Você está na página 1de 11

KAEDAH SACMAP DALAM MENSTRUKTUR KONSEP SAINS MURID TAHUN 4 Sangkeri A/P Gannasen INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

SULTAN ABDUL HALIM ABSTRAK Penyelidikan Tindakan ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah kaedah SACMAP (singing, action, colour mapping) dapat menstruktur konsep dan pengetahuan asas sains murid tahun 4. Pelajar tahu 4 didapati sukar menerima fakta dan menstruktur konsep baru yang diajar dalam matapelajaran Sains.Responden yang diberikan keutamaan dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid yang mendapat markah rendah dalam ujian bulan Mac dan dalam lembaran kerja yang diberikan. Data dikumpulkan melalui lembaran kerja,soal selidik, ujian pra dan pasca, pemerhatian tidak berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai 15 responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Terdapat 5 responden menunjukkan jumlah peningkatan markah yang tinggi. Melalui temu bual, senarai semak dan soal selidik, responden didapati suka dan minat dalam pembelajaran Sains mereka berasa mudah dan cepat untuk memahami konsep-konsep sains melalui kaedah SACMAP. Mereka didapati aktif dan menantikan matapelajaran Sains supaya dapat belajar sambil bernyanyi dan bermain. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah SACMAP sangat berkesan dalam menstruktur konsep dan pengetahuan asas murid. Kajian ini dapat diaplikasikan kepada murid sekolah rendah bermula daripada tahun 1. Kaedah nyanyian pula dapat dipertingkatkan lagi dengan merekod dan menjadikannya satu lagu video dengan gambar-gambar animasi tertentu. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya telah berdepan dengan pelbagai masalah dari segi pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa berada di sekolah semasa praktikum selama 3 bulan. Masalah pembelajaran utama yang saya mendapati adalah murid-murid tahun 4 mengalami masalah dalam menstruktur konsep sains yang dipelajari. Mereka merungut terdapat banyak konsep yang hatus diingati dan sukar memahaminya. Murid-murid tersebut memberikan kepentingan kepada konsep-konsep harus diingati tetapi tidak fokus kepada pemahaman. Jika mereka memahami sesuatu konsep, mereka tidak perlu memaksa diri untuk mengingati sesuatu. Pemahaman yang mendalam dapat membolehkan mereka mengingati semua yang dipelajari. Saya mengalami masalah dimana untuk memboleh kan pemahaman murid ditingkatkan, saya perlu membantu murid menstruktur konsep yang dipelajari dengan berkesan. Sebagai contohnya, terdapat banyak konsep yang harus diingati oleh murid dalam topik perlindungan haiwan dan tumbuhan. Saya dapat menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang hidup kepada murid-murid supaya mereka mendapat peluang untuk menyentuh, merasa dan melihat ciri-ciri perlindungannya secara realiti. Tetapi, untuk topik perlindungan haiwan, saya tidak dapat menunjukkan mereka semua ciri-ciri secara realiti. Saya telah hanya menunjukkan mereka video, patung haiwan dan sebagainya. Kebanyakan mereka suka belajar sesuatu yang baharu dan melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang saya berikan. Selain itu, pada akhir pengajaran, dalam fasa refleksi saya telah memberikan peta konsep untuk diisikan. Hanya sebahagian kecil murid yang telah mampu mengisi peta konsep secara kesuruhannya. Sebahagian besar murid cuba meniru hasil kawan-kawan dan sebahagian daripada mereka meninggalkan peta konsep secara kosong tanpa diisi apa-apa. Semasa sesi pengajaran, mereka kelihatan sangat aktif dan suka membuat aktiviti. Mereka juga mampu menjawab soalan-soalan yang diutarakan sewaktu membuat aktiviti. Tetapi, pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, dalam fasa refleksi, mereka tidak dapat melengkapkan peta minda yang diberi dan tidak dapat menyatakan apa yang dipelajari secara lisan apabila ditanya. Saya sedar yang saya harus membuat sesuatu untuk membaiki kelemahan pengajaran saya. Tunjang utama pemahaman setiap murid adalah pengajaran guru yang mendorong mereka untuk membina pengetahuan yang bermakna.

