Você está na página 1de 4

8.

0 Dapatan kajian

8.1 Konsep pencemaran

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul
oleh sebab proses pembangunan..Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan

modernisasi semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu .

Keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.Contoh jenis pncemaran alam ialah, pencemaran udara ,pencemaran air ,pencemaran laut ,

pencemaran bunyi ,pencemaran tanah dan, pencemaran haba ,pencemaran sungai dan kolam. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pe ngurusan dan
pemeliharaan alam.

8.2 Jenis jenis pencemaran Jenis pencemaran alm sekitar di kawasan kajian saya ialah pencemaran air dan pencemaran udara.

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. .Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.Contohnya,pembuangan air kumbahan, sisa sisa kimia, sampah dan sebagainya. Tetapi pencemaran yang paling banyak berlaku di Taman Simban Bee ialah pembuangan sampah ke dalam air. Terdapat penduduk penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap ke dalam longkang yang mengalirkan air ke dalam sungai dan menyebabkan tercemar. Daripada 10 orang penduduk yang saya soal selidik, 4 orang penduduk menjelas bahawa pencemaran air yang ketara telah berlaku di taman ini.

Selain itu ,pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.Contohnya,gas gas beracun, zarah zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran yang paling banyak berlaku di Taman Simban Bee ialah pembakaran secara terbuka. Penduduk penduduk di sini sering membakar sampah

sarap secara terbuka .Asap asap akan mencemarkan udara di Taman Simban Bee. Daripada 10 orang penduduk yang saya soal selidik, 6 orang penduduk menyata bahawa pencemaran yang serius telah berlaku di sini.

Você também pode gostar