Você está na página 1de 17

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

ASSIGNMENT TITLE (a) The important skills that employers are looking for in graduates (b) Suggestions for future graduates, government bodies or educational institutions in Malaysia to ensure that future graduates are equipped with the skills listed

Name : KAREN ANAK SULAU Matric number : 791018135282001 NRIC : 791018-13-5282 Telephone number : 019-8861018 E-mail address : karenkayny@oum.edu.my

Tutors name: CLARENCE ANAK JERRY Learning Centre: SARAWAK LEARNING CENTRE

JANUARY 2012 Semester 1

ISI KANDUNGAN mukasurat 1.0. Pengenalan 2.0. Kemahiran-kemahiran penting bagi bakal graduan universiti 2.1. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi 2.2. Kemahiran Keusahawanan 2.3. Kemahiran Kepimpinan 2.4. Kemahiran Komputer/ ICT 2.5. Kemahiran Menyelesaikan Masalah 3.0. Langkah-langkah Untuk Memudahkan Graduan Menguasai Pelbagai Kemahiran Sebelum Ke Alam Pekerjaan 4.0. Penutup Rujukan 12 14 2 4 4 5 6 7 8 10

1.0. PENGENALAN Pengangguran telah menjadi satu isu di Malaysia walaupun negara kita kini sedang menuju ke era globalisasi. Ini kerana kebanyakan majikan sama ada sektor kerajaan mahupun sektor swasta mencari graduan yang mahir dalam sesuatu bidang, dan juga boleh bekerja menggunakan kemahiran asas tertentu. Sehubungan dengan ini, adalah penting untuk bakal graduan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Rahman.,L dan rakan-rakan (2011) telah menyatakan bahawa mendapat ijazah dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan ataupun luar negara adalah perlu untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Akan tetapi, isu yang membimbangkan sekarang ialah peratus pengangguran yang tinggi di kalangan graduan di negara kita. Antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan graduan adalah kurangnya kemahiran soft skills, permintaan majikan yang tinggi, mismatching dan keadaan ekonomi yang tidak stabil. Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, kegagalan siswazah mendapat kerja adalah disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Beliau berkata selain daripada lemah penguasaan bahasa Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi. Dalam dialog di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja kerana tidak memiliki kemahiran insaniah (Bernama, 2007). Kemampuan siswazah untuk memenuhi kehendak pekerjaan bergantung pada banyak faktor. Antara yang terpenting ialah pendidikan dan latihan yang diterima dari Institusi Pengajian Tinggi. Jika pendidikan yang diterima tidak sepadan dengan tuntutan pekerjaan, maka lazimnya tidak banyak masalah akan timbul. Namun, pencapaian dalam bidang akademik semata-mata tidak boleh menjamin pelajar itu memperolehi pekerjaan. Kemahiran employability adalah kebolehan bukan teknikal dan merupakan satu daripada aspek kemahiran pekerjaan yang sama pentingnya dengan aspek kemahiran teknikal. Pihak majikan dalam sektor industri berpendapat aspek kemahiran employability adalah penting dan perlu dimiliki oleh pekerja mereka bagi memastikan pekerja tersebut benar-benar trampil dalam pekerjaannya. Ramlee (2002), melalui hasil 2

kajiannya mendapati majikan dalam industri pembuatan di Malaysia memberi pandangan bahawa lulusan-lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran teknikal lebih daripada mencukupi, namun majikan merasa kurang berpuas hati dari segi kemahiran motivasi, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan yang merupakan sebahagian daripada kemahiran employability yang tidak dikuasai dalam kalangan lulusan teknikal ini. Kemahiran soft skills atau kemahiran insaniah adalah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan( Modul Pembangunan KemahiranInsaniah (Soft Skills) untuk KementerianPendidikanTinggi, 2006, m.s.5). Selain mengenalpasti kemahiran-kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal graduan untuk mencari pekerjaan, dibincangkan juga langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan graduan itu sendiri bagi melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan majikan. IPT,

2.0.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN

PENTING

BAGI

BAKAL

GRADUAN

UNIVERSITI Walaupun secara amnya banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh graduan untuk mendapat pekerjaan dengan mudah, namun disini hanya 5 kemahiran insaniah yang akan dibincangkan iaitu kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran keusahawanan, kemahiran penyelesaian masalah dan

kepemimpinan.

