Você está na página 1de 9

Apa itu Matematik?

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu. Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

Matematik, nombor

Rahsia Nombor 9
Sesungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9. Uniknya nombor 9 ini kerana ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka

akan mencetus beberapa kebetulan apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9. Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada kami akan beri 3 sahaja. 1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9. Contoh: a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9 b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9 c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9 dan seterusnya.. 2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut: contoh 1: 22 x 9 = ? buat pendaraban 29 dahulu =18 Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi Maka 22 x 9 = 198 contoh2: 33 x 9 = ? (3 x 9 = 27) Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi Maka jawapannya 297 contoh 3: 44 x 9 = ? 4 x 9 = 36 Maka Jawapannya 396 Mudah bukan?

3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9? Contoh1: 222 x 9 =? Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18 Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi Maka 222 x 9 = 1998 Contoh 2: 333 x 9 = ? darabkan 3 x 9 = 27 Selitkan 99 di antara jawapan tadi Maka 333 x 9 = 2997 Contoh 3: 444 x 9 =? Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan? Jawapannya 3996 Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah MATEMAGIK!

Matematik, Pendaraban, Tips

Rahsia Pembahagian Nombor 9 (Bhg 1) Salam semua, pada kesempatan ini kami ingin berkongsi satu lagi RAHSIA pembahagian nombor 9 dengan mana-mana nombor. Seperti di dalam gambar di sebelah, ini merupakan kaedah yang diaplikasikan kepada kita semua bukan? Tetapi sebenarnya untuk pembahagian nombor 9 ada satu kaedah MAGIK yang akan kami ajar. Sungguh mudah, tunjukkan kepada rakan-rakan anda dan katakan kepada mereka, inilah MATEMAGIK! NOTA: Tanda bahagi di dalam posting ini ialah ( / ) Contoh 1:

33 / 9 = Jawapannya 3 baki 6 Caranya : 1) Keluarkan nombor pertama daripada 33 sebagai jawapan = 3 2) Tambahkan kedua nombor 33 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 3+3 = 6 Maka Jawapan tadi 3 baki 6 Contoh 2: 53 / 9 = Jawapannya 5 baki 8 Caranya : 1) Keluarkan nombor pertama daripada 53 sebagai jawapan = 5 2) Tambahkan kedua nombor 53 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 5+3 = 8 Maka Jawapan tadi 5 baki 8 Mudah bukan? Lebih mudah juga apabila kita lakukan pembahagian dengan nombor yang lebih besar seperti berikut: Contoh 3: 132 / 9 = Jawapannya 14 baki 6 Caranya : 1) Keluarkan nombor pertama daripada 132 sebagai jawapan pertama = 1 2) Tambahkan nombor pertama dengan nombor kedua pada 132 tadi sebagai jawapan kedua = 1+3 = 4 3) Tambahkan kesemua nombor 132 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 1+3+2 = 6 Maka Jawapanya 14 baki 6 Contoh 4: 161 / 9 = Jawapannya 17 baki 8 Caranya : 1) Keluarkan nombor pertama daripada 161 sebagai jawapan pertama = 1 2) Tambahkan nombor pertama dengan nombor kedua pada 161 tadi sebagai jawapan kedua = 1+6 = 7 3) Tambahkan kesemua nombor 161 tadi sebagai baki daripada hasil pembahagian = 1+6+1 = 8 Maka Jawapanya 17 baki 8

Sekarang cuba anda pula yang lakukan aktiviti ini : Latihan: 1 ) 62 / 9 = 2 ) 31 / 9 = 3 ) 44 / 9 = 4 ) 71 / 9 = 5 ) 80 / 9 = 6 ) 231 / 9 = 7 ) 152 / 9 = 8 ) 312 / 9 = 9 ) 521 / 9 = 10 ) 2121 / 9 = Jawapannya : (6 baki 8,3 baki 4,4 baki 8,7 baki 8,8 baki 8,25 baki 6,16 baki 8,34 baki 6,57 baki 8,235 baki 6) Highlightkan mouse anda ke tempat kosong ini untuk mendapatkan jawapan. Sekiranya anda dapat menjawab dengan betul kesemua soalan tadi, maka TAHNIAH, Anda telah BERJAYA! Mula tunjukkan kepada rakan-rakan anda. Mereka pasti teruja!!!

Bahagi, Matematik

SifirEC 3RD
Sifir dalam bahasa yang mudah adalah bermaksud nombor yang berkali-kali atau nombor yang berulang-ulang. Sifir juga adalah singkatan bagi operasi darab dan dalam erti kata yang lain ia adalah pendaraban antara dua nombor yang menghasilkan nombor ketiga yang berganda. Sifir merupakan perkara ASAS yang wajib dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat sekolah rendah lagi. Adalah satu kerugian sekiranya pelajar masih tidak dapat menguasai asas sifir ini kerana di sinilah bermulanya segala cabang penyelesaian soalan matematik yang lain seperti operasi darab dengan 2,3,4 digit dan seterusnya, penyelesaian dalam operasi bahagi, pecahan, algebra dan lain-lain.

