Você está na página 1de 44

EX 3133 1

A111714 A111751 A111775 A113001

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Semenjak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami suatu perubahan yang pesat
dalam sistem pendidikan. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji untuk
mempertingkatkan lagi mutu akademik manakala kurikulum diperkemaskan bagi memastikan
keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi cabaran alaf baru yang wujud dalam bidang
ekonomi, politik mahupun sosial. Pendidikan menjadi unsur utama dalam membentuk peribadi
seseorang individu di samping merefleksikan tingkah laku moral seseorang.
Kementerian Pendidikan telah berusaha untuk memantapkan satu falsafah pendidikan
yang meliputi semua tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan
telah merasmikan satu pernyataan sebagai falsafah pendidikan negara pada tahun 1988 iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”

Dalam era globalisasi yang mencabar pada masa kini, negara di serata dunia semakin
memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana ia memainkan peranan yang penting bagi
sesebuah negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Oleh yang
demikian, Malaysia sebagai sebuah negara yang melangkah maju menuju era berteknologi tinggi
juga memberi penekanan terhadap soal pembangunan sumber manusia. Misalnya, Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMKe-9) pada tahun 2006 menekankan peningkatan daya saing yang
EX 3133 2
A111714 A111751 A111775 A113001

memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba
berkebolehan, bersikap kreatif serta mempunyai etika yang positif.

Lima teras utama yang disenaraikan dalam Misi Nasional RMKe-9 termasuk
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan kapasiti pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani ketidakseimbangan
sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan
kemapanan kualiti hidup serta mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaannya.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan misi untuk
mewujudkan suasana persekitaran pengajian tinggi yang kondusif bagi membina kecemerlangan
akademik dan institusi. Bagi tujuan ini, pembangunan sistem pengajian tinggi yang menyeluruh
ditumpukan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di bawah bidang
kuasa KPT.

Dalam era pendidikan masa kini di Malaysia, pencapaian akademik yang cemerlang
merupakan sasaran utama setiap pelajar dan juga pihak sekolah serta institusi pendidikan. Pada
umumnya, ia dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan diri seseorang individu. Selain
pengukuran dari segi keputusan dalam peperiksaan iaitu PNGK, pencapaian akademik juga dapat
diukur dari segi proses penguasaan dan pemahaman terhadap yang dipelajari, peningkatan
konsep kendiri dan kemampuan untuk berinteraksi serta berkomunikasi secara berkesan.
Sekiranya seseorang pelajar menanam sikap keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai teknik
pembelajaran yang sistematik, maka pencapaian akademik dari pelbagai segi dapat dicapai
dengan cemerlang.

Menurut Laporan Bernama 2008, didapati sebanyak 65.3 peratus pelajar wanita sedang
mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 2008/2009
berbanding dengan hanya 34.7 peratus pelajar lelaki. Sejajar dengan itu, fenomena pencapaian
akademik yang berbeza di antara gender adalah ketara di kebanyakan IPTA di Malaysia.
Berdasarkan kajian yang diperoleh, jumlah enrolmen pelajar di IPTA pada tahun 2007 adalah
sebanyak 382,997 orang, daripada jumlah tersebut didapati sebanyak 228,521 terdiri daripada
pelajar perempuan manakala pelajar lelaki sebanyak 154,476 orang. Ini secara tidak langsung
turut mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di antara gender di IPTA. Namun,
EX 3133 3
A111714 A111751 A111775 A113001

hakikatnya pencapaian akademik yang tinggi adalah dimonopoli oleh golongan para sisiwi di
mana mereka sentiasa memperoleh keputusan yang lebih cemerlang berbanding dengan
golongan para siswa.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Prestasi pencapaian akademik pelajar adalah berkaitan dengan tahap kecemerlangan seseorang
individu atau sejauh mana seseorang individu dapat menguasai ilmu yang dipelajari berdasarkan
kepada purata nilai gred yang tertinggi yang dapat dikumpul. Isu perbezaan pencapaian
akademik mengikut gender dalam pendidikan sering dikaji oleh pengkaji di serata dunia. Busch
(1995) melaporkan kajian mengenai isu kecekapan kendiri pelajar dalam mata pelajaran sains
dan matematik dan juga dari segi penggunaan komputer yang menunjukkan perbezaan antara
gender yang ketara. Hasil kajian beliau menyatakan bahawa pelajar lelaki mempunyai kecekapan
kendiri yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam bidang berkenaan.
Tinjauan oleh Sutherland (dalam Tinklin, Coxford, Frame & Ducklin 2000) menyatakan
bahawa prestasi pelajar perempuan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki adalah suatu
fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia seperti di Scotland, England,
Perancis, Jerman, Jepun, Australia, dan New Zealand. Di Jerman misalnya, markah yang dicapai
oleh pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki dan kebarangkalian
pelajar perempuan meneruskan pendidikan ke tahap menengah atas adalah lebih tinggi daripada
pelajar lelaki. Jules dan Kutnick (1997) melaporkan bahawa fenomena yang serupa turut dialami
di Trinidad dan Tobago dengan kadar keciciran yang tinggi di kalangan pelajar remaja lelaki
kerana mereka dikatakan mula kurang selesa dengan guru perempuan. Keadaan yang serupa
turut berlaku di Malaysia, data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mengenai
keputusan peperiksaan awam dari tahun 1996-1999 menunjukkan pelajar perempuan
memperoleh prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan
awam di peringkat sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM)
dalam kebanyakan mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik.
EX 3133 4
A111714 A111751 A111775 A113001

Di Malaysia, kecemerlangan prestasi pelajar perempuan ditunjukkan dengan jumlah


kemasukan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang jauh berbeza
dengan jumlah kemasukan pelajar lelaki di IPTA. Ketidakseimbangan bilangan pelajar lelaki dan
perempuan di IPTA mempunyai implikasi sosio-politik dan ekonomi yang serius kepada negara.
Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku termasuklah dakwaan bahawa stail
pengajaran dan pengujian yang lebih berpihak kepada pelajar perempuan. Hasil kajian yang
ditinjau juga mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih positif dan
memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja-kerja sekolah berbanding pelajar lelaki
(Dwyer 1974; Fennema 1987; Halpern 1992). Menurut McKenna 1997 menyatakan bahawa
golongan perempuan mempunyai minat membaca yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.
Selain itu, kualiti pengajaran turut berhubung dengan konsep kendiri pelajar. Pengajaran yang
tidak berkesan seperti pensyarah tidak berdedikasi sewaktu mengajar, peralatan pengajaran tidak
berfungsi dengan baik, pengorganisasian dan penilaian kursus tidak bersistem dan tidak adil
mungkin menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki tidak berminat untuk belajar, tiada keyakinan
diri, mempunyai daya tumpuan rendah serta tidak memberi respon kepada soalan-soalan yang
dikemukakan kepada mereka, keadaan ini mungkin juga akan menyebabkan mereka rasa malas
untuk belajar.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara tinjauan faktor-faktor yang
menyumbang kepada perbezaan prestasi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem
pendidikan negara supaya tindakan dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian


akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Maka menurut kepada teori, keputusan
kajian diharapkan dapat dicapai seperti berikut:
EX 3133 5
A111714 A111751 A111775 A113001

i. Wujud perbezaan min antara pencapaian akademik antara jantina.


ii. Wujud perbezaan min antara PNGK sebelum memasuki universiti dengan PNGK
sehingga semester lepas antara jantina.
iii. Wujud perbezaan min antara pencapaian akademik dengan latar belakang pelajar.
iv. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan pengaruh keluarga antara jantina.
v. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan rakan sebaya antara jantina.
vi. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan aktiviti kokurikulum antara jantina.
vii. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan corak pembelajaran antara jantina.
viii. Wujud hubungan antara pencapaian akademik dengan persekitaran institusi antara
jantina.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar dengan perbandingan antara gender. Bagi objektif khusus pula,
kajian ini membawa tujuan untuk mencapai:
i. Menganalisis hubungan antara pencapaian akademik di kalangan mahasiswa/i di
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dengan gender pelajar.
ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik bagi golongan
lelaki dan perempuan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
iii. Mencadangkan dasar yang dapat meningkatkan pecapaian akademik di kalangan
mahasiswa/i.
EX 3133 6
A111714 A111751 A111775 A113001

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian tersebut dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di UKM , disebabkan terdapat
pelajar yang ramai, maka kajian tersebut terhad kepada 220 sampel sahaja. Daripada jumlah ini
terdapat 139 pelajar perempuan dan 81 orang pelajar lelaki. Kajian tersebut hanya terhad kepada
pelajar ekonomi dan juga pelajar perniagaan tahun dua dan tahun tiga sahaja, hal ini disebabkan
oleh pelajar tahun satu dianggap masih belum lagi menyesuaikan diri dengan suasana
pembelajaran di universiti. Maka, pengecualian sampel pelajar tahun satu dijangka dapat
meningkatkan ketepatan kajian yang dilaksanakan. Disebabkan pengkhususan pelajar ekonomi
mempunyai sepuluh jenis pengkhususan, maka kajian ini hanya terhad kepada sepuluh jenis
pengkursusan tersebut sahaja, begitu juga bagi pelajar perniagaan.
EX 3133 7
A111714 A111751 A111775 A113001

