Você está na página 1de 1

FAIS, KEVIN, PUI, BAZLI & RIDZWAN

1) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? (5m) Jawapan: Atmosfera merupakan satu zon lapisan yang menyelubungi bumi serta terdiri daripada struktur tertentu. Satu lapisan udara yang mengelilingi dan membentuk satu selimut kepada bumi. Atmosfera juga mengandungi 78% nitrogen, argon 0.9%, CO2 0.03% dan gas-gas lain seperti neon, helium, kripton, ozon, radon dan lain-lain lagi 0.003%. Gas-gas ini dianggap sebagai sumber kerana ia mempunyai kepentingan dan kegunaan tersendiri. Atmosfera bumi mempunyai struktur dan lapisan yang berbeza mengikut ketinggian. Struktur ini sukar untuk dikira secara tepat memandangkan tiada satu garis pemisah di antara satu struktur dengan struktur yang lain. Ahli kaji iklim beranggapan bahawa perbezaan struktur atmosfera ini adalah berdasarkan kepada perbezaan suhu. Selain itu, struktur atmosfera bumi dengan angkasa lepas juga tidak dapat dihitung dengan tepat. Sempadan yang dilakar setakat ini hanyalah berdasarkan kepada tarikan bumi bersamaan dengan daya empar putaran bumi (daya yang dipengaruhi putaran bumi). Terdapat empat struktur atmosfera bumi yang utama dari lapisan yang paling rendah ke lapisan yang paling tinggi, iaitu Troposfera, Stratosfera, Mesosfera dan Termosfera.

http://smrpanjang.blogspot.com/2008/08/tema-3-sistem-atmosfera.html http://www.scribd.com/doc/22969211/3-0-Sistem-Atmosfera

Você também pode gostar