Você está na página 1de 10

Apa itu Nilai Intrinsik?

Salah satu prinsip pelaburan yang digunakan oleh Warren Buffet ialah untuk melabur dalam sesebuah syarikat pada nilai intrinsiknya. Ini kemudiannya akan memberi anda satu margin keselamatan. Ini selaras dengan kata-kata beliau iaitu: lebih baik melabur dalam sebuah syarikat yang bagus pada harga yang berpatutan daripada melabur di sebuah syarikat yang sederhana tetapi pada harga yang tinggi (invest in a great company at a fair price rather than a fair company at a great price). Salah satu kaedah yang selalu digunakan dalam pelaburan nilai adalah konsep nilai intrinsik. Nilai intrinsik adalah nilai sesuatu saham berdasarkan kepada pulangan akan datang.Ianya diperkenalkan oleh Benjamin Graham. Pada era 1930an, Graham menulis sebuah buku berjudul Analisis Sekuriti (Securities Analysis) yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Graham juga adalah mentor kepada Warren Buffet, yang pada mulanya mengikut prinsip Graham, seterusnya Buffet mengubahsuai prinsip tersebut mengikut pemahaman dan falsafah pelaburannya sendiri. Di akhir artikel ini, anda akan mengetahui definisi nilai intrinsik serta mengenal pasti bagaimana ia memberi kesan kepada keputusan pelaburan yang dibuat. Definisi nilai intrinsik dan margin keselamatan Mengikut Graham, nilai intrinsik adalah nilai sebuah syarikat kepada pemiliknya. Ianya adalah harga syarikat itu jika pemiliknya ingin menjual syarikatnya, termasuklah nilai aset-aset yang sedia ada, dividen dan potensi atau peluang untuk berjaya pada masa akan datang. Dalam pelaburan saham, konsep di sebalik nilai intrinsik adalah nilai yang boleh dibawa keluar daripada sesuatu perniagaan. Akan tetapi kesilapan dalam mengira nilai intrinsik mungkin berlaku, oleh itu, pelabur juga seharusnya mengambil kira faktor margin kesilapan dengan hanya membeli perniagaan atau membeli saham syarikat pada harga diskaun daripada nilai intrinsik. Mengikut prinsip Graham, tidak rugi untuk membeli saham jika anda hanya perlu membayar sebanyak dua pertiga daripada harganya. Setelah mengetahui serba sedikit mengenai nilai intrinsik, langkah seterusnya lebih mencabar. Anda perlu mengetahui nilai intrinsik untuk setiap perniagaan atau saham. Disebabkan ia bergantung kepada jangkaan pulangan akan datang, seorang pelabur itu mesti membuat pilihan sendiri untuk menentukan cara dan anggapan untuk mendapatkan nilai intrinsik sesuatu saham dan margin keselamatan yang anda sendiri mahukan.