Justeru itu kemampuan pelajar menguasai sifir ini menunjukkan bahawa pelajar mampu menguasai matapelajaran Matematik dalam topik-topik yang berikutnya. Impaknya pelajar akan mula rasa seronok setiap kali dapat menyelesaikan soalan matematik yang mana lama- kelamaan pelajar sendiri mampu menyelesaikan masalah matematik dengan mudah dan cepat.

Matematik, Sifir

Rahsia Ilmu Matematik

Pelbagai perkara boleh kita perolehi sekiranya kita mengkaji, meneliti dan membuat eksperimen tentang sesuatu perkara tersebut. Berikut sebagai contohnya: Siapa sangka nombor-nombor ini seperti saling ada hubung-kait sesama sendiri bukan? Maha Hebat Ciptaan NYA, Subhanallah! 1x8+1=9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321 1 x 9 + 2 = 11 12 x 9 + 3 = 111 123 x 9 + 4 = 1111 1234 x 9 + 5 = 11111 12345 x 9 + 6 = 111111 123456 x 9 + 7 = 1111111 1234567 x 9 + 8 = 11111111 12345678 x 9 + 9 = 111111111 123456789 x 9 +10= 1111111111 9 x 9 + 7 = 88 98 x 9 + 6 = 888 987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888 98765 x 9 + 3 = 888888 987654 x 9 + 2 = 8888888 9876543 x 9 + 1 = 88888888 98765432 x 9 + 0 = 888888888 Hebat bukan?? Cuba lihat pada simetri ini pula: 1x1=1 11 x 11 = 121 111 x 111 = 12321 1111 x 1111 = 1234321 11111 x 11111 = 123454321 111111 x 111111 = 12345654321 1111111 x 1111111 = 1234567654321 11111111 x 11111111 = 123456787654321 111111111 x 111111111 = 12345678987654321 Sekarang, lihat di bawah: 101% Dari sudut pandangan ilmu Matematik: Apa yang sama dengan 100%? Apa yang dimaksudkan dengan memberi sesuatu lebih dari 100%? Pernahkah anda terfikir bahawa ada orang yang berkata hendak memberi lebih dari 100%? Kita juga pernah mendengar ada orang yang mampu memberi LEBIH dari 100%. Bagaimana kalau kita memperolehi 101%? Apa yang sama dengan 100% dalam kehidupan kita? Di bawah adalah jawapan kepada persoalan di atas dengan menggunakan kaedah formula matematik: Sekiranya: ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ melambangkan nombor berikut: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Sekiranya: Bekerja Kuat atau dalam Bahasa Inggeris disebut: H-A-R-D-W-O- R- K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98% Dan: Ilmu Pengethuan atau dalam Bahasa Inggeris disebut: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96% Tetapi: Akhlak atau dalam Bahasa Inggeris disebut: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100% SEKARANG, kita lihat sejauh manakah Cinta kepada Tuhan boleh membawa kita: L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101% Maka, kita boleh menyimpulkan secara kajian ilmu Matematik bahawa: Bekerja Kuat dan mempunyai Ilmu Pengetahuan sahaja tidak cukup untuk seseorang mencapai sesuatu dalam hidupnya melainkan setiap yang dia lakukan hendaklah dengan Berakhlak Mulia. Tetapi dengan meletakkan keikhlasan dan Cinta kepada Allah SWT lah yang membuatkan seseorang itu dapat mencapai 101% dalam kehidupannya

agama, kehidupan, Matematik, rahsia

Etimologi Matematik

Perkataan matematik dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu mathematics sebenarnya berasal dari Yunani (mthma), yang bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud bidang matematik, walaupun dalam zaman klasik. Kata adjektifnya adalah (mathmatiks), berhubung dengan pembelajaran, atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal. Dalam perkara tertentu, (mathmatik tkhn), dalam bahasa Latin ars mathematica, bermaksud seni matematik. Bentuk jamak yang jelas di dalam bahasa Inggeris, seperti juga bahasa Perancis bentuk jamak les mathmatiques (dan bentuk ambilan singular yang kurang digunakan la mathmatique), berpatah balik kepada kata jamak neuter Latin mathematica (Cicero), berdasarkan kepada perkataan jamak Yunani (ta mathmatik), yang telah digunakan oleh Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai semua benda adalah matematik. Dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun, kata noun mathematics mengambil bentuk perkataan singular. Ianya biasa dipendekkan kepada math dalam kawasan America Utara yang berbahasa Inggeris dan maths di tempat lain.

info, Matematik
V 14T