat setiap tahun. Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah autisme dan statistik menunjukkan kira-kira 47 ribu penduduk negara ini mengalami masalah autisme. Kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan ciri utama kanak-kanak ini ialah mereka gemar bersendirian. Ini menyebabkan mereka tidak mampu bersosial dengan baik. Penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentangan muka dengan orang lain. Mereka hanya menoleh seketika apabila dipanggil dan langsung tidak menyahut. Selain itu mereka juga tidak menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. Kebanyakan daripada mereka tidak suka apabila dipegang. Mereka akan cuba menjauhkan diri daripada kanak-kanak lain yang cuba mendekati untuk bermain bersama-sama. Ciri kognitif yang dapat dilihat pada murid autisme ialah mereka mempunyai tumpuan yang singkat, namun begitu mereka boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara yang mereka minati atau sukai. Rumusannya, autisme merupakan salah satu masalah yang kompleks dan dikategorikan dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kanak-kanak autisme mempunyai masalah dalam memberi tumpuan sama ada ketika berada di dalam dan di luar bilik darjah. Kanak-kanak autisme juga sering dikaitkan dengan masalah kurang bersosial dan sukar untuk difahami akan perasaannya. Peranan pelbagai pihak adalah perlu dalam memahami dan menangani masalah yang dihadapi oleh kanakkanak sebegini agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Pada praktikum kali terakhir, pengkaji diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran matematik bagi murid pendidikan khas kelas Indah dan mata pelajaran bahasa Malaysia bagi kelas Seri. Murid-murid kelas Indah merupakan kelas pertama di antara lapan kelas Pendidikan Khas yang terdapat di sekolah ini. Murid kelas Indah terdiri daripada lapan orang murid. Seramai lima orang murid lembam (slow learner) seorang murid autisme dan seorang murid disleksia ditempatkan di kelas ini. Pengkaji memfokuskan kajian kepada seorang murid autisme yang berada di kelas Indah. Pengkaji mempunyai masalah dalam menerangkan konsep dalam mata pelajaran matematik. Ini kerana murid ini mempunyai tahap tumpuan yang singkat. Pengkaji hanya boleh memberi penerangan dalam masa yang singkat. Namun penerangan yang diberikan tidak diterima sepenuhnya oleh murid tersebut. Apabila pengkaji cuba menerangkan konsep matematik yang diajar secara individu dan mengulanginya secara berulang kali, murid tetap tidak memberikan respon seperti yang dijangka dan

diharapkan. Murid seolah-olah tidak dapat memahami perkara yang diterangkan. Ini berkemungkinan murid tidak dapat memahami konsep yang abstrak. Pengkaji telah menjalankan ujian bagi menilai tahap pemahaman dan pencapaian murid autisme ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Hasil daripada ujian tersebut didapati murid berada dalam gred rendah. Murid ini agak ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Murid-murid yang lain sudah boleh melaksana dan memahami tajuk pengajaran yang diajar oleh pengkaji walaupun adakalanya terdapat beberapa kesalahan kecil. Walaupun ada kesalahan, namun apabila ditanya dan diberi latih tubi murid-murid dapat menjawab soalan tersebut. Pengkaji menyedari jika masalah ini berlanjutan kemungkinan murid ini akan makin ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang jauh ke hadapan. Pengkaji telah mencuba pelbagai teknik dalam menarik tumpuan mereka dalam memahami konsep yang diajarkan. Pengkaji telah menggunakan video berunsurkan subjek Matematik agar murid dapat melihat dan memahami konsep matematik, namun tumpuan yang diberikan hanya sementara. Pengkaji juga telah menggunakan soalan latih tubi yang telah dipelbagaikan dan aktiviti permainan seperti permainan dam ular dan mencari benda tersembunyi agar murid tidak bosan namun perkara yang sama tetap berulang. Rumusannya, dapat dilihat bahawa murid yang dikaji mempunyai masalah yang rumit dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran berbanding rakan-rakannya yang lain. Murid lemah dalam memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang sesuai perlu diaplikasikan kepada murid yang dikaji bagi meningkatkan tumpuan murid agar kemampuan murid dalam pembelajarannya adalah selari dengan rakan-rakan yang lain.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Pendidikan merupakan sesuatu yang dianggap penting pada zaman sekarang iaitu zaman era globalisasi. Pelbagai penemuan dan penyelidikan yang telah dijalankan antara negara memberikan nilai yang besar kepada pembangunan pendidikan di sesebuah negara. Penemuan-penemuan baharu berasaskan penyelidikan di merata dunia menjadikan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam sitem pendidikan adalah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Langkah ini sekaligus dapat melonjakkan kecemerlangan dalam pendidikan negara. Kesedaran akan pentingnya pendidikan dalam era globalisasi ini menjadikan berlakunya pelbagai transformasi dalam kurikulum agar modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan pasaran global dapat dibentuk. Pelbagai konsep pengajaran telah diketengahkan bagi meningkatkan mutu pengajaran dalam mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu, kajian yang dilaksanakan ini adalah amat penting bagi meningkatkan mutu pengajaran dan boleh menjadi panduan kepada semua guru yang sentiasa berusaha dalam mendidik anak bangsa agar dapat seiring arus pemodenan yang dapat kita rasai pada masa kini. 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian Masalah yang dikaji adalah berkaitan masalah dalam memberi tumpuan bagi murid autisme. Murid autisme yang ingin dikaji tidak dapat memberi tumpuan yang panjang dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid ini suka bersendirian dan seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri. Ini menyebabkan masalah dalam menerangkan sesuatu konsep yang abstrak. Pengkaji dapat melihat masalah ini dalam diri murid yang dikaji. Tumpuan yang mereka berikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah singkat. Ini menyukarkan pengkaji dalam memahamkan isi pelajaran yang telah dirancang kepada mereka. Lebih menyukarkan lagi apabila pengkaji perlu memahamkan mereka konsep matematik yang lebih kepada bentuk abstrak. Murid boleh memberi tumpuan dan memahami pada perkara yang mudah. Namun apabila diajarkan kepada perkara yang memerlukan pemikiran yang abstrak, murid mula hilang tumpuan dan guru bermasalah dalam menerangkan tajuk dengan lebih lanjut. Masalah ini dilihat disebabkan

