Você está na página 1de 17

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

NAMA MOHD AZAHARI BIN AHAMAD ROSNITA@AMOY BT ALBARI JAYALATCHUMIE A/P SIMADIRI STEPHANIE JOANNE AK BANGGAU DELINDA GRIET ANAK DAOR

NO. MATRIK PT122153CT PT122230CT PT122100CT PT122271CT PT122301CT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013

Tajuk Tugasan: WEB 2.0 (YOUTUBE,SLIDESHARE, DOCSTOC dan SCRIBD)

Pengakuan Pelajar: Kami mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja kami sendiri. Kami sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya kami bersalah mengikut peraturan berkenaan.
BIL 1. 2. 3. 4. 5. NAMA MOHD AZAHARI BIN AHAMAD ROSNITA@AMOY BT ALBARI JAYALATCHUMIE A/P SIMADIRI STEPHANIE JOANNE AK BANGGAU DELINDA GRIET ANAK DAOR NO. MATRIK PT122153CT PT122230CT PT122100CT PT122271CT PT122301CT

KANDUNGAN BIL. 1.0 2.0 2.1 2.2 2.3 TAJUK PENDAHULUAN YOUTUBE Definisi Youtube Kepentingan Youtube Kepada Pengajaran Penggunaan Youtube Dalam (P&P) HALAMAN

2.4 2.5 3.0 3.1 3.2 4.0 4.1 4.2 5.0 5.1 5.2 5.3 6.0

Pengajaran dan Pembelajaran Faedah Menggunakan Youtube Kelebihan dan kelemahan Youtube DOCSTOC Definisi Docstoc Kelebihan Dosctoc SLIDESHARE Definisi Slideshare Kepentingan Slideshare dalam Pengajaran dan Pembelajaran SCRIBD Definisi Scribd Kepentingan Scribd dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepenggunaan Scribd RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN Revolusi zaman semakin berkembang dalam perubahan teknologi web. Untuk itu generasi kedua selepas web 1.0 adalah web 2.0. Istilah ini dipakai untuk menggambarkan aplikasi-aplikasi Internet generasi baru yang merevolusi cara kita menggunakan Internet. Semua aplikasi ini membawa kita masuk ke cara baru penggunaan Internet yang berbeza dengan generasi sebelumnya pada pertengahan tahun 1990-an. Web 2.0 adalah trend atau gaya pembangunan laman web dengan menggunakan Teknologi World Wide Web untuk tujuan meningkatkan kreativiti,

memastikan perkongsian maklumat adalah selamat dan guna meningkatkan fungsi dan kecekapan laman web. Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan guna website berunsur sosial seperti Facebook dan Friendster. Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O`really Media pada tahun 2004. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di dalam laman web tersebut. Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan semula, berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemen-elemen yang diterapkan dalam laman web tersebut. Perkara baru seperti perkongsian maklumat dan maklumat diri boleh dikongsikan lebih mudah dan interaktif berbanding sebelum ini. Maklumat dari berlainan laman web boleh diambil dan dimuatkan dalam laman web yang lain.

2.0 YOUTUBE

2.1 DEFINISI YOUTUBE Youtube ialah satu laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video tersebut. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu web 2.0 yang popular iaitu sebanyak 65,000 video telah dimuat naik dan 100 juta video ditonton setiap hari. Kandungan YouTube ini boleh merangkumi animasi, rakaman secara rasmi, dan rakaman secara peribadi. Rakaman video juga boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan, peribadi, iklan semata-mata. YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya. YouTube juga merupakan satu tempat umum masyarakat untuk berkomunikasi. Tempat tersebut membolehkan kita membuat kajian dalam pencarian maklumat dengan melihat kelip video. Menerusi YouTube, kita boleh berkongsi maklumat dan membuat rujukan sebagai bahan untuk belajar. Terdapat banyak kemudahan dan kelebihan yang dapat diterokai apabila menggunakan YouTube sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pelajar dapat melihat dan mendalami sendiri setiap perkara yang tidak diketahui dan difahami dengan mencari maklumat menerusi YouTube

