Você está na página 1de 30

1.

PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula apabila pelajar tidak dapat menguasai kata kunci dan definisi setiap nilai yang dipelajari. Sedangkan matapelajaran Pendidikan Moral ini telah di ajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Para pelajar hanya perlu mengingati sebanyak 36 nilai termasuk kata kunci dan definisi setiap nilai. Permasalahan yang kedua ialah pelajar tidak memahami cara atau teknik menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM. Para pelajar hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan pelajar dalam menjawab soalan. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Oleh itu, saya sebagai guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar dengan terperinci sebelum merancang langkah- langkah pembaikan.

2.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagi calon bukan bumiputera dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tanpa kelulusannya calon bukan bumiputera sukar untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Di sekolah saya iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang Kepong mata pelajaran ini adalah di bawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi tingkatan menengah atas ialah 3 waktu sahaja. Semua calon SPM bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkan guru mengajar pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan lemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepada calon. Malah pelajar juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilai yang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidak memahami nilai atau tidak pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka beranggapan bahawa mereka tidak mampu menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya. Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja. Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaan kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap dijalankan sekurangkurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik.

3.

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN

Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yang digunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar ini sering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Saya mendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pendidikan Moral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea untuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh setiap pelajar ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiap kali waktu Pendidikan Moral pelajar perlu membacakan nilai dan definisinya kepada saya. Mereka juga perlu menulis sebagai pengukuhan. Teknik kedua yang saya gunakan adalah dengan membuat peta minda. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Melalui teknik ini, saya menunjukkan contoh dengan melukis di papan putih bagi satu bidang besar yang di dalamnya terdapat beberapa nilai mewakili setiap bidang dan melalui nilai itu, pelajar memecahkan kepada dua kata kunci. Pelajar boleh membuat peta minda mengikut kreativiti pelajar itu sendiri dan ini dapat memudahkan pelajar mengingati nilai dan definisi. Teknik yang saya laksanakan ini adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar ini serta dapat menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti mana yang disangkakan oleh mereka. Dengan ini juga para pelajar dapat belajar subjek ini dengn seronok. Pelajar mempunyai masalah dalam menjawab soalan berbentuk struktur mengikut format SPM sebenar. Pelajar-pelajar saya ini tidak memahami cara atau teknik untuk menjawab soalan berbentuk peperiksaan. Kebanyakkan mereka hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan oleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman mereka ketika di Tingkatan 4, mereka tidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan yang betul. Yang anehnya ialah pelajar-pelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa format menulis jawapan struktur dan esei adalah bergantung pada peruntukan markah setiap soalan. Malah yang lebih mengejutkan saya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S (W = Watak , KK = Kata Kunci dan S = Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya, kerana inilah yang merupakan teknik paling penting dalam menjawab soalan peperiksaan.

4.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar pelajar ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM. Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih. Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai, definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya juga memastikan mereka menulis apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitu saja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapati keberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik saya sendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur. Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulis dengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkan mengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar ini agar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh. Di peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi. Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Saya dapati langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapan yang betul. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka kini lebih confident ketika menjawab soalan Pendidikan Moral. Para pelajar juga diuji setiap bulan dengan mengadakan ujian mudah oleh saya, dimana pelajar perlu menulis semula nilai dan definisi yang telah dihafal. Strategik ini saya jalankan selama 6 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Bagi kelas pandai mereka dapat menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah. Manakala bagi kelas lemah, walaupun tidak semua pelajar dapat mengingati 36 nilai yang dipelajari, tetapi mereka menunjukkan perubahan dengan mengingati 20 nilai daripada 36 nilai yang telah dipelajari. Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan yang baik. Saya juga menggunakan konsep peta minda untuk memudahkan kumpulan pelajar lemah dalam mengingati nilai-nilai yang terdapat dalam setiap bidang. Dalam silibus Pendidikan Moral, terdapat tujuh bidang besar yang mengandungi 36 nilai yang memerlukan

pelajar mengingat semua nilai dan definisi. Pelajar akan diberi peta minda berdasarkan setiap bidang dan nilai yang terdapat di dalam bidang itu dan kemudian akan dipecahkan kepada dua kata kunci (untuk setiap nilai). Kata kunci adalah merupakan perkara penting yang perlu diingati dalam setiap definisi. Kata kunci dan definisi nilai ini amat penting kerana ia akan digunakan dalam menjawab soalan peperiksaan SPM sebenar. Mengikut format peperiksaan SPM, terdapat dua bahagaian di mana bahagian (A) merupakan soalan struktur yang mengandungi 8 soalan dan bahagian (B) terdapat 3 soalan berbentuk esei (pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan sahaja). Setiap soalan meminta pelajar-pelajar atau calon-calon untuk menyatakan nilai, definisi , kata kunci dan perlu menjawab mengikut teknik yang yang betul bagi soalan yang meminta pelajar-pelajar jelaskan, terangkan dan huraikan nilai. Bagi soalan yang berbentuk sebegini, pelajar perlulah memasukkan format WKKS (Watak + Kata Kunci + Situasi ) ketika menjawab begitu juga soalan berbentuk esei.