Mengira Nilai Intrinsik Disebabkan nilai intrinsik adalah nilai anggaran, maka tiada cara yang sistematik atau khusus untuk mendapatkan angkanya. Angkanya akan berbeza antara satu sama lain kerana bergantung kepada masa dan kaedah yang digunakan. Jika melihat laporan saham yang dikeluarkan, anda akan melihat perbezaan di antara penganalisapenganalisa dalam mengira nilai intrinsik untuk sebuah syarikat yang sama. Nilai intrinsik juga akan berubah mengikut pasaran saham dan keadaan ekonomi. Kebanyakan pelabur ingin tahu bagaimana pakar-pakar pelaburan seperti Graham dan Buffet mendapatkan nilai intrinsik sesuatu syarikat sebelum mereka melabur. Berdasarkan kepada prinsip Graham, nilai intrinsik boleh ditentukan daripada perolehan sesuatu syarikat dalam keadaan perniagaan yang normal. Beliau mencadangkan dalam pengiraan nilai intrinsik sesuatu syarikat, perolehan normal dan nilai pasaran normal untuk syarikat itu harus digunakan. Oleh itu, cara terbaik untuk mendapatkan perolehan normal adalah berdasarkan kepada corak perolehan syarikat yang terdahulu. Mengambil kira jangkaan perolehan masa depan manakala nilai pasaran terdahulu boleh digunakan untuk mendapatkan nilai pasaran normal bagi syarikat itu. Buffet pula mempunyai versi yang berbeza dengan Graham. Beliau mencadangkan nilai intrinsik sesuatu syarikat boleh dikira dengan mendiskaunkan semua aliran tunai akan datang sesuatu syarikat kepada nilai kini dengan menggunakan formula diskaun aliran tunai (discounted cash flow). Dengan cara ini, beliau menganggap aliran tunai percuma sebagai perolehan keuntungan pemilik. Namun begitu, ianya adalah sukar untuk meramalkan aliran tunai akan datang. Oleh itu, beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk melabur di sebuah syarikat yang konsisten, mempunyai pengurusan yang bagus dan senang untuk difahami. Sebuah syarikat yang sukar difahami dan sentiasa berubah-ubah akan memberi kesukaran dalam meramalkan perolehan akan datang dan perbelanjaan. Ini juga adalah sebabnya kenapa beliau selalu mengelak daripada melabur dalam syarikat teknologi. Untuk pelabur yang menggunakan analisis fundamental dalam membuat keputusan pelaburan, teknik mengira nilai intrinsik memberikan satu cara untuk mengira nilai sesuatu saham. Hakikatnya, terdapat banyak cara untuk mendapatkan nilai intrinsik, kerana ianya bergantung kepada pilihan dan naluri seseorang itu sendiri untuk mendapatkan angka bagi nilai intrinsiknya. Disebabkan keadaan ini, nilai intrinsik menerima banyak kritikan kerana membawa penilaian yang tidak konsisten.

Jika anda berminat untuk melabur dalam pelaburan saham, maka kita perlu tahu dua cara asas untuk menganalisis pelaburan yang selalu diguna oleh para pelabur dan penganalisis pelaburan. Kedua-dua cara analisis ini adalah berbeza antara satu sama lain dan ia memainkan peranan dalam membantu membuat keputusan apabila melabur. Di akhir artikel ini, anda akan tahu perbezaan utama di antara dua cara asas analisis ini dan bagaimana ia dapat membantu dalam membuat keputusan pelaburan. Analisis Fundamental Analisis fundamental mengenal pasti sebuah saham melalui nilai intrinsiknya. Ia memfokuskan pada faktor-faktor pendasar yang mempengaruhi prestasi kewangan syarikat dan potensi perkembangan perniagaannya. Analisis ini juga melihat pada perkembangan aktiviti mikro dan makro sebuah syarikat, di mana secara kesuluruhannya ia melihat pada kekuatan kewangan dan pihak pengurusan sebuah syarikat. Para penganalisis fundamental akan memulakan analisis mereka dengan mengumpul penyata kewangan, kunci kira-kira, penyata pendapatan dan aliran tunai. Setelah itu, mereka akan menggabungkannya dengan faktor pendasar bagi memperolehi nilai intrinsik sebuah syarikat. Sekiranya saham sebuah syarikat itu dijual pada harga yang lebih rendah berbanding nilai intrinsiknya, maka saham itu dikira sebagai saham terkurang nilai (undervalued stock).

Analisis Teknikal Analisis teknikal adalah berbeza daripada analisis fundamental. Ini kerana keputusan analisa ini berpandukan kepada andaian yang akan berlaku pada harga sebuah saham pada masa akan datang. Ini bermakna analisis fundamental tidak diperlukan. Para penganalisis teknikal ataupun dikenali sebagai chartis akan menganalisis perubahan harga sesuatu saham secara harian, minguan dan bulanan bagi mengenal pasti corak harga saham akan datang. Dengan memantau carta harga dan jumlah dagangan di pasaran penganalisis akan cuba membuat andaian yang tepat dan jelas berkenaan dengan harga saham pada masa depan. Penganalisis akan memantau perkembangan nilai saham tersebut dengan mengunakan kiraan matematik dan carta. Dengan kiraan ini, maka dapatlah mereka mencadangkan keputusan sama ada ia sesuai untuk dibeli ataupun tidak.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan utama di antara dua cara analisis tersebut:

Terdapat beberapa komen mengenai analisis teknikal ini. Oleh kerana semua matlumat saham masa lalu telah digambarkan oleh harga saham, analisis data terdahulu tidak memberi sebarang petunjuk terhadap pergerakan harga masa depan. Sikap pelabur juga boleh memberi kesan kepada analisis teknikal. Kenyataannya, analisis ini berhasil apabila kebanyakan pelabur membeli saham berpandukan kepada satu laporan analisis yang sama pada sebuah saham. Maka dengan tindakan itu, ia akan menyebabkan nilai sebuah saham itu meningkat tinggi daripada nilai intrinsiknya. Bagi analisis fundamental pula, pelbagai andaian akan dibuat dalam proses mengenal pasti nilai instrinsik sebuah saham. Disebabkan oleh pelbagai jangkaan yang dibuat oleh penganalisis, maka ia akan memberi keputusan yang tidak sama. Walaupun mereka memperolehi nilai intrinsik yang hampir sama dengan nilai sebenar sebuah syarikat itu, tidak jelas berapa lama masa yang diperlukan oleh harga saham untuk mencapai nilai terbabit.

Walau bagaimanapun, kedua-dua cara analisis ini telah banyak digunakan dalam menilai sebuah saham. Keduaduanya mempunyai kekuatan dan kekurangannya tersendiri. Akhirnya sebagai pelabur, kita perlulah memahami kedua-dua analisis ini dan memadankannya dengan prinsip pelaburan kita.