konsep matematik yang susah difahami oleh murid, terutamanya konsep matematik yang melibatkan nombor bulat hingga 1000. Murid sukar dalam memahami sesuatu konsep yang abstrak. Ini dapat dilihat apabila murid dapat mengikuti pelajaran lain, namun dalam pelajaran matematik murid agak lemah. Pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada beberapa orang guru yang mengajar murid ini bagi mata pelajaran yang lain. Hasilnya, didapati murid boleh membaca dan menulis namun masalah yang sama timbul apabila tumpuan yang diberi oleh murid di dalam kelas adalah singkat. Berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan guru-guru yang mengajar murid ini mengalami masalah sama yang dialami oleh pengkaji. Masalah ini amat penting untuk diatasi dengan sebaik mungkin. Jika masalah berlarutan ini tidak diatasi dengan segera ditakuti murid akan lebih ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Selain itu, ia juga akan menyukarkan guru dalam perkembangan tajuk berikutnya. Ini kerana tajuk yang seterusnya turut melibatkan pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera murid akan lebih bermasalah dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang pada masa hadapan. Oleh itu, kaedah multisensori amat sesuai untuk dijalankan bagi menangani masalah murid dalam memberi tumpuan. Murid dapat memahami konsep matematik yang abstrak dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang melibatkan pelbagai deria. Murid dapat mempraktikkan apa yang diajar dengan menggunakan kaedah multisensori. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah multisensori. Kaedah multisensori ini merupakan kaedah pengajaran yang melibatkan lebih daripada satu deria murid. Kebanyakan pengajaran yang dilakukan oleh guru di sekolah lebih kepada deria penglihatan dan pendengaran. Namun hanya menggunakan dua deria ini murid autisme tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah VAKT. VAKT merupakan akronim bagi visual, auditori, kinestetik (pergerakan) dan tektil (sentuhan). Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran. Aktivti utama yang dijalankan ialah aktiviti menambah dengan menggunakan dekak-dekak. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang pengkaji gunakan. Aktiviti tersebut ialah menambah dengan menggunakan bahan maujud (lidi) serta aktiviti naik dan turun tangga mengikut urutan menaik dan menurun. Dengan penggunaan objek untuk diperhati, dipegang, dipasang, diguna, dan dibincangkan pengkaji telah menggalakkan sumber tersebut untuk sesuatu pelajaran. Penggunaan objek seperti bahan realia dan diorama memberikan pengalaman deria yang tidak ternilai kepada murid iaitu murid memperoleh maklumat spesifik mengenai mata pelajaran yang diajar. Diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin agar murid akan lebih bersemangat dalam belajar mata pelajaran Matematik. Selain dapat meningkatkan tumpuan murid, murid juga akan berasa seronok dalam mengikuti pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik serta merangsang pelbagai deria yang ada pada murid. Jelasnya, murid yang dikaji adalah sukar dalam memberikan perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh kesukaran dalam memahami perkara yang abstrak terutamanya dalam memahami konsep matematik . Kaedah multisensori adalah amat sesuai dalam menangani hal ini kerana kaedah ini membabitkan pengaplikasian dan melibatkan deria murid. Sesuatu perkara yang dipraktikkan akan membuatkan murid lebih mudah memahami sesuatu konsep.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa autisme ialah gangguan mental yang muncul pada peringkat kanak-kanak yang menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat.

