Você está na página 1de 6

Item 7 : Saya berasa tidak selesa dengan persekitaran medan perhimpunan sekolah yang tidak kondusif seperti panas,

sempit dan kotor. SKALA Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju BIL.RESPONDEN 5 6 5 16 9 % 12.20 14.63 12.20 39.02 21.95

12.20% 12.20% 14.63% 21.50% 39.02% Setuju Sangat Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Kurang Setuju

Majoriti 60.97% responden menjawab setuju bahawa mereka tidak berasa selesa dengan persekitaran medan perhimpunan yang tidak kondusif seperti panas, sempit dan kotor sewaktu perhimpunan mingguan sekolah dijalankan. Manakala, selebihnya iaitu 39.03% responden pula menyatakan tidak setuju dengan faktor tersebut.

Ini membuktikan, faktor pelajar tidak berasa selesa dengan persekitaran medan perhimpunan sewaktu perhimpunan dijalankan merupakan salah satu faktor utama masalah kemerosotan kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada hari perhimpunan mingguan sekolah.

Item 8 :Rakan mengajak saya untuk melepak di tempat lain sewaktu perhimpunan berlangsung. SKALA Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju BIL.RESPONDEN 16 15 % 39.02 36.59

Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

8 2 0

19.51 4.88 0.00

4.88% 0.00% 19.51% 39.02% Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju 36.59% Setuju Sangat Setuju

Majoriti 95.12 % responden menjawab tidak setuju dengan faktor rakan mengajak mereka melepak di tempat lain sewaktu perhimpunan mingguan sekolah berlangsung. Sebilangan kecil iaitu 4.88 % responden sahaja bersetuju dengan faktor tersebut.

Ini menunjukkan bahawa faktor rakan mengajak mereka melepak di tempat lain sewaktu perhimpunan berlangsung bukanlah faktor utama masalah kemerosotan kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada hari perhimpunan mingguan sekolah.

Item 9 :Waktu perhimpunan pada awal pagi menyebabkan saya berasa malas untuk ke sekolah. SKALA Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju BIL.RESPONDEN 14 13 9 4 1 % 34.15 31.71 21.95 9.76 2.44

2.44% 9.76% 21.95% 34.15% Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju 31.71% Setuju Sangat Setuju

Majoriti

87.81% responden menjawab tidak bersetuju bahawa faktor waktu perhimpunan

mingguan pada awal pagi menyebabkan mereka berasa malas untuk ke sekolah. Manakala, sebilangan kecil iaitu 12.2 % responden pula bersetuju waktu perhimpunan pada awal pagi menyebabkan mereka berasa malas untuk ke sekolah.

Ini menunjukkan bahawa faktor waktu perhimpunan pada awal pagi yang menyebabkan pelajar berasa malas untuk ke sekolah bukanlah faktor utama masalah kemerosotan kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada hari perhimpunan mingguan sekolah.

Pengajaran yang Didapati Pelbagai pengajaran yang kami dapati semasa menyiapkan kajian tindakan ini. Pertama sekali kami memperuntukkan lebih masa untuk mencari tajuk yang bersesuaian kerana isu asal adalah kurang bersesuaian sebagai tajuk Kajian Tindakan kami. Kami bertindak memilih isu lain yang sesuai dengan peranan kami sebagai guru bertugas mingguan kerana isu dalam kajian tindakan perlulah berkaitan dan berguna kepada diri sendiri serta peranan kita di sekolah Seterusnya, menulis tajuk kajian dan pernyataan masalah juga adalah mencabar kerana walaupun pensyarah telah memberikan beberapa contoh sebagai rujukan tetapi kami tetap menghadapi masalah dalam menulis tajuk dan pernyataan masalah yang tepat. Malah, ia perlu membuat membaiki untuk menghasilkan tajuk dan pernyataan masalah yang tepat. Tajuk dan pernyataan masalah haruslah tepat kerana ia menjadi tunjang utama dan penyebab kajian dijalankan. Semasa proses pembinaan soal selidik, kami menghadapi cabaran dalam menghasilkan set soalan soalan soal selidik tentang apa persoalan yang perlu ditanya. Kami mendapati, tajuk dan pernyataan masalah perlu sentiasa berada dalam pemikiran penyelidik dalam menentukan isi soalan soal selidik tersebut. Contohnya, setiap kali membina soalan, adakah soalan tersebut membantu kita dalam memahami dan mendapat lebih maklumat tentang masalah kemerosotan kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke perhimpunan mingguan sekolah. Selain itu, struktur ayat yang dibina haruslah ringkas dan tepat agar respondan mudah memahami maksud soalan - soalan yang diutarakan.