kemahiran computer/ teknologi maklumat

kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi

kemahirankeusahawan

KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA BAKAL GRADUAN

kemahiran kepemimpinan

kemahiran penyelesaian masalah

Rajah 2.0. Kemahiran yang diperlukan oleh bakal graduan. 2.1. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAN BERINTERAKSI Definisi komunikasi menurut ensiklopedia bebas, wikipedia, ialah satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukartukar maksud. Kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Ini bermakna apa yang disampai memberi makna yang jelas kepada pendengar. Selain itu, ia juga merupakan satu kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklumbalas dimana seseorang yang menguasai kemahiran komunikasi merupakan 4

seorang pendengar yang berkesan dan mampu memberi reaksi terhadap input yang diperolehinya. Kemahiran berkomunikasi ini juga melibatkan kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. Contohnya, kita menggunakan bahasa yang lebih mudah dan ringkas sekiranya para pendengar terdiri daripada golongan yang bukan profesional dan begitu juga sebaliknya, jika golongan yang mendengar merupakan golongan profesional,kita boleh menggunakan bahasa yang kompleks. Selain itu, kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi turut melibatkan kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan dan bukan hanya bercakap dengan menggunakan teks. Ia juga kebolehan berunding dan mencapai persetujuan, kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang berlainan budaya yang mana kita boleh menguasai multibahasa dan peka dengan budaya mereka. Dalam masa yang sama, ia juga melibatkan kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi secara perseorangan dan kebolehan menggunakan komunikasi bukan lisan. Bakal graduan harus menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dan tidak bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata. Ini kerana, dalam setiap organisasi pekerjaan ia melibatkan banyak individu dan bukan hanya melibatkan kita sahaja. Maka, setiap graduan perlulah bijak dalam berkomunikasi dan berinteraksi bagi membolehkan perhubungan sesama pekerja dapat dieratkan. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang tinggi amat diperlukan jika kita perlu berurusan di luar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Komunikasi yang berkesan akan membolehkan kita membuat rundingan dengan penuh keyakinan dan keselesaan untuk mencapai persetujuan yang optimum. Pendek kata, individu yang mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang tinggi ini akan dapat menyesuaikan diri dalam situasi baru dengan mudah dan cepat. 2.2. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN Kemahiran keusahawanan adalah sebahagian daripada kemahiran

insaniah.(Norasmah et al, 2003). Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melahirkan usahawan yang berpekerti mulia dan cemerlang. Kajian menunjukkan bahawa menerusi 5

keusahawanan akan terbina sifat-sifat terpuji pada diri individu. Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Kemahiran keusahawanan terdiri daripada kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri. Graduan yang mempunyai kemahiran keusahawanan mempunyai peluang yang besar untuk memdapat tempat di syarikat-syarikat perniagaan kerana pada asasnya sesebuah syarikat ditubuhkan untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu, graduan yang bijak mengenalpasti peluang perniagaan sudah pasti akan membawa keuntungan kepada syarikat disamping mengembangkan rangkaian perniagaan. Jika seseorang itu turut berkebolehan merangka perancangan perniagaan yang baik, itu turut merupakan satu bonus. Sudah pasti majikan perlukan graduan yang mampu mengembangkan perniagaan mereka semaksima mungkin dengan perancangan yang kreatif dan inovatif mengikut peredaran masa. Majikan juga turut berminat untuk mengambil graduan yang mampu berdikari iaitu kebolehan untuk bekerja sendiri kerana ini akan dapat mengelakkan pelaksanaan latihan dalaman. Maka, kemahiran keusahawanan amat dititikberatkan oleh majikan yang sudah pasti inginkan kemajuan dan keuntungan dalam syarikatnya. 2.3. KEMAHIRAN KEPIMPINAN Kepimpinan adalah satu proses yang melibatkan orang lain iaitu orang bawahan, penggunaan kuasa di kalangan pemimpin, mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk orang bawahan dalam pelbagai cara bagi mencapai matlamat organisasi. Proses ini melibatkan hubungan atau komunikasi dua hala antara orang yang memimpin dan orang yang dipimpin. Justeru, dapatlah ditegaskan bahawa tugas seorang pemimpin adalah mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ke arah satu matlamat yang dirancang. Kemahiran kepimpinan pula melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti. Seseorang graduan yang mempunyai kemahiran 6