a mental condition,usu. Present from childhood, characterized by complete self-absorption and a reduce ability to respond to or communicate with the outside world. Sumber: The Oxford Encyclopedic English Dictionary (1991). New York: Oxford University Press

Berdasarkan kamus tersebut, autisme ialah satu keadaan mental iaitu individu tersebut sukar untuk berkomunikasi atau menjalinkan hubungan dengan orang lain. Berdasarkan makna yang diberikan dikatakan bahawa murid autisme mempunyai masalah dalam membentuk hubungan sosial dengan masyarakat sekelilingnya. Judarwanto (2006) menyatakan bahawa kebiasaannya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya atau perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, reaksi tersebut bukan kepada perkara yang ditunjukkan. Menurut Vacca (2007) bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak austitik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Oleh sebab itu, guru perlu mengajar dalam bentuk yang konkrit. Beliau percaya bahawa adalah lebih baik guru menggunakan bahan yang konkrit berbanding bahan yang abstrak. Menurut beliau lagi, beliau menyatakan adalah perlu bagi seorang guru merancang aktiviti yang menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan jurnal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisme memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi lebih kepada bentuk gambar rajah. Ini jelas menunjukkan bahawa seorang murid autisme perlu dirangsang kesemua deria yang ada pada dirinya terutamanya deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan rasa. Supartinah Edja (1995) mengemukakan bahawa semakin banyak benda yang dilihat, didengar, dimanipulasi, dirasa dan dicium, maka akan makin pesat berlangsungnya perkembangan persepsi dan makin banyak pengetahuan yang diperoleh oleh murid. Plan to teach your lessons using a multisensory approach. Say the important ponts, write key ideas on the board or on chart paper, and use concrete objects to teach concepts. When presenting the material, use short, simple sentences and involved the child as much as possible by asking questions and inviting him to touch the objects. Plan on repeating key ideas and develop drill activities or purchase software that will reinforce concept and fact. During the seatwork part of the lesson ensure that the child receives individual attention. Depending on the severity of the autism, you or a teacher aide may provide this one-to-one attention. Sumber: Cheryll Duquette (2001). Students at Risk Solution to Classroom. Markham, Ontario, Canada: Pembroke Publishers

Berdasarkan petikan yang diambil daripada buku Students at Risk Solution to Classroom hasil Duquette (2001) dapat dilihat bahawa kaedah multisensori adalah amat sesuai dilaksanakan bagi murid-murid autisme iaitu murid diberi peluang untuk merasa dan menyentuh objek konkrit bagi memahamkan sesuatu konsep dan fakta di samping guru perlu memberi lebih perhatian kepada murid ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. The IBET (Integrated Behavioral Experiential Teaching) approach is built upon theories related to multisensory instruction, applied behaviour principles, and cognitive processing as they pertain to the remediation of reading, math, and information processing disabilities (Frostig, 1963). These

theories and strategies provide the framework for teaching basic academic skills and for achieving successful learning outcomes for individuals on the autism spectrum. IBET is derived from the study of evidence-based multisensory approaches (e.g Birsh, 2005; Frostig 1963; Strauss & Lethinen, 1947) every component of this new intervention reflects practices that have been documented in the special education literature as effective. Sumber: Dianne Zager, M.L. (2012). Educating Student With Autism Spectrum Disorders. New York: Routledge.

Dianne Zager (2012) dalam bukunya Educating Student With Autism Spectrum Disorders telah membangunkan suatu kaedah baru dalam pengajaran kepada murid-murid autisme. Kaedah yang digunakan ialah kaedah IBET (Integrated Behavioral Experiential Teaching) yang telah menggabungkan teori multisensori, prinsip tingkah laku dan proses kognitif dalam memperoleh hasil pembelajaran yang berjaya. Di dalam buku ini ada disebutkan bahawa kaedah multisensori telah didokumentasikan di dalam literatur pendidikan khas sebagai suatu kaedah yang efektif.

Another sensory feature is hypersensitivity to various stimuli (auditory, tactile, visual and olfactory). Even low-intensity exposures can result in distress, agitation and discomfort. -Dianne Zager(2005)

Perenggan menerangkan tentang pentingnya rangsangan deria murid autisme agar tidak berlakunya masalah lain seperti tekanan, pergolakan dan ketidakselesaan dalam diri murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Rangsangan kepelbagaian deria murid adalah amat membantu agar murid dapat merasai sendiri pengalaman dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Rumusannya, dalam mengajar murid autisme seorang guru perlulah menggunakan bahanbahan bantu mengajar yang melibatkan pelbagai deria murid. Kaedah multisensori merupakan antara kaedah yang sesuai dilaksanakan agar murid dapat meningkatkan pencapaiannya dalam pelajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai objektif dan persoalan utama dalam menjalankan kajian ini. Objektif kajian dan persoalan kajian adalah seperti berikut:

3.1 3.1.1 3.1.2 3.1.3

Objektif Kajian Membolehkan murid autisme memahami dan menguasai konsep matematik yang bersifat abstrak agar murid dapat memberi tumpuan. Meningkatkan tumpuan murid autisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding sebelumnya dengan melibatkan kepelbagaian deria murid. Meningkatkan tahap penguasaan konsep Matematik dalam operasi menambah bagi murid autisme dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang melibatkan pelbagai deria murid.

