Você está na página 1de 7

Islam merupakan sebuah agama yang suci dan terpelihara dari penyelewengan sejak dari di utusnya baginda rasulullah

salallahualaihiwasalam sehinggalah ke hari akhirat. Ini disebutkan melalui firman Allah swt : Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Adz-Zikr (Quran) dan kamilah yang akan menjaganya (Surah : al-hijr : 9). Islam itu ialah apa yang tersimpul dari panduannya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang melengkapi dan bersifat syumul dan ini disebut secara jelas oleh Allah swt dalam firman-Nya : Dan diturunkan kepada kamu kitab (Al-Quran) yang telah menerangkan segala-galanya (Surah An-Nahl : 89). Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya (Surah Al-Anam : 38). Juga termasuk pertunjuk yang diberi oleh Allah swt kepada hamba-Nya ialah dari sunnah nabiNya Muhammad Salallahualaihiwasalam yang menerangi apa yang tersirna dari kegelapan kejahilan. Sabda baginda rasul : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63). Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian. Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami. (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mujamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain). Hal ini sendiri bahkan sampai disebut dalam Al-Quran yang diturunkan sebagai pertunjuk manusia dengan mengarahkan supaya manusia menuruti pertunjuk sunnah baginda salallahualaihiwasalam seperti firman Allah swt :

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50). Dan taatlah kamu kepada rasul semoga kamu diberoleh rahmat. (Surah An-Nur : 56).

Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik. (Surah Al-Ahzab : 21). " Dan taatlah kamu kepada Allah dan kepada rasul jika kamu benar-benar beriman " (Surah Al-Anfaal : 1). Barangsiapa yang mentaati rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah" (Surah AnNisa : 80). Ketaatan kepada rasulullah itu dijelaskan dalam Al-Quran dan mentaati rasul bererti menuruti pertunjuk sunnahnya. Ini kerana baginda pernah menyebut baginda salallahualaihiwasalam menyebut seperti dalam riwayat Abu Hurairah dengan sabdanya : : Setiap Ummatku akan masuk syurga melainkan mereka yang ingkar, maka sahabat bertanya, siapakah yang ingkar itu wahai rasulullah ? Siapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga dan siapa yang menderhakai aku maka dialah golongan yang ingkar. (Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 728). Dalam hadith yang lain baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut : Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku). (Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1). Dari Sufyan As-Sauri berkata Tidak diterima perkataan melainkan dengan amal dan tidak diterima amal dan perkataan melainkan dengan niat (ikhlas) dan tidak bermanfaat perkataan, amal dan niat ikhlas melainkan dengan menepati Sunnah. Malangnya pada hari ini setelah kewafatan baginda salallahualaihiwasalam dan hilangnya berlalu pergi generasi yang disebut sebagai sebaik-baik ummah iaitu para sahabat dan zaman tabiein maka umat Islam kini ditimpa musibah kejahilan dan penyelewengan dalam agama yang menyesatkan. Umat Islam kini seolah masih tidak memahami, seolah masih tidak menyakini bahawa telah sempurna Islam ini sehingga tidak perlu ditokok tambah oleh sesiapa. Sebenarnya ajaran sesat, penyelewengan agama berlaku akibat tidak berimannya umat Islam kepada satu prinsip Islam iaitu : Kesempurnaan Islam sebagai deen di sisi Allah swt Sesungguhnya prinsip ini telah disebut oleh Allah swt dalam firman-Nya :