5.

PENDEKATAN TEORI PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG.

5.1. Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran Barat meyakini bahawa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987). Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dapat dilihat bahawa pelajar amat sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau usaha yang dapat menarik minat dan penglibatan mereka. Dari segi kemahiran berfikir, pelajar kelihatan sukar untuk mengeluarkan pendapat serta idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat gambaran secara imaginasi tentang apa yang diajar oleh guru. Akibatnya, pelajar kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalam bilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Berdasarkan pengalaman saya semasa di sekolah, kebanyakan pelajar dilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Mereka seringkali bersembang, bermain dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang diajar oleh guru. Hal ini terjadi disebabkan fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada satu kecerdasan sahaja iaitu

verbal-linguistik yang mana guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang bersesuaian dan membuatkan pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas. Saya berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini peranan guru dilihat memberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam kelas. Justeru, saya mengambil inisiatif meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengaitkan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai mengikut subjek yang saya ajar.

5.2. Integrasi Unsur Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran.

Barat meyakini bahawa unsur-unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jasmine (1996), unsur-unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran, di samping dapat memperkembangkan kecerdasan yang relevan dengan topik pembelajaran. Dalam mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai, Jasmine (1996) menyatakan bahawa adalah perlu untuk memasukkan ke dalam rancangan pengajaran, jenis-jenis kecerdasan yang hendak diintegrasikan mengikut kesesuaiannya dengan topik yang diajar. Sebelum itu Armstrong (1994) menganjurkan agar, dalam merancang sesuatu pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai, guru-guru menetapkan objektif pengajaran terlebih dahulu diikuti dengan memikirkan persoalan-persoalan seperti yang terdapat dalam Rajah 1. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan teori kecerdasan pelbagai dalam sistem pendidikan pada tahun 2001 melalui Pusat Perkembangan Kurikulum yang kini dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara rasionalnya ialah seperti berikut : Di samping menghasilkan pelajar yang seimbang, Model Teori Kecerdasan Pelbagai membantu pelajar memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang.

Model Teori Kecerdasan Pelbagai dapat membantu kita menganjak kita focus dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generic yang lebihh penting dan berguna kepada pelajar. ( Pusat Perkembangan Kurikulum 2001 :14) Berdasarkan rasional di atas, dapat dikatakan bahawa kesemua unsur kecerdasan pelbagai adalah antara perkara yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum bagi melengkapi usaha membangunkan modal insan yang seterusnya dapat menumbang kepada pembangunan negara.

5.3.

Pendekatan teori kecerdasan pelbagai dalam menyelesaikan masalah pembelajaran pendidikan moral.

Teori kecerdasan Pelbagai mengikut Howard Gardner didefinasikan sebagai An intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural settings. ( Gardner, 1983). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 165) Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melaui pengajaran serta penerangan lisan. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 166). Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan

metematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli Sains, walaubagaimanapun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 166) Visual-Ruang merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempunyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 167) Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kamahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 167)

Verbal-linguistik Bagaimana saya boleh menggunakan perkataan-perkataan secara lisan dan tulisan?

Logik-matematik Bagaimana saya boleh memasukkan nombornombor, pengiraan, logik, klasifikasi atau kemahiran berfikir secara kritis?

Muzik Bagaimana saya boleh memasukkan muzik atau bunyi persekitaran atau irama atau kerangka melodi?

Intrapersonal Bagaimana saya boleh membangkitkan perasaan diri atau memori atau memberi pilihan kepada pelajar?

OBJEKTIF

Visual-ruang Bagaimana saya boleh guna bahan bantu visual, visualisasi, warna, lukisan atau metafora?

Interpersonal Bagaimana saya boleh mewujudkan perkongsian antara pelajar, pembelajaran koperatif, atau simulasi kumpulan?

Naturalis Bagaimana saya boleh memasukkan pemerhatian terhadap dunia, mengklasifikasi atau kemahiran mengenal pasti?

Kinestetik Bagaimana saya boleh melibatkan keseluruhan anggota badan pelajar atau pengalaman handson?