Empat Fakta Asas mengenai Indeks Pasaran Saham yang Harus Anda Ketahui Dalam bahagian perniagaan sesuatu akhbar, anda pasti akan menyedari terdapat beberapa muka surat mengenai Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI). Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan indeks tersebut? Secara amnya, indeks ini digunakan oleh pelabur untuk mengukur prestasi keseluruhan pasaran saham di Malaysia. Namun, ramai orang sebenarnya tidak benar-benar memahami apa itu indeks pasaran saham serta bagaimana ia dikira. Jangan bimbang kerana setelah selesai membaca artikel ini, anda akan berupaya: mengenal pasti ciri-ciri indeks pasaran saham mengenal pasti cara menghitung indeks pasaran saham, dan menyedari bagaimana indeks pasaran saham boleh mempengaruhi keputusan pelaburan anda. 1) Apakah indeks pasaran saham? Indeks pasaran saham ialah nombor yang dikira berdasarkan harga kumpulan saham tertentu untuk sesuatu pasaran. Indeks ini biasanya akan mempunyai ciri-ciri yang berikut: Boleh dilabur saham yang diambil kira dalam pengiraan indeks adalah apungan bebas (free float) yang diwajarkan untuk mewakili saham yang boleh dilabur secara tepat. Ini bermakna saham yang dipegang oleh pengarah dan keluarga pengasas, kerajaan, pegangan saham bersilang dari syarikat berkaitan dan pegangan yang tertakluk kepada klausa tertutup adalah dikecualikan. Elemen boleh dilabur ini sangat penting terutamanya dalam indeks yang mengikut teknik wajaran permodalan pasaran. Boleh didagang memastikan kecairan yang mencukupi untuk memudahkan dagangan kesemua saham dalam indeks; dan Telus peraturan-peraturan asas yang jelas akan memastikan ketelusan dan memudahkan pemahaman mengenai bagaimana indeks diuruskan. Apabila indeks itu mempunyai asas yang luas dan mewakili ekonomi negara dan prestasi keseluruhan pasaran saham (contohnya FBM KLCI, Indeks Dow Jones Industrials Amerika Syarikat atau Nikkei 225 Jepun), syarikat yang termasuk dalam pengiraan indeks biasanya adalah penggerak utama pasaran yang disenaraikan di pasaran saham. Ia juga mempunyai hubungan yang erat dengan pembangunan ekonomi negara tersebut. Terdapat juga indeks yang skopnya lebih terhad, seperti indeks yang mewakili sektor atau industri tertentu. 2) Bagaimanakah indeks pasaran saham dikira? Terdapat tiga jenis indeks pasaran, berdasarkan kaedah wajaran yang digunakan dalam menentukan nilai indeks saham iaitu: wajaran harga, wajaran permodalan pasaran dan wajaran bahagian saham: Indeks Indeks wajaran harga Indeks wajaran permodalan pasaran Indeks wajaran sama Mengambil kira purata Mempertimbangkan jumlahSemua pulangan saham diberikan wajaran Keterangan harga syarikat dalam nilaipasaran syarikat dalam indeks yang sama indeks (Tambahkan kesemua harga pasaran semua(Jumlah harga saham terkini) Bagaimana saham dalam indeks) Dikira dengan dolar pelaburan yang sama ia dikira ( Jumlah saham yang belumsetiap saham dalam indeks (Jumlah bilangan sahamdijelaskan dalam indeks) dalam indeks) Sensitif kepada Biasanya mempunyai kadar pusing ganti Perubahan kecil dalam harga saham pergerakan harga saham saham yang lebih tinggi berbanding indeks Ciri-ciri syarikat besar akan membawa kesan yang besar, tanpa mengira wajaran permodalan pasaran dan oleh itu, yang ketara kepada nilai indeks saiz syarikat mempunyai kos jual beli yang lebih tinggi Indeks Dow Jones Purata Garisan Nilai Komposit Amerika Contoh Industrials dan Nikei 225Bursa Malaysia Syarikat Jepun 3) Apakah kegunaan indeks? Indeks pasaran saham biasanya digunakan sebagai petunjuk ekonomi untuk pelabur mengukur pembangunan ekonomi secara keseluruhan dan prestasi pasaran. Selain itu, pengurus dana dan pelabur yang bercadangmenguruskan portfolio pelaburan mengikut prestasi pasaran akan memilih indeks pasaran yang sesuai sebagai petanda aras portfolio pelaburan mereka. Indeks pasaran saham juga digunakan sebagai instrumen pendasar dalam dana tukaran dagangan (ETF), indeks dana unit amanah atau terbitan ekuiti seperti ekuiti niaga hadapan dan pertukaran (swaps). 4) Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI)

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) terdiri daripada 30 syarikat terbesar yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, mengikut permodalan pasaran dan memenuhi syarat kelayakan mengikut peraturan-peraturan asas yang ditakrifkan FTSE Bursa Malaysia. Indeks ini dikira berdasarkan formula wajaran nilai dan diselaraskan oleh faktor apungan bebas dengan menggunakan jam masa nyata (real time) dan harga dari Bursa Malaysia. Nilai Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia dikira dan dikemas kini setiap 15 saat. Kesinambungan nilai KLCI juga mengekalkan pergerakan terdahulu pasaran saham Malaysia. Kesimpulan Jika anda melabur buat kali pertama, pengiraan indeks merupakan salah satu cara untuk mula mempelajari tentang pasaran saham. Pengetahuan tentang pengiraan indeks pasaran saham akan membantu anda menganalisa dan mengikuti pergerakan pasaran saham dengan cepat dari hari ke hari, bulan ke bulan atau tahun ke tahun. Pengetahuan mendalam tentang pengiraan pasaran saham juga akan membantu anda meramal pergerakan yang mungkin terjadi dalam pasaran saham tanpa perlu bergantung kepada spekulasi atau tekaan. Ini kemudiannya akan membolehkan anda membuat keputusan pasaran saham yang cepat dan efektif termasuk dalam menentukan masa yang sesuai untuk menjual, membeli atau terus memegang saham.

Tinjauan pelajaran Apakah analisis fundamental dan teknikal?