Saya telah meninjau masalah yang wujud ini dengan menggunakan instrumen-instrumen seperti, senarai semak pemerhatian tidak berstruktur, soal selidik, ujian dan lembaran kerja. Seramai 10 orang murid daripada 15 murid yang dikaji berada di peringkat lemah dalam ujian yang diberikan. Selain itu, sebanyak 15 orang murid daripada 20 orang murid yang dikaji telah mendapat markah dalam lingkungan 0-9 dalam lembaran kerja yang diberikan. Apabila soal selidik diberikan, sebanya 60% murid menyatakan mereka tidak memahami tajuk yang diajar saya. Mengikut Noraini (2003), iringan irama lagu rentak dapat menguatkan daya ingatan kerana ia dapat meningkatkan minat dan mendorong penumpuan. Maka saya mendapati bahawa, kaedah nyanyian dan gerakan merupakan satu kaedah yang bertepatan untuk murid-murid menumpukan perhatian dalam aktiviti pembelajaran dan ini akan membawa kepada pemahaman yang mendalam. Saya percaya kognitif murid akan dipengaruhi dengan positif dan kebolehan minda dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dan gerakan dalam sains. Kaedah peta minda pula dapat memberikan murid pengetahuan yang bermakna. Murid-murid dapat membezakan pengetahuan yang bermakna dan pengetahuan yang tidak diperlukan. Menurut Azura (2008), mengatakan bahawa peta minda yang menggunakan pelbagai warna dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan memudahkan mereka menginggati sesuatu konsep hanya dengan melihat warna yang digunakan. Penggunaan warna personal semasa membuat nota dapat membantu mereka membezakan segala maklumat yang diketahui. Hermann (1991), pula menyatakan bahawa integrasi muzik dengan matapelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan kanan. Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbaza. Bahagian otak kiri manuasia menguasai kebolehan seperti bahasa, matematik, logik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai kebolehan berunsur muzik, imaginasi, warna dan sebagainya. Banyak kajian telah berjaya membuktikan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua-dua otak kiri dan kanan berfungsi sama rata. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan antara otak kiri (konsep sains) dan otak kanan (nyanyian, gerakan, warna) dapat menghasilkan suatu pembelajaran yang bermakna. 2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk menstruktur konsep sains murid tahun 4 menggunakan kaedah SACMAP. Murid-murid tidak dapat melengkapkan peta minda yang diberikan pada akhir fasa refleksi dan tidak dapat menyatakan hasil pembelajaran walaupun pada awal permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka kelihatan sangat aktif dan mampu menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Mereka juga tidak mampu mentafsirkan maklumat yang didapati dalam bentuk peta minda. Akar tunjang masalah ini ialah kelemahan atau kesukaran yang murid hadapi untuk menstruktur konsep dan pengetahuan asas dalam topik tersebut. Kajian ini berfokuskan pada kaedah nyanyian bersama gerakan dan peta konsep berwarna. Kaedah ini dipilih kerana sesuai dengan umur murid-murid dan membantu mereka memahami setiap konsep dalam sains. Tinjauan Literatur Teori Kecerdasan Pelbagai yang diutarakan oleh Gardner (1983) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai pelbagai kecerdasan yang dimanifestasi pada tahap yang berbeza-beza. Terdapat 9 jenis kecerdasan kognitif yang pelbagai telah diutarakan oleh Howard Garrner. Kinestatik, verbal dan muzik adalah 3 jenis kecerdasan yang termasuk dalam teori Kecerdasan pelbagai. Sepanjang kajiannya, Bousquet (1982), menyatakan bahawa aktiviti pembelajaran secara peta konsep yang berdasarkan Teori Pembelajaran bermakna oleh Ausubel (1969) mestilah melibatkan pelajar di dalam beberapa aspek yang penting. Murid-murid mestilah mahir mengenalpasti konsep di dalam bahan pembelajaran yang dipelajari. Selain itu, pelajar juga harus diajar cara untuk mengubah atau mengenalpasti konsep umum dan spesifik. Dengan itu, perhubungan yang bermakna dapat diantara konsep-konsep dan murid-murid juga akan dapat menstruktur idea baharu mengunakan perhubungan bermakna diantara konsep-konsep baru dengan konsep-konsep yang mereka telah ketahui. Menurut Siti Zaitun (2005) aktiviti muzikal dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran ruang mereka yang begitu penting untuk membantu pemahaman kanak-kanak dalam mata pelajaran matematik dan sains. Kanak-kanak juga mudah mengingati sesuatu

konsep atau boleh berfikir secara abstrak melalui aktiviti nyanyian. Hj. Ab. Fatah (1990), mengatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Murid-murid lebih suka belajar dalam keadaan kelas yang ceria dan seronok. Mereka mampu menyerap pengajaran yang diberikan sambil bermain dan lebih menyukainya berbanding dengan pengajaran bersifat traditional. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menstruktur konsep Sains murid tahun 4 dan seterusnya meningkatkan kebolehan mereka memahami fakta yang dipelajari demi mencapai keputusan cemerlang serta mempunyai kebolehan mengaplikasikan fakta yang dipelajari terhadap situasi situasi tertentu. Objektif Specifik Secara khususnya, kajian yang dijalankan dapat : i. Mengkaji penggunaan kaedah SACMAP dalam menstrukturkan konsep sains murid. 4.0 i. 5.0 SOALAN KAJIAN Adakah kaedah SACMAP dapat menstruktur konsep sains murid? KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 15 orang murid tahun 4 yang berpencapaian rendah. Mereka terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Keputusan untuk mengambil mereka sebagai kumpulan sasaran adalah hasil daripada analisis tinjauan, analisis lembaran kerja, pemerhatian berstruktur dan hasil maklum balas soal selidik. 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Refleksi Tindakan Intervensi: Murid-murid begitu beria-ria untuk benyanyi dan menari. Pergerakan murid dan riak muka mereka menunjukkan mereka sangat suka untuk bernyanyi dan menari. Terdapat murid-murid yang melompatlompat dan berpegangan tangan dengan kawan-kawan. Mereka tersenyum lebar dan ingin bernyanyi berulanag-ulang kali. Murid-murid berasa seronok dan menunjukkan saya pelbagai pergerakan yang mereka boleh buat sambil bernyanyi. Kaedah ini meyakinkan saya bahawa ia berkesan semasa saya mengambil video untuk menganalisisnya. Sepanjang aktiviti peta konsep dijalankan, murid-murid yang lemah dan sederhana telah memberikan sumbangan dan ingin menulis menggunakan pen magik yang diberikan. Akhirnya, walaupun terdapat kesalahan ejaan yang banyak, namun mereka dapat menyatakan dan menulis haiwan dan cara perlindungan.