Rajah 1. Persoalan yang timbul semasa merancang penyebatian unsur kecerdasan pelbagai dalam pengajaran (Armstrong, 1994)

Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walauapa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar malalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 167 - 168). Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada mood orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 168). Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 168). Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasikan dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai

kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008 : 169) Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu, pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran. Melalui pendekatan ini, saya menggunakan gabungan enam kecerdasan iaitu Verbal-Linguistik, Logik- Matematik, Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik dan Kecerdasan Muzik mengikut matapelajaran, kelas dan tahap kebolehan pelajar di dalam kelas.

5.4.

Kerangka Teorikal Secara keseluruhannya, kajian ini bertitik tolak daripada andaian bahawa

usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas ada kaitannya dengan strategi pengajaran dan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam bilik darjah. Dengan ini, guru dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang agak pasif dalam kelas untuk melibatkannya bergerak aktif dengan membuat intervensi yang bersesuaian dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah. Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategi pengajaran khususnya dari segi kaedah dam aktiviti yang dirancang dan seterusnya dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajarn berlangsung. Kerangka kerja konseptual dalam Rajah 2 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancangan pada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti

penggunaan permainan, kaedah simulasi, latih tubi bertindak sebagai pembolehubah bebas untuk menguji kecerdasan pelajar. Hal ini disokong dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai, yang mengakui bahawa setiap pelajar memiliki pelbagai kecerdasan dan cara seseorang pelajar berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan dengan seseorang murid yang lain. Terdapat enam daripada lapan jenis kecerdasan yang telah dikenal pasti oleh pengkaji untuk melibatkan kecenderungan potensi pelajar dalam bentuk verballinguistik, logik- matematik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan muzik. Seterusnya, gabungan antara strategi pengajaran yang dirancang guru bersama-sama dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas.

Strategi pengajaran Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai

Meningkatkan Penglibatan Pelajar


- Pelajar aktif - Tidak malu bertanya - Berani menyatakan pendapat

Kepelbagaian aktiviti dalam kaedah pengajaran

Verbal-Linguistik Logik Matematik Interpersonal Intrapersonal Muzik

Rajah 2 : Kerangka Teorikal

5.5.

Hasil Kajian Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai.

Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan oleh guru dapat dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti memberi definilai nilai dalam bidang pertama, pelajar diminta untuk keluar kehadapan kelas dan menyusun jawapan berdasarkan nilai yang telah diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan kepada pelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang berpencapain tinggi akan dapat bertindak dengan pantas manakala pelajar yang berpencapaian rendah akan lebih tertumpu kepada perbincangan bersama rakan dan penerangan guru. Langkah-langkah ini melibatkan Kecerdasan Logik-Matematik, Kinestetik dan Interpersonal yang mana ianya menguji kemahiran bertindak, menyelesaikan masalah keaktifan pelajar. Permulaannya, pelajar kelihatan takut, kurang keyakinan dan tidak mahu keluar ke hadapan kelas untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Namun, setelah diberikan sedikit motivasi oleh guru, pelajar cuba melakukannya dan akhirnya berjaya. Seterusnya untuk soalan latih tubi berbentuk soalan struktur dan esei dijalankan. Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk menjawab soalan di hadapan kelas untuk membina keyakinan diri serta kesediaan mereka. Mulanya, pelajar kelihatan malu dan segan untuk menjawab soalan tersebut kerana dikhuatiri salah. Namun, lama-kelamaan perasaan tersebut dapat dihindarkan dengan sokongan dan motivasi yang diberikan oleh guru dan pelajar-pelajar lain. Langkah ini seiring dengan penggunaan Teori Kecedasan Interpersonal dan Intrapersonal iaitu kebolehan individu menangani dan mengawal perasaan takut dan malu mereka serta kebolehan individu memahami perasaan orang lain dan dan memberikan motivasi kepada individu lain. Di samping itu, guru juga dapat mengetahui kebolehan pelajar samada dapat menjawab soalan dengan teknik yang betul ataupun tidak. Guru akan mengajar teknik yang betul sekiranya pelajar menjawab dengan salah. Aktiviti ini diteruskan untuk setiap nilai yang baru tujuan pelajar mengingati teknik menjawab soalan berbentuk esei dan struktur dengan betul. Seterusnya, aktiviti suai pada definisi nilai dan kuiz dijalankan. Bagi akiviti suai padan nilai dan definisi, pelajar dikehendaki menjawab dalam kertas yang telah disediakan dan kemudian diberi peluang untuk membincangkan jawapan dengan guru