Bagaimana ia membantu anda membuta keputusan pelaburan dan mengurus risiko? Pengurusan risiko dalam pelaburan samalah seperti mengguanakan tali pinggang keledar ketika memandu

kereta. Ia merupakan behagian yang paling penting dalam pelaburan dan dagangan. Objektif: Untuk mengenali proses analisis fundamental dan teknikal

Pengurusan risiko ali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda; strategi pengurusan risiko boleh menyelamatkan dan mengembangkan modal anda. Jack Schwager dalam bukunya yang terkenal Market Wizards, menemu bual beberapa pedagang terkenal dunia. Setiap pedagang menggunakan kaedah yang berlainan. Sesetengahnya menggunakan kaedah berdasarkan fundamental, yang lain menggunakan analisis teknikal sementara sebahagian lagi menggunakan kombinasi kedua-duanya. Kesemuanya berjaya. Schwager menulis bahawa untuk menjadi pedagang atau pelabur berjaya, anda perlu mencari kaedah yang bersesuaian dengan personaliti anda. Dalam pelajaran ini anda dikenalkan dengan kaedah dagangan dan pelaburan yang berlainan,supaya anda mempunyai asas untuk mencari kaedah yang bersesuaian dengan anda.

Analisis fundamental Secara tradisional, analisis sekuriti melibatkan analisis ekonomi dan analisis industri sebelum melihat pada fundamental sesebuah syarikat. Dalam pelajaran ini, kita akan menyentuh secara ringkas tentang konsep analisis fundamental. Analisis fundamental mengkaji status kewangan dan prestasi syarikat, serta kedudukannya dalam pasaran yang berhubung kait dengan kitaran ekonomi dalam negara. Analisis ini cuba untuk menentukan nilai intrinsik syarikat dengan melihat prestasi kewangannya secara dekat. Kepercayaan fundamental ialah nilai saham dipengaruhi oleh prestasi syarikat yang menerbitkan saham. Oleh itu, jika prospek masa hadapan sebuah syarikat cerah, harga sahamnya patut mencerminkan kesejahteraan syarikat. Pelabur boleh memperoleh kebanyakan maklumat fundamental daripada laporan tahunan dan suku tahunan syarikat. Melalui analisis penyata kewangan, pelabur sepatutnya dapat mengumpulkan maklumat tertentu berhubung

dengan prestasi syarikat. Semak artikel Apa Ada Dalam Laporan Tahunan untuk mendapat gambaran asas tentang perkara yang hendak dicari dalam penyata kewangan. Kajian Penawaran dan Permintaan

Keputusan untuk membeli adalah berasaskan: Jangkaan pertumbuhan perolehan masa hadapan

Nisbah harga perolehan Aset ketara bersih Penyertaan dana asing Hasil dividen Kedudukan dalam industri Kedudukan dalam kitaran ekonomi

Lebih baik sekiranya mendapat nasihat daripada profesional pelaburan berlesen yang boleh dipercayai sebelum membuat keputusan pelaburan atau dagangan berdasarkan fundamental. Sememangnya hampir mustahil bagi anda sebagai pelabur individu untuk mendapat semua maklumat supaya dapat membuat keputusan pelaburan berasaskan maklumat yang didasarkan kepada fundamental.

Analisis teknikal Ada pakar yang mempertikaikan bahawa fundamental tidak memberi gambaran sepenuhnya dan terdapat syarikat kukuh yang harga sahamnya tidak mencerminkan prestasi baik mereka. Begitu juga sebaliknya, terdapat syarikat yang harga sahamnya lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya didedahkan oleh fundamental. Mengkaji pasaran saham dan pergerakan harga saham merupakan elemen lain yang patut diketahui oleh pelabur. Analisis pasaran saham dikenali sebagai analisis teknikal dan ia mengkaji pelbagai pendorong dalam pasaran yang menentukan harga saham. Analisis tingkah laku pasaran dijalankan sejak dahulu malah sebelum syarikat diwajibkan untuk mendedahkan penyata kewangan tahunan. Sesetengah pelabur membuat carta pergerakan keluar dan masuk