Rajah 6.2: Kitaran Proses penyelidikan saya menggunakan kaedah SACMAP mengikut Kurt lewin. Kitaran Proses Penyelidikan Mengenalpasti amalan : Saya telah membuat tinjauan analisis masalah menggunakan Lembaran kerja, ujian, soal selidik dan senarai semak permarhatian tidak berstruktur. Tinjauan terhadap masalah yang dihadapi murid jelas dan sah bahawa mereka menghadapi masalah dalam menstruktur konsep dan pengetahuan asas sains. Perancangan Pelaksanaan Tindakan : Saya telah merujuk kepada pernyataan beberapa tokoh dan memahami bahawa murid-murid harus belajar dalam keadaan seronok yang dapat membantu mereka melibatkan diri dalam pelajaran sambil bermain. Oleh itu, saya telah bercadang untuk memperkenalkan teknik SACMAP untuk menstruktur konsep dan pengetahuan asas sains murid tahun 4. Saya percaya kaedah ini dapat membantu murid-murid untuk memahami serta mengingati konsep-konsep yang dipelajari bukan sahaja dalam topik perlindungan haiwan tetapi dalam semua topik yang dipelajari. Kaedah SACMAP (Singing, Action, Mapping) adalah kombinasi tiga strategi iaitu nyanyian, aksi dan peta konsep berwarna. Pelaksanaan Aktiviti : SACMAP bermaksud Singging, Action and Colour Mapping iaitu nyanyian, aksi dan peta konsep berwarna. Murid-murid akan menyanyi lagu yang diajar dalam kumpulan. Mereka akan mereka aksi setiap haiwan dalam lagu tersebut dan membuatnya sambil menyanyi. Selepas itu, murid-murid akan membuat peta konsep berwarna secara kumpulan dalam kertas putih yang diberikan. Murid-murid akan diberikan pen magik untuk membuat peta konsep. Kemudian, murid-murid akan menyanyikan lagu tersebut sekali lagi dan menyemak peta konsep yang dibina mereka. Ulangan penggunaan kaedah SACMAP dilakukan untuk subtopik yang kedua bagi topik perlindungan haiwan. Aktiviti 1 : Nyanyian dan Aksi (Lampiran 5,6) Dalam fasa penstrukturan semula idea, saya telah memperkenalkan murid-murid kepada lagu (Lampiran 5 dan 6) yang berkaitan dengan perlindungan haiwan (2 subtopik). Saya telah memasukkan semua jenis perlindungan serta contoh haiwan dalam lagu tersebut dan menyanyi untuk murid-murid. Kemudian, murid-murid akan bernyanyi bersama saya dan akhirnya mereka akan bernyanyi sendiri dengan membuat gerakan seperti haiwan - haiwan. Murid-murid akan memberi idea mereka tentang bagaimana boleh membuat gerakan seperti haiwan-haiwan tersebut sambil menyanyi. Semua murid menyanyi dengan baik. Tindakan saya berjaya menarik perhatian murid-murid terhadap Matapelajaran Sains. Aktiviti 1 : Peta Konsep Berwarna Murid-murid digalakkan untuk berfikir sendiri dan mencatat setiap jenis perlindungan dan contoh haiwan serta yang dipelajari. Saya telah membantu murid-murid menyemak maklumat yang dicatat satu demi satu menggunakan lagu yang dinyanyikan mereka sendiri sekali lagi selepas membuat peta konsep berwarna. Keadaan ini akan memantapkan lagi pemahaman mereka selain meletakkan diri mereka dalam pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Ulangan dilakukan untuk subtopik seterusnya dalam topik perlindungan haiwan. Walaupun terdapat fakta yang salah ditulis, kesemua murid dalam kumpulan sasaran saya melakar peta tersebut. Mereka gembira menggunakan pen berwarna-warni. Ulangan kaedah peta konsep diadakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan senarai semak telah dibuat keatas rakaman video semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah intervensi. Rakaman video telah memberikan saya banyak maklumat tentang tindakbalas murid terhadap kaedah SACMAP. Rakaman video dibuat semasa murid-murid membuat peta konsep berwarna juga. Selain itu, lembaran kerja dalam bentuk peta konsep yang dilengkapkan mereka dalam fasa refleksi digunakan sebagai satu instrumen pengumpulan data. Dalam peta konsep tersebut, mereka dikehendaki memberikan 6 jenis ciri-ciri perlindungan haiwan daripada bahaya dan musuh serta harus memberikan satu contoh haiwan untuk setiap ciri. Jika murid-murid dapat melengkapkannya tanpa sebarang bantuan daripada kawan-kawan atau guru,