menjemput pelajar keluar memberikan jawapan. Sekiranya salah, guru akan memberi jawapan yang betul. Manakala bagi soalan kuiz pula, pelajar mejawab soalan berbentuk peperiksaan SPM yang sebenar dan mesti menggunakan kaedah yang betul. Aktiviti ini dapat dilihat menguji kepantasan pelajar mengingati definisi, menjawab soalan serta mengingati pembelajaran yang telah diajar disamping menguji kepantasan pergerakan dan keaktifan pelajar di dalam kelas. Guru juga dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam subjek ini, juga pelajar yang lemah. Kesemua kemahiran tersebut terkandung di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Kinestetik, Logik-Matematik dan Intrapersonal. Pelajar diperkenalkan dengan kaedah peta minda. Guru menyediakan satu contoh peta minda berbentuk himpuan belon-belon yang mengandungi gambaran ciriciri yang terdapat pada setiap nilai yang mewakili setiap bidang. Pelajar-pelajar juga perlu memebentuk peta minda mengikut setiap bidang dan menyatakan nilai serta definisi mengikut kreativiti masing-masing secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan memperkembangkan kecerdasan-kecerdasan pelajar, misalnya aktiviti melukis peta minda merujuk kepada kecerdasan ruang, kerja berkumpulan merujuk kepada kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dan seterusnya pembentangan yang perlu dilakukan oleh pelajar dihadapan kawan-kawan sekelas merujuk kepada kecerdasan bahasa. Kesemua kecerdasan-kecerdasan ini digabungkan di dalam satu aktiviti untuk menggalakkan keaktifan pelajar. Seterusnya, pelajar dibawa untuk mendengar muzik tentang nilai dan definisi di mana untuk memudahkan pelajar-pelajar mengingati setiap nilai dan definisi melalui muzik. Berdasarkan kecerdasan muzik, elemen ini diplih kerana pengaruhnya yang besar kepada golongan pelajar, dimana ia menjadi senario hiburan kepada mudamudi khasnya golongan remaja dan pelajar. Penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Sememangnya fitrah manusia suka kepada hiburan dan tidak salah rasanya apabila kita menggunakan hiburan untuk tujuan pembelajaran selagi konsep dan tujuan utamanya tidak menyimpang dari objektif utama pendidikan.

6.

PENDEKATAN TEORI BEHAVIORISME DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG

6.1.

Teori Behaviorisme

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan keatas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas (R-G) yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahwa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkahlaku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhati, dikawa dan diramal. Ivan Pavlov (1849-1936) menjalankan kajian keatas proses penghadaman. Beliau menggunakan anjing dalam kajiannya, beliau secara tidak langsung telah menemui perkaitan antara rangsangan semulajadi dengan gerakbalas. Teori beliau telah dinamakan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Shukor:183-184 ) manakala Thorndike (1874-1949) dan Skinner (1904-1990) telah mengasaskan Teori Pelaziman Operan. Thorndike telah menjalankan kajian keatas kucing dan menerima konsep pembelajaran cuba dan jaya. Seterusnya melalui satu kajian beliau telah mengemukakan tiga hukum pembelajaran iaitu hukum kesan, hukum latihan dan hukum kesediaan. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Shukor: 184-185). Skinner pula telah menjalankan satu kajian keatas tikus putih dan mengasaskan Teori Peneguhan Positif dan Teori Peneguhan Negatif. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Azizi Abdul Shukor: 186-187).

Pendekatan Teori Thorndike lebih selesa di praktikkan oleh guru. Berikut mengenali teori ini dengan lebih jelas.

6.2.

Teori Edward L. Thorndike (1874-1949)

Seperti yang telah diketahui, Thorndike telah memperkenalkan pembelajaran cuba dan jaya serta tiga hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Melalui kajian beliau keatas seekor kucing lapar yang dikurung dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di sebelah luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar yang dikenali sebagai pembelajaran cuba dan jaya. Kucing tersebut telah melakukan pelbagai usaha sehinggalah ia terpijak selak pintu sangkar dan pintu terbuka lantas si kucing berlari keluar mendapatkan makanan. Beliau juga menyarankan agar pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran. Di sinilah beliau telah menghasilkan tiga hokum pembelajaran tersebut. i. Hukum Kesediaan. Kesediaan dapat dilihat dari tigaaspek iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Di mana apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan (kesediaan kognitif) maka tindakan (kesediaan psikomotor) dapat memberi kepuasan (kesediaan afektif) kepadanya. Ini bermakna sekiranya pelajar tidak mahu melakukan sesuatu dan dipaksa untuk melakukannya, ia mampu menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Boleh diringkaskan di sini bahawa hokum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak.

ii.

