Você está na página 1de 21

ADAB MASUK TANDAS

1.Beberapa langkah sebelum masuk tandas, baca doa, ''Allhumma inni a'uzubika minalkhubthi wal khabaa 'ith '' ertinya Sahaja aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina 2.Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, seeloknya dengan berseliper. 3.Hendaklah menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada kita-akibatnya tidak khusyuk dalam solat 4.Jangan bercakap2 ketika menunaikan hajat 5.Jangan menjawab salam ,sebut nama Allah SWT, selawat atau baca ayat Quran 6.Pastikan tak terbawa ayat Quran atau nama Allah SWT ke dalam tandas 7.Duduk hendaklah diberatkan sebelah kiri, tidak menghadap atau membelakangkan kiblat sewaktu tunaikan hajat 8.Jangan melihat najis, ini akan menghilangkan Nur di muka 9.Disunatkan beristibra' (berdehem) 3x selepas buang air kecil supaya sisa kencing tidak tertinggal. 10.Beristinja dengan menggunakan air, yang afdhalnya menggunakan benda yang kesat lagi suci dahulu kemudian disusuli oleh air 11. Setelah keluar dari tandas, bacalah doa: 'Ghufra naka Alhamdulillahillazi azhaba 'ani 'aza wa 'aafaanii', ertinya Aku memohon keampunan. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran dariku dan menyihatkan aku.

Adab Dan Doa Keluar Masuk Tandas


Posted on July 20, 2010

As-salam untuk semua sahabat-sahabatku.

Rasanya tiga minggu yang lepas kita belajar tentang Doa Ketika Memakai Pakaian, Doa Ketika Memakai Pakaian Baru dan Doa Ketika Menanggalkan Pakaian Dari Badan. Hari ini pula Suri ingin mengajak kawan-kawan semua mempelajari Doa masuk tandas dan doa keluar dari tandas pula. Di kesempatan yang ada ni juga Suri kepilkan sekalisurat tawaran kerja tentang adab -adab masuk tandas kepada semua.

Sungguhpun ramai yang dah tahu, atau ramai yang dah ingat-ingat lupa, ada yang malas nak ambil pusing 360 darjah Suri tetap jua nak sampikan ilmu ni kepada semua. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan diberkati olehNYA. Ayuh kita membaca sambil menghafalkannya bersama-sama

Doa Masuk Tandas

Ertinya: Dengan nama Allah, Ya Allah sesungguhnya Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitansyaitan.

Doa Keluar Tandas

Ertinya: Segala Puji bagi Alllah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku. Adab -adab masuk tandas 1-Dimulai masuk dengan kaki kiri dahulu. 2-Di akhiri keluar dengan kaki kanan.

3-Anda tidak boleh membawa sebarang ayat-ayat suci Al-quran sewaktu berada di dalam tandas.

4-Anda digalakkan duduk bertinggung kekiri ketika menunaikan hajat.

5-Sewaktu anda ingin membuang hajat seharusnya dielakkan dari menghadap atau membelakangi kiblat.

Haram sekiranya bagi yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan,menghadap atau membelakangi kiblat.

Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.

6-Sebaiknya menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

7-Sewajarnya anda haruslah memilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa intai.

8-Anda tidak digalakkan menunaikan hajat ketika:-keadaan dalam air yang tidak bergerak atau mengalir, -keadaan dalam lubang yang tidak diketahui isinya, -tempat yang berangin, -tempat berkumpul manusia, -di jalanan, -dibawah pokok berbuah

9-Anda tidak digalakkan bercakap ketika sedang membuang hajat.

10-Anda tidak menggunakan air yang bertakung dibawah atau dilantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci.

11-Selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya lama-lama.

12-Tidak lupa membaca doa ketika masuk dan keluar. Diterjemahkan sepenuhnya dari kitab minhajuttolibin yang diajarkan oleh sheikh ala di masjid amru bin ass di assofirah,iskandariah mesir.

ilmLu tambahan dari Suri.. 13-Memakai selipar khas sewaktu masuk ke dalam tandas takut nanti terpijak najis dan sebagainya.

14-Menutup atas kepala dengan sehelai kain. Manalah tahu nanti cicak pula yang bakal berak kat atas kepala kita. hehee

INGAT! Jangan lupa yea kawan-kawan

dah tahu mesti buat yer

.:: Adab MaSuK TanDaS ::.

