Você está na página 1de 27

Tajuk : Pajak Candu di Kedah : Satu Kajian Berdasarkan Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1897

7 hingga 1900.

BOHARI BIN SANIP 700527-01-6269 S-OM0058/10(R)

1. Pengenalan Dalam Koleksi Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis terdapat sejumlah 2,951 halaman naskhah tulisan tangan dalam huruf jawi yang terkandung dalam 14 buah buku berdasarkan tahun-tahun yang diliputi sekitar 1300-1362 Hijrah (1882-1943 Masihi). Koleksi ini merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat-menyurat zaman pemerintahan Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan ke-26 yang menjadi tonggak pemerintahan negeri Kedah Darul Aman sekitar tahun 1882 hingga 1943. Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah menerajui pemerintahan negeri Kedah selama 61 tahun iaitu dari perpindahan pertuanan Siam kepada pihak British sehingga peralihan secara beransur-ansur kepada Sistem Raja Berpelembagaan. Dalam era pemerintahan baginda, Kedah telah mengukir dan mengorak langkah kepada sebuah negeri Melayu yang melaksanakan amalan perdagangan sebagai sumber

ekonomi negeri disamping aktiviti pertanian yang lain. Lantaran itulah baginda telah berjaya mengukir nama sebagai salah seorang Sultan yang membawa kemajuan negeri di bawah naungannya melalui aktiviti perekonomian moden pada tahun-tahun tersebut dan selepasnya. Kajian yang saya laksanakan ini adalah berfokus kepada intipati surat Baginda, berkaitan dengan Pajakan candu yang pernah dijalankan di negeri Kedah sekitar tahun 1891 sehingga 1893. Disamping membuat penjelasan tentang butiran perjanjian pajak candu yang dijalankan tersebut, saya juga berusaha membuat penghuraian tentang beberapa aspek surat-surat karangan baginda dari pelbagi sudut seperti Penggunaan Tarikh, Bahasa, serta Syarat-syarat atau Kandungan Surat, seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Adalah diharapkan bahawa, kajian ini dapat memberi sedikit gambaran tentang wujudnya sistem perekonomian berteraskan perdagangan dan perniagaan hasil-mahsul di negeri Kedah seperti pajakan candu. Selain itu, melalui kajian ini juga kita dapat mengupas beberapa kreteria surat yang secara tidak langsung mempamerkan kewibawaan pemerintahan Sultan Abdul Hamid itu sendiri. 2. Latar Belakang Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah ( 1882 1943 ) Sultan Abdul Hamid, selepas ini ( selepas ini, SAH ), telah diputerakan pada hari Sabtu bersamaan 28 Zulhijjah 1280 bersamaan 4 Jun 1864 Masihi. Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 30 Mac 1882 bersamaan 3 Jamadilakhir 1299.

SAH merupakan salah seorang sultan yang memerintah negeri Kedah dalam jangka waktu yang paling lama iaitu selama 61 tahun. Difahamkan, semasa era pemerintahan baginda sultan, baginda telah melalui zaman pemerintahan Siam, Inggeris dan Jepun.1 Era pemerintahan SAH merupakan satu titik mula kepada pembangunan dan pemodenan negeri Kedah dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi, politik dan social. Dikatakan pelbagai aktiviti pembangunan dan pemodenan prasarana telah berkembang maju seperti pembinaan pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, jalan raya, masjid dan jambatan telah diadakan dengan giatnya. Justeru, dengan ketokohan dan kewibawaan baginda SAH, baginda telah dinobatkan sebagai Bapa Kedah Moden2 kesan daripada ketokohan baginda dalam usaha membentuk corak pentadbirannya yang tersendiri melalui pembentukan Majlis Jemaah Menteri dan jabatan-jabatannya. Dalam tahun 1895, Raja Chulalongkorn telah menganugerahkan baginda SAH dengan Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama, yang membawa gelaran Chao Phaya Saiburi dan dengan ketokohan baginda SAH juga, baginda telah memperoleh gelaran tambahan untuk Phaya Riddisongkran Bhakti. Semasa pemerintahan baginda SAH, baginda juga pernag berangkat ke Bangkok dalam tahun 1890, 1892 dan 1893 dengan menaiki kapal Good Luck. 3 Dalam siri lawatan sulung baginda, baginda SAH diiringi oleh Paduka Wan Hajar dan telah dianugerhkan oleh kerajaan Siam dengan Darjah Kebesaran La Dawandi sebagai mengenang jasa baginda sultan semasa dilantik sebagi Pesuruhjaya Tinggi di Wilayah Ceraiburi ( Thrsaiburi )4.
1 2

Hj. Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, hlm.132 Hj. Ibrahim Ismail, ibid, hlm.132 3 Hj. Ibrahim Ismail, ibid.hlm.132 4 Lazimnya disebut sebagai Saiburi. Namun dalam kebanyakan surat baginda sering ditulis sebagai Ceraiburi. Diperjelaskan, wilayah Ceraiburi mengandungi negeri Kedah, Perlis dan Setol ( Satun ).