Dengan pengetahuan sedia ada yang terhadSebenarnya terasa payah juga untu membaca minda pensyarah kami yang dihormati Tuan Haji Hasnan. Beliau telah memberikan pelbagai contoh contoh, namun disebabkan masalah yang dikaji adalah unik, kadangkala daripada contoh itu masih lagi Pada peringkat awal kami menyangkakan tajuk ini tidak membebankan namun semasa melalui proses untuk menyiapkan banyak perkara-perkara yang timbul yang memerlukan pemikiran yang mendalam. Maka daripada sini, kami menemui kelemahan - kelemahan kajian kami seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Kami memikirkan adakah pernyataan masalah kami adalah tepatKami jua beberapa kali membuat penambaikan di bahagian analisis item daripada segi supaya bukan sahaja analisis dan tafsiran itu tepat beserta struktur ayat. Ringkas , tidak panjang dengan tepat tanpa bahasa yang berbelit-belit sehingga tiada sesiapa yang bole mempersoalkan ayat kita. oleh kerana ia adalah tugasan berkumpulan maka keseragaman dari segi struktur ayat . adalah penting supaya mempunyai flow. Bekerjasama membetulkan malah betul seperti kata

pensyarah kami salah satu daripada kepentingan kajian tindakan adalah memmupuk silaturrahim.

dalam melakukan sesuatu perubahan tindakan proaktif perlu diambil. Kajian tidakan adalah salah satu cara yang sesuai dalam melakukan perubahan sesuatu budaya sekolah. Sesungguhnya tugasan ini adalah sangat bernilai dalam memperkaya pengetahuan kami sebagai bakal guru untuk menghasilkan Kajian Tindakan mengikut proses yang betul . Ia adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh bakal guru dan diaplikasi secara berterusan dalam menangani isu-isu di sekolah nanti. Semasa menjalankan kajian, kami sedar bahawa isu yang dipersoalkan adalah sensitif. Oleh itu, kami perlu mematuhi etika untuk menjaga nama baik sekolah. Kami juga harus mengambil pendekatan dan strategi yang bersesuaian bagi mencari cara untuk membaiki masalah dengan berkesan. Ia menjadi satu peluang kepada kami agar kewujudan kita di sekolah kelak adalah bermakna serta memberi manafaat kepada warga sekolah yang lain. Penutup

Kajian tindakan ini dihasilkan melalui satu proses kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab utama masalah kemerosotan kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke perhimpunan

mingguan sekolah. Proses bermula dari langkah mengenalpasti masalah dan tajuk kajian, mengumpul dan menganalisis data serta membuat refleksi untuk penambahbaikan. Isu ini dikaji daripada pelbagai faktor masalah hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan. Kemudian, kami membina soal selidik dan menemubual guru untuk mencari faktor-faktor utama penyebab masalah tersebut. Kajian yang yang dijalankan memberi peluang kepada kami untuk menilai dan memahami masalah kemerosotan kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke perhimpunan mingguan sekolah. Kajian juga adalah penting untuk menentukan tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut secara berkesan. Kajian tindakan ini juga merupakan satu usaha murni untuk membantu pihak sekolah meningkatkan jumlah bilangan pelajar Tingkatan 5 yang semakin merosot ke perhimpunan sekolah. Harapan kami semoga kajian ini dapat diaplikasikan dalam situasi sebenar serta memberi manafaat kepada pihak sekolah dan guru bertugas mingguan bagi mengenalpasti faktor ketidakhadiran, seterusnya meningkatkan kehadiran pelajar ke perhimpunan mingguan sekolah. Akhir sekali kami berharap, pada masa akan datang kami mampu menghasilkan kajian tindakan dengan menggunakan kaedah dipelajari bagi mengatasi masalah yang pelbagai dan lebih mencabar di sekolah dengan penuh berkesan.

Você também pode gostar