Pada hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu. (Surah Al-Maidah : 3). Umat Islam pada hari ini ramai yang mengingkari dan kufur kepada ayat Allah swt yang menerangkan mengenai lengkapnya ajaran Islam dari perlu ditambah dan diubah suai baik dalam keadaan sedar dan tahu atau kerana kejahilan. Dan diturunkan kepada kamu kitab (Al-Quran) yang menerangkan segala-galanya (Surah An-Nahl : 89). Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya (Surah Al-Anam : 38). Bahkan tanpa sedar atau mungkin kerana kejahilan mereka sebenarnya turut kufur dan tidak beriman kepada rasulullah dengan tidak yakinnya mereka kepada hadith baginda yang sahih apabila baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak. (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) . Sepatutnya bagi mereka yang beriman kepada Allah dan rasul maka mereka patut sudah beriman bahawa Islam ini sudah syumul dan sempurna dan tidak memerlukan lagi kepada penambahan dan ubah suai baik oleh para ulamak atau cendiakawan atau cendawan atau bangsawan atau ilmuwan atau orang yang sawan otaknya sehingga mengaku sebagai pemegang pintu syurga. {KUALA LUMPUR 18 Julai -Ketua kumpulan yang dipercayai mempunyai ratusan pengikut dari dalam dan luar negara telah mendakwa dirinya sebagai jelmaan semua nabi dan rasul menjalankan kegiatan ajarannya di sebuah kawasan yang dipanggilnya `kerajaan langit' di Besut, Terengganu.} (Utusan Malaysia) {BESUT 8 Julai - Seorang lagi kenalan, Wan Abdullah Wan Abdul Latif, 70, yang juga bekas Penggawa Mukim Ulu Besut berkata antara penyelewengan ajaran Ayah Pin tidak mewajibkan pengikut-pengikutnya menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan. ``Beliau (Ayah Pin) mendakwa amalan itu hanya memadai dengan niat tanpa perbuatan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Payong, di sini. Wan Abdullah berkata beliau mengenali Ayah Pin yang tinggal di Batu 13 kira-kira satu kilomter dari rumahnya sejak tahun 1964 iaitu sebelum beliau bersara. ``Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak pernah menerima pendidikan Islam selain berguru dengan Hassan Anak Rimau yang juga pernah menjadi kontroversi berkaitan ajaran salah,'' katanya. Wan Abdullah berkata, selain itu Ayah Pin juga gemar laga ayam di Golok, Selatan Thailand setiap Jumaat selain suka bertaruh dalam perlawanan gasing di Besut. Katanya pada setiap malam Sabtu, beliau menerima tetamu yang ingin mengubati pelbagai

penyakit dengan menggunakan air telaga dalam rumahnya yang didakwanya mengalir dari Sungai Nil. Wan Abdullah berkata selain tetamu yang datang dari negeri Perak dan Johor yang sebilangannya wanita jelita terdapat juga tetamu dari Indonesia. ``Pernah saya terdengar seorang wanita mengakui beliau terpaksa ke sini kerana asyik teringat Ayah Pin yang dilihatnya dalam mimpi; beliau (Ayah Pin) berada di bulan,'' katanya. Wan Abdullah berkata, selain beristeri empat, Ayah Pin juga mempunyai sembilan isteri yang dinikahinya secara batin yang terdiri daripada pelajar. - Bernama Sangat mengemparkan apabila muncul di Malaysia pelbagai ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, ajaran Hasan Anak Rimau, ajaran sembilu, ajaran Taslim matahari di Kampung Seronok di Pulau Pinang, ajaran Tok Ayah, ajaran Qadiyani, ajaran haji Husin, ajaran pak Mat, ajaran itu dan ini. Sangat melucukan apabila orang kampung yang tidak dapat berbahasa arab dan untuk membaca al-quran pun memerlukan kepada seorang ustaz untuk membetulkan tajwidnya apatah pula ketika untuk menafsirkan Al-Quran perlu membuka terjemahan al-Quran terlebih dahulu tibatiba sewenang-wenang dapat mengaku sebagai rasul, sebagai imam mahdi sebagai wakil Allah sebagai wali Allah swt, sebagai pemegang kunci pintu syurga, sebagai khalifah, sebagai ulamak, malang sekali mereka ini dan sangat menyedihkan mereka yang mempercayai golongan ini. {BESUT 24 Julai - Beberapa pengikut ajaran sesat Ayah Pin dikatakan pernah mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja pelik termasuk menjual katak kepada restoran bukan Islam dan menjadi bomoh judi nombor ekor. Perkara ini didedahkan oleh beberapa penduduk Kampung Batu 13 yang mengakui pengikut kumpulan itu sanggup melakukan pekerjaan yang menjelekkan dan menyalahi agama bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan mereka}. (Utusan Malaysia 25 July 2005) Menurut riwayat Abdullah Ibn Masud ra pernah menyebut Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama) mereka dan jika mereka mengambil dari As-shaghir yang buruk, mereka pasti hancur. (Ibn Abd Bar Jami Bayan al Ilmi, m/s 248). Dimaksudkan dengan As-shaghir itu ialah ahli bidah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, Siapakah golongan As-shaghir itu ?. Dia pun menjawab : Orang yang berbicara dengan rayu (akal & menafsir sendiri tanpa merujuk dalil) adapun orang yang mengambil ilmu dari pembesar (ulama) bukan termasuk Asshaghir. (Jami Bayan al Ilmi, m/s 246). Mereka inilah golongan sesat yang bermain disebalik tasawuf, tareqah dan lain-lain ajaran kebatinan, kesufian yang sangat memelikkan dan jalan mereka yang mengelirukan, penuh rahsia, penuh cerita-cerita khayalan yang sehingga menjadi suatu yang mistik dan berhantu ajaran itu maka mereka inilah yang sering menjadi mangsa dalam kesesatan dan penyelewengan agama akibat ditunggang oleh syaitan lantaran kejahilan mereka. Hari ini untuk menjadi seorang yang boleh berkuasa dan hebat agak susah, untuk menjadi