3.2 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut: 3.2.1 Bagaimanakah murid autisme dapat memahami dan menguasai konsep bersifat abstrak?

matematik

yang

3.2.2 3.2.3

Bagaimanakah kaedah multisensori dapat membantu dalam mengurangkan masalah murid autisme dalam memberi tumpuan? Bagaimanakah murid dapat menguasai konsep matematik setelah kaeda multisensori dilaksanakan?

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seorang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid ini ditempatkan di Kelas Indah yang merupakan kelas pertama di antara lapan buah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid yang dikaji telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah autisme. Murid yang dikaji adalah seorang lelaki berumur 12 tahun. Murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam dan merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik. Kesemua adikberadiknya adalah lelaki. Di dalam keluarganya dikatakan hanya murid seorang mempunyai masalah pembelajaran manakala adik- beradiknya yang lain adalah normal. Guru dapat mengenalpasti masalah murid apabila murid lewat dalam mengikuti pelajaran berbanding rakan-rakan yang lain. Murid ini dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan berada. Ibu bapa murid mempunyai sebuah syarikat guaman yang besar di kawasan Muar. Syarikat yang telah dibentuk juga mempunyai beberapa cawangan yang berada di bawah pentadbiran bapanya. Pengkaji mendapat maklumat daripada guru-guru yang mengajar murid tersebut, didapati bahawa murid mengikuti kelas NASOM pada waktu petang selepas waktu persekolahan. Perbelanjaan kelas tersebut ditanggung oleh kedua ibu bapanya. Pengkaji mendapat maklumat daripada ibu murid yang dikaji bahawa murid ini semakin kurang aktif disebabkan faktor peningkatan berat badan. Namun begitu, apabila berada dirumah ibunya sering memaksa untuk beriadah dan melakukan aktivti di luar rumah seperti berbasikal. Murid dikatakan sering hilang sama ada di rumah mahupun di dalam sekolah. Terdapat dua buah peristiwa yang berlaku yang berkaitan dengan kes kehilangan murid. Pertama sekali ialah ketika di rumah, murid memberi alasan untuk tidak mahu ke kelas NASOM pada waktu petang. Oleh itu, murid telah melarikan diri daripada pembantu rumah yang menguruskan urusan murid ini untuk ke kelas. Setelah dicari murid tidak dijumpai dan akhirnya dijumpai di rumah emak saudaranya yang berdekatan dengan rumah murid tersebut. Peristiwa kedua ialah ketika berada di sekolah. Semua murid telah mula beransur pulang pada waktu itu, pak cik murid yang dipanggil Pak Cik Joe datang untuk menjemput murid seperti biasa. Namun murid tidak menunggu di tempat seperti biasa. Guru kelas murid mula mencari murid tersebut di semua tempat namun tidak dijumpai dan akhirnya, pengkaji telah menjumpai murid keluar daripada kelas murid itu sendiri dimana semua pintu dan tingkap kelas telah ditutup rapat. Apabila ditanya apa yang murid lakukan di dalam kelas. Murid menjawab, tertidur. Rumusannya, murid dilihat kurang berminat dalam pembelajaran. Ini adalah berdasarkan kes yang telah diceritakan oleh ibunya dan kes yang berlaku disekolah. Murid mempunyai masalah dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sama ada di sekolah mahupun di kelas NASOM. Kaedah yang sesuai adalah perlu agar murid dapat menjalani pembelajaran dengan lebih berjaya dan berkesan. Perkara ini adalah perlu agar murid dapat menambahkan minat dalam pembelajaran dan seterusnya tahap tumpuan murid dapat ditingkatkan.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki masalah yang dikenal pasti hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan dalam mengurangkan masalah yang dihadapi: 5.1 Aktiviti Naik dan Turun Tangga Aktiviti ini dijalankan sebagai permulaan dalam menarik tumpuan. Deria pergerakan, lihat dan dengar murid dilibatkan dalam aktiviti ini. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memahamkan murid bagi tertib menaik dan menurun. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui nilai besar dan kecil bagi

