Você está na página 1de 23

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT 5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER 2 SESI 2012/2013

Tajuk Tugasan: BERKUMPULAN: 1) Teori pembelajaran: Teori Kognitif, Teori Behaviorisme, Teori Konstruktivisme

Pengakuan Pelajar: Kami mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri. Kami sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya kami bersalah mengikut peraturan berkenaan.

NAMA PENSYARAH : DR SABARIAH BT SHARIF


NAMA PELAJAR BASRA BINTI JUSOH HARI SHAMEIZAN BINTI CHE MAT NOR HASMIRAWATI BINTI CHE ME SITI NUR HAJAR BINTI APANDI
TEORI PEMBELAJARAN

NO. MATRIK PT 122032 CT PT 122080 CT PT 122177 CT PT 122265 CT

Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran. Sejak abad ke-18, ahli-ahli psikologi pendidikan telah menghasilkan prinsip-prinsip dan hukum-hukum psikologi. Maklumat ini amat penting dan membantu kefahaman guruguru mengenai cara-cara murid-murid belajar supaya mereka dapat merancang kaedahkaedah dan teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian. Justeru itu, bagi seorang guru adalah wajib untuk memahami pelbagai teori dan proses pembelajaran supaya dapat membantu murid-murid dalam penguasaan ilmu dan kemahiran. Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walau bagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Pembelajaran juga bole ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan. Selain definisi di atas, pembelajaran juga boleh difahami sebagai suatu proses yang menghasilkan tingkah laku seseorang individu, iaitu sebagai suatu reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi. Pembelajaran juga dikatakan telah berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya. Dengan membuat perkaitan seperti ini, dia akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pembelajaran juga membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara-perkara baru, tingkah laku seseorang individu itu juga akan turut berubah.

Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi konstruktivisme pula, pembelajaran lebih bersifat aktif dan dinamik. Dalam proses ini, seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung, secara bertujuan untuk mengelaskan pelbagai pemerhatian dan faktor dalam alam pembelajaran. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada 3 mazhab yang utama iaitu Mazhab Behavioris, Mazhab Kognitif, dan Mazhab konstruktivisme.

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Teori pembelajaran behaviorisme merupakan salah satu daripada teori

pembelajaran yang terdapat di dalam dunia pendidikan. Ahli-ahli yang pakar di dalam teori ini ialah Ivan Pavlov (1849-1936), John B. Watson (1878-1958), Thondike (18741949) dan B.F Skinner (1904-1990). Umumnya, teori behavioris merupakan pendekatan terhadap pemerhatian yang dilakukan secara objektif kepada manusia dan juga haiwan. Pakar-pakar di dalam teori ini menghuraikan bahawa pembelajaran merupakan penguasaan kepada ilmu baru. Teori pembelajaran ini berfokus kepada pembolehubah yang boleh dilihat, dinilai dan dimanipulasikan. Pada dasarnya, teori ini menyarankan kepercayaan bahawa tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengaruhi oleh persekitaran. Ia berdasarkan kepada prisip bahawa rangsangan daripada persekitaran akan membawa kepada tindak balas pada tingkah laku. Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan)

setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas),maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh memotivasikan muridnyadengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yangdikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guruboleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsanguntuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasimurid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yangmenyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan setinduksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam prosespengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projekdan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan danpengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelasketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidakdiberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid. Kajian J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui pelaziman, seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9 bulan

dengan seekor tikus putih. Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaharuan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut. Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaharuan pula menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan,semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulangkaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang telah diulangkaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu telah lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja. Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap bagi mengukuhkan ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan. Teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru, kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan seronok serta selesa dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong pelajar berminat untuk belajar. Edward Lee Thorndike pula berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba ralat ini juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkatpermulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas akan semakin kukuh. Gerakbalas operan berlaku secara

sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerakbalas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik, murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan. Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketigatiga hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru itu. kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia,maka gerakbalas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik bagi meningkatkan semangat murid untuk belajar. Dalam hukum latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerakbalas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas, seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerakbalas seseorang murid. Sebagai contoh, jikaseseorang murid diberi latihan matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan

soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan daya ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat Hukum mengukuhkan kesan pula dan meningkatkan bahawa keberkesanan pembelajaran mereka. menyatakan

perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerakbalas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerakbalas yang dihasilkan. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberi ganjaran,motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadapkejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga tokoh ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Proses pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yang menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yangmenarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dangerak balas. Ganjaran terhadap