2.2 KEPENTINGAN YOUTUBE KEPADA PENGAJARAN


Penggunaan Video dalam pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Banyak pendapat menyatakan bahawa kaedah pengajaran menggunakan teknologi boleh membantu pelajar dengan berkesan. Pelajar sekolah dapat diperkenalkan dan didedahkan kepada kemajuan teknologi pada usia yang muda lagi. Oleh hal yang demikian, penggunaan video dalam proses pengajaran merupakan salah

satu cara atau langkah yang boleh digunakan untuk membantu kepada proses pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah. Penggunaan YouTube dapat membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Melalui tayangan video, mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. YouTube dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik tayangan video yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Guru di sekolah kini lebih mudah untuk menggunakan kaedah moden ini. Penggunaan Youtube dalam pengajaran dapat menunjukkan pelajar secara realiti tentang pembelajaran yang hendak dipelajari. Zaman dahulu pembelajaran terhad hanya di bilik darjah sahaja, pelajar kurang terdedah kepada dunia sebenar. Maka, pelajar kurang input serta lambat untuk mengetahui situasi sebenar. Dengan menggunakan youtube ini, pembelajaran secara video dapat mengembangkan minda pelajar dengan hanya di dalam bilik darjah sahaja.

2.3 PENGGUNAAN
PENGAJARAN

YOUTUBE

DALAM

PEMBELAJARAN

DAN

Youtube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video sambil memberikan olahan, gambaran, tambahan berkaitan dengan video yang telah ditayangkan. Oleh tiu penggunaan youtube dalam pembelajaran dan

pengajaran dapat mengembangkan minda pelajar untuk mentafsir dan memahami maksud tersirat yang terkandung dalam video berkenaan. Dengan ini suasana pembelajaran wujud di dalam bilik darjah jika guru menggunakan youtube untuk mengajar di sekolah. Aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan daya literasi para pelajar dari segi visual, audio, khinestatik, serta pembacaan. Kemahiran penting dalam budaya elektronik masa kini dapat menggalakan eksperimentasi pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Ini kerana youtube merupakan media baharu yang bermatlamatkan perkembangan informasi terutamanya dalam bidang pendidikan. Aplikasi ini banyak digunakan oleh warga pendidik masa kini untuk memudahkan lagi pemahaman para pelajar. Malahan juga youtube dapat menghubungkan pelajar ke dalam talian dunia. Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini, youtube dijadikan sebagai trend menerusi generasi Net Sosial yang menggantikan pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif. Pelajar itu sendiri kini mampu untuk mengadaptasikan perisian ini untuk mendapatkan info-info yang selanjutnya untuk pengetahuan masing-masing. Dengan youtube ini juga (p&p) dapat dijalankan dengan melibatkan pihak sekolah penggunaan alat ICT yang lain seperti LCD Projektor, Skrin layar, Radio, TV pendidikan, dan komputer. Oleh itu strategi untuk menggunakan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti :

a)

Segmen

membenarkan pelajar di dalam kelas untuk menonton video pendek dalam beberapa segmen yang telah ditayangkan oleh guru.

b) Nota
Dalam pada video ditayangkan pelajar perlu mencatatkan sebarang maklumat yang terkandung dalam video berkenaan. Jika terlepas catat video boleh ditayangkan semula.

c) Jeda
Guru perlu biasakan untuk mengguna butang pause bagi menghentikan video seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang berlaku

d) Tanpa Suara
Bagi video yang menekankan visual, maka teknik bunyi dan suara penceritaan perlu sesuai dengan pelajar.

e) Tanpa Gambar
Gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video sebenar. f) Pratonton Setiap video perlu diteliti terlebih dahulu bagi menentukan kesesuaiannya dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran. g) Gabungkan Gabungkan video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar. Segala aktiviti sebelum, semasa, selepas tayangan video youtube akan digabungkan untuk mendapatkan kesimpulan daripada video berkenaan dengan topik pembelajaran.

h) Potong
Gunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau www.eyespot.com bagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan topik pelajaran. Semasa kaedah pratonton dilakukan, seorang guru perlu memotong video dan cari segmen yang benar-benar berkaitan sahaja untuk aktiviti pelajaran di dalam kelas. i) Fokus Ketika pelajar menonton video, guru perlu memberikan tugas khusus, perkenalkan video dengan mengemukakan soalan dan sebarang aktiviti yang boleh menjadi kandungan topik dengan jelas. Dengan ini, guru

boleh mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan di dalam video berkenaan. j) Selepas Selepas pelajar sudah menonton video, pertimbangkan apa yang menarik minat mereka dalam pembelajaran tersebut. Dan ketahui apa yang mereka faham, bagaimana mereka boleh kaitkan video tersebut dengan perasaan mereka serta minta pelajar untuk memberikan komen tentang video.