sesuatu nombor Aktiviti ini memerlukan murid untuk naik dan turun tangga mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini memerlukan murid memberi perhatian dengan baik kerana aktiviti ini memerlukan murid memijak anak tangga seperti arahan yang diberikan oleh pengkaji. Pengkaji akan melekatkan kad nombor bermula dengan nilai nombor yang kecil ke nilai nombor yang besar, dari bawah ke atas agar murid lebih memahami arahan yang diberikan oleh pengkaji. Hasil daripada aktiviti ini, murid dapat mengetahui nilai besar dan kecil bagi sesuatu nombor. Aktiviti naik dan turun tangga ini memudahkan pengkaji dalam menerangkan nilai sesuatu nombor yang berbentuk abstrak. Murid akan lebih mudah dalam memahami konsep ini disamping deria murid turut dirangsang dan menjadikan murid lebih memberi perhatian. Setelah murid dapat menguasai kemahiran ini, guru masuk ke aktiviti seterusnya. 5.2 Mengira Menggunakan Bahan Maujud (Lidi) Setelah murid dapat menguasai kemahiran asas tertib menaik dan menurun serta nilai nombor, guru mula memasuki kemahiran menambah. Pengkaji menggunakan bahan maujud iaitu lidi agar murid dapat merasai dan melihat konsep penambahan yang betul. Dalam langkah atau tindakan kedua ini murid telah mula dilibatkan dengan aktif agar tumpuan murid hanya kepada mencongak menggunakan lidi yang telah disediakan. Dalam aktiviti ini deria lihat, dengar dan sentuhan murid dilibatkan. Aktiviti ini memerlukan murid menjawab soalan yang telah disediakan dengan menggunakan bahan maujud. Murid diberi masa yang banyak untuk berdikari dalam melaksanakan sendiri aktiviti ini tanpa bantuan guru. Namun ada ketikanya pengkaji memberi bantuan kepada murid kerana aktiviti ini memerlukan aplikasi dan cara pengiraan yang betul oleh murid. 5.3 Mengira Menggunakan Dekak-Dekak Aktivti ini merupakan langkah atau tindakan terakhir dan utama yang pengkaji ambil dalam mencuri tumpuan murid autisme ini agar dapat memahami dan menguasai konsep menambah yang diajari. Aktiviti ini melibatkan keempat-empat deria iaitu deria lihat, dengar, sentuhan dan pergerakan. Tumpuan murid akan dilihat melalui pemahaman murid dalam penerangan yang diberikan oleh guru dalam menjalankan ketiga-tiga aktiviti. Pada peringkat aktiviti ini data dikumpul untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan daya tumpuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Pengkaji akan menilai sama ada murid dapat memahami konsep menambah yang berbentuk abstrak dengan mengaplikasikan kaedah multisensori. Rumusannya, ketiga-tiga tindakan yang dijalankan adalah bertujuan dalam merangsang deria yang ada pada murid dalam meningkatkan tumpuan murid tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pertama dan kedua merupakan aktiviti sampingan dan sebagai permulaan dalam mengaplikasikan kaedah multisensori dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti mengira menggunakan dekak-dekak merupakan aktiviti utama dan dijadikan penanda aras akan keberkesanan penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan tahap tumpuan murid.

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

Terdapat dua cara digunakan oleh pengkaji dalam mengumpul data kajian. Cara yang pertama ialah soal selidik dan yang keduanya ialah pemerhatian. Soal selidik telah dijalankan kepada tujuh orang guru manakala pemerhatian adalah dibuat kepada murid yang dikaji. Huraian cara pengumpulan data adalah seperti berikut: 6.1 Soal Selidik Pengkaji menjalankan soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran di kelas Indah bagi membuktikan bahawa murid autisme ini mempunyai tahap tumpuan yang singkat berbanding rakan-rakannya yang lain. Soal selidik telah dibangunkan berdasarkan aspek-aspek yang penting berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran murid autisme ketika guru-guru tersebut mengajar.

Selain itu soal selidik ini juga digunakan bagi menilai aspek kelemahan dan kekuatan yang ada pada murid autisme yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. 6.2 Pemerhatian Kaedah kedua yang digunakan ialah membuat pemerhatian. Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian sebelum dan semasa kaedah multisensori ini diaplikasikan. Pengkaji telah menyenaraikan item-item yang perlu diperhatikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji telah meminta rakan guru pelatih untuk merekodkan data-data yang perlu dikutip pada borang penilaian yang telah disediakan oleh pengkaji ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Rubrik penilaian turut dilampirkan bersama agar pemarkahan yang dibuat adalah menepati seperti yang dikehendaki (Lampiran B). Rumusannya, kaedah yang digunakan dalam mengumpul data adalah sangat penting agar kajian yang dijalankan dapat dibuktikan dengan baik. Soal selidik dan kaedah pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji adalah bersesuaian dalam mengumpul data yang dikehendaki.