mereka dianggap telah mahir dalam topik tersebut serta tindakan intervensi saya akan dikira berjaya. Apabila lembaran kerja diberikan setelah kaedah SACMAP diaplikasikan, murid-murid dengan segera melengkapkannya tanpa membuang masa. Terdapat murid yang melengkapkannya kurang daripada 5 minit. Semua murid dapat melengkapkan semua kotak yang disediakan dalam peta konsep tersebut. Walaupun terdapat murid-murid yang tidak dapat mengeja perkataan dengan betul, jawapan mereka masih betul. Keseluruhannya, 66.7% murid telah berjaya mendapat markah dalam lingkungan 81-100. Mereka dapat mengisi semua kotak yang disediakan dengan maklumat yang berkaitan dengan betul. Tiada murid yang mendapat markah kurang daripada 40%. Ujian terhadap topik kajian diberikan (5 soalan objektif & 2 soalan struktur). Murid-murid kumpulan sasaran menjawabnya dalam 1 jam yang diberikan dalam kelas. Murid-murid telah menunjukkan peningkatan pemahaman yang tinggi terhadap topik yang diajar. Ini dapat dilihat daripada keputusan ujian mereka. Kesemua mereka telah mendapat markah lebih daripada 60%. Semasa membuat ujian, murid-murid yang biasa berbincang dengan kawan secara terselindung juga dapat membuat ujian tanpa berbincang. Murid-murid kebanyakannya telah membuat banyak kesalahan ejaan dalam ujian bahagian B, namun jawapan yang diberikan mereka masih betul dan markah diberikan untuk setiap jawapan yang betul. Soal selidik diberikan kepada murid. Terdapat 4 bahagian yang mereka harus melengkapkan. Kebanyakan respon yang diberikan murid adalah positif berbanding dengan respon yang diberikan sebelum kaedah intervensi dilaksanakan. Murid-murid telah menyukai kaedah pengajaran yang digunakan semasa tindakan intervensi. Mereka telah mengatakan ya kepada kesemua aspek dalam bahagian B dimana ia menanyakan tentang minat murid dan kaedah pengajaran guru. Murid-murid juga mengatakan ya kepada kebanyakan aspek dalam bahagian C dimana ia mengandungi soalan mengenai kebolehan murid dalam pembelajaran selepas tindakan intervensi. 3 orang murid yang menunjukkan peningkatan ketara dalam markah serta tingkah laku dalam tindakan intervensi jika dibandingkan dengan keputusan tinjauan masalah dipilih. Saya telah menemu bual mereka untuk 15 minit mengenai perubahan dalam diri mereka serta perasaan mereka terhadap pembelajaran sains selepas tindakan intervensi diadakan. Ketiga-tiga murid yang ditemu bual telah menujukkan ekspresi muka yang positif semasa ditemubual. Mereka tersenyum. Walaupun pada mulanya mereka malu, apabila ditanya secara baik, mereka mampu memberi respon. Kebanyakan mereka sangat menyukai kaedah SACMAP. Mereka mengatakan bahawa mereka gembira dapat menari dan menyanyi. Selain itu, mereka juga suka menggunakan pen berwarna. Kesemua responden yang ditemubual memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan menjawab semua soalan yang ditanya dengan sebaik mungkin. 3 orang murid yang ditemu bual telah diutarakan soalan mengenai konsep yang dipelajari juga dan mereka mampu menjawab. 8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Senarai Semak Rakaman Video: pemerhatian tidak berstruktur ( Animals Protection & Animals Behaviour) Saya telah menganalisis pemerhatian yang dibuat dalam bentuk nota lapangan. Berikut adalah hasil analisis nota lapangan: Kumpulan sasaran saya didapati berminat dengan nyanyian dan gerakan. Kelakuan murid menunjukkan mereka berminat terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancang. Pemahaman murid jelas meningkat dengan melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah SACMAP. Kebolehan murid menjawab semua soalan yang ditujukan membawa maksud murid telah memahami pengajaran yang disampaikan dengan menggunakan kaedah SACMAP dan berupaya menjawab. Jika murid menyukai kaedah tersebut, jelas mereka akan mempunyai minat untuk memahami pengajaran. Murid-murid dapat menjawab soalan yang ditanya. Semua murid mengangkat tangan untuk menjawab. Ini menunjukkan pemahaman mereka terhadap konsep yang diajar telah memberi mereka keyakinan untuk menjawab soalan yang ditujukan. Walaupun terdapat kesalahan ejaan, jawapan mereka masih betul. Satu perubahan yang mendadak diantara kalaangan murid yang mengambil bahagian dalam kaedah SACMAP berbanding sebelum kaedah tersebut dijalankan telah berlaku. Kesemua murid telah memenuhkan kotak yang disediakan dalam peta konsep. Kebanyakan murid yang pasif dalam kelas sains sebelum tindakan intervensi telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara selepas tindakan intervensi. Mereka telah menjadi aktif dan sanggup untuk berdiri di barisan pertama. Pada akhir sesi intervensi di kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran, 100 peratus jumlah responden telah menunjukkan minat