Penggunaan Youtube di dalam bilik darjah

2.4 FAEDAH YOUTUBE KEPADA UMUM Video ringkas Youtube ini boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan dan dimanfaatkan. Video ini sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Youtube semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai satu sumber pedagogi

untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernilai berita di serata dunia hinggalah kepada sedikit kisah untuk pengajaran. Penggunaan Youtube juga memudahkan sebarang hal kepada manusia dengan pelbagai informasi sama ada benar mahupun rekaan. Zaman IT ini manusia sekolah lebih mudah mendapatkan maklumat terkini dengan Youtube. Sebagai contoh berita terkini mengenai isu semasa, manusia pada abad ini mampu untuk mengetahui berita tersebut dengan hanya melayari video yang telah dimuat naik di dalam youtube. Rangkaian youtube merupakan satu rangkaian yang luas serata dunia. Oleh yang demikian banyak faedah yang boleh didapati menerusi perisian web 2.0 youtube ini.

2.5 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN YOUTUBE Kelebihan youtube adalah dapat menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat. Selain itu, dapat membangkitkan motivasi pelajar dengan cara pembelajaran baru dengan menggunakan komputer. Pelajar menjadi lebih bersemangat jika belajar dengan menggunakan komputer. Pengguna juga dapat pengintegrasian multimedia daripada sumber yang pelbagai seluruh dunia. Malahan juga keinteraktifan yang membangkitkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luas dalam kawalan kendiri. Selain itu juga, faktor warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya. Penggunaan youtube ini juga mudah untuk didapati, sesiapa sahaja mudah untuk mendapatkan video yang mereka inginkan. Malahan juga pengawasan dalam pengajaran daripada guru juga dapat diperluaskan lagi kerana maklumat senang didapati dan mudah untuk diatur. Ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar di sekolah.

Manakala kelemahan youtube pula adalah seseorang itu memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contoh, seorang pelajar terpaksa pergi ke pusat internet bagi yang tiada kemudahan internet di rumah. Maka memerlukan perbelanjaan untuk melayari internet. Kos untuk membuka youtube juga memerlukan tenaga lingkaran internet yang tinggi untuk melayarinya. Namun begitu, kelemahan lain juga seperti teknologi yang cepat berubah dan seseorang itu perlu cekap dan bermotivasi tinggi untuk berjaya dalam mengaplikasikan kemudahan teknologi youtube ini. Selain itu, program pengajaran pendidikan bermutu yang menggunakan mikrokomputer. Ini secara tidak langsung menambahkan beban kepada pengajaran guru kerana terpaksa memahami penggunaan komputer secara terperinci. Manakala masalah dan kelemahan terbesar penggunaan youtube ini adalah pelajar mudah untuk menyalahgunakan kemudahan yang ada. Perisian youtube ini tiada had dalam melayari video yang telah tersedia ada disimpan. Oleh itu, pelajar mudah terdedah kepada perkara-perkara negatif seperti tayangan video lucah dan ganas yang terdapat di dalam youtube. Ini menimbulkan satu gejala sosial terhadap pelajar sekolah.

3.0 DOCSTOC

3.1 DEFINISI DOCSTOC Docstoc adalah satu dokumen media elektronik atau laman dalam talian, yang bertujuan untuk menyediakan sumber secara profesional termasuk dokumen kewangan dan undang-undang bagi komuniti perniagaan. Docstoc telah dirasmikan oleh pengasas bersama Jason Nazar (CEO) dan Alon Shwartz (CTO) pada bulan Oktober 2007, sebulan selepas kemunculan sulung pada Persidangan TechCrunch40. Pengguna boleh memuat naik, berkongsi dan menjual dokumen mereka sendiri melalui laman docstoc ini. Docstoc ini memberi sebarang jenis sumber secara percuma dengan perkongsian dokumen di seluruh web. Docstoc bermula sebagai sumber untuk dokumen perkongsian (termasuk doc,.pdf dan format ppt), dan membenarkan pengguna untuk memuat naik dokumen di blog atau laman web mereka. Teknologi Docstoc membolehkan pengguna untuk memuat naik, berkongsi atau embed dokumen di laman web mereka. 3.2 KELEBIHAN DOCSTOC Penggunaan Docstoc dapat menyimpan dan berkongsi maklumat seperti dokumen komersial, kontrak, template perniagaan, panduan teknikal atau kertas akademik. Maka, dalam aspek kepentingan Docstoc dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dan pelajar boleh menaik muat sebarang fail, nota, tugasan di dalam docstoc ini bagi perkongsian bersama. Penggunaan docstoc ini mampu untuk menunjukkan sebarang jenis fail. Kebiasaannya semua dokumen ini harus diluluskan kualiti profesionalnya oleh Docstoc terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam Docstoc. Maka, bagi guru yang ingin menjanakan pendapatan sampingan juga boleh berbuat demikian dengan pengisian fail dokumen di dalam docstoc ini. Pengguna boleh menjual dokumen komersial kepada semua pihak dan mendapatkan pendapatan.