kepimpinan hendaklah berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan. Selain itu, seseorang graduan hendaklah berkebolehan untuk memimpin sesuatu projek atau tugasan yang telah diamanah. Dalam memimpin sesuatu projek, hendaklah mampu menyelia anggota pasukan dan mampu meraih seratus peratus kerjasama daripada mereka. Seorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang bawahannya. Seorang graduan juga perlu berkebolehan untuk memahami dan mengambilalih peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan. Pada masa kini, kebanyakan majikan amat memberatkan tentang kemahiran kepimpinan dalam mencari pekerja. Oleh itu, amatlah perlu para bakal graduan melengkapkan diri mereka dengan ilmu kepimpinan. Seorang yang mempunyai bakat kepimpinan merupakan seorang yang mempunyai tahap keyakinan yang cukup tinggi dan cukup berani untuk memegang tampuk pimpinan. 2.4. KEMAHIRAN KOMPUTER/ ICT Satu aspek penting yang perlu diambilkira oleh para bakal graduan untuk memohon pekerjaan ialah kemahiran komputer dan ICT (Information Communication Technology). Teknologi maklumat dan komunikasi ini merangkumi semua peralatan atau aplikasi, termasuk radio, televisyen, telefon bimbit, komputer dan network hardware and software, sistem satelit dan banyak lagi, begitu juga dengan pelbagai servis dan aplikasi yang berkaitan seperti konferen video dan pendidikan jarak jauh. Teknologi maklumat dan komunikasi ini juga sering dikaitkan dengan ICT dalam pendidikan, penjagaan kesihatan atau perpustakaan. Kemahiran ICT adalah kebolehan untuk mencipta akses yang lebih luas kepada komunikasi dan maklumat di kalangan golongan yang kurang mendapat peluang. Terdapat banyak negara di seluruh dunia yang telah menubuhkan pelbagai organisasi untuk mempromosikan ICT kerana bimbang jurang perbezaan yang besar antara kawasan yang kurang berteknologi dan kawasan yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Maka, kemahiran ICT adalah satu kemestian untuk dikuasai oleh bakal graduan jika mereka mahu dilamar oleh majikan.

Lagipun, kebanyakan majikan mengiklankan kerja kosong di internet dan proses recruitment juga secara elektronik. Makin ramai majikan yang menggunakan jaringan 2.0 terkini untuk melatih pekerja dan turut menggunakan e-learning. Dalam kes ini, keupayaan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran ICT merupakan satu keistimewaan kepada bakal graduan. Para bakal graduan perlu dan wajib melengkapkan diri mereka dengan kemahiran kritikal ini untuk mendapat kelayakan yang lebih baik dalam mendapat pekerjaan waima di syarikat yang kecil sekalipun. 2.5. KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH Wrekelgram (1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. Van Dijk dan Kintsch (1983) pula menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental. Dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Menyelesaikan sesuatu masaalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang dan kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita juga akan bersungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak. Bakal graduan yang ingin mencari pekerjaan hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran menyelesaikan masalah. Mereka hendaklah berkebolehan untuk mengenalpasti dan menganalisa masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi. Selain itu, bakal graduan juga harus ada kebolehan untuk mengembang dan membaiki kemahiran berfikir serta menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. Mereka harus boleh mencari dan penyelesaian alternatif dan mampu berfikir melangkaui batas. Seterusnya, bakal graduan perlu berkebolehan untuk membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh dan boleh bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kebolehan memahami dan 8

menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja baru juga merupakan kemahiran penyelesaian masalah yang perlu dikuasai bakal graduan kerana kemahiran ini adalah permintaan panas oleh majikan dalam mencari pekerja. Sudah pasti sepanjang tempoh bekerja, bermacam-macam masalah sama ada besar atau kecil akan timbul. Maka kemahiran menyelesaikan masalah amat penting bagi memastikan masalah dapat diselesaikan bagai menarik benang dalam tepung.

3.0.