untuk melengkapkan peta konsep walaupun beberapa responden agak keliru semasa melengkapkannya. Ini menunjukkan kaedah SACMAP membolehkan murid berupaya melengkapkan lembaran kerja yang diberikan selepas teknik intervensi Melalui dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan dan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui kaedah SACMAP. Keseluruhannya, penggunaan kaedah SACMAP telah meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran sains yang sebelumnya sangat pasif. Selain itu, murid-murid juga lebih giat mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran sains serta menunjukkan pemahaman terhadap setiap konsep yang diajar dengan menjawab betul setiap soalan yang ditanya serta mendapat markah yang baik dalam latihan yang diberi. Apabila murid-murid dapat menjawab semua soalan secara verbal dan dalam peperiksaan, didapati mereka memahami pengajaran topik tersebut dan amat menyukai kaedah SACMAP yang digunakan. Lembaran Kerja (Peta Konsep) Peta konsep yang digunakan untuk sesi pengajaran pertama dan kedua mempunyai 12 kotak yang harus mereka isi. Jadual 8.4 : Perbezaan Frekuensi markah murid dalam peratus untuk Lembaran kerja selepas dan sebelum kaedah SACMAP diaplikasikan. Markah 81 - 100 61 - 80 41 - 60 21 - 40 0 - 20 Peratusan murid Sebelum SACMAP 0% 0% 27% 33% 40% Peratusan Murid Selepas SACMAP P&P 1 P&P2 33.3% 66.7% 60.0% 26.7% 6.7% 6.7% 0% 0% 0% 0%

Jadual 8.4 menunjukkan perbezaan frekuensi markah murid untuk lembaran kerja. Jika dilihat, frekuensi murid yang mendapat markah tinggi meningkat selepas SACMAP berbanding dengan frekuensi murid yang mendapat markah tinggi sebelum Kaedah SACMAP digunakan. 73 % jumlah murid daripada 15 orang responden telah mendapat markah dalam lingkungan 0-40 markah. Namun, selepas kaedah SACMAP digunakan untuk kedua-dua topik Animals protection dan Animals behaviour, tiada murid yang mendapat markah dalam lingkungan 0-40 markah. Selain itu, Jumlah murid yang mendapat markah 81 100 telah meningkat daripada tiada seorang murid pun ke 10 orang murid. Peningkatan dalam markah setiap murid menunjukkan bahawa murid-murid tersebut menyukai cara penyampaian pengajaran menggunakan kaedah SACMAP. Kebolehan murid melengkapkan lembaran kerja tersebut menyimpulkan bahawa mereka memahami konsep yang diajar. Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa penggunaan kaedah SACMAP telah meningkatkan pemahaman murid terhadap kandungan yang diajar serta membolehkan mereka menjawab soalan-soalan dengan betul. Nota Lapangan Temubual 1 (Animals Protection) 3 orang murid yang dipilih daripada 15 orang responden telah ditemu bual. Ketiga-tiga mereka adalah murid-murid yang telah menunjukkan kadar pencapaian yang mendadak sebelum dan selepas kaedah SACMAP digunakan. Secara keseluruhannya, murid A ingat kandungan pelajaran yang dipelajari hari ini. Walaupun dia terlupa beberapa jenis perlindungan, apabila ditanya haiwan, dia dapat mengatakan jenis perlindungan haiwan tersebut. Murid dapat meluahkan idea serba sedikit tanpa bantuan guru pada asalnya. Penstrukturan konsep telah berlaku dengan efektif. Murid juga sangat menyukai aktiviti berbentuk musikal dan kinestatik. Didapati murid suka mempelajari sains sambil menyanyi dan menari. Murid berasa teruja apabila bercerita mengenainya. Murid juga menyukai aktiviti berbentuk musikal dan kinestatik. Didapati murid suka mempelajari sains sambil menyanyi dan menari. Murid A juga sangat teruja apabila bercerita mengenainya. Ia suka membuat peta minda menggunakan pen berwarna warni. Mereka seronok menggunakan warna sesuka hati. Murid berasa seronok dan gembira apabila guru memasuki kelas kerana boleh menari, bernyanyi dan mengguna pen warna-warni. Murid juga terasa gembira apabila diberikan peluang untuk membuat gerak tarian sendiri. Murid B pula dengan yakin menjawab soalan yang ditanya.