BAB II

TEORI DAN KAJIAN LEPAS

2.1 KAJIAN LEPAS

Profesor Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul dan
Halimah Ma’Alip ( 2008 ) telah mengkaji tentang hubungan di antara konsep kendiri dengan
kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah di Johor
Bahru. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara konsep kendiri dengan
kemahiran komunikasi interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar. Seramai 320 orang
pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah Johor Bahru telah dipilih secara rawak dijadikan
sampel dalam kajian ini. Konsep kendiri pelajar yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah sama
ada positif, sederhana atau negatif. Tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar yang
dilihat dalam kajian ini ialah sama ada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Indikator bagi
pencapaian akademik pelajar ialah keputusan peperiksaan PMR. Hasil kajian menunjukkan
bahawa majoriti pelajar mempunyai konsep kendiri dan kemahiraan komunikasi interpersonal
sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi interpersonal tetapi tidak menunjukkan
terdapatnya hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.
Manakala pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran
komunikasi interpersonal. Beberapa saranan dikemukakan bagi mempertingkatkan konsep
kendiri dan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar. Antaranya ialah memperkenalkan mata
pelajaran kemahiran berkomunikasi di sekolah bermula dari sekolah rendah bagi memupuk
keyakinan diri pelajar yang secara tidak langsung akan berpengaruh terhadap konsep kendiri
pelajar.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Nordiana binti Mohd Nor yang daripada
Fakulti Pendidikan UTM telah mengkaji tentang hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi
EX 3133 8
A111714 A111751 A111775 A113001

pencapaian akademik ( 2008 ). Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi
dengan prestasi pencapaian akademik pelajar dan melihat sama ada terdapat perkaitan atau tidak
di antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan dan
masalah kewangan serta kaedahkaedah seperti perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada
rakan, beriadah dan mendekatkan diri pada Tuhan yang digunakan untuk menstabilkan emosi
pelajar, dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seramai 399 orang pelajar dari sepuluh
buah sekolah menengah di sekitar tiga buah negeri iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu telah
diambilkan dalam kajian ini. Statistik deskriftif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai
digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi pearson,
digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah kecerdasan emosi, masalah yang
dihadapi dan kaedah yang digunakan untuk stabilkan emosi, dengan prestasi pencapaian
akademik. Didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan
pencapaian akademik. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan antara kaedah bercerita
pada rakan dan beriadah dengan prestasi akademik, manakala tidak terdapat hubungan antara
masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan, masalah kewangan, kaedah berjumpa
kaunselor dan kaedah mendekatkan diri pada Tuhan dengan prestasi akademik pelajar.

NurAshiqin Bt Najmuddin dari Kolej Matrikulasi Melaka telah mengkaji tentang sikap
pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris
( 2004 ). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kajian ini ingin melihat sama ada terdapat perbezaan sikap dari dimensi kognitif,
afektif dan tingkahlaku terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris
pelajar-pelajar kolej matrikulasi mengikut jantina, bangsa dan jurusan. Responden kajian adalah
terdiri daripada 404 orang pelajar kolej matrikulasi. Analisis statitstik yang digunakan ialah
ujian-t, ANOVA satu hala dan juga korelasi Spearman dalam menguji hipotesis-hipotesis yang
dibentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
bagi sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris di antara
jantina. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap dalam dimensi tingkahlaku
bagi bangsa dan jurusan. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan di antara sikap dengan pencapaian matematik. Implikasi kajian menunjukkan bahawa
EX 3133 9
A111714 A111751 A111775 A113001

semakin positif sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa
Inggeris semakin tinggi pencapaian mereka.

Naseer et. al (2007) menjalankan kajian tentang hubungan antara saiz sekolah, budaya
sekolah dan pelajar-pelajar, pencapaian di peringkat sekunder dalam Pakistan. Kajian ini
menunjukan wujud hubungan yang signifikan antara saiz sekolah dengan budaya sekolah dan
saiz sekolah dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan saiz
sekolah yang kecil dan budaya sekolah yang positif dapat melahirkan pelajar yang mempunyai
prestasi akademik yang lebih baik berbanding sekolah yang bersaiz besar dan sederhana. Banyak
usaha telah dijalankan oleh pembuat polisi, para pentadbir dan guru untuk meningkatkan budaya
sekolah termasuklah mengawal saiz sekolah kepada saiz yang berpatutan di mana ia boleh
meningkatkan pencapaian akademik pelajar di Pakistan.

Natriiello dan McDill (1986) menggariskan tujuh perkara berkaitan dengan kerjarumah
dan kaitannya dengan pencapaian iaitu kesan jumlah jam yang ditumpukan kepada kerjarumah
yang guru berikan, murid perempuan memberi tumpuan masa yang lebih dalam urusan
kerjarumah daripada murid lelaki, anak-anak daripada keluarga yang berpendidikan memberi
tumpuan lebih masa dalam mengerjakan kerjarumah, murid daripada keluarga bersaiz kecil
memberi tumpuan lebih masa dalam mengerjakan kerjarumah, ibubapa beraspirasi tinggi dalam
pendidikan memberi tumpuan yang lebih kepada kerjarumah anak-anak, murid-murid yang
mempunyai ekpektasi pelajaran tinggi memberi tumpuan lebih masa dalam mengerjakan
kerjarumah, masa yang digunakan untuk membuat kerjarumah memberi kesan positif tehadap
pencapaian pelajaran.

Selain itu, berdasarkan kepada kajian Ruhizan Mohd Yassin, Mohd Jasmy Abd Rahman,
Norlena Salamuddin dan Rosadah Abd Majid ( 2001 ) yang bertujuan untuk mengenalpasti
proses kognitif dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh 118 orang pelajar Tahun 2 UKM,
Bangi. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar yang cemerlang dan tidak cemerlang
berdasarkan purata gred kumulatif mereka. Empat faktor utama ( strategi ) telah dikenalpastikan
iaitu motivasi pencapaian, pembelajaran operasional, hafalan dan pendekatan global. Kajian ini
juga mendapati wujud korelasi negatif antara pencapaian dengan pembelajaran operasional dan
EX 3133 10
A111714 A111751 A111775 A113001

hafalan. Pelajar-pelajar berpencapaian rendah lebih cenderung kepada orientasi pencapaian,


penghasilan semula, pembinaan makna, pembelajaran pemahaman dan pembelajaran operasional
berbanding dengan pelajar-pelajar berpencapaian tinggi. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada
kajian ini ialah terdapat beberapa perbezaan antara proses kognitif pelajar-pelajar cemerlang dan
tidak cemerlang. Di samping itu, implikasi terhadap pendekatan pengajaran pensyarah dan
pendekatan pembelajaran pelajar dibincangkan.

Berdasarkan kajian yang berkaitan “ Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi


dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti ” yang telah dijalankan oleh Saemah Rahman dan
John Arul Philips ( 2006 ) terdapat tinjauan literatur menunjukkan kepentingan faktor
metakognisi dan juga faktor- faktor motivasi dalam proses pembelajaran pelajar. Walau
bagaimanapun, tidak banyak kajian yang menyepadukan kedua-dua faktor tersebut dijalankan di
Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk megkaji hubungan antara kedua-dua faktor tersebut
dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Sampel terdiri daripada 374 pelajar
Tahun 2 daripada lima buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dikumpul
dengan menggunakan borang soal selidik laporan kendiri untuk mengukur kesedaran
metakognisi, faktor-faktor motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan teori dan
tinjauan kajian lepas, satu model hubungan antara pemboleh ubah kajian dibina dan diuji
menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kesedaran metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas
pencapaian akademik, manakala faktor motivasi, iaitu matlamat prestasi mempunyai hubungan
langsung negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dua lagi faktor motivasi, iaitu
efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran pula mempunyai hubungan tidak langsung dengan
pencapaian akademik melalui kesedaran metakognisi. Secara keseluruhan, kajian ini telah
membuktikan terdapat hubungan antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi dengan
pencapaian serta kepentingan metakognisi dan peranan motivasi sebagai mediator dalam
membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti.

Eric A. Hanushek dari Hoover Institution, Stanford University ( Januari 2007 ), seorang
penganalisa ekonomi pendidikan menyatakan bahawa peruntukan persekolahan pada masa kini
adalah tidak cekap. Menurut beliau yang mengemukakan teori Fungsi Pengeluaran Pendidikan
EX 3133 11
A111714 A111751 A111775 A113001

(Education Producting Functions), menjelaskan bahawa pencapaian akademik atau prestasi


seseorang pelajar dipengaruhi oleh tiga faktor yang utama iaitu persekitaran sekolah, kualiti guru
dan keluarga. Mengikut Mincer (1970) dan Psacharopoulos and Patrinos (2004), pencapaian
sesebuah institusi sekolah diukur berdasarkan kepada kebolehan seseorang individu dan
keupayaan mereka dalam menceburi pasaran buruh pada masa kelak. Pencapaian akademik
seseorang pelajar dipengaruhi oleh pembuat dasar pendidikan secara langsung mengikut masa
seperti peranan sekolah, guru, kurikulum sebaliknya faktor seperti peranan keluarga, pengaruh
rakan sebaya dan bakat semulajadi seseorang tidak memberi impak yang besar terhadap
pencapaian pelajar. Latar belakang keluarga diukur dari segi tahap pendidikan ibu bapa, tingkat
pendapatan dan saiz keluarga. Persekitran sekolah adalah merangkumi peranan guru yang diukur
dari segi tahap pendidikan, pengalaman, jantina dan sebagainya, corak institusi sekolah seperti
saiz kelas, kemudahan dan perbelanjaan pengurusan akademik dan sebagainya. Keputusan
empirikal menunjukkan bahawa kebanyakan faktor tersebut adalah signifikan dalam
mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar, namun faktor saiz kelas dan pengalaman
guru adalah kurang signifikan dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
berbanding dengan faktor yang lain. Selain itu, perbezaan kualiti antara guru merupakan ciri
yang penting, namun aspek tersebut diukur sebagai kesan terhadap pencapaian pelajar dan tidak
diukur berdasarkan sikap mereka.