Baginda SAH merupakan seorang sultan yang mempunyai kebolehan pentadbiran yang sangat mengkagumkan. Baginda juga telah mengadakan beberapa siri lawatan dalam usaha membawa Kedah ke mercu kegemilangannya. Antaranya lawatan baginda sultan ke Rangoon dan Mandalay bersama-sama Dato Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri ketika itu.5 Dalam siri lawatan berikutnya baginda SAH telah pun singgah di Singapura, Pahang, Terengganu, Kelantan dan seterusnya ke Siam. Pada waktu inilah baginda sultan telah dianugerahi bintang kebesaran Order of The White Elephant First Class pada bulan Disember 1895. Pada tahun berikutnya iaitu pada 1896, baginda sultan telah ke Patani bagi menyaksikan hal ehwal negeri tersebut secara lebih mendalam lagi. Dilihat dari ketokohan bagind, jelaslah bahawa baginda SAH merupakan seorang sultan yang mempunyai dasar luarnya yang amat menakjubkan dalam usaha baginda memupuk hubungan diplomatic dengan negeri-negeri di sekitarnya. Ditinjau dari sudut hubungan luar Negara pula, baginda SAH telah melakukan kunjungan ke Eropah pada 21 Jamidawal 1329 bersamaan 20 Mei 1911. dalam lawatan tersebut, baginda telah menghadiri istiadat kemahkotaan King George V.6 Baginda SAH telah diiringi oleh Tunku Bahador Shah, Syed Muhammad Shahabudin Auditor General, Wan Ahmad Wan Awang dan Cavendish Penolong Penasihat. Dalam majlis yang diadakan tersebut, baginda SAH telah menerima bintang Honourary Knight Commander of The Most Distinguished Order of Saint Micheal and Saint George ( KCMG ). Sepanjang era pemerintahan baginda SAH, baginda berkesempatan manyambut perayaan Jubli Emas sempena 50 tahun pemerintahan baginda di atas takhta pemerintahan kerajaan negeri Kedah. Sebelum kemangkatan baginda, ekoran tercetusnya perang Asia

5 6

op.cit.hlm.134 Hj. Ibrahim Ismail,ibid.hlm156

Pasifik, baginda gagal menyambut perayaan Jubli Intan sekaligus hasrat baginda untuk dianugerahi bintang kebesaran G.C.M.G dari King George VI. Baginda SAH telah menyahut panggilan illahi dan mangkat pada 13 Mei 1943 dan pada ketika itu negeri Kedah berada dalam pemerintahan Jepun. Jenazah Almarhum Sultan Abdul Hamid telah disemadikan di perkuburan Diraja Langgar.7

2.1 Kegiatan Ekonomi Kedah dan Hubungan Perdagangan Dahulunya Pulau Pinang dan Seberang Prai merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan Kesultanan Kedah. Oleh itu hubungan sosial kedua negeri ini begitu akrab, khususnya di kalangan masyarakat tempatan. Situasi ini jika perhalusi dari aspek budaya, bahasa dan kependudukan. Pada era pendudukan Siam (1821-42), ia telah membawa kepada proses penghijrahan orang Kedah berhijrah ke Pulau Pinang dan Seberang Prai. Zaharah Mahmud menganggarkan 30,000 orang Kedah berhijrah ke Pulau Pinang dan Seberang Prai.8 Majoriti kumpulan ini mengambil keputusan untuk menetap di sini walaupun selepas pendudukan Siam. Dari sudut ekonomi pula, kemunculan Pulau Pinang telah mengambil-alih peranan Kedah sebagai pelabuhan entrepot, khususnya selepas menjadi pelabuhan bebas. Semasa pemerintahan Sultan Abdullah hasil perdagangan Kedah adalah dianggarkan sebanyak $136,000 seterusnya merosot kepada $80,000 pada 1870-an.9 Kedah kemudiannya telah muncul sebagai sebuah negeri pengeksport beras utama ke Pulau Pinang. Pemonopolian perdagangan beras sebelum permulaan abad ke-20 terletak di tangan Sultan dan golongan bangsawan.10 Pada tahun 1864, misalnya jumlah eksport beras
7

Hj. Ibrahim Ismail,ibid.hlm.168

Zaharah Hj. Mahmud, 1965. "Change in a Malay Sultanate: on Historical Geography of Kedah Before 1939," Tesis Sarjana Sastera, University Malaya, hlm.17.
Ibid, hlm. 32. Hj. Omar, Pembangunan Ekonomi Kaum Tani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.hlm. 74-

10

Kedah ke Pulau Pinang bernilai $10,000. Situasi ini mendorong kepada kemasukan pemodal luar, khususnya dari Pulau Pinang untuk memastikan bekalan beras yang diperlukan adalah mencukupi. Golongan pemodal-pemodal ini kemudiannya memperoleh hak monopoli membeli daripada Sultan melalui sistem pajak. Bagi memastikan dan meningkatkan jumlah bekalan padi, golongan petani Melayu disarankan supaya memasukki jaringan komersil pemegang pajak melalui kaedah berhutang.11 Selain daripada itu, golongan pembesar-pembesar Melayu Kedah yang mendapat konsesi membina terusan perairan sawah di Kedah juga dikatakan mendapat pembiayaan melalui pinjaman daripada pemodal-pemodal Cina atau ceti Pulau Pinang.12 Selain hasil padi, golongan pemodalpemodal Cina dari Pulau Pinang turut terlibat dengan kegiatan penanaman ubi kayu, khususnya di selatan Kedah. Sultan Kedah banyak memberi konsesi tanah untuk ladang ubi kayu menerusi sistem pajak. Bagaimanapun dengan kemasukan perusahan getah, penanaman ubi kayu mengalami kemerosotan. Pemodal-pemodal Pulau Pinang juga turut terlibat dalam sektor perlembagaan di Kedah, khususnya di Kulim dan juga di Kuala Muda.13 Sungguhpun negri Kedah tidak mengalami proses penjajahan oleh British sehingga 1909, namun hubungan ekonominya dengan dasar sistem ekonomi kapitalis telah bermula lebih awal terutama melalui hubungan perdagangan dengan Pulau Pinang. Ekonomi kapitalis boleh didefinisikan sebagai ekonomi yang menjadikan unsur pengeluaran menjadi hak milik orang persendirian yang bebas untuk memiliki harta bagi meraih keuntungan.