Jadi Insyaallah... Sedikit perkongsian dalam waktu yang singkat ini... Adab masuk ke tandas. Bunyinya macam terlalu biasa. Mungkin ada yang akan cakap, "Alah, dah tau dah...." Tapi bagaimana? Sudahkah kita dapat mengamalkannya dengan sempurna? Sesungguhnya ketahuilah jika kita masuk ke tandas dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W maka ianya akan menjadi ibadat & mendapat pahala daripada Allah S.W.T. Adab - adab:1 - Sebelum kita masuk ke dalam tandas, baca doa masuk tandas lebih kurang 6 atau 7 langkah

sebelum masuk. 2 - kita masuk ke dalam tandas menggunakan kaki kiri, dan keluar menggunakan kaki kanan. 3 - Jangan lupa untuk menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita. 4 - Jangan bercakap - cakap waktu sedang dalam tandas. (jangan sebut nama Allah, sahut salam, & selawat.) 5 - Jangan melihat najis. (hilang nur) 6 - Jangan makan atau minum dalam tandas. (ish3) 7 - Disunatkan berdehem 3 kali bagi yang membuang air kecil supaya keluar semuanya. 8 - Apabila dah sempurna hajat maka jangan lupa baca doa keluar tandas sewaktu keluar. 9 - Berjaga - jaga dengan air percikan najis. (Rasulullah ada bersabda, kebanyakan seksa dalam kubur adalah disebabkan istinjak yang tidak berhati - hati).

P/S:- Sama - sama mengamalkan sunnah baginda Rasulullah.

Tandas
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak cerita kisah tandas. Islam dah tunjuk sunnah Nabi cara keluar masuk dan adab dalam tandas. Islam juga tidak mengalakkan kita berada terlalu lama dalam tandas kerana ianya bukanlah tempat yang suci. Masuk dan selesaikan dengan segera apa juga urusan yang nak diselesaikan di dalam tandas. Tandas bukan tempat yang suci tetapi bukan bermakna tempat yang mesti dibiarkan tidak bersih dan kotor. Sedihnya kalau kita singgah di tandas awam, tandas di pasaraya dan tandas di kedai makan hampir majoriti tidak diuruskan dengan baik. Sebelum mengharapkan tukang cuci kita sendiri mesti ada tanggungjawab membersihkan apa yang kita tinggalkan. Apa sangat yang boleh kita harapkan seandainya kita sendiri tak boleh menguruskan buangan kita sendiri. Kalau tabiat buruk kita di tandas awam adakah tabiat kita akan jadi baik apabila menggunakan tandas sendiri di rumah. Pernahkah kita berkunjung di rumah kawan-kawan yang rumahnya sangat bersih dan teratur tetapi tandas rumahnya kotor atau pernahkah kita berkunjung ke rumah yang tandas rumah sangat bersih tetapi rumahnya tidak terurus. Segalanya bermula dari rumah dan bermula dari tandas. Jika kita mempunyai tabiat yang baik menguruskan tandas pasti yang lain juga baik. Adakah teman-teman setuju dengan aku???

Peraturan di Tandas
PERATURAN DI TANDAS 1. Sentiasa menjaga kebersihan tandas. 2. Jimatkan penggunaan air. 3. Pam setiap kali selepas digunakan. 4. Tidak membuang sampah atau barang-barang lain ke dalam mangkuk tandas. 5. Tidak menconteng dinding dan pintu tandas. 6. Meletakkan pewangi atau bungan untuk memastikan tandas sentiasa segar.

Adab Qada Hajat & Istinjak


Posted on 4 Aug in Islam Motivation

Masuk tandas perlu jaga adabnya

Masuk tandas untuk qada hajat dan beristinjak perlulah kena caranya. Biar kita suci & bersih, terhindar daripada penyakit, disamping dapat memberi kemudahan untuk orang lain yang berkongsi tandas dengan kita. Berikut merupakan antara adab qada hajat & istinjak yang sepatutnya kita amalkan. 1.Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu seperti berikut:

Doa masuk tandas

2.Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama. Selain itu, membawa masuk ke tandas telefon bimbit yang bernada dering ayat Al-Quran & selawat juga haruslah dielakkan kerana khuatir ia akan berbunyi di tempat qada hajat tersebut. 3.Qada hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung) Jika dilihat dari sudut hukum, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai perihal qada hajat berdiri atau duduk (bertinggung). Ada yang mengkategorikan sebagai makruh dan ada juga yang mengharuskan dimana ia bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu. Hal ini berdasarkan hadith :-

Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi S.A.W.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi S.A.W. kencing di situ sambil berdiri. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Tetapi, hadith di atas menunjukkan tentang keharusan kencing berdiri. Tetapi bukanlah menjadi kebiasaan Rasulullah (SAW) membuang air kecil sambil berdiri. Saidatina Aisyah r.a. berkata; Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi S.A.W kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk. (Riwayat Imam Ahmad, atTirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik). Dua hadith di atas bukanlah bertentangan, tetapi isteri Baginda Aisyah r.a menerangkan perihal kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW). Beliau tidak sentiasa bersama-sama dengan Rasulullah dalam musafir. Tetapi hal ini jelas menunjukkan, dalam keadaan biasa, Rasulullah (SAW) membuang air kecil dalam keadaan duduk. 4.Dilarang qada hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul. Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg membawa kepada laknat. Para sahabat bertanya: Apakah 2 perkara tersebut? Rasulullah SAW menjawab: Orang yang membuang air besar (qada hajat) di tempat laluan orang ramai atau tempat mereka berteduh. (HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 5.Elakkan qada hajat dibawah pohon berbuah Jangan qada hajat dibawah pohon berbuah bagi memelihara buah tersebut daripada tercemar ketika luruhnya sama ada buah tersebut dimakan atau diambil manfaat dengannya. Ini supaya perasaan seseorang tidak merasa jijik. 6.Menjaga aurat dan elakkan qada hajat di tempat terbuka Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini ialah menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas. Ataupun, buang air kecil di tandas berdiri yang kebiasaannya dibina secara terbuka. Ini, boleh menyebabkan aurat kita terdedah kepada orang lain. Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut. (HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 7.Jangan menghadap atau membelakangi kiblat. Adalah dilarang ke atas orang yang qada hajat mengadap ke arah atau membelakangkan kiblat. Cubalah semampu boleh untuk menyerong sedikit ketika qada hajat sekiranya binaan tempat qada hajat itu terbina memang menghadap atau membelakangkan kiblat. Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: Rasulullah (SAW) bersabda: Apabila kamu datang ke tempat qada hajat maka janganlah kamu mengahadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakangkannya sama ada ketika buang air kecil atau besar. (HR Al-Bukhari (381) dan Muslim (264), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 8.Qada hajat di air yg tenang dan bertakung Qada hajat di tempat air yang tidak mengalir boleh menjadikan air yang bertakung itu kotor dan mendatangkan perasaan jijik pada orang lain. Air tersebut juga sudah menjadi najis dan menyusahkan orang sekiranya terpercik pada pakaian.

Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang. (HR Imam Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) Larangan disini adalah dengan makna makruh tetapi Imam Nawawi telah meriwayatkan bahawa ia memberi makna HARAM. (Wallahualam) 9.Qada hajat dalam lubang Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri di dalam lubang tersebut terdapat binatang yang berbisa seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan menyakitkannya. Kadang-kadang terdapat di dalamnya haiwan yang lemah, maka ia boleh menyakitkan binatang tersebut. Daripada Abdullah bin Sarjis bahawa: Rasulullah (SAW) melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu lubang pada tanah. (HR Abu Daud (29), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 10.Tidak menjawab salam ketika membuang air. Adalah dilarang untuk kita memberi dan menjawab salam ketika sedang qada hajat. Larangan ini termasuklah ketika menjawab salam daripada panggila telefon. Seeloknya, sudahkanlah qada hajat dan jawab panggilan telefon diluar tempat qada hajat. Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki lalu berdekatan Rasulullah (SAW) yang sedang membuang air kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak menjawab. (HR Imam Muslim (370), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 11.Dilarang bercakap. Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut. (HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 12.Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan. Orang yang qada hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya untuk membersihkan tempat najis sama ada dengan air atau batu dan seumpamanya kerana itulah yang lebih layak dilakukan. Sekiranya ia menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah makruh sebagaimana makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan. Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya dengan batu dan seumpamanya (benda-benda yang beku/pejal), maka ia hendaklah memegang batu tersebut tanpa menggerakkannya dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan mengerak-gerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis tersebut. Daripada Abi Qatada daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW telah bersaba: Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dgn tangan kanannya dan jangan ia beristinjak menggunakan tangan kanannya. (HR Imam Bukhari (153) dan Muslim (267), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) 13.Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem. Selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan). Ini bertujuan mengeluarkan sisa air kencing yang masih berbaki. Tetapi janganlah terlalu banyak beristibra untuk menghindar perasaan was-was sehingga perkara ini merumitkannya. Jika ia merasakan ada sedikit basah di kemaluan, hendaklah ia menganggap itu sisa dari air yang kita gunakan untuk beristinjak.