Hukum Latihan. Hukum latihan ini sangat sesuai bagi latihan hafalan. Dalam latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dangerakbalas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Hukum latihan menyatakan

bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan apabila tiada pengukuhan. iii. Hukum Kesan. Hukum kesan menyatakan jika sesuatu tindakan diikuti oleh perubahan yang menyeronokkan dan positif, besar kemungkinan tindakan itu akan kerap berlaku dan begitu juga sebaliknya. Contohnya selepas melakukan sesuatu, mendapat pujian dan ini akan menggalakkan seseoran gitu melakukan perbuatan yang seumpamanya. Berdasarkan tiga hukum pembelajaran tersebut, maka guru bolehlah menjadikannya sebagai satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran dan pembelajaran sebagaimana mata pelajaran Pendidikan Moral di dalam kelas. Antara strategi yang boleh diguna pakai ialah :
a) Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar (kesediaan psikomotor,

kognitif dan afektif). Seperti yang kita ketahui matapelajaran Pendidikan Moral ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan Melayu. Dan kita maklum yang mana didikan di rumah dan budaya kaum mereka berbeza dengan kaum Melayu yang mana kaum Melayu lebih menitik beratkan adab sopan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Jadi sebelum mengajar pelajar-pelajar kita berkenaan dengan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam matapelajaran Pendidikan Moral ini, guru seharusnya mengenali pelajar dan latar belakang sosial pelajar dan keluarga. Ini kerana ada di kalangan mereka yang ibu bapanya tidak ambil berat langsung tentang nilai-nilai murni. Lazimnya kebanyakan pelajar-pelajar ini berada di kelas yang lemah berbanding pelajar yang berada di kelas yang lebih baik. Adakalanya pelajar mempertikaikan mengapa perlu belajar nilai murni kerana mereka rasa terkongkong dengan nilai murni tersebut. Jadi guru perlu memastikan mereka bersedia untuk belajarnilai murni (kesediaan kognitif) dan mahu mengamalkan nilai murni (kesediaan psikomotor) yang mana boleh

mengubah mereka menjadi seorang insan yang lebih baik (kesediaan afektif).

b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarnawarni, perisian komputer dan tayangan video untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Gambar berwarna-warni ini lebih sesuai digunakan untuk pelajar yang lebih muda manakala bagi pelajar yang lebih matang boleh menggunakan perisian komputer dan tayangan video walau bagaimanapun ia tetap boleh digunakan untuk pelajar yang lebih muda. Guru mungkin boleh membuat tayangan video berkenaan tentang kehidupan keluarga yang mempunyai atau mengamalkan nilai murni dan yang tidak mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Minta pelajar untuk mencari perbezaan atau kesan yang boleh dilihat dari tayangan video tersebut. Bagi perisian komputer pula, guru boleh member satu tugasan yang mana pelajarperlu menyiapkan tugasan tersebut dengan mencari maklumat dari internet. Dan untuk hasil yang lebih baik guru menetapkan laman web mana yang perlu dilayari bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan teknologi maklumat. Selain daripada itu, guru boleh meminta pelajar untuk membuat kad nilai dimana setiap pelajar akan diberikan satu salinan yang mengandungi nilai-nilai bagi setiap bidang pembelajaran beserta dengan definasinya dan penekanan kata kunci. Kemudian pelajar dikehendaki menjadikan salinan tersebut sebagai buku kecil mengikut kreativiti mereka supaya mereka boleh membawanya kemana sahaja dan boleh membacanya bila-bila masa. Dengan adanya rangsangan-rangsangan ini boleh membantu pelajar untuk mengingat dan menghafal nilai-nilai murni serta definasinya tanpa terlupa satu patah kata kunci. Ini adalah perlu untuk kefahaman mereka tambahan pula ianya akan digunakan semasa menjawab soalan peperiksaan terutamanya bagi Pendidikan Moral Kertas 2.

c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon yang betul. Ini adalah berkaitan dengan hokum latihan. Seperti yang dinyatakan di atas, pelajar perlu mengingat dan faham akan nilai murni berserta definasinya dan kata kuncinya. Ini bermakna pelajar harus menggunakan hafalan. Contohnya dengan adanya kad nilai seperti yang dinyatakan di atas, pelajar akan lebih mudah untuk membuat penghafalan. Dan sebelum bermulanya pelajaran yang baru atau sebelum bermulanya kelas pada hari tersebut, guru boleh memulakan dengan bertanya secara rawak definasi nilainilai murni yang telah dipelajari sebelumnya. Dan mungkin guru boleh memberikan satu situasi yang mana pelajar perlu menyatakan nilai murni yang terlibat. Apabila respon atau jawapan yang diberikan, guru boleh memberikan pujian dan meminta pelajar lain juga membuat ulangkaji seperti pelajar yang memberikan respon tadi.

d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang ceria, bersih, tersusun, selesa dan harmoni. Ini juga penting dan perlu dititik beratkan agar dapat menarik minat pelajar.