7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Maklumat atau data yang telah dikumpul oleh pengkaji dianalisis dan dinterpretasikan. Berikut merupakan hasil analisis dan interpretasi data yang telah dilaksanakan: 7.1 Soal Selidik Pengkaji telah menggunakan soal selidik yang telah dibangunkan khusus bagi mengumpul maklumat berkaitan tumpuan murid autisme semasa pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu bahagian demografi responden pada Bahagian A, bahagian pengetahuan responden mengenai autisme pada Bahagian B, bahagian pengalaman responden mengajar murid autisme pada Bahagian C dan bahagian pendapat responden pada Bahagian D.(Lampiran A) Borang soal selidik yang lengkap boleh dilihat pada Lampiran A. Responden kajian adalah terdiri daripada tujuh orang guru PPKI yang berkhidmat di sekolah dimana murid yang dikaji ditempatkan. Berikut merupakan analisis dapatan yang diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan.

Bahagian A: Demografi Responden Berikut merupakan data bagi demografi responden mengikut item-item yang telah ditetapkan. Itemitem yang terdapat pada bahagian demografi responden ialah item jantina, pengalaman mengajar dan kelayakan akademik. Jadual 1: Item Jantina Item Jantina Lelaki 0 Perempuan 7

Jadual 2 : Item Pengalaman Mengajar Item Pengalaman mengajar 1-5 tahun 5 6-10 tahun 1 11-15 tahun 0 16 tahun dan ke atas 1

Jadual 3 : Item Kelayakan Akademik Item Kelayakan akademik Siswazah 7 Bukan Siswazah 0

Bahagian B : Pengetahuan Responden Bahagian ini mengandungi lima item iaitu pengetahuan responden mengenai pengkhususan responden dalam bidang pendidikan, pengetahuan responden mengenai ciri-ciri murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, serta mengenali ciri-ciri murid autisme dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid ini. Responden diminta untuk menandakan Ya atau Tidak pada petak yang telah disediakan. Jadual 4: Bahagian Pengetahuan Responden Item 1 2 3 4 5 Bilangan responden yang menjawab Ya 7 7 7 7 7 Bilangan responden yang menjawab Tidak 0 0 0 0 0

Berdasarkan analisis pada Bahagian B dapat dilihat bahawa responden mempunyai bidang pengkhususan dalam bidang Pendidikan Khas Responden juga mengakui mempunyai pengalaman dalam mengajar murid yang mempunyai masalah autisme dan mengenali ciri-ciri dan tingkah laku murid autisme yang terdapat di sekolah kajian.

Bahagian C : Pengalaman Responden Bahagian ini mengandungi tujuh item dimana setiap item telah dinyatakan pernyataan yang perlu dijawab oleh responden. Item yang dibina difikirkan sesuai oleh pengkaji agar dapat mengutip data dalam mengenal pasti pengalaman responden dalam mengajar murid autisme. Terdapat beberapa elemen yang dipersoalkan dalam bahagian ini. Antaranya ialah penglibatan, tahap tumpuan dan pelaksanaan tugasan oleh murid autisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada item ini, responden dikehendaki untuk menandakan pada petak Ya atau Tidak bagi menjawab perkara yang disebutkan pada item yang terdapat di borang soal selidik. Jadual 5 : Bahagian Pengalaman Responden Item 6 7 8 9 10 11 12 Bilangan responden yang menjawab Ya 7 6 7 6 6 7 6 Bilangan responden yang menjawab Tidak 0 1 0 1 1 0 1

Berdasarkan dapatan hasil daripada soal selidik yang dilaksanakan , dapat diintepretasikan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah kajian turut mempunyai pendapat yang sama dengan pengkaji bahawa murid autisme mempunyai tahap tumpuan yang rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Ini adalah berdasarkan bilangan responden yang tinggi mengatakan Ya pada Bahagian C iaitu Bahagian Pengalaman Responden terutamanya pada item lapan dan sebelas. Dapat dinyatakan disini bahawa murid autisme mempunyai masalah dalam memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian D : Pendapat Responden Bahagian yang terakhir sekali ialah Bahagian D iaitu bahagian pendapat responden. Pengkaji telah menggunakan soalan terbuka kepada responden agar dapat memberikan cadangan dan mereflek kaedah yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah tumpuan murid autisme. Antara cadangan yang diberikan oleh responden ialah mempelbagaikan aktiviti, penggunaan multimedia dan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta merangsang minat murid dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti. Rumusannya, kaedah multisensori yang digunakan oleh pengkaji adalah amat bersesuaian untuk menangani masalah tumpuan murid. Ini kerana kaedah multisensori merupakan kaedah yang memerlukan rangsangan deria oleh murid. Penggunaan multimedia dan bahan maujud merupakan sesuatu yang tergolong dalam aktiviti yang dapat merangsang deria murid sama ada daripada segi audio-visual mahupun deria sentuhan. Dapat dilihat bahawa kaedah multisensori ini adalah amat sesuai dilaksanakan agar masalah tumpuan murid autisme dapat diatasi.