74. Mohd. Isa Othman, 2001. Pengalaman Kedah dan Perlis-Zaman Penjajahan British, Kuala Lumpur: Utusan Publication., hlm 37-38 12 Surat Sultan Abd. Hamid kepada Chakon Klakum, 3 Ogos 1881. 13 Mohd. Isa Othman, 2001, op cit. hlm. 51.
11

Di peringkat awal, Pulau Pinang telah menawarkan pasaran untuk beras, lembulembu, ayam, itik dan hasil-hasil pertanian lain dari Kedah. Kumpulan pemodal Pulau Pinang juga sudah ramai membuat pelaburan terutamanya du kalangan pedagang kaum Cina. Berhubung dengan peranan modal dari Pulau Pinang, seorang pegawal British mengulas, Whilst, however, Kedah is politically an independent state under the suzerainty of Siam, commercially it is a mere independency of Penang Every dollar of capital invested in it has come from Penang and all its Chinese traders are connected with Penang Firm.14 Di sini jelaslah bahawa hubungan yang terjalin antara Kedah dan Pulau Pinang banyak mencorakkan suasana politik, ekonomi dan sosial di kedua buah negeri ini. Pada amnya hubungan kedua-dua pihak adalah bersifat harmonis walaupun adakalanya tercetus puncak-puncak krisis yang berlaku. Pulau Pinang yang pada asalnya sebahagian daripada Kesultanan Kedah telah mencorakkan identitimya yang tersendiri bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786.

2.2 Kemasukan Candu Ke Negeri-negeri Melayu Opium15 sering dikaitkan dengan bermulanya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Penggunaan opium kian berleluasa khususnya di negeri-negeri Melayu bila mana bahan ini dipercayai dapat menambahkan tenaga fizikal kepada golongan pekerja. Lantaran itulah berlaku pertambahan permintaan dan penggunaan bahan ini di

14

C.O. 273 Memo by Secretay for the Chinese Affairs in the Present Position Of Affairs in Kedah, 25 Januari 1905. 15 Merupakan sumber pendapatan yang serta merta di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Terdapat juga kilang yang menghasilkan opium ini khususnya di Singapura pada tahun 1924.

Negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu sekitarnya 16. Hal ini juga berlaku di negeri Kedah pada ketika itu sehingga opium dijadikan sebagai bahan dagangan dan pajakan yang sangat meberi pulangan yang membanggakan. Semasa era pemerintahan Sultan Abdul Hamid, perniagaan dan pajakan candu banyak didominasi oleh golongan bangsawan melalui sistem pajakan yang diberi kepada tauke atau peniaga-peniaga berbangsa Cina dengan menetapkan kadar pajakan yang perlu dibayar oleh mereka kepada pihak pemerintah khususnya Sultan Kedah itu sendiri. Dalam melihat komoditi yang diperdagangkan pula, barangan seperti serbuk emas, sarang burung, timah, kain bugis, beras merupakan import utama Pulau Pinang di sekitar penghujung abad ke 18. Manakala eksport utamanya pula candu, kain India, mata wang Sepanyol dan kain Bugis. Jadual 6 di bawah menunjukkan import dan eksport komoditi utama Pulau Pinang pada tahun 1792. Import % Eksport Serbuk emas 17.11% Candu Sarang burung 14.60% Kain India Timah 12.29% Mata wang Sepanyol Kain bugis 12.14% Kain bugis Beras 9.33% Diubah suai dari: Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: towns in Straits of Melaka, Oktober 2002, hlm.125. % 54.78% 21.39% 8.90% 2.15% A study of two ports

Jumlah dagangan bagi serbuk emas yang diperolehi dari kawasan pendalaman Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo adalah berjumlah Spd 38,472 daripada Spd 224,533.65 jumlah keseluruhan import Pulau Pinang bagi tahun 1792. Ia diikuti sarang burung yang berjumlah Spd 32,804 dan timah 12.19% dengan jumlah eksport sebanyak Spd 27,614.55. Bagi jumlah eksport pula, ia dikuasai oleh candu yang merangkumi 54.78%
16

Victor Purcell,(Penterjemah: Nik Hasnaa Nik Mahmood ), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, 1997, hlm.202.

jumlah eksport Pulau Pinang dengan jumlah dagangan sebanyak Spd 173,880 daripada Spd 317,414 eksport pulau itu bagi tahun 1792. Ianya diikuti eksport kain India yang berjumlah Spd 67,920 dan matawang Sepanyol sebanyak Spd 28,251.17

3. Kajian Kumpulan Surat-surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni AlMarhumnSultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

Dapatan daripada koleksi Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah-Perlis, terdapat sejumlah 2,951 halaman naskah tulisan tangan bagi kumpulan surat-surat baginda Sultan Abdul Hamid yang menggunakan tulisan jawi, sejumlah 14 buah buku sekitar tahun-tahun 1300 1362 Hijrah ( 1882-1943 Masihi ). Koleksi ini adalah sebahagian daripada

kumpulan salinan surat-menyurat di sepanjang tempoh pemerintahan baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Sultan ke-26 bagi negeri Kedah Darul Aman.18 Ditinjau dari kumpulan surat-surat tersebut, ia dapat diklasifikasikan kepada tiga kreteria utama. Antaranya ialah salinan surat-menyurat yang berbentuk surat kiriman seperti yang terkandung dalam buku Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid ( selepas ini disebut SMSAH ) 2,3,5,8 dan 10, yang ditujukan kepada para pembesar negeri seperti Tunku Abdul Aziz ( Raja Muda Kedah ) dan Memanda Menteri Wan Muhammad Saman atau dikenali sebagi Perdana Menteri pada ketika itu.19
17

Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of two ports towns in the Straits of Melaka, hlm.120-121. 18 Mahani Musa dan Ahmad Jelani Halimi, Warisan Mahawangsa Kedah, Penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, 2006, hlm.48. 19 Wan Muhammad Saman adalah berketurunan Pembesar Dato Seri Maharaja Laksamana Kedah. Berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 28 tahun (1870-1898). Banyak berjasa kepada pembangunan Kedah khususnya menerusi kejayaan beliau membina terusan Wan Muhammad Saman sepanjang 36 kilometer dalam tahun 1885-1895.