pasaran bagi pembeli utama untuk memperoleh maklumat yang boleh membantu mereka membuat keputusan menguntungkan. Hari ini, penganalisis teknikal berhujah bahawa penunjuk pasaran dalaman seperti volum perdagangan dan pergerakan harga mendedahkan arah tuju masa hadapan pasaran lebih awal sebelum pendedahan melalui maklumat fundamental. Jika pasaran bulis, volum saham meningkat dan harga secara umumnya meningkat, dan jika pasaran beris, harga dan volum saham akan jatuh. Oleh itu, harga saham bertindak balas kepada penawaran dan permintaan saham dalam pasaran. Di sini, kita tidak mempertikaikan kaedah analisis mana yang lebih berkesan dalam membuat pilihan pelaburan, tetapi lebih kepada memberikan pemahaman asas tentang kaedah tersebut. Analisis teknikal melibatkan: Menimbangkan pasaran melalui tindakan harganya sendiri

Menilai kemungkinan arah tuju pasaran masa hadapan Menilai risiko dan ganjaran perancangan dagangan Mengenal pasti pertukaran arah aliran Mengenal pasti paras terendah dan teratas pasaran

Pencartaan Juruteknik menggunakan carta harga untuk membuat penilaian. Juruteknik berpengalaman boleh menentukan kawasan penawaran dan permintaan untuk membuat keputusan dagangan. Terdapat banyak jenis carta harga. Carta yang paling luas penggunaannya ialah: Carta turus


Carta

Carta poin dan figur Carta garisan Carta kaki lilin

Di atas ialah carta turus bagi Indeks Papan Kedua. Penawaran dan permintaan dijelaskan dengan garisan yang dilukis pada tahap 129. Ini ialah kawasan pembeli masuk dan menyokong pasaran pada bulan Mac dan April 2002. Penentangan atau penawaran dijelaskan pada 148. Penjual masuk pada tahap ini. Sekiranya tahap 145 dapat dicapai semula, kemungkinan besar penjual atau penawaran mungkin muncul semula. Perhatikan volum di sebelah atas pada carta harga. Inilah perbezaan utama antara carta turus dan carta poin dan figur.

Carta

poin

dan

figur

Di atas ialah carta poin dan figur yang sama bagi Indeks Papan Kedua.

Perhatikan bahawa tidak ada volum pada carta ini. X mewakili penawaran atau pergerakan harga menaik sementara O mewakili penawaran atau pergerakan menurun. Kaedah ini digunakan oleh kebanyakan pedagang lantai niaga di Chicago. Mereka menggunakannya kerana ia menunjukkan dengan jelas kawasan penawaran dan permintaan. Pedagang-pedagang ini lebih mementingkan harga daripada volum. Sesetengah pedagang dan pelabur hanya berminat kepada arah aliran jangka panjang harga berbanding turun naik harga harian. Carta pilihan mereka ialah carta garisan.

Carta

garisan

Garisan harga pada carta garisan Indeks Papan Kedua di atas menjelaskan secara ringkas arah aliran dan kawasan sokongan dan penentangan. Volum juga ditunjukkan. Carta kaki lilin Carta kaki lilin sangat popular dan telah digunakan oleh orang Jepun lebih dari 400 tahun. Kelebihan carta kaki lilin ialah ia amat mudah dilihat bagi menentukan penawaran dan permintaan. Penawaran atau penjualan diwakili oleh lilin hitam. Permintaan atau pembelian diwakili oleh lilin putih. Carta turus memberi maklumat yang sama tetapi tidak mempunyai impak penglihatan seperti carta kaki lilin.