LANGKAH-LANGKAH

UNTUK

MEMUDAHKAN

GRADUAN

MENGUASAI PELBAGAI KEMAHIRAN SEBELUM KE ALAM PEKERJAAN Untuk melahirkan pekerja yang profesional dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan oleh majikan adalah menjadi tanggungjawab seseorang bakal graduan untuk menguasai kemahiran-kemahiran seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah saya gariskan disini untuk tindakan bakal graduan, pihak kerajaan dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi atau pihak

universiti bagi memastikan para bakal graduan dilengkapi dengan kemahiran yang pelbagai. Bagi melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran dan membantu graduan mendapat pekerjaan, pelbagai usaha telah dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi. Anataranya ialah membangunkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang diajar di semua IPT, menjalankan penempatan dalam industri bagi tempoh dua hingga enam bulan melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, menjalankan Program Pentauliahan Profesional (3P) untuk pelajar tahun akhir bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan menganugerahkan pensijilan berasaskan vendor daripada syarikat perisian komputer terkenal, menjalankan kajian bagi mewujudkan satu pelan induk latihan perindustrian yang berstruktur untuk diterimapakai oleh IPTA, membantu siswazah yang sudah tamat pengajian untuk mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak industri seperti Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation (MDEC), Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat tempatan lain dan turut menjalankan Program Penjodohan Siswazah dengan industri melalui kerjasama dengan syarikat tempatan yang mencari dan menempatkan siswazah di industri yang bersesuaian. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa berusaha untuk meningkatkan

kebolehpasaran pekerjaan graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan. Graduan sekarang bukan sahaja dikehendaki mempunyai pengetahuan akademik (graduates skills) sahaja tetapi perlu juga mempunyai kemahiran insaniah (soft 10

skills) dan enterprise atau business skill bagi meningkatkan kompetensi mereka. Kesemua ini merupakan aset bagi kebolehpasaran untuk seorang graduan. Untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan, Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan penekanan kepada beberapa langkah untuk memperhebatkan lagi program-program seperti Latihan Industri, Apprenticeship, Finishing School dan Latihan Keusahawan. Program-program ini adalah bertujuan bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan lepasan universiti. Kurikulum universiti pula menyediakan kemahiran tinggi kepada para siswazah, tetapi kelemahan aspek ini berlaku kerana kekurangan aktiviti praktikal yang membolehkan siswazah mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kemahiran tinggi. Pihak universiti juga perlu mencari tempat latihan industri yang sesuai dan menjalankan penyeliaan yang rapi agar pelajar mendapat latihan yang bermakna. Selain menggariskan kurikulum universiti, pihak universiti juga perlu memberikan ruang dan peluang kepada para graduan untuk menempuhi alam pekerjaan sementara dalam tempoh yang agak panjang. Ini boleh dijalankan melalui praktikal di tempat kerja. Setiap kemahiran insaniah yang ingin dikuasai adalah lebih baik diperolehi secara praktikal berbanding teori di dalam sesi kuliah. Melalui penceburan dalam bidang pekerjaan secara kontrak atau sementara, graduan dijangka memperolehi pelbagai kemahiran dan adalah lebih menguntungkan jika mereka kemudiannya dapat diserapkan secara tetap oleh majikan ke dalam syarikat yang diceburi. Sehubungan dengan ini, Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah dilancarkan pada 22 Ogos 2006 oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia turut bertujuan bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketrampilan dan mampu berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa. Dari segi usaha pihak kerajaan pula, Skim Latihan 1Malaysia telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 oleh Yang Berhormat Dato Sri Najib Abdul Razak yang bertujuan untuk melengkapkan para graduan dengan tahap kompetensi yang tinggi dalam bidang 11

masing-masing dan juga kemahiran soft skills bagi meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan. Selain usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak kerajaan, usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran bakal graduan datang dari usaha bakal graduan itu sendiri. Dalam meningkatkan kemahiran insaniah ini bakal graduan perlulah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Para graduan perlu berusaha gigih dengan memaksa diri mereka melakukan yang terbaik dalam semua segi di samping patuh dengan masa yang telah ditetapkan. Salah satu cara meningkatkan kemahiran insaniah adalah dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, mengikuti kursus-kursus, menghadiri seminar, membaca buku-buku yang berkaitan dan seumpamanya. Ini bermula dari dalam diri graduan itu sendiri semasa di peringkat pengajian tinggi. Kemahiran insaniah tidak dapat dipelajari secara formal. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bakal graduan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti luar seperti persatuan-persatuan yang mendedahkan diri dengan komunikasi luar seperti Kem Kepimpinan. Dalam persatuan ini, bakal graduan akan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan bersosial dan dapat membina kemahiran berpasukan apabila aktiviti dilakukan secara berkumpuan. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal dapat dipupuk secara langsung apabila para bakal graduan aktif melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Graduan yang sudah tamat pengajian juga boleh mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi luar terutamanya dalam bidang keusahawan dan juga melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kita sedia maklum bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang korporat adalah cukup luas dan merupakan satu bonus jika graduan dapat berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa Inggeris.

