Você está na página 1de 3

Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan merupakan satu susunan rang undang-undang dasar yang

merangkumi prinsip serta peraturan bagi menentukan bentuk pemerintahan sesebuah negara Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis yang berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Ia menjamin kestabilan politik, perpaduan rakyat, kemajuan Negara serta system pemerintahan yang cekap dan sistematik. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undangundang asas negara.Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara. (Md Bohari Ahmad (1997), Perlembagaan adalah satu kumpulan peraturan dan undang-undang dasar yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Ia menentukan organisasi kerajaan,pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsipprinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Terdapat Perlembagaan dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.Perlembagaan bertulis (seperti Perlembagaan Malaysia)ialah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.Manakala perlembagaan tidak bertulis (seperti di Britain) pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusankeputusan mahkamah. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian ,183 Perkara dan 13 Jadual.Secara ringkas ,Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa esekutif ,legislative,kehakiman .kedudukan islam ,kewarganegaraan ,bahasa kebangsaan ,kedudukan istimewa orang Melayu ,Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia Unsur-unsur tradisi adalah faktor utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Agama Islam Adalah Agama Rasmi Tetapi dibenarkan. Amalan Agama-agama lain adalah

Agama islam adalah agama rasmi bagi Persukutuan.Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi).Namun begitu,perkara ini melindungi bahasabahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain. Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem di negeri-negeri Melayu. Ia mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentabiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik,khususnya sebelum penjajahan British.Semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja muda mula terhad ketika menerima nasihat Residen British dalam hal pentadbiran kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam.Setelah negara merdeka institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja perpelembagaan. Yang DiPertuan Agung Memelihara Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan orang Melayu.

Você também pode gostar