14.Bersihkan tempat qada hajat Setelah selesai qada hajat dan bersuci, bersihkan tempat tersebut daripada najis kita. Sekiranya kita menggunakan tandas yang moden, tariklah tali pengepam tandas (flush toilet). Kemudian, jiruslah dengan air ke kawasan sekitarnya. Selain cara ini dapat mengekalkan kebersihan tandas, ia secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada orang lain yang berkongsi tandas dengan kita. Manakala, sekiranya kita qada hajat di dalam lubang, kambus semula lubang tersebut. 15.Keluar tandas dengan kaki kanan & membaca doa Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah:

Doa keluar tandas

Rujukan:

Adab Qada Hajat


March 14, 2010 by KAM

Rate This

Hendaklah seseorang yang hendak mendatangi hajatnya (buang air): 1. 2. 3. 4. Menjauhkan diri dari pandangan umum yang dapat melihatnya Hendaklah tidak tergesa-gesa membuka auratnya terlebih dahulu sebelum ia sampai di tempat duduknya (tempat buang air) Jangan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya Jangan mendatangi hajatnya di tempat yang biasa digunakan orang ramai berbual-bual atau berkumpul Apabila membuang air di tempat yang berupa bangunan, maka: 1. 2. Hendaklah didahulukan kaki kiri sewaktu memasukinya dan kaki kanan sewaktu ia keluar darinya Jangan membawa sesuatu benda yang mengandungi nama Allah s.w.t atau Rasulullah s.a.w ke dalam tandas Sewaktu membuang air kecil: 1. 2. Janganlah dilakukan di tempat yang berair tetapi tidak mengalir airnya Jangan dibawah pokok yang berbuah atau di lubang-lubang

3. 4.

Jangan dilakukan di tempat yang keras atau di tempat yang berangin agar tetap terjaga kebersihannya dari percikan air kencingnya Hendaklah bertinggung pada kaki kirinya

Selepas selesai membuang air kecil: 1. 2. Sempurnakan dengan mengurut kemaluan sebanyak 3 kali dan .. Jangan asyik memikirkan mengenainya, supaya jangan sampai was-was dan akhirnya akan menyukarkan dirinya Jikalau dirasa masih ada sesuatu yang basah, hendaklah dianggapkan bahawa itu adalah sisa air yang digunakan untuk beristinjak tadi. Ingatlah bahawa orang yang ringan cara pembersihannya itulah orang yang pandai dalam masalah fekah, sebab perasaan was-was itu sebenarnya menunjukkan kurangnya ilmu fekah. Termasuk sesuatu yang dirukhsahkan (keringanan dalam hukum) ialah bahawa seseorang itu boleh membuang air kecil berhampiran kawannya, tetapi mestilah ia ditutup dari penglihatannya. Perkara yang sedemikian ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri, padahal baginda s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu. Baginda melakukan yang sedemikian untuk memberikan penerangan kepada umatnya bahawa perkara itu memang dirukhsahkan. Petikan: Intipati Ihya Ulumuddin, Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, Imam Al-Ghazali, Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi

Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: 1. Cara yang haram. 2. Cara yang makruh. 3. Cara yang sunat. Cara Qada Hajat yang diharamkan. 1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau namanama para rasul ketika qada hajat. 2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan. 3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan. 4. Qada hajat di atas kubur. 5. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya. 6. Membuang air di atas kitab-kitab agama .

7. Membuang air di atas makanan. 8. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.

Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. 1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit. 2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat. 3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak. 4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan 5. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir. 6. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.

Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan. 1. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu. 2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri. 3. Ketika hendak masuk, baca doa ini: Ertinya : "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina." 4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas. 5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat. 6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar. 7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu. 8. Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini. Ertinya: "Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku."

Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. 1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas). 2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah. 3. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat. 4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa: "ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji" 5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding.. 6. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah. 7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.

