Você está na página 1de 7

Adakah anda kenal sahabat Rasulullah ini?

Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori tidak asing lagi sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan hadith, kenalkah anda siapakah Anas Bin Malik ini? Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik menjadi salah seorang perawi hadith pada zaman Rasullullah S.A.W dan bagaimanakah kehidupan beliau semasa zaman Rasullullah. Pengkaji sejarah menyatakan Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadis sepanjang kehidupannya bersama Rasulullah.Wallahua'lam.. Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaim iaitu wanita pertama yang memeluk Islam dalam kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadr dan beliau tidak memeluk Islam. Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan baginda Rasulullah? Kisahnya begini... Seluruh bumi Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota Makkah. Seperti menunggu satu cahaya dan berharap cahaya ini akan segera datang dan muncul. Rasa cemas terpancar jelas di dalam mata mereka. Sesaat kemudian, semua orang melompat kegirangan tidak kira tua, muda dan kanak-kanak. Semuanya bergembira. Seorang ibu bergegas membawa putera kecilnya menuju ke arah yang sama. Semua berlumba dan berlari agar mendapat tempat bagi melihat susuk tubuh itu sepuas-puasnya. Tidak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan orang ramai agar mendapat tempat di bahagian hadapan. Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah S.A.W yang mulia. Ummu Sulaim yang hidup miskin ditinggalkan oleh suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah istimewa buat Rasulullah. Lantas beliau mendatangi kediaman Rasulullah S.A.W dengan membawa putera yang satu-satunya. "Wahai Rasulullah...tidak ada di Madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa berkhidmat kepadamu" Ucap Ummu Sulaim dengan linangan air mata bahagia. Rasulullah S.A.W tersenyum dan mengusap kepala Anas yang masih kecil dan memeluknya erat. Sejak itu, Anas bin Malik sentiasa bersama Rasulullah S.A.W setiap masa dan di mana jua. Beliau hidup bersama Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini beliau berumur 10 tahun dan apabila baginda wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Dalam masa umur beliau 10 hingga 20 tahun beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila beliau sentiasa mengekori Rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana beliau adalah salah seorang sahabat yang amat memahami keadaan Rasulullah, tahu akan kesusahan Rasulullah, dan arif akan sifat dan tingkah laku Rasulullah.

Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah S.A.W tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Anas bin Malik berkata, "Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus oleh baginda untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sedar ada seseorang berdiri memerhatiku dan memegang ubun-ubunku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat Rasulullah S.A.W tersenyum kepadaku lalu berkata, "wahai Unais, apakah engkau telah mengerjakan perintahku?" Aku bingung dan berkata, "ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!" Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, "mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?" Unais bermaksud Anas kecil. Nama panggilan Rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini, bukan setakat penyakit keturunan adalah "genetik" yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi juga adalah salah satu permasalah genetik yang tidak sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang dilalui sendiri, dalam kehidupan sekarang kita melihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani. Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaim yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menceritakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaim. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk bersama dengan orang yang hebat. Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaim ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talhah yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya dalam kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Gambaran jelas terpancar pada kekuatan iman Ummu Sulaim apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan. Kehidupan Anas selepas wafatnya Rasullullah Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara sahabat yang sangat sedih. Menjadi pembantu peribadi kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah dan menjadi duta besar umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau juga adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umur. Umurnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai ramai zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah.

Pendidikan yang diperoleh Anas bin Malik daripada Rasulullah yang boleh dianggap seperti bapanya sendiri amat mempengaruhi peribadinya, beliau mencontohi sifat-sifat Rasulullah secara syumul dan peribadi Rasulullah tidak lain dan tidak bukan di adaptasi daripada Al-Quran, marilah kita sama-sama menganalisis dan muhasabah diri, sejauh mana keakraban kita bersama Al-Quran.

Anas bin Malik masih dalm usia belia saat ibunya yang bernama Al-Ghumaisha mengajarkan kepadanya syahadatain. Ibunya mengisi hati Anas untuk mencintai sang Nabi SAW. Anas pun langsung tertarik untuk mendengarkan. Anas yang masih usia belia ini sangat berharap untuk bisa pergi menjumpai Nabinya di Yatsrib agar ia puas melihatnya dan bergembira karenanya. Tidak lama setelah itu, terdengar kabar bahwa Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam dan sahabatnya Abu Bakar As Shiddiq sedang dalam perjalanan menuju Yastrib, maka setiap rumah menjadi ceria karenanya. Semua mata dan hati manusia menjadi tertarik untuk menanti perjalanan yang disusuri oleh Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam dan sahabatnya menuju Yastrib. Di suatu pagi yang cerah dan segar beberapa orang pria di kota Yastrib berteriak seraya mengatakan bahwa Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam dan seorang sahabatnya hampir tiba di Madinah. Serentak beberapa pria dewasa bergerak menuju jalan yang disusuri Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam. Mereka semua bergegas berbondong-bondong berlari menghampiri Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam, dan diantara mereka juga banyak anak-anak yang dengan wajah berseri dan hati bahagia pergi menyongsong kedatangan Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam. Di barisan anak usia belia tsb terdapat juga Anas bin Malik Al-Anshary. Setelah Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam dan sahabatnya tiba, mereka disambut sangat meriah oleh penduduk Madinah yang terdiri dari para pria dewasa dan anak-anak, sedangkan para ibu dan gadis berada di atap rumah memandang dari kejauhan datangnya sang Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Mereka bertanya-tanya, Yang mana rasul... Yang mana rasul ? Hari itu menjadi sejarah bagi Anas dan beliau masih terus mengenangnya hingga usianya yang lebih dari 100 tahun. Baru saja Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam hendak tinggal dan menetap di Madinah, datanglah Al-Ghumaisha binti milham yaitu ibunya Anas menghadap Beliau Shallallaahu 'alaihi wasallam . Al Ghumaisha membawa anaknya yang masih kecil untuk menghadap Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Saat itu Anas berambut poni dengan uraian rambut kecil yang bergerak ke kanan dan ke kiri menutupi keningnya. Al Ghumaisha memberi salam kepada Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam seraya berkata. Ya Rasulullah, tidak ada seorang pria dan wanita pun dari suku Anshar yang menghadapmu kecuali mereka memberikan