2.2 TEORI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Heck dan Marcoulides (1996) telah mengesan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap
pencapaian akademik pelajar. Peluang untuk belajar dihasilkan daripada struktur institusi
pendidikan dan proses pengorganisasian misalnya saiz institusi pendidikan, kursus yang
ditawarkan, dan prosedur kelas dibentuk, pengagihan sumber institusi pendidikan seperti agihan
beban pengajaran bagi pensyarah dan jumlah kewangan yang diperuntukkan kepada program
tertentu, akademik contohnya kurikulum yang digubal, harapan untuk pelajar, memantau prestasi
pelajar, serta hubungan sosial misalnya bagaimana pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan
rakan-rakan.
EX 3133 12
A111714 A111751 A111775 A113001

Pada asalnya, Marcoulides dan Heck (1993) menggunakan model ini untuk mengkaji
produktiviti barangan dan perkhidmatan sesuatu organisasi. Mereka telah menguji beberapa
aspek penting struktur organisasi yang boleh mempengaruhi produktiviti organisasi itu. Mereka
menghipotesiskan bahawa budaya organisasi terdiri daripada tiga dimensi yang saling
berhubungan iaitu:
a) sistem sosio-budaya dalam organisasi
b) sistem nilai organisasi
c) kepercayaan dan sikap bekerja individu dalam organisasi

Kemudian model organisasi ini digunakan untuk mengkaji persekitaran pendidikan dan
menentukan aspek bagi struktur organisasi yang boleh mempengaruhi prestasi pelajar. Rajah 1 di
bawah mempersembahkan Model Heck dan Marcoulides (1996) yang merangkumi lima aspek
yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan boleh diklasifikasikan kepada tiga
subsistem iaitu sosio-budaya, proses pengorganisasian dan kepercayaan individu. Komponen
pertama ialah subsistem sosio-budaya yang terdiri daripada persepsi terhadap struktur
pengorganisasian dalam sekolah (contohnya struktur kurikulum sosial dalam sekolah, penawaran
kursus, pengumpulan pelajar). Komponen kedua ialah proses pengorganisasian dan dimensi nilai
(contohnya kepercayaan dan penilaian sekolah bagi proses dalam kelas, kepercayaan terhadap
suasana dalam sekolah dan perhubungan sosial). Komponen terakhir adalah sikap dan pandangan
pelajar.
EX 3133 13
A111714 A111751 A111775 A113001

Rajah 1 : Model pencapaian akademik pelajar Heck dan Marcoulides (1996)

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKABENTUK PENSAMPELAN

Kajian ini telah menggunakan satu kaedah tinjauan bagi memperoleh maklumat-maklumat
penting untuk dijadikan input kepada kerja-kerja analisis. Sebelum menentukan kaedah
pemilihan sampel, ciri-ciri bagi sesuatu populasi perlu diketahui terlebih dahulu. Dalam kajian
ini, sample diambil daripada seluruh pelajar tahun tiga bagi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
EX 3133 14
A111714 A111751 A111775 A113001

lebih teliti lagi ia terbahagi kepada tiga kumpulan yang diasingkan mengikut pengkhususan iaitu
perakaunan, perniagaan dan ekonomi. Ciri-ciri populasi dalam kajian ini adalah homogen iaitu
ciri utama bagi unsur dalam populasi tidak berbeza secara bererti di kalangan mereka.

Kaedah pensampelan rawak mudah telah digunakan untuk mengutip maklumat. Bagi
mengelakkan kajian menjadi bias jumlah sample dalam kajian ini dikutip mengikut peratusan
kaum kemasukan pelajar ke IPTA iaitu 60 peratus terdiri daripada kaum Melayu dan 40 peratus
terdiri daripada kaum India, Cina dan lain-lain. Setiap pelajar mempunyai kebarangkalian yang
sama untuk dipilih sebagai responden. Seramai 220 orang pelajar tahun tiga sesi kemasukan
2006/2007 daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM telah dipilih sebagai sampel kajian,
manakala dari segi jantina pula, menurut maklumat yang diperoleh daripada Pusat Pengajian
Akademik UKM, jumlah kemasukan pelajar pada sesi 2006/2007 adalah 5221 orang. Daripada
jumlah tersebut, 3569 terdiri daripada pelajar perempuan dan sebanyak 1652 adalah pelajar
lelaki.1Secara ringkasnya, pelajar perempuan tahun tiga kini merangkumi sebanyak 68%
manakala 32% adalah pelajar lelaki, maka kajian ini telah menggunakan nisbah antara pelajar
perempuan dengan pelajar lelaki sebanyak 1.857: 1 dalam aktiviti pengutipan maklumat.
3.2 BORANG SOAL SELIDIK

Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang dikenali sebagai data primer untuk tujuan
pengumpulan data di mana pelajar memberikan jawapan secara bersendirian berdasarkan satu set
soalan yang dikemukakan. Soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik adalah
berbentuk fakta bagi tujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebanyak 40 soalan telah dikemukakan
kepada responden yang berkaitan dengan kajian iaitu latar belakang pelajar, tahap pembelajaran
pelajar, perkara-perkara tentang pengaruh rakan-rakan responden serta corak pembelajaran
responden. Skala Likert four poin digunakan untuk mengukur tahap kebersetujuan bagi satu siri
pernyataan. Empat kategori yang digunakan merujuk kepada “sangat bersetuju”, “setuju”, “tidak
setuju” dan “sangat tidak bersetuju”. Skor yang diperuntukkan mengambil urutan 1, 2, 3 dan 4.
Jenis soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan berbentuk prakod di mana
pelajar memilih jawapan yang sesuai baginya.

1
Lampiran , Perangkaan Kemasukan Pelajar Prasiswazah sesi 2004-2005 hingga 2008-2009.
EX 3133 15
A111714 A111751 A111775 A113001

Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian yang perlu dijawab oleh responden. Bahagian
pertama merupakan soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina,
bangsa, umur, bidang pengajian, kelayakan memasuki universiti, sumber kewangan dalam
membiayai pengajian, tahap pendidikan ibu bapa, dan lain-lain. Bahagian kedua pula merupakan
soalan yang berkaitan dengan pembelajaran responden, di mana beberapa pernyataan dinyatakan
dan responden diminta memilih jawapan yang dianggap sesuai dengannya. Soalan-soalan
termasuklah suasana pembelajaran, keselesaan makmal komputer dan lain-lain. Bahagian ketiga
pula merangkumi soalan yang berkaitan dengan rakan-rakan responden, tujuannya bertanya
soalan tersebut adalah menurut teori iaitu sahabat seolah-olahnya merupakan pengaruh kepada
seseorang dalam pencapaian akademik. Oleh itu, kajian ini menjangkakan bahawa seseorang
yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dapat mendorong pencapaian akademik
yang baik bagi rakannya.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Teknik mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual bersemuka yang dibuat
secara tidak formal. Temubual merupakan satu proses komunikasi antara dua atau lebih insan,
khususnya bagi penemubual dengan responden yang dibuat secara formal atau tidak formal. Ia
merupakan kaedah pungutan yang unggul kerana ia memberikan kadar berbalas yang tinggi dan
proses pengumpulan data dapat dilakukan dengan lebih cepat berbanding kaedah-kaedah
pengumpulan data lain. Temubual kajian ini bermula pada tarikh 13 Oktober 2008 sehingga 16
Oktober 2008 di sekitar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP).

3.5 KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS version 12.0 untuk mengedit, mengekod,
meringkaskan dan menganalisis data. Semua data dianalisis mengikut objektif kajian dan
EX 3133 16
A111714 A111751 A111775 A113001

hipotesis kajian. Dalam usaha memproses data, kesilapan yang mungkin timbul diletakkan pada
tahap yang minimum.

3.5.1 Pengeditan Data

Matlamat utama pengkaji dalam mengedit data adalah untuk mengesan dan menghapuskan ralat
yang mungkin wujud dalam borang soal selidik. Pengkaji telah menyemak soalan mana yang
tidak dijawab dan diisikan semula oleh responden untuk memastikan kelengkapan, ketepatan dan
keseragaman data dicapai.

3.5.2 Pengekodan Data

Pengekodan data juga dilakukan bagi memudahkan penganalisisan data. Pencapaian akademik
pelajar yang diwakili oleh perbezaan PNGK sebelum masuk ke universiti dengan PNGK
sehingga semester lepas antara responden lelaki dan perempuan telah dikira dan dikod kepada
tiga kategori. Dengan itu, data nominal membolehkan ujian khi-kuasa dua (χ2) dijalankan.
Kategori pertama mewakili pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang meningkat iaitu
perbezaan keputusan akademik positif manakala kategori kedua adalah pelajar yang mempunyai
pencapaian yang kekal iaitu mempunyai perbezaan keputusan akademik yang sifar. Seterusnya,
kategori ketiga pula mewakili pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang menurun iaitu
mempunyai perbezaan keputusan akademik yang negatif.

Skala Likert empat poin yang digunakan untuk mewakili tahap persetujuan pelajar
berkaitan persepsi pengaruh budaya sosial, pengaruh institusi pendidikan, pengaruh sikap dan
kepercayaan pelajar, corak pembelajaran dan strategi diambil jika keputusan merosot telah
dikodkan semula agar memenuhi Hukum Lima apabila ujian khi-kuasa dua dijalankan.