7.2 Pemerhatian Analisis data dilakukan dengan menentukan skor penilaian tahap tumpuan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik sepanjang tempoh kajian dijalankan. Pengkaji telah memberi skor penilaian pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala 0 hingga 10 pada setiap aspek penilaian yang ditentukan. Setelah itu, pengkaji mengumpul jumlah skor yang telah diperolehi tersebut berdasarkan skor maksimum penilaian berjumlah 50 mengikut hari. Rubrik penilaian tahap tumpuan murid boleh dilihat pada Lampiran B. Berikut merupakan butiran rumusan jumlah skor dan kekerapan tumpuan yang telah ditentukan. Jadual 6 : Rumusan Skor Penilaian Tahap Tumpuan JUMLAH SKOR 41-50 RUMUSAN PENILAIAN Memberikan tumpuan yang sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam jangka masa tertentu. Memberikan tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam situasi tertentu dan dalam jangka masa tertentu Kurang memberikan tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tetapi boleh memberikan tumpuan dalam situasi tertentu Sangat kurang memberikan tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan sering melakukan aktiviti lain Tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

31-40

21-30

11-20

1-10

Pengkaji telah merekodkan data bagi penilaian tahap tumpuan murid selama seminggu bagi tanpa penggunaan Kaedah Multisensori (pra) dan kemudiannya seminggu lagi dengan penggunaan Kaedah Multisensori (pasca). Pada penilaian tahap tumpuan murid bagi penggunaan Kaedah Multisensori (pasca), pengkaji telah menggunakan aktivti mengira menggunakan dekak-dekak sebagai tindakan utama dalam membuat kajian dan sebagai penanda aras keberkesanan kaedah yang digunakan. Contoh borang penilaian tahap tumpuan murid pra dan pasca dapat dilihat pada Lampiran C dan D. Berikut merupakan jadual bagi penilaian tahap tumpuan murid tanpa dan dengan penggunaan kaedah multisesnsori.

Jadual 7 : Penilaian Tahap Tumpuan Murid Hari Tanpa Penggunaan Kaedah Multisensori Jumlah Skor Peratus (%) N=50 14 12 17 14 28 24 34 28 Penggunaan Kaedah Multisensori Jumlah Skor N=50 28 29 29 34 Peratus (%) 56 58 58 68

Isnin Selasa Khamis Jumaat

Pengkaji merumuskan penilaian tumpuan murid secara purata bagi jumlah skor tanpa penggunaan kaedah multisensori dan dengan penggunaan kaedah multisensori. Purata keseluruhan penilaian tahap tumpuan murid dapat dilihat pada Jadual 8.

Jadual 8 : Purata Keseluruhan Tahap Tumpuan Murid Tanpa Penggunaan Kaedah Multisensori 14.25 Penggunaan Kaedah Multisensori 30

Purata Tahap Tumpuan Murid

30 25 20 15 10 5 0 Tanpa Penggunaan kaedah multisensori Penggunaan Kaedah Multisensori

Rajah 1: Graf Purata Tahap Tumpuan Murid

Berdasarkan Jadual 8, terdapat perbezaan antara purata kekerapan tumpuan murid dengan penggunaan kaedah multisensori dan tanpa penggunaan kaedah multisensori. Purata kekerapan tumpuan tanpa rawatan adalah sebanyak 14.25 manakala selepas rawatan diberikan adalah 30. Merujuk pada Rajah 1, jelas membuktikan bahawa terdapat peningkatan dalam tahap tumpuan murid semasa penggunaan kaedah multisensori dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa murid dapat memberikan tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam situasi tertentu dalam jangka masa tertentu semasa penggunaan kaedah mulrisensori berbanding semasa pengajaran dan pembelajaran tanpa penggunaan kaedah multisensori iaitu murid sangat kurang memberikan tumpuan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN Merujuk kepada hasil analisis data kajian, dapat dibuktikan bahawa murid autisme mempunyai masalah dalam memberi tumpuan di dalam kelas. Ini diakui oleh guru-guru yang telah mengikuti soal selidik yang dijalankan. Murid autisme adalah amat pasif jika guru tidak memainkan peranan yang penting dalam membantu mereka agar lebih aktif dalam menjalankan aktiviti-aktivti yang telah dirancang oleh guru. Murid autisme juga memerlukan bahan bantu mengajar yang mengaplikasikan kaedah multisensori iaitu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan sebanyak mungkin deria yang ada pada murid. Ini adalah bagi menjawab persoalan pertama kajian. Soal selidik yang telah ditadbir membuktikan bahawa murid adalah amat sukar dalam memahami sesuatu konsep yang abstrak. Melalui penggunaan kaedah multisensori murid akan lebih mudah dalam memahami konsep yang abstrak dan sukar ditafsir. Berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dilaksanakan dapat dilihat bahawa tindak balas murid terhadap penggunaan kaedah multisensori dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat memberangsangkan. Kaedah multisensori dapat membantu dalam meningkatkan tahap tumpuan murid seperti yang terdapat dalam persoalan kedua kajian ini. Kaedah rawatan yang melibatkan elemen deria murid membantu murid dalam mengaplikasikan dan memahami sesuatu konsep dengan