hadiah kepadamu. Aku tidak memiliki apa-apa untuk dijadikan hadiah selain anak ini saja.... Ambillah ia dan jadikanlah ia pembantu sesuka hatimu!: Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam gembira mendengarnya dan Beliapun menerima Anas dengan wajah yang sumringah. Beliau membelai kepala Anas dengan tangan Beliau yang mulia, Beliau juga membelai rambut poni Anas dengan jari Beliau yang lembut. Akhirnya Rasul shallallaahu 'alaihi wasallam menerima Anas menjadi anggota keluarganya. Anas atau Unais saat itu berusia 10 tahun saat ia mulai bahagia dapat membantu Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam. Ia terus tinggal hingga Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam wafat. Anas mendampingi Nabi selama 10 tahun , dimana dia mendapat petunjuk langsung dari Nabi untuk mensucikan dirinya. Ia juga menerima seluruh hadits Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam sehingga memenuhi ruang dadanya. Anas juga mengetahui kondisi, cerita, rahasia dan kebiasaan terpuji Beliau yang jarang diketahui orang lain. Anas dalam pergaulannya dengan Nabi Shallalaahu 'alaihi wasallam mendapatkan apa yang tidak didapatkan oleh seorang anak dari ayahnya. Ia juga menemukan dari keagungan sifat Rasul yang membuat seluruh dunia merasa iri kepadanya. Anas bercerita tentang beberapa kisah menarik dari pergaulannya dengan Rasul shallallaahu 'alaihi wasallam yang ia dapatkan dalam asuhan Beliau. Ia amat mengetahui hal ini ... Anas bin Malik berkata: Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling baik akhlaknya, Beliau adalah manusia yang paling lapang dada dan penyayang. Beliau pernah menyuruhku untuk membeli sesuatu dan akupun keluar untuk membelinya. Di tengah jalan Aku berniat untuk bermain bersama anak-anak di pasar dan aku tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasul kepadaku. Saat aku sudah bertemu dengan anak-anak tadi, aku merasakan ada seorang pria yang berdiri di belakangku, dan ia menarik bajuku, aku menoleh ke belakang dan ternyata ia adalah Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Beliau tersenyum seraya berujar: Wahai Unais, apakah kau sudah melakukan apayang aku suruh ? Aku menjadi grogi dan berkata : Baik...aku akan melakukannya sekarang , Ya Rasulullah... Demi Allah, aku sudah membantu Beliau 10 tahun lamanya, namun atas apa yang aku lakukan Beliau tidak pernah berkata : Mengapa kamu lakukan ini ? dan Beliau tidak pernah berkata atas apa yang tidak pernah aku kerjakan:mengapa kau tidak mengerjakannya ? Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam jika memanggil Anas maka Beliau memanggilnya dengan panggilan manja dan kasih sayang, terkadang Beliau memanggilnya dengan Unais, terkadang dengan panggilan anakku, seringkali Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam memberikan nasihat yang memenuhi relung hati dan sanubari Anas. Salah satunya adalah nasehat Beliau kepada Anas:

