Você está na página 1de 4

Maksud

Definisi Kesihatan Kesihatan pada awalnya bermaksud seseorang itu tidak berpenyakit. Dalam erti kata lain, jika kita tidak mengalami sebarang penyakit, kita dianggap sebagai sihat. Dalam definisi ini, terdapat tiga komponen utama yang perlu kita lihat bagi memahamimaksud kesihatan. Komponen-komponen tersebut ialah kesihatan fizikal,kesihatan mental dan kesihatan sosial.Kesihatan fizikal merangkumi ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan, serta bertenaga untukmelakukan kerja harian dan aktiviti waktu senggang tanpa berasa lesu. Kesihatan mental pulabermaksud kita tidak mempunyai masalahmental dan berupaya untuk berhadapan dengan cabaran harian serta berinteraksi denganmasyarakat tanpa sebarang masalah mental, emosi atautingkah laku. Kesihatan sosial dihuraikan sebagai keupayaan kita untukberinteraksi dengan orang lain dan persekitaran sosial secara berkesan sertamenikmati kepuasan hubungan peribadi..

Panel 1 ( Maksud ) Bila ditanya apa yang dimaksudkan dengan sihat?, mungkin ramai yang akan menjawab jawapannya ialah tidak sakit. Tidak salah mentafsirkan sihat sebagai tidak sakit kerana sihat dalam bahasa inggeris healthy. Memberi maksud tidak sakit. Sihat juga bermaksud berada dalam keadaan sihat dan mampu melawan penyakit. Walaubagaimanapun ianya bukanlah satu jawapan yang dapat mengambarkan maksud kesihatan yang menyeluruh. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia maksud kesihatan yang lebih menyeluruh ialah suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi , dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Bagi maksud kesihatan sepanjang hayat pula, kita bukan sahaja merujuk kepada kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. Ada orang yang kelihatan sihat dari segi fizikalnya tetapi mental dan perasaannya terganggu.

Panel 2 (kelebihan) Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting kepada kita sebagai manusia dan harus dijaga. Jika kita berusaha untuk menjaga kesihatan ini dengan baik , kita dapat memperoleh pelbagai kebaikan. Antaranya ialah dapat memastikan tahap kesihatan yang baik. Sebagai contoh, penjagaan kesihatan selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Seterusnya, penjagaan kesihatan juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancar. Pada masa yang sama, dengan menjaga kesihatan juga dapat melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

PpPanel 3 ( Keburukan ) Masyarakat Negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Terdapat beberapa kesan jika kita tidak mengamalkan penjaggaan kesihatan. Kesan pertama ialah dapat mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya sebagai contoh demam, kencing manis, darah tinggi , sakit jangtung da banyak lagi. Penyakit- penyakit ini juga boleh membawa kematian jika tidak dicegah awal. Seterusnya ialah badan kita akan menjadi lemah akibat kurang melakukan aktiviti yang mencergaskan badan seperti berjoging, senaman ringkas dan lain-lain. Akhir sekali ialah dapat menyebabkan penambahan berat badan akibat makan makanan yang tidak seimbang. Hal ini kerana kita sering makan makanan yang banyak kolestrol dan kurang mengamalkan makanan yang banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana makanan seperti sayur tidak disukai oleh orang ramai kerana rasanya sedikit pahit. Amalan pemakanan yang boleh mendatangkan penyakit

Cara-cara
Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air masak hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kita tahu bahawa masalah berpunca daripada masalah emosicara mengatasi malah emosi.. Saya ingin menambah sedikit pendapat saya cara mengatasi Kepentingan menjaga kesihatan

Di dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin. Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolahraga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti. Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi. Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kerugian kita dalam pelajaran. Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Você também pode gostar