Você está na página 1de 13

Semakin berat kejahilan Terpikul di bahu Semkain jauh perjalanan Memburu nur-Mu

Sewaktu berlari di padang hidup Kerap kakiku tersadung selirat akar Tubuhku tercalar duri pidana Pada samar kejauhan Ancala mulia makin kabur Dan menghilang

Sekadar songsang aksara kata Tanpa kembali ke tunjang makna, apakah dalam sarat khilaf Masih terbuka ruang untuk Dianugerahkan keinsafan? Rabb, Moga pintu taubat-Mu terbuka Sebelum api dari bara itu menyala

RANGKAP 1: Terasa diri begitu jahil dan semakin jauh daripada mendapat cahaya Allah. RANGKAP 2: Semasa melayari hidup,penyajak sering terleka dan lalai kerana kenikmatan dan keseronokan dunia.Dirinya hilang arah dan selalu melakukan kejahatan.Gunung kemuliaan amat jauh dari hidupnya. RANGKAP 3: Penyajak menyoal dirinya,jika tersalah dalam berkata-kata,dia boleh membaikinya tetapi sekiranyadirinya sarat dengankesalahan atau dosa,adakah masih terbuka atau masihkah Tuhan mengurniainya ruang untuk insaf? RANGKAP 4: Ya Allah,semoga pintu taubat buatku terbuka sebelum saat-saat kematian dan kiamat datang.

Sajak ini bertemakan keinsafan. Keinsafan atas kejahilan dan dosa yang dilakukan sepanjang perjalanan hidup. Ruang untuk bertaubat masih terbuka jika kita ingin berubah dan kembali kepada ajaran Allah.

Kepentingan muhasabah diri Jika seseorang itu sentiasa bermuhasabah diri, dirinya sentiasa tahu akan kesilapan yang dia lakukan dan dia akan berusaha membaiki dirinya.
Keagamaan Sebagai seorang yang beragama, seseorang itu perlu ingat akan Allah dan jika tersesat, kembali kepada ajaran Allah. Kesedaran Kesedaran boleh wujud dalam diri manusia jika Allah memberi ruang untuk seseorang itu sedar dan kesedaran juga boleh wujud, jika seseorang itu selalu bermuhasabah. Kekuasaan Tuhan Kuasa Tuhan Maha Besar dan jika Tuhan menghendaki hambanya insaf, Tuhan akan meniupkan cahaya keinsafan ke dalam diri hambanya. Hamba Tuhan perlu sentiasa sedar akan kekuasaan Tuhan.

Jumlah rangkap : 4 rangkap Jumlah baris : Rangkap 1 = 4 baris, Rangkap 2 = 6 baris, Rangkap 3 = 5 baris, Rangkap 4 = 3 baris Jumlah patah perkataan : Antara satu hingga enam patah perkataan Jumlah suku kata : Antara satu hingga empat belas suku kata Rima akhir : Bebas = abab, abcdbe, aabcd, abb Bentuk keseluruhan : Bebas

Bahasa Indonesia dan bahasa sastera lama -penggunaan kata ancala yang bermaksud gunung -penggunaan kata pidana yang bermaksud kejahatan Bahasa Arab -penggunaan kata khilaf ,nur ,Rabb Anafora berselang -pengulangan perkataan semakin pada rangkap1,baris 1 dan 3. Metafora -Frasa padang hidup yang menggambarkan tempat kehidupan -Frasa duri pidana yang menggambarkan hasutan kejahatan Penggunaan tanda pengikat kata () -Penyajak menggunakan pengikat kata untuk menegaskan ayat tanya dalam sajaknya pada rangkap 3,baris 3-5. Simbolik -dua simbolik kepada hasutan. -api melambangkan pembalasan . -ancala ialah lambang ketinggian Inversi -semakin berat kejahilan -kerap kakiku tersadung

Asonansi -vokal u pada rangkap 1,baris 4. Aliterasi -vokal a pada rangkap 3,baris 3.

Insaf
Berasa insaf kerana kejahilan dan kejahatan yang kita lakukan.

Sesal dengan kejahilan diri


Tahu akan kesilapan yang dilakukan kerana selama ini lalai dan tersasar daripada ajaran dan hidup dalam kemungkaran.

Bertakwa
Nilai bertakwa ialah nilai orang beriman yang membuat apa-apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang dilarang. Ketakwaan dapat menghindarkan diri daripada kejahilan dan kemungkaran. Orang bertakwa sentiasa bermuhasabah untuk menilai diri.

Kesyukuran
Manusia yang sentiasa bersyukur akan mengenal kebesaran dan kasih sayang Tuhan kepada hambanya.

Merendah diri
Manusia itu hamba Tuhan yang sepatutnya merendah diri dan sentiasa berdoa dan keampunan daripada Tuhan. Bertaubat dan memohon keampunan menampilkan nilai merendah diri hamba terhadap penciptaNya.

Sentiasalah mengamalkan ajaran Tuhan dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada kejahatan. Kita mestilah selalu bermuhasabah agar kita dapat membaiki diri dan mengubah perangai buruk yang penuh kejahilan. Kita mestilah ingat akan Tuhan yang mencipta kita dan menjalankan amanah Tuhan sebaik-baiknya. Janganlah melakukan perkara-perkara mungkar yang menjauhkan diri kita dari nur dan keredaan Tuhan.

Bertaubatlah dan memohon ampun daripada Allah kerana pintu taubat dan keampunan sentiasa terbuka dan Allah akan menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.

Você também pode gostar