Você está na página 1de 6

1. Ikhlaskan niat.

2. Bersabar.
3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.
4. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Bersih dari hadas kecil dan besar.
6. Sebaiknya menghadap kiblat.
7. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
8. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan
menghafal.
9. Memberikan tumpuan sepenuhnya.
10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
12. Menghormati Al-Qur'an.
13. Menghormati guru.
14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

* "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan


mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

* "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia


bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-
Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk
membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan
Muslim)

* "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari


Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

* "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan
kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan
orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya
siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
* "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu
kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak
berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah
huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)

* "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-


Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku
akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain.
Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain
adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

* "Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan
Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang
mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan
Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal


2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf
lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada


beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa
bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya
mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut
surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10
juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya


lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau
lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang
beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali
sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang
bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.


2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali
kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut
dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.


2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang
kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang
pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al- Qur'an atau
beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin
dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut
sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari'
tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau
tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu
penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk


memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru
kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-
kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa
kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.


2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu',
atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.


2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi
keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.


2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat
tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana
yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan
ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis
ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau
rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang
lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.


2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika
berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar,
setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu
malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
6. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

(MENGUATKAN HAFALAN)

Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka,


terutama yang menghafal Al-Quran, agar mengerjakan solat sunat
Taqwiyatul Hifzi.

Kaedahnya:

1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat


akhir.
2. Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaik-baiknya
selepas tidur.
3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama Surah Yaasin.
5. Membaca pada rakaat kedua Surah Ad-Dukhan
6. Membaca pada rakaat ketiga Surah As-Sajadah.
7. Membaca pada rakaat keempat Surah Muluk.
8. Setelah solat, bacalah doa ini:
tahfizpahang@yahoo.com

Você também pode gostar