4.0 SLIDESHARE

4.1 DEFINISI SLIDESHARE Slideshare merupakan satu media untuk perkongsian pembentangan dan perkongsian dokumen. (slideshare) slide: pembentangan share: perkongsian dalam bentuk pdf. Slideshare juga memerlukan pengguna untuk memuat naik sebarang fail, dokumen, atau info bagi tatapan umum. Setiap kandungan yang ditayangkan boleh ditunjukkan di dalam blog, rangkaian sosial. Seperti Linkedln, Facebook, twitter. Pengguna yang telah memuat naik sebarang dokumen kepada slideshare ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, idea, cadangan dan pandangan, malah dapat berhubung dengan orang lain. Sesiapa sahaja boleh melihat pembentangan yang telah dimuat naik mengikut topik mana yang mereka perlukan dan mana yang mereka minat. Perkongsian slide ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam bilik darjah dalam konteks pendidikan sekolah. 4.2 KEPENTINGAN SLIDESHARE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kepentingan Slideshare ini adalah sebagai satu alat pemasaran menerusi media teknologi pada masa kini, penggunaannya dapat membantu pelajar untuk mendapatkan sebarang maklumat ataupun nota yang telah disediakan daripada guru mahupun pengguna lain. Oleh itu, ia berkepentingan dalam proses pembelajaran kerana segala bahan dan rujukan mudah untuk didapati. Menurut Patrick Power (2010) dalam cadangan Mohamad Amin Embi (2011) telah mengemukakan cadangan bahawa dalam slideshare ini boleh digunakan untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan kepada para pelajar dengan menunjukkan persembahan di dalam slide yang telah dimuat turun mengikut topik dan tajuk pembelajaran.

Selain itu juga slideshare ini berkepentingan untuk bertindak sebagai satu cara bagaimana guru untuk mengajar pelajar dengan menggunakan slide yang tersedia ada di dalam slideshare ini. Guru boleh mendapatkan slide yang bagus menerusi slideshare ini dan menunjukkan kepada pelajar tentang maklumat. Malahan juga guru mampu untuk membuat dan menyediakan slide mereka sendiri dan memuat naikkan slide guru itu ke dalam perisian slideshare ini untuk di muat turun oleh pelajar di dalam bilik darjah. Cara ini lebih mudah untuk perkongsian ilmu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga boleh belajar menerusi slideshare ini bagaimana untuk membuat slide untuk pembentangan di dalam kelas.

Slideshare merupakan cara terbaik untuk mendapatkan slaid menerusi web yang boleh didapati dan dikongsi oleh khalayak yang luas. Beberapa perkara yang boleh dilakukan pada slideshare seperti membuat Embed slaid ke dalam blog atau laman web tersendiri, berkongsi persembahan slaid yang terbuka atau persendirian. Namun begitu masih terdapat beberapa cara untuk berkongsi secara tertutup.

5.0 SCRIBD

5.1 DEFINISI SCRIBD Scribd merupakan web 2.0 perkongsian dokumen yang membolehkan pengguna untuk menghantar dokumen pelbagai format dengan menggunakan format iPaper. Scribd ini diasaskan oleh Adler, Tikhon ernastam, dan Jared Friedman pada tahun 2006. Pesaing utama scribd adalah Docstoc, edocr, WePapers dan Issuu. Scribd yang telah dianggap lebih kurang dengan laman web slideshare, tetapi dalam bentuk tayangan dokumen yang telah diupload. Scribd ini juga merupakan laman web sosial yang membolehkan penggunanya untuk memuat naik kan segala info, nota, dokumen untuk berkongsi ke dalam web. Scribd mudah untuk digunakan dengan melayari Scibd dan muat turun apa sahaja nota, dokumen yang diperlukan. Oleh itu, ia sangat sesuai bagi pelajar-pelajar di sekolah. Scribd boleh dimuat naik dokumen seperti format word, excel, power point, dokumen PDF,TIFF,RTF dan format PostScript. Kesemua kemudahan ini dapat dimuat naikkan dan dimasukkan ke dalam laman web atau blog peribadi pengguna. 5.2 KEPENTINGAN SCRIBD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Scribd ini merupakan satu perubahan inovasi teknologi baru dalam perisian web 2.0 yang pada asalnya berkepentingan untuk menyelesaikan masalah kesukaran untuk menerbitkan kertas kerja akademik. Tetapi sejak perkembangan teknologi dan permintaan pasaran moden yang telah memuat turun slide semata-mata untuk hiburan dan pengetahuan, maka kepentingan scribd ini telah menjadi secara umum dah berkembang dalam aspek pendidik khususnya. Dalam konteks pengajaran, guru mampu untuk membuat nota sendiri dan memasukkan ke dalam scribd untuk pelajar melayari dan mencari maklumat.

