Você está na página 1de 1

*Orang yang paling rapat dengan kita selain dari ibu bapa dan keluarga yang lain adalah

kawan-kawan kita, khususnya kawan-kawan sekelas atau sekuliah. Pergaulan seharian adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan, lantaran kebanyakan m asa diluangkan bersama-sama mereka. *Dalam usaha untuk memperolehi rasa hormat dan sayang kawan-kawan terhadap diri kita, bergaullah dengan mereka secara baik dan peliharalah adab-adab dan batas-b atas pergaulan dengan mereka. Insya-Allah, diri kita akan sentiasa dihormati, ke hilangan kita akan sentiasa dicari dan ketiadaan kita akan terasa hambarnya pers ahabatan yang dirasakan oleh mereka. Jadikanlah diri kita seperti garam dalam ma sakan, akan tawarlah masakan tanpa garam lalu hilanglah keenakannya. Walau bagai manapun, jangan kita merasa ego apabila merasakan diri kita seperti jaguh. Sebal iknya ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Janganlah seperti kaduk naik junjung. Maka, di antara adab-adab pergaulan dengan kawan-kawan ialah - Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-amat memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. - Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat hipokrit, yang mana l ain di lidah lain pula di hati. Akibatnya diri sendiri yang akan kehilangan harg a diri. - Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan yang lain - Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka aib kita di akhirat kelak - Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang membuta tuli akan men imbulkan perasaan hasad dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya itu da n berusaha untuk mencapai kejayaan yang serupa. - Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain - Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan - Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita. Umpanya jika seseorang ra kan sekelas memberikan satu pendapat, jangan menolaknya sekali gus, katakanlah k epadanya: pendapat anda baik - Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan panggilan yang tidak disuk ainya. - Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-bisik dengan seseora ng kawan yang lain kerana ia akan mengundang syak di hati kawan-kawan yang lain. - Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita, mintalah izin kepa da mereka terlebih dahulu - Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin - Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk kejahatan. *Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik ke pada sahabat kita. Ini kerana, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perbuatan k ita telah menyinggung perasaan sahabat kita.

Você também pode gostar