Seterusnya, ciri-ciri demografi pelajar khususnya bangsa dan tahap pendidikan ibu bapa
juga telah dikodkan. Pembolehubah bangsa dikodkan kepada tiga kategori utama iaitu Melayu,
Cina serta India dan lain-lain. Pembolehubah tahap pendidikan ibu bapa pula dikodkan kepada
EX 3133 17
A111714 A111751 A111775 A113001

tujuh kategori utama iaitu tiada pendidikan formal, sekolah rendah, PMR, SPM, STPM, Diploma
dan Ijazah.

Di samping itu, respon terhadap pernyataan pewakilan dalam aktiviti kokurikulum


universiti/ fakulti/ kamsis, pemegangan jawatan dalam persatuan dan sama ada aktif sebagai ahli
biasa dalam persatuan telah diklasifikasikan semula kepada dua kategori iaitu ya atau tidak.

3.5.3 Analisis Diskriptif

Analisis diskriptif bermaksud transformasi daripada data mentah kepada suatu bentuk yang
mudah difahami dan diinterpretasi. Analisis diskriptif dijalankan untuk menerangkan taburan
peratusan pelajar mengikut ciri-ciri demografi pelajar seperti jantina, bangsa, kawasan tempat
berasal, tahap pemdidikan ibu bapa dan pencapaian akademik mereka.

3.5.4 Ujian-T Sampel Berpasangan (Paired sample)

Ujian-T sampel berpasangan digunakan untuk membandingkan min perbezaan bagi satu
pembolehubah yang cerapannya diperolehi daripada subjek kajian yang sama tetapi melibatkan
dua tahap yang berbeza. Oleh itu, ujian ini digunakan untuk menguji sama ada min PNGK
sebelum masuk universiti dan min PNGK terkini antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza
secara signifikan.

3.5.5 Ujian-T Sample Bebas

Ujian-T sampel bebas digunakan untuk membandingkan perbezaan antara dua nilai min bagi
pembolehubah yang cerapannya diperolehi daripada dua sampel yang berlainan. Min perbezaan
PNGK antara jantina pelajar (lelaki dan perempuan) dan kawasan tempat tinggal pelajar (bandar
dan luar bandar) diuji dengan menggunakan ujian ini.

3.5.6 Analisis Varians (ANOVA) Sehala


EX 3133 18
A111714 A111751 A111775 A113001

ANOVA Sehala digunakan untuk membandingkan perbezaan antara min bagi pembolehubah
yang cerapannya diperolehi daripada tiga atau lebih sampel yang bebas. Ujian ini telah
digunakan untuk menguji min perbezaan PNGK mengikut jantina dan pengkhususan.

3.5.7 Ujian Khi-kuasa Dua

Ujian Khi-kuasa dua digunakan untuk menguji kebersandaran atau tahap kebergantungan antara
dua pembolehubah nominal yang dipersembahkan dalam jadual silang iaitu Crosstab dan
Custom Table. Ujian ini telah dijalankan untuk menguji kebersandaran antara pencapaian
akademik pelajar dengan pengaruh sosial budaya, rakan sebaya, suasana institusi pendidikan,
pengaruh ibu bapa, dan corak pembelajaran Bagi semua ujian hipotesis yang dijalankan,
hipotesis nol akan ditolak jika nilai-p bagi statistik ujian kurang daripada aras keertian, α yang
ditetapkan.

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil analisis ke atas latar belakang dan pencapaian akademik pelajar.
Kemudian ia disusuli dengan perbincangan tentang hubungan antara tahap pencapaian akademik
pelajar dengan faktor kendiri seperti latar belakang dan sikap, faktor persekitaran seperti
pengaruh budaya sosial dan institusi pendidikan, faktor keluarga dan corak pembelajaran
berbanding jantina.

4.2 LATAR BELAKANG DEMOGRAFI RESPONDEN


EX 3133 19
A111714 A111751 A111775 A113001

Jadual 4.1 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut jantina, bangsa, kawasan tempat
berasal, tempat penginapandan pengkhususan. Daripada 220 orang pelajar Fakulti Ekonomi dan
Perniagaan tahun tiga, 36.8 peratus adalah pelajar lelaki dan 63.2 peratus adalah pelajar
perempuan.

Jadual 4.1: Taburan Peratusan Responden Mengikut Latar Belakang Demografi

Latar belakang demografi Kategori Peratusan (%)


Jantina Lelaki 36.8
Perempuan 63.2
Bangsa Melayu 59.5
Cina 35.5
India dan lain-lain 5
Kawasan tempat tinggal Bandar 49.5
Luar Bandar 50.5
Tempat penginapan Dalam Kampus 79.1
Luar Kampus 20.9
Pengkhususan Ekonomi 42.3
Perniagaan 39.5
Perakaunan 18.2

Pecahan mengikut etnik menunjukkan sebahagian besar pelajar terdiri daripada bangsa
Melayu iaitu sebanyak 59.5 peratus dan bangsa Cina sebanyak 35.5 peratus manakala India dan
lain-lain merangkumi 5 peratus daripada keseluruhan responden.
Analisis mengikut kawasan tempat tinggal menunjukkan bahawa 49.5 peratus daripada
pelajar berasal dari kawasan bandar manakala selebihnya iaitu 50.5 peratus tinggal di kawasan
luar bandar.
Tempat penginapan menunjukkan bahawa 79.1 peratus pelajar yang disampel adalah
tinggal dalam kampus dan sebanyak 20.9 peratus di luar kampus. Kajian turut menunjukkan
EX 3133 20
A111714 A111751 A111775 A113001

bahawa responden daripada kursus Ekonomi merangkumi 42.3 peratus, kursus Perniagaan
sebanyak 39.5 peratus dan Perakaunan 18.2 peratus.

4.3 ANALISIS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR


Jadual 4.2 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut PNGK yang diperolehi
sehingga semester lepas dan perubahan tahap pencapaian akademik mereka. Secara
keseluruhannya, didapati kebanyakan pelajar memperoleh PNGK antara 3.00 hingga 3.69.
Namun, berbanding dengan sebelum memasuki universiti, didapati sebanyak 85.9 peratus
daripada pelajar mencatatkan penurunan dalam PNGK masing-masing. Hanya 11.4 peratus
daripada pelajar yang mencatatakan pemingkatan dalam PNGK manakala sebanyak 2.7 peratus
daripada pelajar yang memgekalkan tahap pencapaian akademik mereka.
Jadual 4.2: Taburan Peratusan dan Statistik Responden Pencapaian Akademik

Pembolehubah Kategori Peratusan (%)


PNGK sehingga semester lepas >3.7 3.18
3.0 hingga 3.69 69.09
< 3.0 27.73
Perbandingan PNGK Meningkat 11.4
dengan sebelumnya Menurun 85.9
Tiada perubahan 2.7

PNGK Perubahan
Statistik Semasa PNGK
Mean 3.156 0.37
Median 3.12 0.34
Mode 3 0.5
Variance 0.09 0.06
Minimum 2.4 0
Maximum 4 1.03

Statistik daripada hasil kajian turut menunjukkan mean, median dan mod bagi PNGK
semasa dan perubahan PNGK masing-masing 3.156(0.37), 3.12(0.34) dan 3(0.5). Nilai
perubahan PNGK maksimun dan minimum adalah 1.03 dan 0.
EX 3133 21
A111714 A111751 A111775 A113001

Jadual 4.3: Keputusan Ujian-t ke atas Perbezaan Min PNGK Sebelum Memasuki
Universiti dan PNGK Sehingga Semester Lepas

Column Min Statistik ujian-t


Nilai-p (2-tailed)
PNGK sebelum memasuki 3.4802 0.000*
universiti
PNGK sehingga semester 3.1562
lepas

* Signifikan pada aras keertian 1 peratus.


Jadual 4.3 meringkaskan keputusan ujian-t bagi sampel berpasangan yang telah
dijalankan. Pasangan hipotesis yang diuji adalah seperti berikut.
H0 : Tiada perbezaan min antara PNGK pelajar sebelum memasuki universiti dengan
PNGK pelajar sehingga semester lepas
H1 : Wujud perbezaan min antara PNGK pelajar sebelum memasuki universiti dengan
PNGK pelajar sehingga semester lepas

Keputusan kajian menunjukkan bahawa purata PNGK sebelum memasuki universiti


adalah lebih tinggi berbanding PNGK yang diperolehi oleh pelajar sehingga semester lepas di
universiti. Didapati nilai-p = 0.000 < α = 0.01, maka H0 ditolak. Pada aras keertian 1 peratus,
dapat disimpulkan bahawa min PNGK pelajar sebelum memasuki universiti berbeza secara
signifikan dengan min PNGK pelajar sehingga semester lepas.

Jadual 4.4: Keputusan Ujian-t bagi Perbezaan Min PNGK Mengikut Jantina

Kategori Min PNGK semasa Statistik ujian-t


Nilai-p (1-tailed)
Jantina Lelaki 3.09 0.08*
Perempuan 3.19
* Signifikan pada aras keertian 10 peratus.
H0 : Min PNGK antara pelajar lelaki dan perempuan adalah sama.
EX 3133 22
A111714 A111751 A111775 A113001

H1 : Min PNGK pelajar lelaki adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

Keputusan ujian nilai-p = 0.08 < α = 0.1 dalam Jadual 4.4, maka H0 ditolak. Pada aras
keertian 10 peratus, terdapat bukti statistik yang cukup menunjukkan min PNGK pelajar lelaki
adalah kurang daripada pelajar perempuan. Min PNGK semasa bagi pelajar lelaki dan
perempuan masing-masing adalah sebanyak 3.09 dan 3.19.