Dalam koleksi yang lain iaitu dalam buku SMSAH bilangan 5, sepanjang tahun ( 1308-1313 Hijrah ) bersamaan ( 1890 1895 Masihi ), terdapat koleksi surat-menyurat yang dikirimkan oleh baginda Sultan dan para pembesar negeri kepada Konsul Kerajaan Siam di Pulau Pinang iaitu Alfred Newbrono dan Residen Pulau Pinang pada ketika itu. Isi kandungan surat-urat tersebut banyak menjurus kepada beberapa peristiwa yang berlaku di Kedah, khususnya berkaitan dengan pajakan candu yang berlaku disepanjang tahun tersebut. Selain itu, kumpulan surat-surat ini juga berkaitan dengan segala urusan pentadbiran seperti pengurusan kutipan hasil mahsul di setiap daerah serta beberapa perjanjian yang dimeterai oleh baginda sultan dengan ketua-ketua pajak candu seperti Tauke Lim Lan Chak, Tauke Seng Yong dan beberapa orang tauke Cina yang turut sama terlibat dalam aktiviti pajakan candu di negeri Kedah.

3.1. Kreteria danTujuan Surat Dalam Koleksi Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis terdapat sejumlah 2,951 halaman naskhah tulisan tangan dalam huruf jawi yang terkandung dalam 14 buah buku berdasarkan tahun-tahun yang diliputi sekitar 1300-1362 Hijrah (1882-1943 Masihi). Koleksi ini merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat-menyurat zaman pemerintahan Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan ke-26 yang memerintah negeri Kedah dari tahun 1882-1943. Bagaimanapun ada antarannya terdapat sebilangan kumpulan surat-menyurat baginda yang tidak dapat dikesan kerana kemusnahan di Zaman Pendudukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945 atau disebabkan ketika berlakunya perpindahan Pejabat Setiausaha

Kerajaan dan Majlis Negeri dari Balai Besar ke Kota Tengah (1911), ke Opis Dalam/Secreteriat (1929) dan ke Wisma Negeri (1973) iaitu di sekitar bandar Alor Star. Kehilangan ini adalah juga kerana disebabkan oleh kematian pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang menyimpan dokumendokumen tersebut. Hakikat ini diakui oleh Dato' Zakiah Hanum bt. Abdul Hamid, bekas Pengarah Arkib Negara Malaysia dalam kertas kerjanya berjudul 'Bahan-bahan mengenai Sejarah Kedah Di Arkib Negara' dalam Konvensyen Sejarah Negeri Kedah yang pertama di Alor Star ( 28 November hingga 1 Disember, 1981).20 Ditinjau dari tujuan dan peranan surat-surat yang dikirimkan oleh baginda Sultan ini, kebanyakan isi kandungan surat adalah berfokus kepada aspek-aspek perjanjian dan persetujuan yang telah dicapai dalam penjualan candu, penetapan bayaran pajak serta pembahagian hasil keuntungan jualan candu yang melibatkan persetujauan oleh kedua belah pihak iaitu pemajak dan juga baginda Sultan. Berikut adalah antara beberapa contoh kumpulan surat-surat yang telah dihantar oleh baginda Sultan Sultan Abdul Hamid dalam urusan pajakan candu di negeri Kedah, disepanjang era pemerintahan banginda sultan. Sebilangan besar surat yang dihantar mempunyai kelainan dari aspek tujuan dan beberapa arahan juga disampaikan kepada pemajak dalam konteks urusan perdagangan candu tersebut.

3.1.1. Rencana Surat Beri Kepada Konsul Siam Pulau Pinang Pasal Pajak Candu

20

Dato' Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, Surat Menyurat Zaman Sultan Abdul Halim Shah, Kedah Darul Aman 1882-1943, Sumber Internet, 23 July, 2009.

Kuala Muda Bagan Samak Hendak Serahkan Kepada Tauke Seng Yong Adanya Tamat21 Dalam surat yang telah dikirimkan oleh baginda Sultan kepada Tuan Truter Konsul Siam di Pulau Pinang, bertarikh 17 Jamadilawal 130922, baginda Sultan telah memaklumkan kepada Konsul Siam tersebut berkaitan dengan cadangan penamatan penyerahan Pajak Candu Kuala Muda , Bagan samak dan Songkir yang telah diwakilkan kepada Tauke Lim Lan Chak kepada Tauke Seng Yong. Baginda juga memaklumkan kepada Tauke Seng Yong, sesudah berakhirnya bulan Jamadilawal 1309, maka tauke Lim Lan Chak adalah tiada hak dalam urusan pajak candu dan meminta tauke Seng Yong mewakilkan hak pajakan candu kepada peniaga-peniaga Cina yang terdapat di negeri Kedah pada ketika itu. Dilihat dari aspek kandungan surat ini juga, baginda Sultan telah menyatakan dan meminta tauke Seng Yong melunaskan bayaran pajakan sejumlah 18 ribu rial seperti yang telah dipersetujui oleh keduanya di hadapan baginda Sultan.

3.1.2. Rencana Surat Beri Kepada Tuan Truter Residen Konsular Pulau Pinang Pasal Pajak Candu Kuala Muda Bagan Samak Hendak Diserahkan Kepada Tauke Seng Yong dan Apa-apa Kerugian Lim Lan Chak Boleh Dibayarkan Adanya Tamat23 Rencana surat berkaitan telah ditulis oleh baginda sultan pada tanggal 14 haribulan Disember 1891, sebagai balasan daripada surat yang pertama berkaitan penarikan balik
21

Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, Surat Menyurat Zaman Sultan Abdul Halim Shah, Kedah Darul
Aman 1882-1943, hm. 107.