7.

PENDEKATAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG

7.1.

Perkembangan Moral Kognitif

Menurut penulisan Prof Madya Dr Chang Lee Hoon (2002) pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932:57) dan Kohlberg (1975:62). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang memperkembang pertimbangan moral secara berperingkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi dimana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral sejagat.

Pendekatan perkembangan kognitif dikemukakan oleh Dewey.Seterusnya dikembangkan oleh Jean Piaget dan Kohlberg.Piaget mendefinasikan tingkat perkembangan moral pelajar melalui pengamatan dan wawancara. Hasil pengamatannya perkembangan kemampuan kognitif pada pelajar mempengaruhi perkembangan moral mereka.Pendekatan perkembangan kognitif Piaget mudah digunakan dalam proses pendidikan di sekolah kerana ia memberikan penekanan pada aspek perkembangan kemampuan berfikir. Kolhberg(1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral memberi penegasan seperti berikut: the main factors which have been shown to correlate with the development of a principle, predictable morality are intelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency to anticipate future events, the ability to maintain focuse attention, the capacity to control unsocialised fantasies,and self-esteem. Goleman (1995) telah memberikan konsep baru tentang emotional intelligence (EI) atau kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat atau global village. Pendekatan perkembangan moral Kognitif seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembangkan pertimbangan moral secara peringkat iaitu mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. Dalam pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dan berfikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadi fokus adalah sumbangsaran iaitu menerima pendapat pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam penaakulan juga pertimbangan. Oleh itu pendekatan ini lebih memfokuskan kepada aspek kognitif moral guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang sama rata. Di dalam analisis pendekatan nilai , fokus utama adalah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu nilai, hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbang fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu keputusan. Guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang

telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar. Teori ini juga merujuk kepada pendekatan penyayang (caring) iaitu memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan amalan menyayangi diri sendiri dan sesiapa sahaja yang mempunai perhubungan dengan pelajar tersebut. Cara pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui aspek yang berikut:
i.

Modeling iaitu guru memberi tumpuan kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan maka konsep penyayang dapat ditunjkkan dalam tingkah laku yang pelajar-pelajar boleh memerhati dan mengikuti.

ii.

Dialog yang diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).

iii.

Amali iaitu dengan mengadakan aktiviti dalam menjalankan usaha penyayang bersama pelajar dengan melibatkan komuniti.

iv.

Pengesahan iaitu menggalakkan perhubungan antara guru dan pelajar. Maka guru disarankan menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip ini dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan pengajaran pembelajaran. Guru

Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru yang bijak memilih teknik pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat . Pendekatan`chalk and talk sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai kaedah yang paling sesuai digunakan untuk semua situasi pengajaran, namun kecekapan memilih teknik yang sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan merangsangkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pergantungan positif dimana pelajar akan belajar bersamasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual berikut: Pembelajaran berkumpulan secara koperatif Saling pergantungan positif Akauntabiliti individu Bersama-sama memimpin Bersama sama bertanggungjawab Kumpulan yang heterogenous Penekanan kepada tugas dan proses Kemahiran sosial diajar secara langsung Guru memerhati dan membimbing Kumpulan menilai keberkesanan kendiri Pembelajaran berkumpulan secara tradisional Tidak ada pergantungan positif Tidak ada akauntabiliti individu Seorang sahaja pemimpin yang dilantik Bertanggungjawab terhadap diri sahaja Kumpulan yang homogenoues Penekanan kepada tugas Kemahiran sosial diajar secara implisit dan diketepikan Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan Tidak ada proses berkumpulan

Sumber : Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999. Instruction A Models approach (3rd ed) Boston : Allyn and Bacon. Pendekatan ini mewujdkan kepekaan terhadap perasaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama. Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti berfikir, berpasangan, berkongsi, permainan, main peranan, projek serta menggunakan jigsaw puzzle. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran Pendidikan Moral;
i.

pengajaran dan

Nyanyian Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi sebagai isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. Dalam Pembelajaran Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama dalam aktiviti Brain Breaks. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan, dapat
3

mengurangkan masa bosan di kalangan murid sekolah dan menjadi tarikan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Antaranya ialah lagu-lagu Patriotik. Lagu-lagu patriotik amat sesuai dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan negara .Lagu- lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru adalah seperti Sejahtera Malaysia, Malaysia Boleh, Keranamu Malaysia dan banyak lagi. Banyak terdapat nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut. Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lagu-lagu juga boleh diubah sari katanya sesuai dengan tajuk yang hendak diajar.
ii.

