Você está na página 1de 6

Semantik Faktor-faktor Perubahan Makna

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga perkataan tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala

penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebabsebab perubahan bahasa itu sendiri. Selain daripada itu perkataan hayat dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan hidup tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu. Dalam ayat ini perkataan menghayati bukanlah membawa maksud menghidupkan tetapi mengikuti dengan sepenuhnya. Perkataan hantu dalam contoh Kejadian itu menghantui fikirannya, hantu itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna mengganggu. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya. Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame Islam. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi

orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar. Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan semangat juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat kemerdekaan, semangat patriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup. 2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana

Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi. Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi diajukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki dan bunga = perempuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contohnya, merah dimaksudkan

dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian. Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).

Você também pode gostar