Jadual 4.5: Taburan Peratusan Pelajar dan Ujian Khi-kuasa dua Mengikut Pencapaian
Akademik antara Jantina

Pembolehubah Kategori Pencapaian Pencapaian Ujian χ2


PNGK > 3 PNGK < 3 Nilai-p
(%) (%)

Jantina Lelaki 67.9 32.1 0.269


Perempuan 74.8 25.2

Berdasarkan kajian yang diperoleh daripada Jadual 4.5, didapati sebanyak 74.8 peratus
dariapda responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 manakala didapati hanya
sebanyak 67.9 peratus dariapda responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3.
Sebaliknya sebanyak 32.1 peratus lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3 berbanding
hanya 25.2 peratus perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3.
H0 : Jantina tidak berhubung dengan pencapaian akademik pelajar.
H1 : Jantina berhubung dengan pencapaian akademik pelajar.

Keputusan nilai-p dalam ujian Khi-kuasa dua adalah 0.269 > α = 0.1, H 0 tidak ditolak.
Kesimpulannya, tidak terdapat bukti statistik yang cukup bahawa jantina berhubung dengan
pencapaian akademik pelajar.

Jadual 4.6: Taburan Peratusan Pelajar dan Ujian Khi-kuasa dua Mengikut Perubahan
Pencapaian Akademik antara Jantina
EX 3133 23
A111714 A111751 A111775 A113001

Pembolehubah Kategori Pencapaian Pencapaian Ujian χ2


Menaik dan Kekal Menurun
Nilai-p
(%) (%)
Jantina Lelaki 11.4 88.6 0.332
Perempuan 19.6 80.4

Berdasarkan kajian yang diperoleh daripada Jadual 4.5, didapati sebanyak 19.6 peratus
daripda responden perempuan yang mencatatkan peningkatan dalam PNGK manakala didapati
hanya sebanyak 11.4 peratus daripada responden lelaki yang mencatatkan peningkatan dalam
PNGK. Sebaliknya, sebanyak 88.6 peratus daripada lelaki mencatatkan penurunan dalam PNGK
berbanding dengan perempuan yang hanya 80.4 peratus.

Jadual 4.7: Keputusan Ujian-t bagi Perbezaan Min PNGK Mengikut Latar
Belakang Responden

Statistik ujian-t
Min PNGK sehingga Nilai-p (2-tailed)
Kategori semester lepas
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

Bumiputra 2.997 3.086 t = -3.86 t = -5.66


Non-bumiputra 3.239 3.347 (0.000)* (0.000)*
Bandar 3.184 3.233 t = 3.053 t =1.504
Luar Bandar 2.99 3.157 (0.003)* (0.135)
Dalam kampus 3.081 3.169 t = -0.545
t = -0.222
Luar kampus 3.121 3.32 ( 0.587) (0.028)**
STPM 3.078 3.158 t = -0.63 t = -1.457
Lain-lain 3.117 3.23 (0.530) (0.147)
Ekonomi 3.014 3.116 F = 2.796 F = 5.2
Perniagaan 3.121 3.21 (0.067)*** (0.007)*
EX 3133 24
A111714 A111751 A111775 A113001

Perakaunan 3.219 3.334


* Signifikan pada aras keertian 1 peratus
** Signifikan pada aras keertian 5 peratus
*** Signifikan pada aras keertian 10 peratus

Jadual 4.4 menunjukkan keputusan ujian-t dan ujian-F ke atas min perbezaan PNGK mengikut
latar belakang demografi pelajar.
H0 : Min perbezaan PNGK pelajar mengikut bangsa adalah sama.
H1 : Min perbezaan PNGK pelajar mengikut bangsa adalah berbeza.

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.000 < α = 0.01 dan nilai-p bagi responden
perempuan adalah 0.000 < α = 0.01, maka H0 ditolak. Maka terdapat bukti statistik yang cukup
menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar bumiputra dan non-bumiputra adalah berbeza
bagi kedua-dua jantina. Min PNGK semasa bagi pelajar bumuputra dan pelajar non-bumiputra
masing-masing adalah sebanyak 2.997(L), 3.086 (P) dan 3.239 (L), 3.347(P).

H0 : Min perbezaan PNGK antara pelajar bandar dan luar bandar adalah sama.
H1 : Min perbezaan PNGK antara pelajar dari bandar dan luar bandar adalah berbeza.

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.003 < α = 0.01, maka H 0 ditolak manakala
nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.135 > α = 0.1, maka H 0 tidak dapat ditolak.
Kesimpulanya, H0 ditolak untuk responden lelaki tetapi gagal ditolak bagi responden perempuan
yang menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar dari bandar dan luar bandar berbeza
secara signifikan bagi responden lelaki tetapi tidak berbeza secara signifikan bagi responden
perempuan.

H0 : Min perbezaan PNGK antara pelajar tinggal dalam kampus dan luar kampus adalah sama.
H1 : Min perbezaan PNGK antara pelajar tinggal dalam kampus dan luar kampus adalah berbeza.
EX 3133 25
A111714 A111751 A111775 A113001

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.587 > α = 0.1, maka H0 tidak dapat ditolak
manakala nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.028 < α = 0.05, maka H 0 ditolak.
Kesimpulanya, H0 gagal ditolak untuk responden lelaki tetapi ditolak bagi responden perempuan
yang menunjukkan min perbezaan PNGK antara pelajar tinggal dalam kampus dan luar kampus
tidak berbeza secara signifikan bagi responden lelaki tetapi berbeza secara signifikan perempuan.

H0 : Min perbezaan PNGK antara kelayakan pelajar dari STPM dan lain-lain adalah sama.
H1 :Min perbezaan PNGK antara kelayakan pelajar dari STPM dan lain-lain adalah berbeza.

Didapati nilai-p bagi responden lelaki adalah 0.530 > α = 0.1 dan nilai-p bagi responden
perempuan adalah 0.147 > α = 0.1, maka H0 tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan min perbezaan
PNGK antara pelajar kelayakan pelajar dari STPM dan lain-lain tidak berbeza secara signifikan
bagi semua jantina. Walau bagaimanapun, min bagi PNGK pelajar yang kelayakan STPM adalah
kurang daripada kelayakan yang lain bagi semua jantina.

H0 : Min perbezaan PNGK pelajar mengikut pengkhususan adalah sama.


H1 : Sekurang-kurangnya dua daripada min perbezaan PNGK pelajar adalah berbeza
mengikut pengkhususan

Dalam analisis varians (ANOVA) sehala yang digunakan, keputusan ujian-p bagi
responden lelaki adalah 0.067 < α = 0.1, dan nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.007 < α
= 0.01. maka H0 ditolak pada aras keertian 10 peratus bagi responden lelaki dan 1 peratus bagi
responden perempuan. Ini menunjukkan terdapat bukti statistik yang cukup bahawa sekurang-
kurangnya dua daripada min perbezaan PNGK pelajar adalah berbeza mengikut pengkhususan
bagi semua jantina.

4.4 PENGARUH SOSIAL BUDAYA KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK


EX 3133 26
A111714 A111751 A111775 A113001

4.4.1 Pengaruh keluarga


Jadual 4.7 menunjukkan tahap pendidikan ibu dan bapa dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Pada umumnya, semakin tinggi tahap pendidikan ibu bapa, peratusan pelajar
yang mendapat pencapaian akademik yang secara relatifnya lebih besar berbanding dengan
pelajar yang menunjukkan kemerosotan. Ini mungkin disebabkan ibu bapa dijadikan peranan
sebagai “role model” dalam pembelajaran mereka.
Jadual 4.8: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian
Akademik Pelajar Mengikut Tahap Pendidikan Ibu Bapa dan Bilangan
Adik-beradik

Ujian χ2
(Nilai-p)
Latar
belakang
demografi Lelaki Perempuan
Kategori
PNGK≥3 PNGK<3 PNGK≥3 PNGK<3
L P
(%) (%) (%) (%)
Tahap Tidak 57.1 42.9 71.4 28.6 0.228 0.8
pendidikan bersekolah
bapa
sekolah 60 40 68.8 31.2
rendah

sekolah 64.9 35.1 77.8 22.2


menengah
kolej/univ 88.2 11.8 75 25
ersiti
Tahap Tidak 71.4 28.6 75 25 0.168 0.222
pendidikan bersekolah
ibu
sekolah 59.1 40.9 66.7 33.3
rendah
sekolah 61.8 38.2 82.8 17.2
menengah
kolej/univ 88.9 11.1 66.7 33.3
ersiti
Bilangan 0-2 71.2 28.8 88.5 11.5 0.401 0.001*
beradik
>3 62.1 37.9 64.1 35.9
EX 3133 27
A111714 A111751 A111775 A113001

* Signifikan pada aras keertian 1 peratus

H0 : Tahap pendidikan ibu bapa tidak berhubung dengan PNGK antara jantina.
H1 : Tahap pendidikan ibu bapa berhubung dengan PNGK antara jantina.

Keputusan nilai-p dalam ujian Khi-kuasa dua semua adalah tidak signifikan iaitu 0.1,
maka H0 tidak dapat ditolak. Kesimpulannya, Kesimpulannya, tidak terdapat bukti statistik yang
cukup bahawa tahap pendidikan ibu dan bapa mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi
kedua-dua jantina.

H0 : Bilangan adik-beradik tidak berhubung dengan PNGK antara jantina.


H1 : Bilangan adik-beradik berhubung dengan PNGK antara jantina.

Keputusan nilai-p dalam ujian Khi-kuasa dua bagi responden lelaki adalah 0.401 > α =
0.1, maka H0 tidak ditolak manakala nilai-p bagi responden perempuan adalah 0.001 < α 0.001,
maka H0 ditolak. Ini menunjukkan terdapat bukti statistik yang cukup bahawa bilangan adik-
beradik mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi responden perempuan tetapi kesan
yang sebaliknya bagi responden lelaki.