Scribd membolehkan kesemua dokumen yang telah dimuat naikkan mudah untuk didapati, maka ia berkepentingan kepada cara penyampaian bagi seorang guru pada masa kini. Dengan bercirikan teknologi, guru dan pelajar dapat menerapkan segala ilmu dalam bentuk scribd ini dan dapat dikongsikan bersama. Scribd kini mempunyai lebih daripada 50 juta pengguna yang telah mendaftar. Oleh itu, pendidikan bercirikan teknologi kini bagus untuk

perkembangan minda pelajar-pelajar dengan hanya menggunakan komputer. Dalam konteks pelajar pula, pelajar mampu untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru dalam masa yang singkat kerana pelajar boleh melayari scribd untuk mengurangkan beban bagi mendapatkan info. Pelajar itu sendiri mampu untuk belajar sendiri di rumah dengan menggunakan laman sosial scribd ini dengan memuat turun nota atau pun slide yang telah dimasukkan oleh orang luar. 5.3 PENGGUNAAN SCRIBD Bagi penggunaan Scribd, sesiapa sahaja boleh menjadi pengguna dengan mendaftar akaun gmail. Selepas itu pengguna yang sudah berdaftar boleh memuat naik sebarang dokumen ke dalam scribd untuk dipaparkan dalam laman sosial. Format dokumen yang mudah untuk dimuat naikkan adalah PDF, Power point. Oleh itu, jika seseorang pengguna itu telah biasa memuat naik dokumen, maka mudah untuk pengguna itu memuat turun dokumen yang mereka inginkan dari laman scribd. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh diperoleh daripada scribd. Menurut Mohamad Amin E. (2012) kemudahan teknologi kini membolehkan guru untuk memuat naik rancangan pelajaran untuk guru-guru lain melihat dan merumuskan. Begitu juga guru boleh memuat turun Huraian Sukatan Pelajaran untuk dikongsikan bersama guru-guru yang lain. Pengguna scribd boleh mengakses dokumen atau bahan bacaan untuk meningkatkan pengetahuan. Penggunaan scribd juga boleh dikatakan seperti pengguna pergi ke perpustakaan alam cyber yang hanya boleh didapati dengan melayari scribd.

6.0

RUJUKAN

Bob Rankin. 2008. What is Scribd. http://askbobrankin.com/what_is_scribd.html. (6 September 2011) Clark, R.C. & Mayer, R.E. 2002. E-Learning and the Science of Instruction: Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. San Francisco: Jossey-Bass Pfeiffer Duffy, P. 2008. Engaging the YouTube Google-Eyed Generation: Strategies for Using Web 2.0 in Teaching and Learning. The Electronic Journal of e-Learning 6(2):119 130. Daniel St. Pierre. 2010. What is SlideShare and how can it Benefit You? http://www.cybergenica.com/blog/business-post/what-is-slideshare-andhow-can-itbenefit-you/ (6 April 2011) Godwin-Jones, R. 2007. Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition. http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html (dipetik pada 15 Oktober 2012) Mohamed Amin. E. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-DalamPengajaran-Dan-Pembelajaran (dipetik pada 15 Oktober 2012) Mohamed Amin E. 2012. Web 2.0 e-Publishing Tools: A Quick Guide. http://www.scribd.com/doc/104843525/Web-2-0-e-Publishing-Tools-A-QuickGuide(15 Oktober 2012). Nik Peachey .n.d. Web 2.0 Tools for Teachers http://www.scribd.com/doc/19576895/Web-20-Tools-for-Teachers (17 Oktober 2012)

Patrick Powers. 2010. Three ways universities could better use SlideShare. http://patrickpowers.net/2010/11/three-ways-universities-could-betteruseslideshare/ (6 April 2011)

Você também pode gostar