Bercerita Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru .Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral. Memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut. Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilainilai murni yang bersesuaian dengan tema. Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti patung wayang kulit, pelbagai jenispupet, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian.Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita.

Seterusnya,

selitkan nyanyian

ke dalam langkah pengajaran dan

pembelajaran. Sesekali guru boleh mencuba kelainan dengan menyelitkan lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran iaitu dalam sesi set induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti kita menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi sudah tentu murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami pembelajaran sedemikian sekali lagi.Sudah tentu kenangan-kenangan manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan murid menggemari kelas Pendidikan Moral.

7.2.

Pendekatan Pemikiran dalam Pembelajaran

Konsep Kemahiran Berfikir secara kritis ialah satu proses penggunaan minda yang berkesan untuk menilai kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, worldview dan nilai untuk membolehkan seseorang bertindak balas secara rasional terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti dan sebab munasabab. Konsep Kemahiran Berfikir secea kreatif ialah kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan-kemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan keaslian individu berkenaan. Dengan kata lain ciptaan yang dihasilkan oleh individu tersebut berdasarkan ideanya sendiri atau mengubah suai idea yang sedia ada dengan membuat penambahbaikan ataupun melahirkan ciptaan baru berdasarkan idea pokok yang telah ada.Selain itu proses berfikir juga merupakan tindak balas yang berlaku dalam mental manusia yang melibatkan beberapa peringkat aktif seperti mengenal dan memahami masalah mencari maklumat sebagai penyelesaian, membuat penolakan setelah menimbangkan segala kemungkinan penyelesaian, menilai hipotesis yang sudah dibuat dan akhirnya bergerak ke peringkat membuat keputusan. Seseorang yang sedang berfikir sebenarnya sedang mengawal tingkah lakunya sendiri. Alat-alat berfikir yang dapat digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral ialah peta minda. Tony Buzan (1984) telah menghasilkan satu teknik untuk mencatat nota dengan berkesan dan sistematik. Ciri-ciri yang harus difikirkab dalam penyediaan peta minda ialah menggunakan kata kunci,

menggunakan imej, menggunakan warna dan lukisan tiga dimensi, mengguna perkataan yang saiznya berbeza-beza, membezakan antara fakta utama dengan sub fakta dan tulisan haruslah dalam huruf cerai jika tidak menggunakan komputer. Alat berfikir yang kedua digunakan ialah pengurusan grafik. Ia merupakan alat berfikir yang menggambarkan pemetaan atau pola penyusunan idea yang boleh digunakan untuk menghubungkaitkan maklumat dengan sesuatu idea. Pengurusan grafik dapat membantu murid dalam menggambarkan isi kandungan dengan jelas secara visual. Bahagian-bahagian dalam pengurusan grafik boleh diubahsuai oleh guru supaya relevan dengan tajuk / tema / perkara yang hendak disampaikan kepada murid. Murid pula dikehendaki mengisi bahagian-bahagian dalam grafik seperti yang diarahkan oleh guru.

8.

PENDEKATAN TEORI SKEMATA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JINJANG 8.1. Teori Skemata Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. pendidikan. Teori skemata diperkenalkan oleh Piaget pada tahun 1926, dan dikembangkan maknanya oleh seorang ahli psikologi pendidikan iaitu R.C. Anderson. Skema dalam psikologi dan sains kognitif menerangkan beberapa konsep, antaranya informasi dikod dalam memori jangka panjang (Hyde dan Bizar, 1989) dan merupakan Seterusnya teori-teori ini berkembang dan digunakan dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian termasuklah dalam bidang

rangkaian ilmu pengetahuan lampau yang mempengaruhi kefasihan dalam pembelajaran. Teori Skema telah dibangunkan oleh R. C. Anderson (Gagne, Briggs, & Wager, 1992) yang bercirikan aspek-aspek seperti berikut;
i.

Skemata sentiasa diorganisasi secara bermakna, boleh ditambah dan penglibatan individu dapat menambah pengalaman untuk menjurus kepada pengkhususan tentang sesuatu informasi.

ii.

Setiap skemata terkandung dalam skemata-skemata yang lain dan ia mengandungi subskemata.

iii.

Skemata bertukar-tukar dari semasa ke semasa apabila menerima

informasi yang baru.


iv.

