Você está na página 1de 8

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ................................................................................................2

ULASAN...........................................................................................................3-6 PENGENALAN.................................................................................................3 ULASAN ....................................................................................................4-5 KESIMPULAN...........................................................................................6

LAMPIRAN ......................................................................................................7

RUJUKAN.....................................................................................................8

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah berjaya menyiapkan Tugasan Individu 2 untuk kursus Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Penghargaan yang tidak terhingga ini juga saya tujukan buat keluarga tersayang khasnya suami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah saya iaitu PM Datuk Panglima Dr. Kamarolzaman Md Jidi yang telah memberi tunjuk ajar bagi menjayakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan. Semoga Allah dapat memberkati, merahmati dan membalas jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh kalian. Wassalam.

PENGENALAN Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaan bagi guru-guru yang mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

ULASAN ARTIKEL Daripada artikel yang dikaji serta maklumat yang diperolehi, di sini boleh dirumuskan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai beberapa objektif yang penting iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, KSSR juga diletakkan sebagai pemangkin untuk melahirkan murid yag berdaya saing, bakal pekerja yang berilmu serta warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu untuk merealisasikan impian ini, KSSR yang mula dilaksanakan pada Tahun 2011 bagi pelajar Tahun 1 menilai prestasi pelajar bukan berdasarkan kepada markah peperiksaan 100% sebaliknya pelbagai kriteria akan diambilkira dalam membuat penilaian tersebut. Merujuk kepada artikel bertajuk KSSR Bakal Lahir Minda Kelas Pertama tulisan Dr. Aminudin Mansor di ruangan Minda Harian Metro bertarikh 30 Disember 2010, KSSR diperkenalkan bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama dilaksanakan. Antara mata pelajaran baru diperkenalkan iaitu Pendidikan Seni dan Visual (PSV), Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab (AST) yang akan diperkenalkan pada tahap satu. Manakala berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada Portal Pendidikan Utusan, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Selain itu, subjek yang lebih sedikit diperkenalkan serta menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan

patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. KSSR merupakan hasil transformasi kurikulum yang membawa satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.Satu standard ditetap dan setiap murid perlu melepasi standard tersebut. Standard ini bertujuan bagi memastikan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan dan mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Saya bersetuju dengan harapan yang dinyatakan oleh Dr Aminudin Mansor semoga tahun 2011 akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa hadapan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana.

KESIMPULAN Kesimpulannya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Melalui KSSR, kualiti pendidikan rendah akan ditingkatkan agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Walau apapun, guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

RUJUKAN Dari Laman Web:


Portal rasmi Kementerian Malaysia http://www.moe.gov.my/?id=244&lang=my Blog http://kulanzsalleh.com/kssr-kurikulum-standard-sekolah-rendah/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenisjenis/5585-kssr-terap-1malaysia.html

Você também pode gostar