Você está na página 1de 2

Tips Belajar Matematik Matematik adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu matematik.

Sewaktu kita berbelanja(membeli belah) kita mengaplikasikan pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut di aplikasikan. Pendek kata ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian. Namun, bila kita berada di alam persekolahan, kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat untuk mempelajarinya? Mengapa GAGAL MATEMATIK ini berlaku? Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika anda tidak memahami matematik, adakah anda bertanya dengan pengajar? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga ketidak fahaman yang sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar. Adakah anda membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah anda membuat latihan yang diberikan oleh pengajar? adakah anda membuat latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidak-fahaman anda terhadap matematik.

Berikut adalah garis panduan (pengalaman sendiri saya) untuk lebih faham mengenai matematik. 1.Memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh pengajar. 2. BERTANYA. Jika anda tidak jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, anda boleh bertanya di luar kelas. Pengajar sentiasa membantu untuk menjelaskan ketidak jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak fahaman anda, lama kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar, dan hal ini mampu membunuh kefahaman anda. 3.BUAT LATIHAN. Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan

konsep yang berbeza-beza dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahan yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.Aspek lain adalah, jangan menganggap matematik ini SUSAH. Anggaplah ia sebagai sesuatu yang mencabar dan penting. Tanggapan ini amat mempengaruhi semangat anda untuk mempelajari matematik. Jika tanggapan anda negatif, secara langsung timbul sikap untuk tidak minat, malah yang lebih teruk adalah membenci matematik. Selamat mempelajari matematik.

Você também pode gostar