gerak balas yang baik dan peneguhanperlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berdasarkan teori behaviorisme ini, terdapat pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dapat dikenalpasti apabila seseorang individu tersebut mengaplikasikan teori ini. Kelebihan yang pertama ialah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekeliling. Selain itu, mereka juga suka dengan bentukbentuk penghargaan yang diberikan seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Kelebihan yang seterusnya ialah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini, guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan, ianya dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana membolehkan mereka bertutur dan berkomunikasi dengan lebih baik. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran yang paling kerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini, murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang

memberikan

gerakbalas

yang

bebas

bagi

pelajar

untuk

berinteraksi

serta

mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerakbalas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan, maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan, dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.Kelemahan yang seterusnya ialah teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana murid belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja. Seterusnya, dari segi peluang pula guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk

memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkaraperkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. Melalui perspektif teori behaviorisme melalui aspek ancaman pula, ia boleh dilihat melalui pembelajaran individu yang dipengaruhi oleh sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu mempunyai system saraf yang baik maka mudah untuk mereka menguasai gerakbalas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun begitu, sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya, maka individu tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan merasai diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Maka, hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata.Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata. Secara kesimpulannya, teori behaviorisme merupakan satu kaedah atau cara pembelajaran yang boleh mempengaruhi pelajar untuk lebih berusaha mencapai sesuatu yang lebih baik kerana setiap tindakan positif yang dilakukan pasti akan disusuli dengan ganjaran atau kebaikan yang baik dan mampu merangsang mereka untuk lebih maju ke hadapan.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : 1. Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2.Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak

-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan Tahap Sensorimotor (Dari Lahir - 2 Tahun) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali

sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga. Tahap Praoperasi ( 2-7 Tahun ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku


yang ketara seperti kebolehan mengira.

2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )


Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses

kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan
'pembentukan

identiti

diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Tahap Operasi Konkrit ( 7 - 11 Tahun) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya

memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Peringkat Operasi Formal (11 Tahun Ke Atas) Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

TEORI KONSTRUKTIVISME Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan (KBSM) mempunyai matlamat

memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Guru dilihat sebagai agen penggerak kecemerlangan murid berperanan dalam merencanakan segala aktiviti pengejaran dan pembelajaran agar segala pengisian mampu melonjakkan kejayaan cemerlang semua murid. Justeru, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian kebolehan dan minat. Mc Brien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Proses pembelajaran merupakan sesuatu yang aktif dan dinamik. Ia berhasil dari daripada pengubahsuaian idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema. Apa

yang dilalui oleh seseorang individu dalam kehidupannya merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dilalui atau dialami oleh manusia. Ilmu pengetahuan itu diperoleh dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan juga pengabstrakan. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Teori Konstruktivisme melihat pemerolehan ilmu itu adalah secara semula jadi. Apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak difahami atau diketahui dan mereka akan cuba untuk memahaminya dengan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada dengan harapan supaya ia menjadi informasi yang bermakna (Jonassen, 1996: Jones et all, 1993). Pengalaman dan input baru dilihat sebagai produk minda yang diterima melalui deria-deria yang disifatkan sebagai persepsi. Seterusnya mereka akan membina makna dan menjana peraturan serta panduan mental sendiri supaya dapat memahami dunia di sekeliling mereka sebagaimana yang mereka ingini. Menurut Rutherford dan Ahlgren, murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara yang melibatkan persepsi yang betul dan salah. Sekiranya kefahaman mereka diabaikan dan tidak diberi perhatian atau dibetulkan, kefahaman dan kepercayaan asal mereka akan terus kekal walaupun dalam peperiksaan, mereka memberi jawapan sebagaimana yang diingini guru. Oleh itu, kefahaman mereka akan dipengaruhi oleh cara sesuatu topik itu dipersembahkan oleh guru berdasarkan kualiti pengalaman yang mereka miliki. Penggerak-penggerak mazhab Konstruktivisme terdiri daripada ilmuan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert. Mereka melihat bahawa ilmu pengetahuan berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu kerana manusia akan menghimpunkan semua pengalaman sedia ada dan kemudiannya digabungkan dengan pengetahuan baru dalam cubaan memahami semua yang berlaku di sekeliling mereka. Pengetahuan akan bertambah dari masa ke semasa hasil dari proses menyusun dan membina pengalaman mereka sendiri. Teori konstruktivisme adalah bertujuan untuk mengembangkan kemampuan murid untuk menjadi pemikir dan dapat membantu murid mengembangkan pengertian

