Você está na página 1de 4

AKAUN HASIL DISATUKAN

PPK 3

1.

TUJUAN Pernyataan ini adalah bertujuan untuk menetapkan piawaian perakaunan Akaun Hasil Disatukan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972).

2.

SKOP Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan Akaun Hasil Disatukan, di mana akaun ini setelah diaudit oleh Ketua Audit Negara perlu dibentang di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan-kerajaan Negeri.

3.

LATAR BELAKANG 3.1 Pernyataan Akaun Hasil Disatukan adalah: 3.1.1 sebagai satu garis panduan bagi menyeragamkan amalan perakaunan yang merangkumi definisi, pewujudan, klasifikasi, prosedur perakaunan dan persembahan dalam penyata kewangan kerajaan. 3.1.2 berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972) dan dilaksanakan mengikut Arahan Perbendaharaan dan aturan dan peraturan kewangan lain yang berkuatkuasa. 3.2 Mana-mana perenggan di dalam piawaian ini yang merujuk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah juga dirujuk kepada peruntukan Perlembagaan Negeri yang berkaitan mengikut mana yang berkenaan melainkan dinyatakan secara khusus.

4.

AKAUN HASIL DISATUKAN 4.1 Definisi Akaun Hasil Disatukan mengakaunkan semua urusniaga terimaan hasil dan perbelanjaan mengurus Kerajaan. 4.2 Penubuhan Akaun Hasil Disatukan ditubuhkan mengikut Perkara 97 dan 98 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 7 (a) Akta Prosedur Kewangan, 1957 (Disemak 1972).

AKAUN HASIL DISATUKAN

PPK 3

5.

KLASIFIKASI HASIL DAN PERBELANJAAN MENGURUS 5.1 Hasil Segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima oleh Kerajaan hendaklah dibayar masuk ke dalam Akaun Hasil Disatukan kecuali wang pinjaman, wang amanah, kutipan Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya. Hasil diklasifikasikan seperti berikut: 5.1.1 Hasil Cukai Hasil Cukai adalah hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat mengikut Akta Cukai Pendapatan, Akta Duti Kastam, Akta Duti Eksais, Akta Cukai Jualan dan akta-akta lain berkaitan. 5.1.2 Hasil Bukan Cukai Hasil Bukan Cukai adalah hasil Kerajaan termasuk kenaan bayaran daripada kelulusan permit, bayaran untuk perkhidmatan yang diberi, jualan perkhidmatan, barang-barang dan harta, sewa harta benda Kerajaan, hasil dari pelaburan, sumbangan daripada agensiagensi Kerajaan dan swasta, selain daripada cukai, terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah-wilayah Persekutuan.

5.1.3 Terimaan Bukan Hasil Terimaan Bukan Hasil adalah semua pulangan balik perbelanjaan termasuk terimaan daripada kumpulanwang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih atau bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Juga termasuk terimaan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain. 5.1.4 Hasil Wilayah-wilayah Persekutuan Hasil Wilayah-wilayah Persekutuan adalah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan.

AKAUN HASIL DISATUKAN

PPK 3

5.2

Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Mengurus terdiri daripada Perbelanjaan Tanggungan dan Perbelanjaan Bekalan. Perbelanjaan Mengurus diklasifikasikan seperti berikut: 5.2.1 Perbelanjaan Tanggungan Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh undang-undang mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan. 5.2.2 Perbelanjaan Bekalan Perbelanjaan Bekalan adalah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh undang-undang mengikut Perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan.

6.

DASAR DAN KAEDAH PERAKAUNAN 6.1 Perakaunan Hasil Hasil diakaunkan secara kasar ke dalam Akaun Hasil Disatukan kecuali diperuntukkan sebaliknya oleh mana-mana undang-undang. 6.2 Perakaunan Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan mengurus diakaunkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan mengikut asas tunai. Bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember boleh dibayar dalam bulan Januari tahun berikutnya dan dikenakan kepada akaun perbelanjaan tahun sebelumnya. 6.3 Kuasa Membayar Pembayaran boleh dibuat dari Akaun Hasil Disatukan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah Perkara 98, 100, 102 dan 104 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13 Akta Prosedur Kewangan, 1957 (Disemak 1972). 6.4 Kawalan Pembayaran Sebarang pengeluaran dari Akaun Hasil Disatukan hendaklah diperuntukkan. Amaun yang dikeluarkan pada sesuatu tahun kewangan bergantung kepada lebihan akaun semasa kerajaan.

AKAUN HASIL DISATUKAN

PPK 3

6.5

Pengendalian Akaun Akhir Tahun 6.5.1 Akhir Tahun Kewangan Pada akhir tahun kewangan amaun dalam Akaun Kawalan Hasil dan Akaun Kawalan Perbelanjaan Mengurus dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan. 6.5.2 Tahun Kewangan Baru Baki bersih dalam Akaun Hasil Disatukan pada akhir tahun kewangan akan dibawa ke akaun tahun kewangan baru.

7.

PERSEMBAHAN DALAM PENYATA KEWANGAN Persembahan Penyata Kewangan Tahunan hendaklah mengikut kehendak Seksyen 16(1) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak-1972) dan Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan - PPK 2. 7.1 Lembaran Imbangan Akaun Hasil Disatukan ditunjukkan sebagai satu item yang berasingan dalam Lembaran Imbangan. Angka bandingan tahun sebelumnya juga perlu dinyatakan. 7.2 Format Format Penyata Akaun Hasil Disatukan adalah seperti di Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan - PPK 2.

8.

TARIKH KUATKUASA Tarikh kuatkuasa piawaian ini bermula dengan tahun kewangan 2005.

Você também pode gostar