Kebanyakan pakej perisian dagangan yang dijual membolehkan anda bertukar-tukar jenis carta. Anda patut mencuba pelbagai jenis carta dan menggunakan yang paling sesuai dengan anda. Penggunaan Analisis Teknikal Analisis teknikal mengikut arah aliran penawaran dan permintaan dalam pasaran. Jika anda melihat carta harga dalam surat khabar yang menunjukkan harga semakin naik, itu menandakan arah aliran adalah menaik. Jika harga berhenti daripada naik dan sesak, ini bermakna permintaan berkurangan dan mencapai penentangan dalam carta. Satu contoh biasa ialah dalam rumah anda. Lantai ialah sokongan dan siling ialah penentangan. Sekiranya harga jatuh, carta akan menunjukkannya pada anda. Jika turus pada carta semakin turun dari sehari ke sehari, ini bermakna arah alirannya menurun. Penjual mengawalnya. Pada suatu poin, harga berhenti daripada terus jatuh dan akan disokong. Ini dikenali sebagai sokongan carta harga. Pembeli berpendapat bahawa saham ada nilai pada tahap ini dan akan membeli semua saham yang ditawarkan oleh penjual. Permintaan diwakili oleh sokongan. Di sinilah pemain pasaran membeli kerana berpendapat bahawa saham itu bernilai baik. Penawaran diwakili oleh penentangan. Penentangan ialah kawasan pemain pasaran menjual kerana mereka berpendapat bahawa saham sudah mencapai nilai penuh atau terlebih nilai. Setakat Mei 2002, sokongan kuat ialah pada tahap 128 pada Indeks Papan Kedua. Jika pasaran memecahkan sokongan 128, sebahagian pedagang berpendapat bahawa lebih bijak keluar atau menghentikan kerugian pegangan pada papan kedua anda kerana arah aliran semakin menurun. Bagi mereka, pasaran mengumumkan melalui harganya bahawa ia semakin menurun. Keluar daripada pasaran akan mengurus risiko mengalami lebih kerugian dan sekiranya sokongan diperoleh semula, anda boleh masuk semula ke dalam pasaran pada bila-bila masa.

Mengurus risiko Analisis teknikal tidak meramalkan masa hadapan. Analisis teknikal hanya satu cara mentafsirkan arah aliran dan mengurus risiko kerugian pelaburan. Mengurus risiko sedemikian penting terutamanya apabila berdagang niaga hadapan, yang seumpama menaiki jet F-16 berbanding saham yang hanya seumpama menaiki bas. Jika anda boleh mengikuti arah aliran niaga hadapan, anda boleh memperoleh banyak keuntungan dalam masa yang singkat. Jika anda salah tafsir arah aliran, segala-galanya boleh musnah. Dalam perdagangan niaga hadapan atau saham, pelabur mengurus risiko dengan menghentikan kerugian, iaitu menentukan poin untuk menjual jika aliran pasaran menurun, dan memutuskan bila hendak menjual untuk mendapat keuntungan, selain daripada menentukan poin untuk memasuki pasaran. Banyak pelabur membeli saham yang difikirkan akan naik harga tanpa berfikir panjang tentang bila mereka patut menjual untuk mendapat keuntungan, dan bila perlu mengelak daripada terus mengalami kerugian. Membeli dan memegang pelaburan tanpa perancangan yang teratur boleh membawa kepada kerugian besar. Pertimbangkan perkara yang berikut apabila membeli saham: Masuk

Menghentikan Kerugian Objektif Keuntungan

Pedagang atau pelabur profesional akan mentafsir tahap-tahap ini sebelum membuat dagangan. Terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan risiko anda di samping analisis teknikal dan analisis fundamental. Faktor ini boleh didapati pada dasar piramid pelaburan kita dan ia turut merangkumi:

Insurans kebakaran dan kerosakan harta untuk rumah dan perniagaan Pampasan jika anda seorang pekerja Perlindungan terhadap dana pasaran wang anda oleh Bank Negara Malaysia Pempelbagaian untuk meminimumkan risiko aset tunggal dalam unit amanah, amanah harta dan amanah

bon (risiko aset tunggal dalam unit amanah ialah syarikat tunggal.) Jelas sekali, semua risiko tidak boleh disingkirkan secara keseluruhan tetapi sebagai pelabur yang berhati-hati anda perlu berusaha untuk mengenal pasti keadaan bahaya dan segera memulihkannya.

Você também pode gostar