dan pemahaman konsep secara lengkap. Ia juga menekankan kepada proses belajar dan bagaimana belajar. Teori ini juga dilihat sebagai motivasi untuk murid terus berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan. Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid. CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH. Menerusi teori konstruktivisme pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Setiap dari mereka mempunyai peranan dalam menentukan apa yang mereka pelajari. Pembelajaran dilihat bermula dengan isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar. Ia bukannya berkaitan dengan fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberikan kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Ini menunjukkan bahawa proses pembelajaran bukan proses melibatkan penghafalan maklumat ia merujuk kepada penggunaan kebijaksanaan pelajar dalam menghayati dan melahirkan persepsi terhadap apa yang diketengahkan guru. Penekanan diberikan kepada menghubungkaitkan pengalaman lampau pelajar dengan kegunaan masa depan. Kombinasi dua unsur ini akan membina minda pelajar dengan lebih efektif dan dinamik. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saintis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperoleh. Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme guru-guru perlu menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Guru akan memainkan peranan sebagai pelajar atau penyelidik. Guru-guru juga harus membina soalan-soalan terbuka untuk meransang pemahaman murid dalam melahirkan persepsi mereka sendiri. Justeru, Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan. Guru disifatkan sebagai pengelola bilik darjah dan bertanggungjawab menangani hal-hal berkaitan dengan disiplin pelajar. Pelajar dilihat sebagai individu yang

mempunyai keistimewaan ciri-ciri yang berbeza dan dianggap penting dalam proses pembelajaran dan sewajarnya diberi perhatian sempurna. Peluang yang diberikan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri secara langsung dapat memupuk sikap prihatin, bertanggungjawab dan mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran mereka.

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri Pelajar membina keyakinan dan pola-pola ilmu dalam diri mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan seterusnya akan digabung jalinkan dengan pengetahuan baru yang diterapkan oleh guru untuk membentuk formasi kefahaman mereka dalam konteks kendiri. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan berpusatkan yang pelajar. diterima dengan pengetahuan secara sedia aktif ada melalui untuk membina saling pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan Pengetahuan dibina proses mempengaruhi antara pengetahuan sedia ada dan elemen-elemen baru yang diperoleh. Pembinaan tersebut adalah hasil dari janaan perbandingan daripada kedua-dua unsur iaitu kefahaman konsep lama dan pautan konsep baru yang akan menghasilkan persepsi mereka yang tersendiri.

Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara Aktif. Pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Ideaidea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan dan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan

digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Apabila seseorang murid menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang diperoleh tidak konsisten atau kurang tepat dengan pengalaman baru, mereka akan bermotivasi untuk memperbetulkan segala ketidakseimbangan pada diri mereka. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Peranan guru sebagai fasilitator dalam bilik darjah amat penting dalam usaha mengembangkan pola minda pelajar ke arah yang lebih mantap dan sempurna. Guru seharusnya menyediakan bahan bantu mengajar yang mampu memberi atau mencetuskan perkembangan idea pelajar terhadap sesuatu topik yang diketengahkan. Bahan bantu mengajar yang dipersembahkan mestilah mengikut peredaran masa dengan penggunaan alatan multimedia yang mampu meransang keinginan pelajar untuk terus berusaha dalam menggabungkan maklumat sedia ada dengan pengetahuan baru. Penglibatan Secara Aktif. Pelajar boleh melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengejaran dan pembelajaran. Mereka perlu menggunakan minda dan kemahiran berfikir mereka dalam usaha menghubungkan pengetahuan sedia ada mereka dengan konsep-konsep baru. Pelajar yang terlibat dalam proses metakognitif iaitu proses mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka.

Strategi Pembelajaran Strategi pembelajaran melibatkan pelajar di mana mereka seharusnya memikirkan sendiri kaedah yang sesuai untuk dijadikan strategi berkesan bagi diri sendiri. Mereka juga perlu membuat refleksi dan menilai pembelajaran yang telah berlaku. Selain itu,

guru juga perlu merancang di samping menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar. Situasi ini akan membuka ruang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka sendiri. KESIMPULAN Teori adalah satu rangkaian andaian atau hipotesis tentang sesuatu kajian. Teori pembelajaran pula adalah rangkaian hipotesis tentang maksud, proses dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Teori pembelajaran berupaya meringkas sekumpulan besar pengetahuan mengenai hukum-hukum pembelajaran ke dalam ruang yang cukup kecil. Semua teori pembelajaran merupakan simplifikasi atau garis panduan kepada kaedah yang di gunakan guru dalam pembelajaran. Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak. Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Murid-murid seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Oleh itu, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar dipenuhi. Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok dan gembira. Guru perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran secara kreatif berupaya menjelaskan apa itu pembelajaran dan mengapa pembelajaran berlangsung seperti yang telah dihuraikan dalam teori behaviorisme, teori konstruktivisme dan teori kognitivisme.

Você também pode gostar