pemimpin perlu masuk politik dahulu dan perlu bersusah payah, untuk menjadi ulama pun agak susah perlu masuk universiti atau pusat pengajian agama terlebih dahulu dan setelah berapa lama baru akan dikenali sebagai alim jadi cara mudah oleh golongan yang inginkan kedudukan cepat dalam masyarakat ialah dengan menajdi wali atau nabi atau ketua sesuatu ajaran baru yang di ubahsuainya dari Islam. Menjadi wali modalnya tidak banyak, cukup berpakaian jubah atau berkopiah atau berpakaian pelik sambil bertingkah laku aneh maka akan menjadi perbualan orang. Bercakap perkaraperkara pelik, soal hati , mengajar zikir-zikir pelik, mengadakan cerita aneh, menimbulkan persoalan ganjil maka insyaAllah tidak lama akan segeralah mendapat pengikut dan murid dari golongan bodoh yang mahu mempelajari dan ingin mengambil keberkatan. Itulah realiti masyarakat Malaysia yang berada di tangga terbawah dalam keilmuan Islam dan berada di kedudukan tercorot dari segi kefahaman Islam yang syumul. Apabila seorang ustaz mengajar di masjid jika beliau menceritakan tafsir Al-Quran maka sangat kurang minatnya orang ramai, jika mengajar hadith pun begitu. Begitu juga jika beliau mengajar sirah nabi , mengajar sirah sahabat, mengajar kitab feqah, aduh sangat sedikit yang suka dan sedikit sekali yang tertarik. Namun jika sang ustaz itu mengajar tasawuf, mengajar pembersihan hati, mengajar cerita wali-wali , cerita orang soleh, cerita ajaib seperti jalan atas air, jalan atas angin, menukar bukit pasir menjadi emas maka cepat sahaja ustaz itu terkenal dan ramai pengikut dan kuliahnya pun ramai orang mendengar. Begitu juga jika sang ustaz pula pandai memberi tips doa-doa, tips zikir-zikir seperti jika baca ini akan dapat itu, jika zikir begini akan dapat begitu maka pasti ramailah yang suka dan sering mencatat dan mengikuti. Bagi sang isteri pastinya tertunggu sang ustaz memberikan doa-doa khas bagi suami menyayangi dirinya, sang lelaki pula menanti ustaz memberi doa pengasih dan zikir-zikir bagi mendapat rezeki dan harta kerana mungkin kereta lama sudah sampai masa untuk ditukar baru mungkin perdana V6 mahu diganti dengan Putera atau Proton Waja. Sangat malang umat Islam, sangat rugi umat Islam, sangat menyedihkan kerana dalam soal duniawi, soal kehidupan mereka tidak pula bersikap kreatif, inovatif mahu memperbaharui kehidupan mereka, mahu berfikir bagaimana mempelbagaikan jalan dan mencari sumber rezeki yang halal, mahu memikirkan bagaimana mahu mempertingkatkan taraf kehidupan, bersikap keratif menghasilkan ciptaan baru dan mengkaji teknologi seperti contohnya menghasilkan penyapu sampah robot yang boleh mengesan di mana sampah dalam rumah dan tahap kebersihan dan mengenal pasti identiti kuman atau bakteria dalam rumah serta menjelaskan kepada isi penghuni rumah virus apa yang tersebar atau contohnya menghasilkan senjata canggih dalam ketenteraan bagi menandingi barat dari sudut teknologi atau lain-lain. Sebaliknya dalam soal agama , dalam hal aqidah kepercayaan umat Islam merugikan dan memalangkan nasib mereka sendiri dengan menjadi kreatif dan inovatif apabila bersikap bodoh yang berlagak pandai dengan mengubah suai ajaran asli Islam, menokok tambah kepercayaan Islam dan membuang ganti isi pokok ajaran Islam sesuka hati mereka atau kerana kejahilan mereka dari sikap suka mengikut dan bertaqlid.