Anakku, bila kau mampu berada pada pagi dan sore hari tanpa ada dengki di hatimu pada siapapun maka lakukanlah ! Anakku, yang demikian adalah termasuk sunnahku, barang siapa yang menghidupkan sunnahku maka dia telah mencintaiku...barang siapa yang mencintaiku maka ia akan berada di surga bersamaku....Anakku, jika kau masuk ke dalam rumah maka ucapkanlah salam karena itu akan membawa keberkahan bagimu dan bagi penghuni rumahmu. Setelah Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam wafat, Anas bin Malik masih hidup lebih dari 80 tahun lamanya. Sepanjang itu dia mengisi ruang hatinya denngan ilmu dari Rasulullah dan ia mencoba mengasah otaknya dengan fiqh yang diajarkan Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam. Dalam masa sepanjang itu, Anas telah banyak menghidupkan hati para sahabat dan tabiin dengan petunjuk dan ajaran Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam. Ia juga sering memberitahukan kepada orang lain tentang sabda dan kebiasaan Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam. Dalam usia panjang yang dimilikinya ini, Anas menjadi referensi bagi kaum muslimin saat itu. Mereka akan mengadukan peermasalahan kepadanya setiap kali mereka merasa kesulitan. Setiap kali mereka merasa bingung untuk memutuskan suatu persoalan hukum mereka datang kepada Anas dan mereka percaya atas apa yang ia putuskan. Salah satunya adalah sebagian orang yang memperdebatkan masalah agama, yaitu tentang kebenaran adanya telaga Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam di hari kiamat. Mereka bertanya kepada Anas tentang hal tersebut, Anas berujur : Aku tidak pernah menduga bahwa aku akan hidup untuk melihat orangorang sepertimu yang memperdebatkan masalah telaga Rasul. Telah banyak wanita-wanita tua sebelumku, dimana setiap kali ia melakukan shalat pasti ia berdoa kepada Allah agar diberikan minum dari telaga Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam. Anas masih terus hidup dengan kenangan indah bersama Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam sepanjang umurnya. Ia amat bahagia di hari saat ia berjumpa dengan Beliau, begitu terguncang saat berpisah. Ia sering kali mengulangi pembicaraan tentang hal tersebut, Anas begitu keras untuk mencontoh Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam dalam perbuatan dan ucapannya. Ia menyukai apa yang disukai oleh Nabi dan membenci apa yang Beliau benci. Hal yang paling sering ia ingat saat bersama Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam adalah dua hari : pertama yaitu hari dimana pada pertama kalinya ia berjumpa dengan Nabi SAW dan kedua adalah hari dimana Beliau shallallaahu 'alaihi wasallam wafat. Jika ia mengenang hari pertama ia berjumpa Rasul, ia menjadi gembira dan semangat seolah ia menghirup aroma semerbak. Namun bila teringat hari yang kedua maka ia menjadi sedih dan menangis. Malah ia mampu membuat manusia yang berada di sekelilingnya saat itu menjadi menangis juga. Sering kali ia berkata : Aku melihat Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam saat beliau datang

kepada kami, dan akupun melihatnya saat Beliau wafat. Sampai kini aku belum menemukan hari lain seperti kedua hari tersebut. Pada hari Beliau datang ke Madinah, Beliau mampu menerangi semuanya....dan pada hari ia hampir melangkah menuju sisi Tuhannya, maka seolah semuanya menjadi gelap. Kali terakhir aku melihat Beliau adalah hari senin di saat tirai kamar Beliau di buka, aku melihat wajah Beliau seolah lembaran kertas. Saat itu semua orang berdiri di belakang Abu Bakar seraya memandang kearah Beliau. Hampir saja mereka tak kuasa menahan diri, lalu Abu Bakar memberi isyarat kepada mereka untuk tenang. Lalu wafatlah Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam di penghujung hari itu. Kami belum pernah melihat pemandangan yang lebih menakjubkan hati kami melebihi wajah Beliau saat kami mengubur jasad Beliau shallallaahu 'alaihi wasallam dengan tanah. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam sering kali mendoakan Anas bin Malik , salah satu doanya adalah; Ya Allah, berikanlah ia harta dan keturunan dan berkahilah hidupnya. Allah Subhanahu wa ta'ala mengabulkan doa Nabi-Nya, dan Anas menjadi orang dari suku Anshar yang paling banyak hartanya. Ia juga memiliki keturunan yang amat banyak yang jumlahnya melebihi 100 orang. Allah SWT memberikan keberkahan pada umurnya sehingga ia hidup 1 abad lamanya ditambah 3 tahun lagi. Anas ra senantiasa berharap syafaat Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam untuk dirinya pada hari kiamat. Sering kali ia berucap : Aku berharap dapat berjumpa dengan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam pada hari kiamat sehingga aku dapat berkata kepada Beliau: Ya Rasulullah, inilah pembantu kecilmu, Unais. Ketika Anas mulai jatuh sakit menjelang kematiannya, ia berujar kepada keluarganya: Talqinkan aku dengan kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAHU MUHAMMADUN RASULULLAH. Ia terus mengucapkan kalimat tadi hingga ia mati. Ia berwasiat kepada keluarganya tentang sebuah tongkat kecil milik Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam agar tongkat tersebut dikuburkan bersamanya. Maka tongkat itupun diletakkan di sisi tubuhnya. Selamat kepada Anas bin Malik atas anugerah kebaikan yang telah Allah berikan kepadanya. Ia pernah hidup dalam bimbingan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam selama 10 tahun lamanya. Ia juga termasuk perawi hadits Rasul terbanyak pada urutan ketiga setelah Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar. Semoga Allah Subhanahu wata'ala membalas kebaikan dirinya dan ibunya atas jasa baik mereka terhadap islam dan kaum muslimin.

Você também pode gostar