4.4.2 Pengaruh Rakan Sebaya


Jadual 4.9: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua antara Pencapaian
Akademik Pelajar dengan Pengaruh Rakan Sebaya
EX 3133 28
A111714 A111751 A111775 A113001

Ujian χ2
(Nilai-p)
Latar
belakang
demografi Lelaki Perempuan
Katego PNGK PNGK PNGK PNGK
ri ≥3 <3 ≥3 <3
(%) (%) (%) (%)
L P
keputusan Bersetu 60.4 39.6 79.4 20.6 0.082 0.06*
rakan- ju *
rakan
hampir
sama Tidak 78.8 21.2 64.3 35.7
dengan Bersetu
keputusan ju
sendiri
belajar Bersetu 63 37 66.2 33.8 0.178 0.017*
secara ju *
berkumpul
an
Tidak 77.8 22.2 83.8 16.2
Bersetu
ju
ditegur Bersetu 64.8 35.2 68.6 31.4 0.4 0.032*
oleh ju *
rakan-
rakan
semasa
lalai dalam Tidak 74.1 25.9 84.9 15.1
pelajaran Bersetu
ju

memilih Bersetu 68.6 31.4 73.1 26.9 0.91 0.592


kursus ju
mengikut
rakan- Tidak 67.4 32.6 77 23
rakan Bersetu
ju
** Signifikan pada aras keertian 5 peratus
* Signifikan pada aras keertian 10 peratus

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor rakan sebaya.


H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor rakan sebaya.
EX 3133 29
A111714 A111751 A111775 A113001

Keputusan dari Jadual 4.8 menunjukkan fakotr seperti keputusan rakan-rakan hampir
sama dengan keputusan sendiri berhubung secara signifikan dengan pencapaian akademik bagi
semua jantina iaitu nilai-p = 0.082 (lelaki) dan 0.06 (perempuan) < α = 0.1, H0 ditolak. Manakala
faktor seperti belajar secara berkumpulan dan ditegur oleh rakan-rakan hanya menunjukkan
hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik bagi responden perempuan sahaja iaitu
nilai-p = 0.017 dan 0.032 < α = 0.05 masing-masing, H0 ditolak. Akan tetapi, didapati faktor
memilih kursus mengikut rakan-rakan adalah tidak berhubung dengan pencapaian akademik bagi
semua responden iaitu semua nilai-p melebihi aras keertian pada 1 peratus, 5 peratus dan 10
peratus. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya turut memainkan sebahagian daripada peranan dalam
mempengaruhi pencapaian akademik antara jantina.

Didapati sebanyak 78.8 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 tidak bersetuju bahawa keputusan rakan hampir sama dengan keputusan sendiri.
Sebaliknya 64.3 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3
tidak bersetuju bahawa keputusan rakan hampir sama dengan keputusan sendiri berbanding
dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3.
Sebanyak 83.8 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 tidak bersetuju bahawa belajar secara berkumpulan mempengaruhi pencapaian
akademik. Keadaan yang sama turut berlaku di kalangan responden lelaki iaitu sebanyak 77.8
peratus yang mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa belajar secara
berkumpulan mempengaruhi pencapaian akademik.
Selain itu, didapati sebanyak 68.6 peratus daripada responden perempuan yang mendapat
PNGK lebih daripda 3 bersetuju bahawa ditegur oleh rakan semasa lalai dalam pelajaran akan
mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat
PNGK kurang daripada 3. Manakala 64.8 peratus daripada responden lelaki yang mendapat
PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa ditegur oleh rakan semasa lalai dalam pelajaran akan
mempengaruhi pencapaian akademik.
Di samping itu, didapati sebanyak 73.1 peratus daripada responden perempuan yang
mendapat PNGK lebih daripda 3 bersetuju bahawa pemilihan kursus mengikut rakan akan
mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat
EX 3133 30
A111714 A111751 A111775 A113001

PNGK kurang daripada 3. Manakala hanya 68.6 peratus daripada responden lelaki yang
mendapat PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa pemilihan kursus mengikut rakan akan
mempengaruhi pencapaian akademik.

4.5 PENGARUH INSTITUSI PENDIDIKAN KE ATAS PENCAPAIAN AKADEMIK


4.5.1 Pengaruh Suasana Dalam Institusi Pendidikan

Jadual 4.10: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian Akademik
Pelajar Mengikut Pengaruh Suasana dalam Institusi Pendidikan.

Ujian χ2
(Nilai-p)
Latar
belakang
demografi Lelaki Perempuan
Katego PNGK PNGK PNGK PNGK
ri ≥3 <3 ≥3 <3
(%) (%) (%) (%)
L P
teknik Bersetu 65.7 34.3 71.8 28.2 0.347 0.058
pensyarah ju *
yang fokus
tajuk
Tidak 78.6 21.4 90.9 9.1
Bersetu
ju
gred
dipengaruh
i oleh Bersetu 67.2 32.8 77.1 22.9 0.789 0.358
pensyarah ju
Tidak 70.6 29.4 69.8 30.2
Bersetu
ju
saiz kelas Bersetu 65.8 34.2 73.2 26.8 0.702 0.772
ju
Tidak 69.8 30.2 73.3 26.7
Bersetu
ju
pengunaan Bersetu 63.6 36.4 70.3 29.7 0.37 0.187
makmal ju
komputer
Tidak 73 27 80 20
EX 3133 31
A111714 A111751 A111775 A113001

Bersetu
ju
kemudaha Bersetu 65.3 34.7 78.6 21.4 0.536 0.208
n tempat ju
perbincang
an
Tidak 71.9 28.1 69.1 30.9
Bersetu
ju
* Signifikan pada aras keertian 10 peratus

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor suasana institusi.


H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor suasana institusi.

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1,
maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik responden perempuan akan dipengaruhi
oleh teknik pensyarah iaitu nilai-p =0.058 < α = 0.10 bermakna H0 dapat ditolak pada aras
keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak
dipengaruhi oleh faktor suasana dalam institusi pendidikan.

Didapati sebanyak 90.9 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK
lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa teknik pengajaran pensyarah yang fokus tajuk
mempengaruhi pencapaian akademik. Sebaliknya 78.6 peratus daripada responden lelaki yang
mendapat PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa teknik pengajaran pensyarah yang
fokus tajuk mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang
mendapat PNGK kurang daripada 3.
Selain itu, didapati sebanyak 70.3 peratus daripada responden perempuan yang mendapat
PNGK lebih daripada 3 bersetuju bahawa penggunaan makmal komputer mempengaruhi
pencapaian akademik. Sebaliknya 63.6 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK
lebih daripada 3 bersetuju bahawa penggunaan makmal komputer mempengaruhi pencapaian
akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3.
Sebanyak 78.6 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 bersetuju bahawa kemudahan tempat perbincangan mempengaruhi pencapaian
EX 3133 32
A111714 A111751 A111775 A113001

akademik. Sebaliknya 71.9 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 tidak bersetuju bahawa kemudahan tempat perbincangan mempengaruhi pencapaian
akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3.

4.5.2 Pengaruh Aktiviti Kokurikulum Dalam Universiti


Jadual 4.11: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian
Akademik Pelajar Mengikut Faktor Penglibatan Aktiviti
Kokurikulum dalam Universiti

Ujian χ2
(Nilai-p)
Latar
belakang
demografi Lelaki Perempuan
Kategori PNGK≥3 PNGK<3 PNGK≥3 PNGK<3
(%) (%) (%) (%)
L P
sebagai Bersetuju 66.7 33.3 75 25 0.756 0.966
pewakilan
Tidak 70 30 74.7 25.3
Bersetuju
memegang Bersetuju 71.2 28.8 73.7 26.3 0.3 0.644
jawatan
Tidak 59.1 40.9 77.5 22.5
Bersetuju
aktif Bersetuju 68.4 31.6 69.6 30.4 0.878 0.046*
dalam *
persatuan
Tidak 66.7 33.3 85.1 14.9
Bersetuju
* Signifikan pada aras keertian 5 peratus
EX 3133 33
A111714 A111751 A111775 A113001

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor aktiviti kokurikulum.


H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor aktiviti kokurikulum.