Amatlah dirisaukan balasan ke atas mereka ini di akhirat seperti disebut dalam hadith baginda dari riwayat Abdullah ibn Masud bahawa baginda salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud Aku bersama kamu di telaga Al-Haud ketika para malaikat menghambat sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka dari ummat aku, maka aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan mereka umatku, maka dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng, berbuat bid;ah). (Hadith Sahih disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257). Sebagai peringatan dan demi keselamatan bersama kembalilah kepada As-Sunnah dan bersamalah dengan golongan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah seperti mana di sebut dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terangterangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku . (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1). Jika dinisbah kepada maksud golongan yang baginda berada di dalamnya ialah bermaksud pada sudut aqidah, ibadah dan pengamalan agama yang baginda rasulullah berada pada pengamalannya dan amalan para sahabatnya sebagai jalan selamat yang satu-satunya perlu diikuti oleh kita semua. Maka awasilah mereka yang bernama wali, nabi, rasul, imam, tok guru, ustaz atau apalah lagi gelaran mereka hendaklah dinilai dengan ilmu dan kaca mata ilmiah supaya kita tidak tersesat bersama mereka. Sangatlah elok dan menarik ungkapan Imam Az Dzahabi yang pernah berkata, Jika ada seorang ahli kalam (Ahli akal, mantiq, rasionalis yang juga ahli bidah berkata, Jauhkan kami dari Al Quran dan As Sunnah dan biarkan kami menggunakan akal, maka ketahuilah dia ialah Abu Jahal. Bila ahli Suluk & ahli Tasauf & golongan tariqah berkata, Tinggalkan dalil zahir dan akal, pakailah zauq (perasaan) dan wajd (suara hati, wahyu dalam ibadah), maka ketahuilah dia adalah iblis dalam bentuk manusia. Jika dia mendekatimu, larilah atau perangi hingga kalah atau bacakanlah ayat kursi lalu cekiklah dia . (SiyarAlamun Nubala m/s 472 Jilid 4 ). Dari riwayat Irbad ibn Sariyah ra baginda rasul salallahualaihiwasalam pernah bersabda sebagai pesan yang sangat penting buat semua umat Islam iaitu baginda bersabda :

Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bidah !!! dan setiap bidah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).