Skemata juga harus distruktur semula konsep-konsepnya apabila menerima data-data yang baru untuk bercantum bagi membentuk suatu keseluruhan yang lebih besar daripada bahagian-bahagiannya.

Seterunya, skema adalah struktur kognitif yang telah dibentuk hasil daripada interaksi dengan dunia luar bagi satu jangka masa. Struktur ini membolehkan manusia mengekod dan mengingat kembali idea atau pengalaman seterusnya (Bartlett, 1958). Menurut beliau, pengetahuan adalah rangkaian struktur mental (pemikiran) yang abstrak (Gagne et al., 1992). Menurut Winn dan Sryder (1996), skema mempunyai ciri-ciri berikut:
i.

Skema merupakan satu struktur yang tersusun dalam ingatan. Ia juga mengandungi pengetahuan dan struktur ini digabungkan dengan skema yang lain.

ii.

Skema wujud dalam bentuk yang lebih tinggi daripada pengetahuan umum dan merupakan tafsiran kepada pengalaman.

iii. iv.

Skema meliputi konsep-konsep yang digabungkan melalui penyataan. Skema berbentuk dinamik, boleh berubah melalui pengajaran dan

pengalaman.
v.

Skema memberi konteks untuk membantu menginterpretasikan pengetahuan baru di samping membekalkan struktur untuk menyimpan pengetahuan.
3

Oleh yang demikian, skema yang terbentuk bukan hanya akibat interaksi pengalaman sedia ada dengan maklumat baru, tetapi juga dipengaruhi oleh struktur kognitif yang sedia ada. Gabungan skema akan membina rangkaian konsep yang membentuk domain pengetahuan. Justeru melalui teori ini, guru-guru dapat membantu pelajar untuk membina ilmu pengetahuan mendalam sebelum memulakan sesuatu pembelajaran. Hal ini kerana, skemata ini akan tumbuh dan semakin bertambah apabila informasi baru diterima. Di sini, pelajar akan berkontradiksi dan mengalami konflik jika asas skemata yang sebelum ini tidak digunakan dengan baik. Namun, jika skemata itu telah kekal berakar-umbi, ia agak sukar untuk bertukar dan hilang (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Dalam pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah, seseorang guru itu hendaklah menerapkan konsep yang dicadangkan oleh Piaget iaitu dengan menggunakan konsep asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Berdasarkan konsep Asimilasi iaitu satu proses menggunakan struktur yang sedia ada untuk menyerapkan pengalaman dan pembelajaran baru kepada pelajar. Di sini guru boleh memberikan contoh tentang nilai-nilai yang sedia ada dan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjalani kehidupan seharian dengan cara membuat aktiviti main peranan. Oleh itu, murid akan dpat mengingati nilai tersebut kerana ia telah biasa dilakukan dan secara tidak langsung akan menguatkan skema yang ada. Seterusnya konsep Adaptasi dan keseimbangan iaitu dengan mengubahsuai skema selaras dengan pengalaman dan pembelajaran baru pelajar. Melalui pendekatan ini, guru boleh menceritakan nilai-nilai yang memang ada dalam diri pelajar namun jarang digunakan. Oleh itu, guru boleh cuba mengubah persepsi pelajar terhadap nilai-nilai tersebut mengikut konsep yang sebenar dan mengaikan dengan meminta pelajar cuba mengaitkan nilai tersebut dengan pengalaman-pengalaman lampau mereka. Antara impikasi yang dapat kita lihat melaui penekanan teori ini ke atas pengajaran dan pembelajaran ialah seorang guru itu perlu mengaitkan pengetahuan sedia pelajar dalam pembelajaran baru dalam usaha mengorganisasi skema. Selain itu, guru haruslah menggunakan pengetahuan sedia pelajar untuk menghasilkan satu ilmu baru generative knowledge iaitu

pengetahuan yang digunakan secara aktif untuk menginterpretasi situasi baru. Guru juha harus kreatif menggunakan skemata untuk mengajar kemahiran berfikir aras tingg, seterusnya membina ciri-ciri objek yang dapat menguasai pemikiran logik, dan memahami konstruk global.

9.

KESIMPULAN

Masalah yang dihadapi oleh guru ketika mengajar matapelajaran Pendidikan Moral dapat diatasi dengan menggunakan pelbagai pendekatan atau teori psikologi pendidikan. Pendekatan dalam Pendidikan Moral yang dibentukkan adalah berasaskan pelbagai teori yang berkaitan perkembangan moral dan pembentukkan sahsiah individu. Dengan menguasaimenguasai pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk mengembangkan aspek-aspek dalam pendidikan moral. Selain daripada itu, seseorang guru haruslah mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

Você também pode gostar