22

Rencana Surat Beri Kepada Konsul Siam Pulau Pinang,Penamatan Pasal Pajak Candu Kuala Muda,Bagan Samak yang hendak diserahkan kepada Tauke Seng Yong,17 Jamadilawal 1309, Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, hlm.107. 23 Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis,op.cit, hlm. 108.

surat pajakan candu yang telah diberi kepada Tauke Lim Lan Chak. Dalam surat ini juga baginda memaklumkan bahawa pemakluman telah diberi kepada Konsular Pulau Pinang iaitu Tuan Truter berkaitan permasalahan tersebut. Antara kandungan surat ini berbunyi; Maka adalah pasal pajak candu Kuala Muda dan pajak Singkir bagan samak yang sudah beta bercakap dengan sahabat beta. Beta fikir mahu ditolakkan tiga pajak itu kepada tauke Seng Yong dan Tauke Seng Yong mahu bayar dalam tiga tahun punya keuntungan delapan belas ribu rial $18,000.00 kepada Tauke Lim Lan Chak tetapi beta khabarkan kepada sahabat beta kata surat pajak itu sudah berikan kepada Tauke Lim Lan Chak barangkali dia tiada mahu beri balik. Beta hendak perbuat dengan keras tentulah dia mengadu kepada sahabat beta juga kerana dia seorang British Subject. Maka sahabat beta pun tampak patut seperti yang hendak diperbuat itu. Ditinjau dari tujuan surat ini ditulis, baginda Sultan ingin memaklumkan kepada Tuan Konsular Pulau Pinang berkaitan dengan penarikan balik surat pajak yang telah diserahkan kepada Tauke Lim Lan Chak dengan tujuan menyerahkan surat pajak tersebut kepada Tauke Seng Yong. Baginda juga memaklumkan persetujuan yang telah dibuat oleh Tauke Seng Yong untuk mebayar keuntungan untuk tempoh tiga tahun berjumlah $18,000.00 rial kepada Tauke Lim Lan Chak serta memaklumkan akan keengganan Tauke Lim Lan Chak untuk berbuat demikian. Baginda juga menyatakan kepada Tuan Konsular Pulau Pinang, bahawa satu tindakan yang keras akan diambil terhadap keengganan Tauke Lim Lan Chak untuk berbuat demikian kerana baginda sedar bahawa Tauke Lim Lan Chak juga adalah seorang peniaga yang berkepentingan kepada pihak British. Di akhir surat ini, baginda Sultan Abdul Hamid, menyatakan;

Maka pada hari yang beta ada di Pulau Pinang beta sudah berjumpa dengan Tauke Seng Yong di Opis Tuan Newbrono. Maka betapun sudah bercakap dengan dia maka dianya pun sudah mengaku hendak bayar pada sebulan seribu lima ratus rial; $1,500.00. jadi setahun selesai delapan belas ribu rial itu. Dari maksud kata-kata baginda Sultan ini, dalam urusan penarikan balik surat pajak candu tersebut, baginda telah memaklumkan kepada Tuan Konsular Pulau Pinang, bersemuka dengan Tauke Seng Yong dan menandatangani satu perjanjian dan persetujuan dalam konteks pembayaran ganti rugi kepada Tauke Lim Lan Chak disebabkan penarikan balik pemberian kuasa menjalankan pajakan candu pada ketika itu menerusi pembayaran yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat sejumlah $1,500.00 rial untuk tempoh setahun. Baginda sultan juga amat berharap agar tindakannya ini mendapat sokongan daripada Tuan Konsular Pulau Pinang, dan berharap Tauke Lim Lan Chak tidak akan memungkiri janjinya dan segala kerugian disebalik penarikan balik kebenaran pajakan candu tersebut bolehlah dituntut kepada Tauke Seng Yong seperti yang telah dipersetujui dalam pertemuannya bersama baginda ketika di pejabat Tuan Konsular tersebut. Dilihat dari tindakan ini, baginda Sultan Abdul Hamid telah memulakan satu proses penyelesaian isu pajakan candu ini secara berdiplomasi dengan melibatkan peranan pegawai British di Pulau Pinang sebagai saksi atas perjanjian yang dibuat. Hal ini dapat dinyatakan sebagai satu sistem perekonomian yang baru dan sistematik kerana sebelum ini corak perdagangan hanya menggunakan sistem tukaran barang dan seterusnya menggunakan mata wang-mata wang tertentu.

3.1.3. Rencana Surat Beta Beri Kepada Tuan Treacher Acting Residen Perak Pasal Pajak Candu Bagan Samak Itu Sudah Beri Hukum Suruh Jual Sama Dengan Harga Candu Perak Itu Adanya Tamat 24

Surat ketiga dari kumpulan surat-surat Baginda Sultan Abdul Hamid ini merujuk kepada makluman berkaitan penerimaan surat yang dikirimkan oleh Tuan Treacher pada tanggal 4 Disember 1891. Dari tajuk surat ini, baginda ingin memaklumkan bahawa persetujuan baginda menetapkan harga jualan candu bagi Surat Pajak Candu Bagan Samak dijual dengan harga yang sama di Perak. Kandungan surat tersebut berbunyi; .Maka adalah daripada pasal Pajak Candu Bagan Samak perintah Kedah yang sudah Sahabat Beta dapat ketahui kata orang pajak daripada perintah Sahabat Beta. jual harga murah

Dari isi kandungan surat ini, Baginda Sultan akur dan faham bahawa harga jualan candu di Kedah adalah lebih rendah berbanding harga jualan candu di Perak. Melalui surat ini, Tuan Treacher Acting ( Residen Perak ), meminta Baginda Sultan menetapkan kadar harga yang sama seperti di Perak. Selain daripada itu, dalam surat yang ketiga ini juga, Baginda Sultan ada menyatakan bahawa pendiriannya untuk menyerahkan Pajak Candu Bagan Samak kepada Ketua Pajak Pulau Pinang iaitu Tauke Seng Yong kepada pemangku Residen Konsular Pulau Pinang pada ketika itu. Namun begitu, di dalam surat ini, tidak dinyatakan nilai harga

24

Ibid. hlm. 109

sebenar jualan candu di Bagan Samak yang dinyatakan harganya adalah lebih rendah di Perak. Surat ini telah ditulis oleh Baginda Sultan pada tanggal 18 Jamadilawal 1309.