12

4.0. PENUTUP Keupayaan pelajar untuk berada dalam pasaran pekerjaan dalam kalangan lepasan IPT di Malaysia merupakan satu isu utama yang sering diperkatakan. Banyak teori serta rumusan telah dibuat berkaitan hal ini. Namun satu perkara yang sahih dan jelas dalam konteks ini ialah perbincangan kita tidak lari daripada memperkatakan tentang kemahiran insaniah dikalangan pelajar. Sehubungan dengan itu pendekatan yang tersendiri atau berstruktur perlu dilakukan oleh pihak kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan bakal graduan itu sendiri dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah seseorang bakal graduan. Secara umumnya, majikan mencari dan ingin mengupah orang yang setia, komited, berkeyakinan, inovatif, bertoleransi, boleh memberikan kerjasama, lancar berkomunikasi dan penyelesai masalah. Untuk mencapai people skills, ia memerlukan disiplin dan usaha yang padu. Graduan harus berkemampuan untuk berfikir dahulu tentang apa yang harus diperkatakan, kepada siapa, bagaimana sebelum memberi respon dalam sesuatu situasi. Untuk meningkatkan soft skills, graduan perlulah mengenalpasti kelemahan diri dan menukarkan kepada kekuatan, senantiasa dapatkan maklumat tambahan serta ilmu pengetahuan dan aplikasikan dalam tindakan. Jika mereka berbuat demikian, mereka bukan sahaja akan menjadi orang yang diidamkan oleh kebanyakan majikan, malahan akan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi, bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

(2690 patah perkataan)

13

RUJUKAN Samad.(2000).Pencapaian Lumpur.Siswa. Hajah Noresah Baharom.(2007).Kamus Dewan edisi Keempat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanum Hassan, Razli Ahmad dan Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari. 2008. Kemahiran Insaniah Dan Kepentingan Penerapannya Dalam Program Baktisiswa Perdana Unimap. Pusat Kemahiran Komunikasi Unimap. http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5842/1./pdf/. Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan.(2008). Pengurusan Sumber Manusia: Perspektif Modal Insan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Shah.(2004). Graduan dan Isu Pengangguran. Perbentangan di Konferensi TNCA dan Dekan-Dekan IPTA, 21 Julai, Pan Pacific KLIA. Jabatan Perdana Menteri(2006). Memperkukuhkan Modal Insan In Rancangan Malaysia ke Sembilan(2006-2010).Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.(2006) Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mook Soon Sang. (2002). Pendidikan di Malaysia untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Yahya Buntat (2004) Integrasi Kemahiran Employability Dalam ProgramPendidikan Vokasional Pertanian dan Industri Di Malaysia. Thesis Phd. www.motivasi-kerja.com/tag/soft-skill www.epu.gov.my/sl1m_about 14 Bukan Jaminan Kerjaya.Kuala

Esa

Akademik

http://azman2020.blogspot.com/2011/04/kemahiran-insaniah-soft-skills-yang.html http://www.aliqassem.com/soft-skill.html http://www.scribd.com/doc/87566988/Konsep-Soft-Skill-1 www.scribd.com/doc/54179849/Kemahiran-Insaniah-Graduan-Soft-Skills http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/komunikasi%20edit.pdf http://web.utm.my/kokurikulum/kemahiran-keusahawanan.html http://eputra.com/graduan-tempatan-gagal-tepati-kehendak -majikan/ http://infosky.wordpress.com/2007/09/17/kemahiran-dan-kualiti-kepimpinan-organisasi/ http://1malaysia.com.my/speeches/majlis-pelancaran-program-skim-latihan-1malaysia/ http://www.schoolwork.org/blog/what-are-employers-looking-for-when-they-hire-newgraduates http://targetjobs.co.uk/careers-advice/career-clueless/the-top-10-skills-thatll-get-you-ajob-when-you-graduate

15

16

Você também pode gostar