Murid juga dapat mengatakan secara ringkas tentang apa yang dipelajari. Murid menyukai semua aktiviti yang dibuat. Murid dapat menyatakan setiap aktiviti yang dibuat secara satu demi satu. Murid mengatakan bahawa dia menyukai aktiviti tarian dan nyanyian. Murid C juga dapat memahami setiap konsep yang dipelajari dan ingin membuat aktiviti ini dalam semua sesi pengajaran dan pembelajaran Sains. Soal Selidik
120 100 80 60 40 20 0

) A Y (

d i h l m j s u t a r e P

Item Item Item Item Item Item Item Item Item Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 40 100 93.3 26.7 100 100 20 100 100 20 100 93.3 86.7 86.7 86.7 100 100 100 100 100 100 93.3 93.3 93.3 100 100 100

Sebelum 33.3 33.3 26.7 P&P 1 P&P 2

Rajah 8.2 : Graf Perbezaan pilihan murid sebelum dan selepas kaedah SACMAP Kebanyakkan murid telah memberikan respon yang sangat positif berbanding dengan respon yang diberikan sebelum penggunaan kaedah SACMAP dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengikut rajah 8.2, jumlah murid yang meminati sains telah melonjak daripada 33.3% ke 93.3 %. Dapatan ini dapat menyimpulkan bahawa kaedah SACMAP secara tidak langsung telah berjaya membuat murid minat terhadap sains. Selain itu, kaedah ini juga telah meningkatkan pemahaman murid dimana kebolehan jumlah murid dapat menyenaraikan haiwan mengikut perlindungan telah meningkat daripada 26.7% ke 100%. Semua murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya satu haiwan. Ini dapat dilihat pada peta konsep yang diberikan kepada mereka. Murid-murid juga telah menyatakan bahawa mereka dapat mengenalpasti perlindungan haiwan secara 100%. Ini dapat dibuktikan melalui lembaran kerja dan kertas ujian. Selain itu, jika dilihat pada item 1,2 dan 3 terdapat perbezaan yang ketara antara sebelum dan selepas kaedah intervensi dijalankan. Setelah kaedah SACMAP dilaksanakan dalam sesi pembelajaran, murid-murid secara tidak langsung juga telah bermula meminati matapelajaran Sains dan mendapati Sains adalah menyeronokkan. Secara langsung, kaedah SACMAP telah berjaya membolehkan murid memahami dan menstruktur konsep yang dipelajari dalam sains. Ujian Pasca Berikut adalah markah yang didapati murid. Jadual 8.10 : Perbezaan markah murid ujian Pra dan Pasca Markah Gred Peratus (%) Pra 100 80 Cemerlang 0 80 60 60 40 40 20 20 0 Baik Sederhana Lemah Sangat lemah 13.3 20.0 66.7 0

Ujian

Peratus (%) Pasca 40.0 60.0 0 0 0

Ujian

Berdasarkan jadual 8.10, dapat lihat dengan jelas bahawa kesemua responden telah berjaya mencatatkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian Pra. Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh responden 2. Di dalam ujian Pra iaitu sebelum tindakan intervensi, responden ini hanya memperoleh markah 30% sahaja. Akan tetapi, selepas penggunaan kaedah SACMAP, markah ujian PASCA responden ini meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 81%.Secara keseluruhannya, kesemua responden yang mengambil bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