3.1.4. Rencana Surat Beri Kepada Konsul Siam Pulau Pasal Pajak Candu Kuala Muda Bagan Samak Hendak Serah Kepada Tauke Seng Yong Tamat.25 Bagi rencana surat yang keempat ini pula, merupakan surat yang ditulis oleh baginda Sultan kepada Konsul Siam di Pulau Pinang pada tanggal 23 Jamadilawal 1309. Baginda telah menerima surat yang dikirimkan oleh sahabat baginda, Konsul Siam di Pulau Pinang, berkaitan dengan permasalahan dalam penarikan balik surat pajak candu Bagan Samak yang telah diserahkan kepada Tauke Lim Lan Chak. Dalam surat ini, Tauke Lim Lan Chak menyatakan bahawa, dapatlah kiranya Baginda Sultan memberi keizinan kepadanya untuk meneruskan pajakan tersebut disebabkan beliau telahpun mengeluarkan modal dalam urusan pajakan tersebut. Namun begitu, Baginda sultan telah memutuskan untuk menarik balik hak pajakan untuk diserahkan kepada orang lain dengan keuntungan sebanyak $18,000 rial untuk tempoh tiga tahun. Kenyataan ini terkandung dalam surat Baginda, yang berbunyi; . Beta sudah tagan ia ambil balik pajak itu beri kepada orang lain beri keuntungan delapan belas ribu rial di dalam tiga tahun. Namun demikian, Tauke Lim menyatakan, nilai pajakan yang ditawarkan kepada Baginda adalah sedikit berbanding dengan nilai jualan yang dibuat oleh beliau dengan menunjukkan kira-kira nilai jualan dan keuntungan untuk tempoh sebulan. Kenyataan Tauke Lim ini berbunyi;
25

Ibid, hlm. 115-116

Maka itu keuntungan dia fikir sangatlah sedikit serta dianya tunjuk kira-kira kepada Baginda Sultan yang dia jaga tiga pajak itu di dalam dua bulan pada sebulan lebih seribu rial punya keuntungan. Walaupun begitu, Baginda Sultan tetap dengan pendiriannya untuk menarik balik kuasa pajakan candu daripada Tauke Lim. Selaras dengan keputusan tersebut, Tauke Lim meminta meminta Baginda Sultan agar dapat membayar keuntungan sejumlah $18,000 rial seperti yang ditetapkan secara sekaligus atau satu perjanjian dibuat untuk tujuan pembayaran tersebut. Antara kandungan surat yang menyatakan permintaan Tauke Lim ini, berbunyi; Tetapi dia berharap sangat yang beta boleh bayar selesai sekali delapan belas ribu rial itu kepada dia atau buat perminot beri kepadanya. Di dalam itu jikalau lambat bayarpun mahu dibayar bunga rial itu kepadanya kerana kepada orang yang dia gaji jaga pajak dengan sebab dia hendak buang dengan cepat itu dia mahu kena bayar lebih daripada gajinya.

Diperhalusi daripada kenyataan di atas, Tauke Lim menyatakan bahawa, permintaannya supaya baginda Sultan dapat menjelaskan bayaran tersebut sekaligus ataupun meminta bayaran bunga bagi kelewatan bayaran tersebut. Hal ini disebabkan, beliau terpaksa memberhentikan pekerja yang telah diberi kuasa menjaga pajak tersebut sebelum tempohnya dan membayar gaji serta gantirugi keatasnya. Selain itu, dalam kandungan surat ini juga terdapat beberapa permintaan yang dikemukakan oleh Tauke Lim iaitu berkenaan penyerahan candu yang dibawa masuk dari Kulim kepada Tauke Seng Yong dengan harga asal ( di Pulau Pinang ) disebabkan beliau berasa malu untuk dibawa balik ke Kulim.

Di akhir surat ini, baginda Sultan meminta agar Tauke Seng Yong menyegerakan pembayaran balik pajakan tersebut dengan menggunakan kuasa Residen Konsular. Sehubungan dengan ini, baginda amat berharap isu penarikan balik surat Pajakan Candu ini dapat diselesaikan dengan segera bagi memudahkan baginda mengeluarkan surat pajakan yang baru untuk diserahkan kepada wakil yang telah ditetapkan oleh tauke Seng Yong secepat yang mungkin. Kenyataan Baginda Sultan ini berbunyi; Boleh beta hendak buat surat lain serahkan pajak itu kepada wakil Tauke Seng Yong di Kedah ini kepada seharibulan Jamadilakhir 1309 ini supaya selesaikan pekerjaan itu. 3.2 Sifat-sifat Penulisannya Surat-surat silam memiliki satu corak khusus dari sudut penggunaan tarikh, bahasa dan gaya penulisannya, maka begitulah jua dengan surat-surat di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Dilihat dari surat biasa adalah seragam coraknya dengan lebih bersifat ringkas. Di samping tajuk utama yang hendak diperkatakan tercatat di atas sekali, di bahagian awalnya cuma dinyatakan kepada siapa surat itu dituju kemudian diteruskan dengan maksud yang hendak disampaikan dan berakhir dengan nama pengirim dan tarikhnya dalam tahun hijrah.26 Berikut diperturunkan beberapa cara tarikh itu digunakan terutamanya sebelum tahun 1909. 3.2.1 Surat bertarikh 26 Disember 1891 Merupakan surat yang dikirimkan oleh Konsular Siam Pulau Pinang kepada baginda Sultah Abdul Hamid. Kandungan surat ini adalah berkaitan dengan pertanyaan

26

http://www.mykedah2.com/10heritage/103_7_p3.htm#sub6. 15 April 2009.