lebih baik. Murid lebih berminat dan ini sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan tahap tumpuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menjawab persoalan kajian ketiga, penggunaan kaedah multisensori telah membantu murid agar dapat menyelesaikan soalan Matematik yang diberikan kepadanya. Hasil daripada peningkatan tumpuan murid dalam pembelajaran, murid sudah mula memahami konsep dengan mudah dan seterusnya murid dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan sebaik mungkin. Memberi tumpuan merupakan satu aspek yang penting ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Ini kerana melalui perhatian dan tumpuan yang diberikan murid dapat memahami sesuatu konsep dengan baik. Selain itu tumpuan juga amat penting ketika berbual bersama rakan sebaya mahupun guru. Tanpa kemahiran memberi tumpuan yang baik, murid akan ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya membangkitkan masalah lain yang lebih serius. Adalah diharapkan dengan penggunaan kaedah multisensori ini murid pendidikan khas terutamanya murid autisme dapat memberi tumpuan dengan lebih baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah selaras dengan Misi Pendidikan Khas iaitu menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan kaedah multisensori dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu tiket yang boleh dijadikan penentu kecemerlangan dan kejayaan seseorang murid. Ia juga bukan sebuah jawapan bagi menjawab persoalan bagi menangani masalah yang sering dihadapi oleh murid. Kaedah multisensori juga tidak mungkin satu-satunya kaedah yang boleh dijadikan rawatan dalam masalah tumpuan murid. Namun kaedah ini dapat dijadikan panduan, pedoman dan iktibar kepada guru-guru sebagai penjana tranformasi pendidikan ke arah yang lebih baik dan berkesan. Berikut adalah beberapa cadangan kajian lain bagi membantu meningkatkan lagi tumpuan murid autisme dan kanak-kanak berkeperluan khas yang lain. a) b) c) Penggunaan multimedia bercorak interaktif dalam meningkatkan tumpuan murid pendidikan khas. Pemberian ganjaran dan token ekonomi dapat meningkatkan kadar tumpuan murid, dan Meningkatkan tumpuan murid autisme dengan menggunakan terapi seni

Kesimpulannya, penggunaan kaedah multisensori merupakan satu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan tahap tumpuan murid autisme. Namun kaedah ini bukan lah satu-satunya kaedah yang boleh digunakan. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh digunakan dalam menangani masalah tumpuan ini. Masalah memberi tumpuan adalah masalah yang rumit dan perlu dipulihkan dengan segera agar murid tidak ketinggalan dalam pengajaran. Guru memainkan peranan yang tinggi dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan kondusif selain kaedah pengajaran yang sesuai agar murid sentiasa tertarik untuk belajar. Akhir kata, setiap kebaikan dan kelemahan yang ada pada diri murid haruslah diambil berat oleh guru. Ini kerana setiap murid yang diajari mempunyai potensi yang tersendiri. Seorang guru haruslah mencorakkan diri murid yang putih bersih kearah potensi kendiri yang lebih baik.

10.0

SENARAI RUJUKAN Sultan Canada:

Abbas, K. b. (2006). Media dalam Pendidikan. Perak Darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Idris. Cheryll Duquette (2001). Students at Risk Solution to Classroom. Markham, Pembroke Publishers Ontario,

Choong Lean Keow (2011). Asas Penyelidikan Tindakan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Chua Yan Piaw (2011). Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn. Bhd Dianne Zager (2005). Third Edition, Autism Spectrum Disorders. Identification, Education Treatment. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. Dianne Zager, M.L. (2012). Educating Student With Autism Spectrum Disorders. New Routledge. Jamila K.A. Mohamed (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Pahang Makmur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Judarwanto, W. (2006). Pencegahan Autis Pada Anak. Diakses pada 10 Mac, Wide Web : htpp://www.alergianak.bravehost.com 2012 dari and York: Darul World

K.A Razhiyah (2008). Apa itu Autisme?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Maman Abdurahman, D. S. (n.d.). Penerapan pendekatan Multisensori untuk meningkatkan pemahaman makna kata pada anak austik. Jurnal Pendidikan. Mazira Mohamad Ghazali (2011), Kanak-Kanak Autisme Bukan Bodoh : Dewan Kosmik The Oxford Encyclopedic English Disctionary (1991). New York: Oxford University Vacca, J. S. (2007). Autistic Children Can Be Taught To Read. International Education, 54-61. Press

Journal Of Special

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Você também pode gostar