SACMAP telah menunjukkan peningkatan markah di dalam ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra. Markah tertinggi yang dicatatkan adalah 96% manakala yang terendah adalah 63%. Ini bermakna, kesemua responden telah berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu 40% ke atas. Jumlah responden yang mendapat skor 80-100 telah meningkat daripada kosong kepada enam orang. Perbezaan nilai min daintara Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah sebanyak 33.2. Dapatan ini membuktikan dengan jelas bahawa responden yang diajar menggunakan kaedah SACMAP mampu memahami dan menstruktur konsep sains yang diajar dengan berjayanya. 9.0 DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian : Adakah kaedah SACMAP dapat menstruktur konsep sains murid? Data-data yang saya telah mengumpul adalah menggunakan instrumen-instrumen seperti Senarai semak (pemerhatian tidak berstruktur), lembaran kerja, nota lapangan temubual, soal selidik dan ujian pra dan pasca. Semasa pemerhatian tidak berstruktur dibuat, kesemua 15 orang murid yang dipilih menunjukkan bahasa badan, perasaan serta penglibatan yang positif. Murid-murid tersenyum lebar, melompat tinggi dan berpegangan tangan kawan telah menunjukkan mereka amat seronok mengambil bahagian dalam aktiviti (nyanyian bersama aksi & peta konsep berwarna) yang dirancang. Dapatan ini menyokong pendapat Hj. Ab. Fatah (1990), yang mengatakan maklumat yang disampaikan secara seronok menarik minat murid berbanding dengan maklumat yang disampaikan secara traditional. Semakin menarik sesuatu maklumat, semakin cepat murid-murid dapat menyerapnya. Selain itu, kerajinan murid dalam merebut untuk melakar peta konsep menunjukkan bahawa mereka yakin dapat memberikan jawapan. Kaedah SACMAP dapat menstruktur konsep sains murid dengan berkesan dimana murid-murid mampu menjawab soalan yang diberikan tanpa bantuan guru ataupun kawan. Frekuensi murid yang mendapat markah tinggi dalam lembaran kerja telah menunjukkan peningkatan berbanding dengan sebelum dan selepas tindakan intervensi diaplikasikan. Murid-murid yang mendapat markah rendah sebelum tindakan intervensi dijalankan, telah menunjukkan peningkatan markah dalam cubaan pertama menggunakan tindakan intervensi. Kaedah peta konsep berwarna telah membolehkan murid menstruktur konsep yang dipelajari dengan berkesan. Kenyataan ini menyokong kajian Ag Ruzaini & Siti Hajar (2012) yang telah menyatakan bahawa penekanan kepada konsep warna dan latihan yang berterusan membantu peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Data yang saya perolehi daripada peratusan murid yang mendapat markah tinggi dalam lembaran kerja ini merupakan suatu bukti bagi kenyataan beliau. Lonjakkan markah yang tinggi sekali telah berlaku setelah kaedah SACMAP digunakan. Saya percaya bahawa warna dapat menarik minda murid kearah pengajaran dimana pengintegrasian antara otak kiri dan otak kanan akan berlaku. Dapatan saya telah membuktikan bahawa pengintegrasian warna dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kebolehan murid dari segi kognitif dan juga afektif. Onasanya (2002) mengatakan bahawa penggunaan warna dalam pembelajaran adalah lebih baik untuk semua kategori pelajar dimana pemahaman dapat dipupuk dengan cepat dan berkesan. Apatah lagi kanak-kanak di sekolah rendah yang berada dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun. Hasil daripada temu bual, aktiviti berbentuk muzikal dan kinestatik amat menarik minat murid dan pembelajaran dalam suasana yang seronok dapat membantu murid memahami konsep yang dipelajari dengan efektif. Kenyataan ini menyokong Hj.Ab. Fatah (1990) sepertimana yang dinyatakan diatas iaitu maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik sesuatu maklumat, semakin cepat murid-murid dapat menyerapnya. Mereka menggunakan pengetahuan yang dipelajari daripada aktiviti nyanyian dan pembinaan peta konsep berwarna. Hasil analisis soal selidik pula menunjukan bahawa kebolehan murid dalam mengingat kembali fakta yang dipelajari telah meningkat. Murid-murid dapat mengingati jenis perlindungan yang berkaitan dengan setiap haiwan dan bahagian badannya. Dalam soal selidik, 100% murid telah menyatakan yang mereka menyukai kaedah SACMAP. Costa Giomi (1999) menyatakan bahawa nyanyian dapat membantu kanakkanak memperoleh kemahiran ruang yang boleh digunakan untuk memahami matapelajaran Sains dan Matematik. Oleh itu, nyanyian dapat membuka ruang kepada murid-murid untuk menstruktur konsep