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1,
maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik kalangan responden perempuan akan
dipengaruhi oleh faktor aktif dalam persatuan iaitu nilai-p =0.046 < α = 0.10 bermakna H0 dapat
ditolak pada aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara
jantina tidak dipengaruhi oleh faktor aktiviti kokurikulum dalam universiti

Didapati sebanyak 75 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK


lebih daripada 3 bersetuju bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan mempengaruhi
pencapaian akademik. Sebaliknya 70 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK
lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa penglibatan dalam kokurikulum akan mempengaruhi
pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang
daripada 3.
Selain itu, didapati sebanyak 85.1 peratus daripada responden perempuan yang mendapat
PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa aktif dalam persatuan akan mempengaruhi
pencapaian akademik. Sebaliknya 68.4 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK
lebih daripada 3 bersetuju bahawa aktif dalam persatuan mempengaruhi pencapaian akademik
berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3.
EX 3133 34
A111714 A111751 A111775 A113001

4.6 PENGARUH KEUPAYAAN DAN CORAK PEMBELAJARAN KE ATAS


PENCAPAIAN AKADEMIK
Jadual 4.12: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian
Akademik Pelajar Mengikut Faktor Keupayaan Penguasaan Bahasa
dan Purata Masa Ulangkaji Sehari

Ujian χ2
(Nilai-p)
Latar
belakan
g
demogr
afi Lelaki Perempuan
Katego PNGK PNGK PNGK PNGK
ri ≥3 <3 ≥3 <3
(%) (%) (%) (%)
L P
Purata 0-1.99 80.8 19.2 89.7 10.3 0.226 0.081
masa *
Ulangkaj 2-2.99 60 40 75 25
i sehari
>=3 63.3 36.7 67.7 32.3
MUET Band 61.5 38.5 66.7 33.3 0.399 0.108
1-2
Band 70.9 29.1 79.1 20.9
3-6
SPM A 66.7 33.3 78.3 21.7 0.844 0.248
BM
Lain- 68.8 31.2 69.6 30.4
lain
* Signifikan pada aras keertian 10 peratus
H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor keupayaanpenguasaan bahasa
dan purata masa ulangkaji dalam sehari
H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor keupayaan penguasaan bahasa dan
purata masa ulangkaji dalam sehari

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1,
maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik kalangan responden perempuan akan
EX 3133 35
A111714 A111751 A111775 A113001

dipengaruhi oleh faktor purata masa ulangkaji sehari iaitu nilai-p =0.081 < α = 0.10 bermakna H0
dapat ditolak pada aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik
antara jantina tidak banyak dipengaruhi oleh faktor keupayaan penguasaan bahasa dan corak
pembelajaran.

Didapati sebanyak 89.7 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK
lebih daripada 3 memperuntukkan masa ulangkaji tidak lebih daripada 2 jam dalam sehari secara
puratanya. Sebaliknya 80.8 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 memperuntukkan masa ulangkaji tidak lebih daripada 2 jam dalam sehari berbanding
dengan responden lelaki yang mendapat PNGK kurang daripada 3. Sejajar itu, sebanyak 67.7
peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperuntukkan
masa ulangkaji lebih daripada 3 jam dalam sehari secara puratanya. Sebanyak 60 peratus
daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperuntukkan masa
ulangkaji antara 1 hingga 2 jam dalam sehari pada puratanya.
Didapati sebanyak 66.7 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 memperoleh gred A dalam Bahasa Melayu SPM dan 78.3 peratus daripada responden
perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada 3 memperoleh gred A dalam Bahasa Melayu
SPM.

Jadual 4.13: Taburan Peratusan dan Ujian Khi-kuasa dua bagi Pencapaian
Akademik Pelajar Mengikut Faktor Corak Pembelajaran

Ujian χ2
(Nilai-p)
Latar belakang
demografi Lelaki Perempuan
EX 3133 36
A111714 A111751 A111775 A113001

Kategori PNGK≥3 PNGK<3 PNGK≥3 PNGK<3


(%) (%) (%) (%)
L P
Menggunakan Bersetuju 65 35 74.69 25.31 0.465 0.875
kemudahan Tidak 73.9 26.1 76.2 23.8
Bersetuju
Membuat Bersetuju 67.9 32.1 75.5 24.5 0.99 0.751
rujukan Tidak 68 32 72.7 27.3
tambahan Bersetuju
Membuat soalan Bersetuju 68.2 31.8 75 25 0.953 0.952
latihan Tidak 67.6 32.4 74.5 25.5
tambahan Bersetuju
Memberi tunjuk Bersetuju 66.7 33.3 75 25 0.568 0.913
ajar kepada Tidak 75 25 73.9 26.1
rakan. Bersetuju
Memperuntukka Bersetuju 64.4 35.6 73 27 0.456 0.517
n masa yang
lebih
dalam ulangkaji Tidak 72.2 27.8 78 22
pelajaran Bersetuju
Berjumpa Bersetuju 66.2 33.8 72.1 27.9 0.497 0.137
pensyarah
sekiranya perlu Tidak 75 25 85.7 14.3
Bersetuju
Saling bertukar Bersetuju 62.1 37.9 86 14 0.074* 0.621
nota
atau soalan Tidak 82.6 17.4 70.8 29.2
dengan rakan- Bersetuju
rakan
Membuat Bersetuju 68.1 31.9 75.4 24.6 0.921 0.626
cacatan
semasa kuliah Tidak 66.7 33.3 69.2 30.8
Bersetuju
Ulangkaji Bersetuju 63.2 36.8 71.7 28.3 0.39 0.506
seminggu
sebelum Tidak 72.1 27.9 76.7 23.3
peperiksaan Bersetuju
Sentiasa Bersetuju 66.2 33.8 73.1 26.9 0.447 0.257
membaiki
kelemahan Tidak 76.9 23.1 85 15
sendiri Bersetuju
* Signifikan pada aras keertian 10 peratus
EX 3133 37
A111714 A111751 A111775 A113001

H0 : Pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor corak pembelajaran


H1 : Pencapaian akademik berhubung dengan faktor corak pembelajaran

Daripada jadual di atas didapati semua nilai-p adalah melebihi aras keertian α = 0.1,
maka H0 gagal ditolak kecuali pencapaian akademik kalangan responden lelaki akan dipengaruhi
oleh faktor saling bertukar nota iaitu nilai-p =0.074 < α = 0.10 bermakna H 0 dapat ditolak pada
aras keertian 10 peratus. Dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak
dipengaruhi oleh corak pembelajaran.

Didapati sebanyak 68.2 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih
daripada 3 bersetuju bahawa membuat soalan latihan tambahan akan mempengaruhi pencapaian
akademik dan 75 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada
bersetuju bahawa membuat soalan latihan tambahan akan mempengaruhi pencapaian akademik
berbanding dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang daripada 3.
Sebanyak 75 peratus daripada responden lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3
tidak setuju bahawa berjumpa dengan pensyarah sekiranya perlu akan mempengaruhi pencapaian
akademik dan 85.7 peratus daripada responden perempuan yang mendapat PNGK lebih daripada
3 tidak bersetuju bahawa berjumpa dengan pensyarah sekiranya perlu akan mempengaruhi
pencapaian akademik berbanding dengan responden perempuan yang mendapat PNGK kurang
daripada 3.
Selain itu, didapati sebanyak 86 peratus daripada responden perempuan yang mendapat
PNGK lebih daripada 3 setuju bahawa saling bertukar nota dengan rakan akan mempengaruhi
pencapaian akademik manakala sebanyak 82.6 peratus daripada responden lelaki yang mendapat
PNGK lebih daripada 3 tidak bersetuju bahawa saling bertukar nota dengan rakan akan
mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat PNGK
kurang daripada 3.
Menurut hasil kajian, didapati sebanyak 75.4 peratus daripada responden perempuan
yang mendapat PNGK lebih daripada 3 setuju bahawa membuat cacatan tambahan dalam kuliah
akan mempengaruhi pencapaian akademik manakala sebanyak 68.1 peratus daripada responden
lelaki yang mendapat PNGK lebih daripada 3 setuju bahawa membuat cacatan tambahan dalam
EX 3133 38
A111714 A111751 A111775 A113001

kuliah mempengaruhi pencapaian akademik berbanding dengan responden lelaki yang mendapat
PNGK kurang daripada 3.

BAB V

RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

5.1 PENGENALAN

Kerangka bagi bab ini adalah untuk membincangkan kesimpulan kajian berdasarkan keputusan
yang diperolehi. Implikasi kajian diterangkan bagi menyediakan cadangan yang praktikal untuk
pembuat dasar. Akhir sekali, cadangan untuk kajian juga dibincangkan.

5.2 KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian


akademik antara gender dan menganalisis pencapaian akademik berdasarkan latar belakang
demografi. Seterusnya, kajian ini juga melihat perkaitan di antara pengaruh ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya, suasana institusi pendidikan dan corak pembelajaran dengan perstasi akademik.

Keputusan analisis keputusan akademik pelajar menunjukkan min PNGK pelajar sebelum
memasuki universiti berbeza secara signifikan dengan min PNGK pelajar sehingga semester
lepas antara jantina. Selain itu, min perbezaan PNGK pelajar antara jantina, kawasan tempat
EX 3133 39
A111714 A111751 A111775 A113001

berasal dan bangsa memperlihatkan perbezaan yang signifikan kecuali perbezaan min PNGK
pelajar perempuan dengan kawasan tempat berasal. Min perbezaan PNGK pelajar antara
pengkhususan sahaja didapati signifikan di bawah ujian ANOVA Sehala. Manakala didapati min
perbazaan PNGK antara kelayakan pelajar tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan.

Secara ringkasnya, didapati pengaruh keluarga iaitu tahap pendidikan ibu bapa dan
bilangan adik-beradik dalam keluarga tidak wujud hubungan dengan pencapaia akademik. Ia
menunjukkan tahap pendidikan ibu bapa tidak dapat membantu dalam pembelajaran mereka
secara langsung khasnya di peringkat universiti tetapi lebih kepada memberi sokongan moral.
Selain itu, faktor latar belakang keluarga iaitu bilangan adik beradik mempengaruhi pencapaian
akademik di kalangan pelajar perempuan sahaja.

Pengaruh rakan sebaya seperti keputusan rakan hampir sama dengan keputusan sendiri,
belajar secara berkumpulan, dan ditegur oleh rakan menunjukkan hubungan yang signifikan
dengan pencapaian akademik bagi pelajar perempuan sahaja manakala faktor seperti pemilihan
kursus mengikut tidak wujud hubungan dengan pencapaian akademik pelajar.