Adab buang air 1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. 2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas. 3. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya. 4. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya. 5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan. 6. Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut. 7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu. 8. Jangan membuang air di atas kubur. 9. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut). 10. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan. 11. jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.

Nasihat Apabila Membuang Air Kecil


16/06/2009 Oleh Affan Ruslan 2 Komen

Assalamualaikum,

Anda pernah TAHU?

kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman Sesungguhnya ALLAH itu baik (bersih, suci) dan Dia tidak menerima melainkan perkara-perkara yg baik2 Tidak akan masuk syurga sesiapa shj yg terdapat didalam kalbunya sebesar sifat zarah sifat angkuh sombong

Sumber
*Klik pada gambar utk hasil terbaik

Perkara remeh, Implikasi hebat


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda: Bersucilah kamu daripada kencingkeranan umumnya azab kubur adalah dengan sebabnya. (HR al-DarQutni)

Kebanyakan azab kubur itu adalah lantaran kencing (HR al-hakim, Ahmad dan Ibn Majah)

Rasulullah SAW telah melalui dua kubur yg sedang diazab penghuninya, kemudian baginda memberitahu bahawa seorang daripada mereka diazab kerana menjadi batu api antara dua orang agar

bermusuh manakala seorang lagi diazab kerana tidak bersuci daripada kencingnya. (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Adab-adab beristinjak dan qada hajat

sumber

a.) Dilarang membuang ari di jln org ramai atau tempat mereka duduk atau berkumpul kerana ia boleh menyakitkan mereka;

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg membawa kpd laknat. Para sahabat bertanya: Apakah 2 perkara tersebut? Rasulullah SAW menjawab: Org yang membuang air besar (menunaikan hajatnya) di tempat laluan org ramai atau tempat mereka berteduh. (HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)

b.)Elakkan kencing di tempat terbuka spt tempat2 kencing berdiri yang dibina tanpa pintu tandas atau dimana2 tanpa berselindung dari mata kasar;

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang hendak membuang air besar atau kecil hendaklah ia berlindung.

c.) Elakkan daripada menghadap atau membelakangi kiblat;

Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu datang ke tempat qada hajat maka janganlah kamu mengahadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakangkannya sama ada ketika buang air kecil atau besar. (HR Al-Bukhari (381) dan Muslim (264), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)

d.) Membuang air di air yg tenang dan bertakung Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang

(HR Imam Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) Larangan disini adalah dgn makna makruh ttp Imam Nawawi telah meriwayatkan bahawa ia memberi makna HARAM

e.) Membuag air dalam lubang pada tanah atau dinding atau seumpamanya.

Daripada Abdullah bin Sarjis bahawa: Rasulullah SAW melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu lubang pada tanah (HR Abu Daud (29), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)

f.) Tidak menjawab salam ketika membuang air. Daripada Ibn Umar r.a.: Seoragn lelaki lalu berdekatan Rasulullah SAW yg sedang membuang air kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak menjawab. (HR Imam Muslim (370), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)

g.) Dilarang bercakap. Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganalah keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dlm keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut. (HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)

h.) Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan. Daripada Abi Qatada daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW telah bersaba: Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dgn tangan kanannya dan jangan ia beristinjak menggunakan tangan kanannya. (HR Imam Bukhari (153) dan Muslim (267), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)

i.) Mengurut kemaluan setelah membuang air.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang kamu kencing maka hendaklah dia mengurut kemaluannya 3 kali (agar keluar semua kencing yg masih melekat di kemaluannya. (Source: kitab Fiqhul Manhaji dan Majalah Anis Febuari 09)

Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: 1. Cara yang haram. 2. Cara yang makruh. 3. Cara yang sunat.

Cara Qada Hajat yang diharamkan. 1. Membawa bersama sesuatu yg bertulis ayat2 quran, hadis atau nama2 para Rasul ketika qada hajat. 2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yg berdinding maka tidaklah diharamkan. 3. Membuang air di tempat ibadat sprti surau , masjid, musalla dan sebagainya. 4. Qada hajat di atas kubur. 5. Membuang air di atas kitab2 agama 6. Membuang air di atas makanan. 7. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yg diketahui di dalamnya ada haiwan 8. Membuang air di tempat perhentian org ramai atau jalan raya. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. 1. Membuang air sambil berdiri kecuali dgn keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk contohnya disebabkan sakit. 2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tdk penting , kecuali dalam keadaan darurat. 3. membuang air di dalam luabang yg tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.