pihak consular tentang urusan penarikan balik surat pajak candu daripada Tauke Lim Lan Chak untuk diserahkan kepada Tauke Seng Yong, seterusnya diserahkan kepada Chang Kian dan Leng Koi iaitu individu yang diberi kepercayaan oleh Tauke Seng Yong menguruskan urusan pajak candu Kuala Muda Bagan Samak. Berikut adalah kata-kata baginda yang berbunyi; Ahwal maka adalah surat sahabat beta beri mari kepada beta yang tertulis kepada 26 Disember 1891 itu sudah sampai dengan selamatnya dan faham beta segala yang tersebut di dalamnya.. Dari aspek penggunaan tarikh Hijrah pula, kebanyakan surat-surat tulisan baginda meletakkan tarik dalam tahun Hijrah di akhir surat beserta dengan penutupan kata-kata baginda dalam memberi penerangan dan penjelasan akan maksud dan tujuan surat yang dikirimkan olehnya. Contoh penggunaan tarikh tersebut adalah seperti; Maka akan rial keuntungan delapan belas ribu itu beta harap boleh Tauke Seng Yong perbuat satu surat hutang beri Tauke Lim Lan Chak pegang taruh. Tiadalah lain-lain lagi hanya berbanyak-banyak tabik beta kepada sahabat beta. Maka inilah beta sampaikan surat pada 27 Jamadilawal 1309. 3.2.1 Surat bertarikh 29 haribulan Rejab 1309 Berbeza dengan surat di atas, surat ini adalah karangan baginda untuk diserahkan kepada Tauke Seng Yong iaitu Ketua Pajak Pulau Pinang berkaitan dengan perihal keuntungan pajak candu yang telah diserahkan kepada Tauke Lim Lan Chak akibat penarikan balik kuasa pajakan tersebut. Baginda telah menerima surat yang dikirimkan oleh

Tauke Seng Yong bertarikh 20 Rejab 1309, di mana beliau menyatakan tentang bayaran keuntungan pajak sebanyak $18,000 rial itu telah dilaksanakan secara bayaran berperingkat-peringkat sejumlah $1,500 rial sebulan. Beliau juga menyatakan kepada baginda Sultan tentang penyerahan surat pajak telahpun dibuat oleh Tauke Lim Lan Chak. Di dalam surat ini juga, penggunaan tarikh dalam tahun Hijrah diletakkan di akhir isi surat berserta dengan luahan perasaan baginda di atas penyerahan surat pajak tersebut dan urusan pemindahan hak pajakan candu di kawasan tersebut telah berjaya dilaksanakan. Kata-kata baginda berbunyi; Maka betapun sangat-sangat suka hati dengan sebab sudah diselesaikan. Maka sekarang ini beta harap pinta sahabat beta hantar mari surat itu boleh beta hendak perbuat surat lain dengan nama Leng Koi dan Chang Kian jadi ketua pajak itu. Maka inilah beta sampaikan surat pada 29 haribulan Rejab tamat 1309.27 Satu perbezaan yang nyata dari kedua-dua surat adalah dari penggunaan tarikh. Sekiranya baginda membalas surat yang diterima daripada Konsular Siam Pulau Pinang ataupun Tuan Residen baginda akan meletakkan tarikh surat yang ditulis oleh pengirim menggunakan tahun Masihi. Hal ini berbeza apabila surat yang diterima dari pihak dalaman, baginda akan menuliskan tarikh surat yang diterimanya dalam tahun Hijrah dan diakhiri dengan menuliskan tarikh surat tersebut dalam tahun Hijran seperti surat-surat yang lainnya. 3.3 Penggunaan Tarikh

27

Ibid, hlm. 144

Sebilangan besar kumpulan surat-surat tulisan tangan dalam zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid ditulis menggunakan tarikh Hijrah dan juga sebilangannya mencatatkan tarikh dalam tahun Masihi. Jelasnya di sini bahawa, sebilangan besar yang ditulis oleh baginda sultan adalah menggunakan tarikh dan tahun Hijrah. Biasanya setiap surat yang ditulis oleh baginda sultan, tarikhnya akan dicatat di bahagian tengah bahagian atas surat menggunakan dakwat berwarna merah. Di sini dapat dinyatakan bahawa terdapatnya pengaruh keislaman dalam bentuk penulisan baginda. Namun bagitu, surat asal yang menunjukkan surat sebenar tidak dapat disalin kerana usaha-usaha penterjemahan pihak Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah Perlis serta usaha-usaha pemuliharaan bahan yang digunakan berikutan usia surat yang menjangkau lebih kurang 200 tahun.

3.3 Bentuk Surat dan Tulisan Dari contoh surat di atas, didapati tulisan yang digunakan adalah dalam huruf jawi lama. Berbeza dengan tulisan jawi moden pada hari ini. Tulisan surat tersebut agak sukar difahami kerana bentuk hurufnya agak rapat dan tiada pemisahan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Namun jika diamati kita masih boleh membaca dan memahami isi kandungan surat tersebut. Dari segi bentuk surat pula, kandungan surat ditulis di dalam kotak atupun dikenali sebagai persempadanan yang dibuat menggunakan dakwat merah. Sungguhpun begitu

bentuknya agak kabur tetapi masih boleh dilihat oleh mata kasar. Menurut pihak arkib, persempadanan ini sememangnya terdapat dalam surat yang asal dan bukannya merupakan tambahan yang dibuat oleh pihak arkib sebagai tindakan menjelaskan setiap surat yang ditulis oleh baginda. Tajuk atau tujuan surat ditulis di bahagian atas dan terletak di bahagian tengah. Dari contoh surat di atas ia ditulis sebagai; Rencana surat beri kepada Konsul Siam di Pulau Pinang pasal . Hampir keseluruhan surat baginda akan ditulis seperti berikut sebagai pembuka surat bagi memaklumkan kepada penerima tentang tujuan surat yang dikirimkan. Jika dibandingkan pada bentuk surat pada hari ini, surat-surat di zaman baginda Sultan Abdul Hamid dikategorikan sebagai surat rasmi kerajaan yang dikirimkan kepada pembesar dan pemerintah Siam dan Inggeris dalam usaha melaksanakan beberapa system amalan pajak candu selain memaklumkan berkaitan dengan segala permasalahan yang timbul dalam urusan pajakan tersebut. 3.3 Aspek-Aspek Bahasa Selain daripada penggunaan tarikh yang menampilkan penggunaan tahun Masihi dan juga Hijrah, dari sudut bahasa pula, sebilangan besar kumpulan surat-surat baginda Sultan menggunakan Bahasa Melayu Klasik serta diselitkan dengan penggunaan beberapa loghat atau perkataan Kedah dalam memperjelaskan maksud surat-surat tersebut. Selain itu juga, baginda ada menggunakan perkataan-perkataan Inggeris bagi mengelak pengubahan maksudnya.