sains. Setelah nyanyian dibuat, lukisan peta konsep berwarna memantapkan lagi pemahaman murid disamping membolehkan maklumat tersebut kekal dalam ingatan mereka. Peta konsep dalam pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian bagi semua aras kognitif iaitu aras pengetahuan, pemahaman dan penggunaan (Mohd. Nasir,1992). Responden menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang lebih ketara berbanding dengan ujian pra iaitu 6 orang murid telah mendapat markah 80-100 dan 9 orang murid telah mendapat markah 60-80. Peningkatan markah ujian tersebut menunjukkan bahawa responden memahami konsep yang dipelajari untuk tajuk yang difokuskan. Hal ini selaras dengan kajian Azura (2008), penggunaan warna personal dalam membentuk peta konsep dapat membantu murid membezakan segala maklumat yang dipelajari serta warna personal tersebut membantu murid mengekalkan maklumat yang dipelajari dalam minda untuk jangka masa panjang. Integrasi muzik dengan matapelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia mempunyai fungsi yang berbeza. Kebiasaanya otak kiri manusia kerap berfungsi. Tetapi, jika otak kiri dan kanan manusia berfungsi samarata pada masa yang sama, maka manusia yang intelektual dari segi semua aspek di dunia dapat dilahirkan. Pengintegrasian otak kiri (sains) dengan otak kanan (nyanyian, gerakan, warna) pada masa yang sama ternyata melahirkan pemahaman yang mantap jika dilihat pada keputusan ujian yang meningkat secara mendadak setelah kaedah SACMAP digunakan. Oleh itu, data yang didapati daripada keputusan ujian menyokong kenyataan bahawa murid-murid dapat berjaya dengan cemerlang sekiranya kaedah SACMAP digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, kaedah SACMAP dibuktikan amat berkesan dan dapat menstruktur konsep sains murid tahun 4 melalui pemerhatian tidak berstruktur, soal selidik, temubual, lembaran kerja dan ujian pra serta pasca. Perbandingan antara data yang didapati dalam ujian, lembaran kerja dan soal selidik sebelum dan selepas tindakan intervensi dijalankan telah dibuat dan ternyata terdapat peningkatan dari segi kemajuan murid. Soalan kajian saya telah diberikan jawapan yang positif dimana dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah SACMAP berkesan dalam menstruktur konsep sains murid. 10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Lagu yang dinyanyikan murid dinyanyi guru terlebih dahulu sebelum mengajar dan direkod serta boleh dimainkan bersama dengan gambar-gambar pergerakan haiwan. Selain itu, Kaedah SACMAP ini dapat diaplikasikan kepada murid-murid tahap 1 dimana mereka masih merupakan kanak-kanak dan memerlukan suasana yang ceria dalam kelas untuk mempelajari sesuatu dengan berkesan. Selain itu, murid-murid juga boleh diberikan alat-alat muzik kecil seperti ting-ting, tip top dan sebagainya untuk mereka membuat muzik sambil menyanyi lagu. Penggunaan instrumen sebegini akan menarik lagi minat murid terhadap pembelajaran sains dan meningkatkan keterujaan murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Keadaan ini secara tidak langsung akan mendorong kepada penstrukturan konsep sains secara mantap dikalangan murid. SENARAI RUJUKAN : Ag Ruzaini Ag Ali Omar & Siti Hajar Ahmad Sabari. (2012). Penggunaan Warna dalam Pengajaran Hukum MAD Asli Terhadap Murid Tahun Lima dalam Bacaan Surah AD-DHUHA. Kajian Tindakan. Diperoleh Mei 13, 2012 dari http://pdf-Adobe. Ausubel, D.P. (1968). Educational psychology: A Cognitive view. New York: Holt Rhinehart and Winston. Kurikulum Sekolah Rendah Tahun 4. (2003). Diperoleh Mac 24, 2012 dari http://www.moe.gov.my/bpk/ Bousquet. W. S. (1982). An Aplication of Ausubels Learning The Way to Environmental Education : A study of concept mapping in a college. Natural Resources Management Course. Disertasi, Ohio State University. Keputusan UPSR. (2011). Diperoleh Mac 12, 2012 dari http://buletinkpm.blogspot.com/ Costa-Giomi,E (1999). The effects of the three years of piano instruction on childrens cognitive development. Journal of Research in Music Education, 47:3, 198-213. Fathiah Mansor (1998). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep dalam Pembelajaran Sains Tingkatan 3. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Hamid, A. 1979. Kebiasaan dan Sikap Belajar Pelajar-pelajar Diploma Tahun Dua. Unpublished M.Ed. Thesis, University of Malaya. Hermann, N. (1991). The Creative Brain. Journal of Creative Behaviour. 25(4):275-295. Howard,G. (1983). Multiple intelligence theory. Diperoleh Mac 24, 2012 dari www.Howardgardner.com Mc Donald & Ramsay. (1979). A Study of Musical Auditory Information Processing of Preschool Children. Contributions to music education, 7, 2-11. Mohd Najib, A. G. (2006). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Malaysia : Umida Industries SDN BHD. Mohd Nasir, R.A. (1992). Concept Mapping and Achievement in Secondary Science. Tesis, Universiti Singapore. Nik Rahmah Nik Mohd. (2000). Keberkesanan Pengunaan Peta Konsep dalam Pembelajaran Konsep Hidro Karbon ALIFATIK di kalangan pelajar Matrikulasi. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Nor Azura Binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan Konsep Istilah Penting dalam Matapelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 dengan Inovasi My Aura Map. Kajian Tindakan. Diperoleh pada Julai 24, 2012 dari http://ilmu.edublogs.org. Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Noraini Ahmad. (2003). Menguatkan ingatan. Diperoleh pada Feb 23, 2011 dari http://books.google.com.my Onasanya S.A(Ph.D). (2002). The Effect of Colour On Students Cognitive Performances in Instruction using Photographic Prints. Ilorin Journal of Education,21. Rauscher, F. H, Shaw, G.L. L. J. Levine, E.L. Wright, W. R Dennis, R. L. Newcomb (1997). Music training causes long term enhancement of preschool childrens spatial-temperal reasoning. Neurological Research, 19, 2-8. Sharipah Ruzaina (1990). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep dalam Pembelajaran Konsep MOL di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Elektrik ITM. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Siti Zaitun, A. (2005). Persepsi Guru KPM & Swasta terhadap Aktiviti Nyanyian di Prasekolah. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arena buku Sdn. Bhd.

Você também pode gostar