Berdasarkan hasil kajian, pencapaian akademik tidak berhubung dengan faktor suasana
dalam institusi pendidikan seperti teknik pensyarah mengajar, saiz kelas, penggunaan makmal
komputer dan kemudahan tempat perbincangan. Namun, hanya pencapaian akademik bagi
pelajar perempuan didapati berhubungan dengan teknik pensyarah mengajar. Selain itu,
disimpulkan bahawa pencapaian akademik antara jantina tidak dipengaruhi oleh aktivti
kokuriklum dalam universiti kecuali pencapaian akademik di kalangan pelajar perempuan
dipengaruhi oleh faktor aktif dalam persatuan.

Faktor keupayaan dan corak pembelajaran terhadap pencapaian akademik antara jantina
turut tidak wujud hubungan yang signifikan. Sebaliknya, didapati faktor corak pembelajaran iaitu
purata masa ulangkaji dalam sehari hanya mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan
pelajar perempuan. Selain itu, faktor seperti saling bertukar nota dan soalan hanya
mempengaruhi pencapaian akademik bagi pelajar lelaki.

5.3 IMPLIKASI KAJIAN


EX 3133 40
A111714 A111751 A111775 A113001

Dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan memberi implikasi secara langsung ke
atas pencapaian akademik pelajar di fakulti ekonomi dan perniagaan. Daripada perbincangan
dapatan kajian, beberapa implikasi dapat disintesiskan dan diimplimentasikan secara terancang
dan teratur.

Secara keseluruhannya, didapati hanya sebahagian daripada faktor latar belakang


keluarga, pengauh rakan sebaya, suasana dalam institusi pendidikan dan corak pembelajaran
yang menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Antara
faktor-faktor yang dikaji, tidak wujud satu faktor yang jelas menunjukkan hubungan dengan
pencapaian akademik pelajar.

Hasil kajian menunjukkan tingkah laku rakan sebaya sedikit sebanyak dapat
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Golongan ini berperanan memberi dorongan dan
sokongan kepada pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik. Pembelajaran secara
berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu pelajar yang lemah melalui
perbincangan dan kerjasama untuk menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan. Namun, dapatan
kajian menunjukkan faktor tersebut kurang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar antara
jantina disebabkan keberkesanan pembelajaran dalam kumpulan amat bergantung kepada sifat
keterbukaan, kesediaan dan komitmen pelajar.

Suasana dalam institusi pendidikan turut memainkan peranan yang penting terhadap
pencapaian akademik pelajar. Teknik dan cara pensyarah mengajar, saiz kelas yang terlalu besar,
kekurangan kemudahan makmal komputer dan tempat untuk menjalankan perbincangan akan
menjejaskan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Pensyarah penting dalam memupuk sikap
pembelajaran yang positif di kalangan pelajar melalui pendekatan pengajaran dan keperibadian
mereka. Seseorang pelajar akan lebih tertarik dengan sesuatu kursus jika pensyarah dapat
mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan mengaitkan teori dengan contoh-contoh yang
wujud dalam realiti. Dengan itu, mereka akan berasa seronok untuk belajar dan berusaha untuk
mengejar pencapaian akademik yang lebih baik. Selain itu, pensyarah yang ramah mesra dan
mudah bergaul dengan pelajar akan lebih menarik perhatian pelajar seterusnya dapat
memperbaiki pencapaian mereka. Saiz kelas yang sederhana memudahkan kawalan pensyarah
EX 3133 41
A111714 A111751 A111775 A113001

yang seterusnya tumpuan perhatian pelajar dapat dipertingkatkan. Peruntukan kemudahan


makmal komputer dan tempat yang lengkap dalam fakulti dapat membantu proses pembelajaran
pelajar. Di samping itu,

Pelajar yang cemerlang akan mengamalkan corak pembelajaran yang efisyen dan
bersistematik. Golongan ini berupaya memperuntukkan masa yang teratur dalam pelajaran dan
aktiviti kokurikulum. Mereka turut akan mengambil strategi yang tertentu untuk memperbaiki
keputusan yang merosot dengan mengurangkan jam kredit pada semester depan, menambah
masa belajar, memilih kursus yang mudah dan sebagainya. Namun, hasil kajian yang diperoleh
adalah bertentangan dengan corak pembelajaran tersebut di kalangan pelajar yang dikaji.

Sejajar itu, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif, logik dan kritis
serta kemahiran menganalisis merupakan kemahiran utama yang dapat dibangunkan melalui
proses pembelajaran. Kecemerlangan dalam pencapaian akademik juga patut dinilai dari aspek-
aspek tersebut. Oleh itu, pelajar seharusnya pro-aktif dalam pembelajaran mereka agar tidak
terhad kepada menimba pengetahuan sahaja supaya dapat membantu pelajar dalam memperoleh
keputusan akademik yang lebih baik.

5.4 CADANGAN KAJIAN

Memandangkan kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, adalah diharapkan supaya kajian ini boleh dilanjutkan kepada
pelajar dari fakulti lain supaya hasil kajian yang lebih menyeluruh dapat diperolehi. Selain itu,
perbandingan keputusan boleh dijalankanan antara fakulti.

Kemudahan seperti pusat sumber, perpustakaan, makmal komputer dan lain-lain


kemudahan hendaklah diperbaiki. Buku-buku rujukan yang terdapat di dalam pusat sumber
hendaklah mencukupi dengan nisbah bilangan pelajar yang sedia ada dan juga menepatisukatan
pelajaran topik-topik yang tertentu. Ini disebabkan pelajar-pelajar perlu membuat rujukan
tambahan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan juga bagi tujuan
menyelesaikan soalan latihan yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, makmal komputer harus
EX 3133 42
A111714 A111751 A111775 A113001

mencukupi bagi tujuan penyiapan tugasan dan dilengkapi dengan mesin pencetak. Kekurangan
peralatan menyebabkan pelajar sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan menyebabkan motivasi
dan hasil kerja pelajar terjejas.
Pensyarah digalakkan memberikan soalan tambahan diedarkan lebih awal sebelum
sesuatu topik tersebut diajar atau sewaktu topik tersebut sedang diajar, ini memudahlan lagi
pelajar terutama pelajar-pelajar yang rajin dan memiliki inisiatif yang tinggi untuk menyiapkan
soalan tersebut. Pensyarah harus memaparkan jadual peribadi mereka agar senang untuk dirujuk
oleh pelajar. Waktu perundingan juga dinyatakan dengan jelas dengan menggunakan sistem temu
janji yang sisitematik agar pelajar mudah untuk berjumpa dengan pensyarah apabila diperlukan.
Di samping itu, setiap pensyarah harus menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi terhadap
kerjaya mereka.

Pelajar dsediakan tempat yang selesa dan menyenangkan bagi mengulangkaji pelajaran.
Pihak kolej boleh menyediakan tempat- tempat seperti perpustakaan, bilik tutoran, bilik bacaan,
asrama dan sebagainya. Di samping itu, setiap kejayaan yang dikecapi oleh para pelajar
hendaklah diumumkan atau dihebahkan kepada pelajar yang lain. Ini membolehkan pelajar
tersebut merasakan kejayaan mereka diiktiraf seterusnya dijadikan sebagai dorongan kepada
pelajar yang lain untuk turut berusaha mencapai kejayaan.
EX 3133 43
A111714 A111751 A111775 A113001

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & Nordiana Mohd Nor. 2007. Hubungan kecerdasan
emosi dengan prestasi pencapaian akademik (atas talian)
http://eprints.utm.my/4022/1/AziziYahaya_kecerdasan_emosi.pdf (16 Januari 2008).

Naseer Ahmad Salfi & Muhammad Saeed. 2007. Relationship among school size, school culture
and students’ achievement at secondary level in Pakistan. International Journal of Educational
Management 21(7): 606-620.

Azizi Hj. Yahaya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’Alip. 2008.
Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar Di sekolah Menengah Di Johor Bahru.

NurAshiqin Bt Najmuddin. 2004. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan


pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.

Natriiello dan McDill. 1986. Menggariskan tujuh perkara berkaitan dengan kerjarumah dan
kaitannya dengan pencapaian.

Marcoulides, G.A. & Heck, R.H. 1996. School culture and performance: testing the invariance of
a model. School Effectiveness and School Improvement 7: 76-95.

Mckenna, E. 1997. Gender Differences In Reading Attitude. ERIC Document No: ED407653.
Saemah Rahman dan John Arul Philips. 2006. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia 31 ( 2006 ) 21 – 39. Hubungan antara kesedaran metakognisi, motivasi dan pencapaian
akademik pelajar universiti.
EX 3133 44
A111714 A111751 A111775 A113001

Ruhizan Mohd Yassin, Mohd Jasmy Abd. Rahman, Norlena Salamubbin dan Rosadah Abd.
Majid. 2001. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 27 ( 2001 ) 27 – 34. Proses
kognitif pelajar cemerlang dan tidak cemerlang.

Mohd Kamarul Yusri Bin Khaidzir. 2005. Mengenalpasti corak pembelajaran yang diamalkan
oleh pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang dan juga lemah.

Eric A. Hanushek dari Hoover Institution, Stanford University. Januari 2007. Seorang
penganalisa ekonomi pendidikan menyatakan bahawa peruntukan persekolahan pada masa kini
adalah tidak cekap.

Tinklin, T., Croxford. L. Frame.B., Ducklin. A. 2000. Gender and Pupil Performance in Scotland.
Kertas Kerja. The European Conference on Educational Research, Edinburgh. Available online:
http: www//leeds.ac.uk/educol/documents/00001663.htm.

Dwyer. C. A., 1974. Influence of chidren’s sex role standards on reading and mathematics
achievement. Journal Of Educational Psychology 66: 811-816.

Jules, V. & Kutnick. P, 1997. Student perceptions of a good teacher: The gender perspective.
British Journal Of Educational Psychology 67: 497-511.