Você está na página 1de 5

KEJOHANAN TENIS MSSD KUALA LANGAT TEMPAT : STADIUM JUGRA

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan ________________________________________________________________

ALU-ALUAN __________________________________________________________________________________ Yang berusaha Pn Hajah Rahani Arshad , tuan pengetua SMKBB Yang dihormati Pn Nor Azlina Ngiam Abdullah, GPK Pentadbiran SMKBB Yang dihormati Tn Hj Hairil Anuar Bin Osman, GPK HEM SMKBB Yang dihormati Encik Yusri Bin Sarabini,GPK KOKO SMKBB Tn Haji Marsan bin Othman, PK PETANG SMKBB Wakil wakil PPD Pengetua-pengetua Penolong-penolong kanan Pengurus kejohanan Pengadil-pengadil Guru-guru Peserta kejohanan serta Hadirin hadirat yg dirahmati Allah sekalian

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Salam sejahtera Salam 1 malaysia

Hadirin sekalian, Berkumpulnya kita pada hari ini adalah untuk menyaksikan acara penutup kejohanan tenis MSSD Kuala Langat bagi tahun 2012. Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari berturut, bermula 1 februari 2012 hingga 03 februari 2012. Sekalung penghargaan kepada tuan rumah, SMKBB serta semua warga kerja yang telah menjayakan kejohanan tenis MSSD Kuala Langat bagi tahun ini. BACAAN DOA Buah langsat masak dipohon Buah berangan rasanya kelat Tangan diangkat doa dipohon Moga majlis mendapat rahmat Hadirin sekalian, Untuk itu, majlis mempersilakan ________________________ bacaan doa. Dipersilakan. Amin.. amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian ___________ membacakan doa. Moga majlis diberkati olehNya.

UCAPAN PENGETUA Seterusnya, majlis mempersilakan Pn Hajah Rahani , tuan pengetua SMKBB untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian tuan pengetua SMKBB menyampaikan ucapannya.

UCAPAN WAKIL PPD Seterusnya, majlis mempersilakan _______________________________________________________ untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup kejohanan tenis MSSD Kuala Langat bagi tahun 2012. Dipersilakan dengan penuh takzimnya. Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian ______________________________________ menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis penutup kejohanan tenis MSSD Kuala Langat bagi tahun 2012 ini.

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian, Tibalah kita ke slot yang sangat dinantikan oleh peserta kejohanan iaitu penyampaian hadiah. Untuk pengetahuan, 5 kategori telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini iaitu L18, P18,L15,P15, dan L12. Peserta kejohanan yang Berjaya akan membawa pulang pingat dan sijil penghargaan. Untuk itu, majlis mempersilakan ______________________________________________________ dengan diiringi oleh _______________________________________________________________________ untuk penyampaian hadiah. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

KEPUTUSAN KEJOHANAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian ________________________ menyampaikan hadiah. PENUTUP Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah sudah kejohanan tenis MSSD Kuala Langat bagi tahun 2012. Saya mewakili tuan rumah serta seluruh warga kerja memohon kemaafan andainya ada kekurangan serta kelemahan sepanjang kejohanan berlangsung. Andai ada tersilap kata.. terlanjur bicara, tersalah pandang Andai ada duduk tidak kena tempat, nama dan pangkat tidak tersebut.. Ampun dan maaf juga saya pohon. Seseungguhnya segala kelemahan itu dari pihak kami sendiri dan segala kebaikan itu dari Allah SWT jua. Sehingga berjumpa lagi di kejohanan tenis tahun 2013asslamualaikum wbt dan salam sejahtera. Jumpa lagi

Você também pode gostar