Dalam kajian ini, saya akan berfokus kepada perkataan-perkataan lama, perkatan dalam bahasa Daerah Kedah dan juga perkataan-perkataan Inggeris yang terdapat dalam kumpulan surat-surat Baginda Sultan dalam urusan pajakan candu yang berlangsung dalam era pemerintahan baginda. Daripada kajian yang saya lakukan, sebilangan besar surat baginda yang ditujukan kepada Konsular Inggeris dan Siam mengandungi perkataal ahwal. Dilihat dari sudut maknanya perkataan ini membawa maksud Sebahagian besar kumpulan surat-surat yang dihantar oleh Baginda SAH kepada Konsul Siam, Residen Pulau Pinang akan didahului dengan perkataan Ahwal. Perkataan ahwal membawa maksud ucapan pembukaan kepada penerima surat. Sebagai contoh, dapat dilihat daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Baginda SAH kepada Tuan Alfred Dewin Newbrono iaitu Konsul Siam di Pulau Pinang untuk memaklumkan kepada beliau berkaitan dengan permintaan ataupun arahan yang dikeluarkan oleh Tuan Skinner Residen Pulau Pinang supaya dilakukan bancian bilangan masyarakat China di Kulim yang menggunakan candu. Berikut adalah kata-kata baginda; Ahwal maka adalah Tuan Skinner Residen Konsular Pulau Pinang ada beri surat pada beta yang diperbuat pada 6 Disember 1892 daripada pasal banci orang China yang diperbuat kebun dan kelian di Kulim.. Dalam siri surat baginda yang lain pula, perkataan Ahwal menjadi kata mula dalam pembicaraan surat yang ditulisnya. Contohnya seperti; Ahwal maka surat Sahabat Beta beri mari kepada Beta yang tertulis kepada 20 Disember 1892 itu sudahlah sampai dengan selamatnya..

Dari laras bahasa ataupun gaya penyampaiannya pula, bahasa yang digunakan agak sukar difahami oleh orang kebanyakan kerana menggunakan gaya penyampaian bahasa Melayu Klasik. Berikut adalah kutipan kata-kata baginda dalam kebanyakan surat-surat yang dihantar kepada individu yang tertentu, seperti; Ahwal maka adalah Tuan Skinner Residen Konsular Pulau Pinang ada beri surat pada beta yang diperbuat pada 6 Disember 1892 daripada pasal banci orang China yang diperbuat kebun dan kelian di Kulim Jika dibaca secara biasa sememangnya sukar untuk difahami akan maksud kata-kata baginda tersebut. Dalam konteks memahami kandungan surat tersebut kita perlu membuat bacaan secara ilmiah dengan membuat rujukan kepada kamus-kamus bahasa dan sebagainya. Dari ayat di atas ia membawa maksud; Tuan Skinner selaku Residen Pualu Pinang ada mengirimkan sepucuk surat kepada Baginda SAH, berkaitan dengan arahan membuat bancian keatas bilangan orang-orang China yang menggunakan candu untuk mengusahakan ladang-ladang dan juga ternakan di Kulim. Rumusan Berdasarkan kupasan yang diberikan, dapat dinyatakan di sini bahawa pemerintahan Sultan Abdul hamid merupakan sejarah pemerintahan negeri Kedah yang boleh dianggap sebagai era menuju pemodenan. Hal ini terbukti melalui beberapa pembaharuan dalam system pemerintahan baginda serta Sultan Abdul Hamid meruakan seorang sultan yang mempunyai pandangan yang sangat jauh dengan menggalak kemasukan peniaga0peniaga

cina ke Kedah untuk menjalankan perniagaan melalui amalan system pajak. Selain sebagai sunber pendapatan Negara, amalan pajakan yang dilaksanakan di Kedah menjadi asas kepada pengembangan amalan ekonomi dari bercorak sara diri kepada ekonomi komersil.

Bibliografi Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 2001. Amarjit Kaur, Semenanjung Tanah Melayu Pada Abad Ke-19: Suatu Tinjauan Ekonomi Dalam Masyarakat Melayu Abad Ke-19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. G. Mohamed Khan, A.C.P, History of Kedah, Penang Premier Press, 1939. Hj. Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, Percetakan Seasons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1987. Hasenah@Noriha Wan Jaafar, Nazirah Ab. Rahman, Kertas Kerja Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1942 ), Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah Perlis, _______ .

Hj. Ibrahim Ismail, Catatan Kedah, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah Perlis, _______ . Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1980. James F.Agustine,The Founder of Modern Kedah,(Dalam Kedah Dari Segi Sejarah),Jil.4 Bil.1, April 1970. Mahani Musa dan Ahmad Jelani Halimi, Warisan Mahawangsa Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Kedah, 2006. Mohd Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis, zaman Penjajahan British, _____, _______ . Mohd Isa Othman, Politik Tradisional Kedah,1641-1942, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. Muhammad Hassan Bin To Kerani Mohd Arshad, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968. Ooi Jin-Bee, Bumi, Penduduk dan Ekonomi Di Tanah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968. R. Bonney, Kedah 1771 1821: The Search for Security and Independence, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971. Victor Purcel, (Terjemahan : Nik Hasnaa Nik Mahmood), Orang-orang Cina Di Tanah Melayu, Penebitan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, 1997. Zaharah Hj Mahmud, Change in Malaysia Sultanate: on Historical Geography of Kedah Before 1939,Tesis Sarjana Sastera, Universiti Malaya, 1965.

Você também pode gostar