4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan. 5. Membuang air di dalam air tenang yang tidak mengalir. 6. membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan. Cara-cara Qada Hajat yang disunatkan. 1. Membuang air di tempat terlindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu. 2. Memulakan masuk ke dalam tandas dengan mengguanakan kaki kiri. 3. Ketika hendak masuk , baca doa ini: Ertinya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung padaMU dari kejahatan syaitan jantan dan betina". 4. Memakai alas kaki seperti selipar, dan kasut ketika masuk tandas. 5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar atau sebagainya ketika qada hajat. 6. Beristibak , iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar. 7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah dgn kaki kanan dahulu. 8. ketika keluar tandas, membaca doa ini: Ertinya: "Wahai Tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku". Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. 1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang(kiranya tdk menggunakan tandas) 2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dgn membawa sesuatu yg ada kalimah Allah. 3. Jangan membuka pakaian sblm berada dekat tempat

buang air, ini adalah bagi mempastikan agar dgn apa yg diperinyahkan oleh hukum syariat. 4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan membaca doa. "Ya Allah hamba berlindung padaMU dari segala yang kotor dan keji". 5. Janganlah buang air dgn menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat2 yang tdak berdinding. 6. jangan membuang air besar atau kecil (berak atau kencing) di tempat org yg biasa berteduh, di jln2, di tempat mandian atau di bawah pokok yg berbuah. 7. jangan bercakap-cakap sewaktu buang air Adab buang air 1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas , dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar tandas. 2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran , atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas. 3. Hendaklah memakai sepatu, atau terompah atau seumpanya. 4. Hendaklah jauh dari org sehingga bau kotoran tdak sampai kepadanya. 5. janganlah berkata-kaat selama berada dalam tandas, kecuali apabila keperluan yg sgt penting yg tdak dpt ditangguhkan. 6. jangan buang air di air yg tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yg luas atau laut. 7. jangan buang air di lubang tanah, krn kemungkinan ada binatang yg mendapat kesakitan di dalam lubang itu. 8. jangan membuang air di ats kubur.

9. jangan membuang air besar atau kecil di tempat2 beribadat spt masjid, surau,dan sebagainya (kecuali di tands yg disediakan di tempat tersebut). 10.Jangan membuanga air di ats kitab2 agama atau atas makanan. 11. jangan buang air di mana2 perhentian(kecuali di tnds yg disediakan di kwsan itu)
Adab Buang Air
Dari Salman r.a katanya dia ditanya oleh seseorang: "Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga? Jawabnya: "Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinja dengan tangan kanan, beristinja kurang dari tiga biji batu dan istinja dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.

- (Muslim)

Huraian:

1. Buang air adalah suatu kebiasaan yang diselalu dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya.

2. Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:

a. Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Quran atau sebahagian dari ayat-ayatnya memasuki tandas.

b. Membaca do'a sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas.

c. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.

d. Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai menghormati Kaabah.

e. Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya.

f. Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia.

g. Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.

h. Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan untuk menjaga kebersihan.

i. Dilarang bercakap ketika qada' hajat, tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.

3. Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan jika tidak ada air bolehlah beristinja dengan batu atau benda-benda lain yang meresap.

1. Meminta izin sebelum masuk ke dalam jamban dengan cara mengetuk pintunya atau menunggu di luar beberapa ketika, terlebih-lebih lagi jika jamban itu kegunaan awam. Jangan masuk kecuali setelah benar-benar mahu buang air. 2. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. Dan ketika masuk disuruh membaca doa. 3. Membaca doa sebaik sahaja keluar dari jamban. Doanya ialah: Aku mohon keampunanMu, segala puji bagi Allah yang telah menjauhi kesakitan dari aku dan yang telah memberi kesihatan kepadaku. 4. Jangan mengadap kiblat dan jangan pula membelakanginya ketika qada hajat itu sebagai menghormati Kaabah. 5. Jangan membawa sesuatu yang padanya tertulis nama Allah, kitab al-Quran atau sebahagian dari ayat-ayatnya. 6. Dilarang bercakap ketika qada hajat tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan. 7. Jangan kencing dalam keadaan berdiri kerana ditakuti ia terkena percikan kencingnya. Daripada Aisyah r.a katanya: Siapapun yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah s.a.w pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya (jangan mempercayainya).

Você também pode gostar